Rabu, 27 September 2023

Hadith-hadith Fadhail Surah Al-Kahfi

 

1. Daripada Anas ibn Malik رضي الله عنه berkata: 

مَنْ قَرَأَ بها - أي سُوْرَةِ الْكَهْفِ – أُعْطِيَ بِهَا نُوْرًا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ، وَوُقِيَ بِهَا فِتْنَةَ الْقَبْرِ 

“Barangsiapa yang membacanya (iaitu surah Al-Kahfi) maka dikurniakan baginya cahaya di antara langit dan bumi dan dipelihara dari fitnah kubur.” 

2. Daripada Abi Said Al-Khudri رضي الله عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: 

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ 

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka dipancarkan baginya cahaya di antara 2 Jumaat.” 

3. Daripada Abdullah ibn Umar رضي الله عنه berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةِ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانَ السَّمَاءِ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَغَفَرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَينِ  

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka memancar cahaya dari bahawa kakinya sehingga ke ufuk langit yang menyinarinya sehingga hari Kiamat dan Allah mengampunkannya di antara 2 Jumaat itu.”

4. Daripada Abi Said Al-Khudri رضي الله عنه berkata: 

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةِ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ بَيْتِ الْعَتِيْقِ 

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka dipancarkan baginya cahaya di antara dia dan Bait Al-Atiq.” 

5. Daripada Abi Mahlab berkata: 

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةِ الْكَهْفِ فيِ  يَوْمِ الْجُمُعَةِ كَانَ لَهُ كَفَّارَةٌ إِلَى الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى 

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka ia akan mengkaffarahkan dosanya di antara hari Jumaat itu sehingga Jumaat seterusnya.”

KALAM_ULAMA-telegram.me/kalam_ulama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan