Jumaat, 6 Mei 2016

kITA Di MANA DAN BAGAIMANA?

Seorang Supervisor yang telah berkhidmat 30 tahun di dlm sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kpd majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dgn syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah. Supervisor dgn berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kpd nya. Amat menyesal dlm hati supervisor tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yg bakal didudukinya dgn sebaik mungkin.
Sebenarnya, ini lah yg terjadi pada setiap dari kita. Kita sekarang sedang 'Design' & membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak... Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat2 memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' & membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.. Jika kita Design kan nya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya. Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloi lah hasilnya.
Renungan Bersama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan