Sabtu, 8 Disember 2012

Pesan seorang Guru...

Pesan seorang Guru...
 by penamerah 

Manusia jarang mengenal dan menyentuh dirinya yang rohani, sedangkan ianya adalah khazanah terbesar yang mampu digapainya. Betapa tidak? Ianya adalah dirimu sendiri dan tiada yang lebih hampir darinya.

Manusia malahan tidak sedar dan tidak memahami kebolehan dan keajaiban dirinya yang merupakan pintu kepada alam kerohanian yang gilang-gemilang, Mengabaikan diri yang hakiki menyebabkan hilang hubungan dengan alam yang tinggi yang mana ianya adalah tanggungan ke atas setiap diri yang beraqal untuk kembali kepada kesedaran hakiki. Kesedaran bertuhan, kesedaran musyahadah yang mana telah kita ikrarkan sebagai menjawab soalan Tuhan, Alastubirabbikum…

Agak aneh jika difikirkan secara aqal, mengapa roh kita sekarang tidak mampu bermusyahadah, menghadap kepada Tuhan. Sedangkan roh inilah juga yang berikrar tentang Ketuhanan Allah Yang Maha Esa di alam sebelum diturunkan ke dunia. Apapun, lebih aneh sebenarnya jika kita beranggapan yang roh kita sekarang tidak akan dapat bermusyahadah (memandang Tuhan dengan mata hati)…Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan yang keliru… Wallahua’lam…

penamerah
Ahli Emeritus



Tiada ulasan:

Catat Ulasan