Ahad, 14 Ogos 2016

Bermulanya kerosakan adab seseorang pelajar

Ustaz Khailil Razak*

*Bermulanya kerosakan adab seseorang pelajar bila gurunya lebih menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya..!*

*I T U  P A S A L*
*C I K G U  P E R L U  K E L U A R*
*K E  J A L A N  A L L A H  U N T U K*
*B A I K I  I M A N  D A N  Y A K I N*
*M E R E K A*

*BELAJAR MENANGANI RAGAM MANUSIA CARA DIPLOMASI AGAMA*
*Kesian cikgu hari ni..! Kena berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tak jaga langsung adab dengan cikgu..! Sampai guru tertekan..!*

Ada guru yang cerita dengan saya lepas ceramah menangis..! Anak muridnya panggil dia dengan panggilan binatang..!

*Anak murid buat muka dengan cikgu..! Bila cikgu rotan mendidik, mengadu kat mak ayah..! Mak ayah mula serang cikgu..! Viralkan dan macam-macam lagi..!*

Kadang-kadang kita sebagai mak ayah terlalu manjakan anak-anak..! Terlalu percaya pada anak-anak..! Sehinggakan anak-anak berani menipu..! Berani kurang ajar dengan cikgu..! Ya Allah ampunilah anak-anak pelajar saya..!

*Saya risau kalau kita sebagai mak ayah teruskan dengan sikap tak selidik sebelum bertindak..! Saya bimbang kita bukan sayangkan anak sebenarnya..! Malah kita hancurkan masa depan anak-anak..!*

Saya selalu bagitau pelajar-pelajar dalam ceramah..! "Kalau kita mengata cikgu, maki cikgu, kurang ajar dengan cikgu, jangan harap dapar keberkatan daripada guru..!"

*Padahal keberkatan gurulah asbab kita berjaya masa hadapan, hidup tenang dan bahagia..! Tapi malangnya anak-anak dapat 'lesen besar' daripada mak ayah..!*

Seolah-olah sikit pun tak boleh sentuh anaknya..! Lama kelamaan tak ada lagi orang yang akan hormat pada guru..!

*Saya kerap dipanggil oleh sekolah-sekolah terbaik di Malaysia..! Bila saya tanya tajuk apa cikgu..?*

Cikgu jawab, "Sekolah ini Ustaz basuh bab hormat guru..! Mereka anak orang kaya..! Orang elite..!

*Tapi kesian Ustaz, bila kami tegur marah denda mereka, mak ayah mereka selalu salahkan cikgu..! Kami dah tak tau nak buat apa..!"*

Ada sekolah sampai cikgu kena saman sebab kejut anak dia bangun subuh. Ini mungkin cikgu tu rotan sebab anak dia tak nak bangun subuh Allahu..! Kalau saya cikgu rotan laa, kaw kaw kalau dia tak solat..!

*Wahai ibubapa..! Bukankah kita juga dulu pernah dirotan..? Ditarik sekben..? Didenda berdiri atas kerusi..? Ditampo..? Sehingga hari ini kita berjaya..?*

Sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu kat mak ayah kita..! Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kita kalau kita ngadu cikgu pukul kita..! Ingat tak..?

*Kesian..! Betul la kata ustaz saya tadi, bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu, bermulanya kerosakan adab..!*

Ya Allah ampunilah kami..! Bagilah kami sebagai mak ayah faham betapa besarnya pengorbanan seorang guru..!

*Kita serah bulat-bulat pada guru untuk didik anak kita, padahal tanggungjawab itu tanggungjawab kita sebenarnya..!*

Ya Allah..! Jadikanlah kami mak ayah yang sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak kami beradab dengan guru..!

*Ya Allah ampunilah kami..! Kami berdosa dengan guru-guru anak-anak kami..! Aamiin..!*
*B A W A  C I K G U*
*K E L U A R  J A L A N  A L L A H*
*M A S A  C U T I  S E K O L A H*

*B A W A  B A P A*
*K E L U A R  S E K A L I*
*Rosak adab jika ibubapa lebih menjaga hati anak daripada si anak menjaga hati ibubapanya.*

Terima kasih Ustaz Khailil Razak, motivator remaja untuk dishare pada suami isteri, ibubapa kita, guru-guru kita dan anak-anak kita..! Semoga ia bermanfaat..!

*:umat keluar ke jalan Allah*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan