Selasa, 26 September 2023

PESANAN SYEIKH ALI TANTAWI KEPADA MUSLIMAT.

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Pintu pemulihan (cara mencegah maksiat) ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu. Lelaki mengkehendaki yang paling berharga darimu iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku, demi Allah! Apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi, demi Allah! Jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu sebagai sahabat dan apabila mencintaimu hanya sebagai teman akrab.

Bohong! Bohong! Bohong! Demi Allah, dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Wahai puteriku, lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu."

[Syeikh Ali Tantawi]

KALAM_ULAMA-telegram.me/kalam_ulama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan