Awaluddin Makrifatullah (Seawal-awal Agama hendaklah kamu mengenal ALLAH
Dari Abu Ma’bad dari Ibni Abbas r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Muaz bin Jabal ketika baginda s.a.w. mengutusnya ke negeri Yaman. “ Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum ahli kitab, kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah mereka supaya mereka menyakini bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh ALLAH…..” [Maksud hadith riwayat Bukhari dan Muslim].
Dari hadith ini ulama tauhid menyimpulkan perkara asas di dalam agama ialah mengenal ALLAH “Awaluddin Makrifatullah” . Mengenal ALLAH ialah dengan mengimani bahawa ALLAH S.W.T. sahaja yang berhak disembah, tempat tumpuan kecintaan, matlamat pengabdian dan segala amalan yang dilakukan ditujukan semata-mata sebagai mentaati perintah ALLAH S.W.T.
AWALUDIN MA'RIFATULLAH- "Awal-awal agama ialah mengenal Allah."Paling wajib dan paling bermakna dalam kehidupan seseorang itu ialah apabila ia mempunyai agama. Ketamadunan dan kemuliaan hidup manusia itu diukur melalui agamanya. Sementara kemuliaan seseorang dalam beragama itu pula bergantung kepada sejauh mana dia kenal akan Tuhannya. Kalau seseorang itu tidak mengenali Tuhan yang menurunkan agama untuknya itu maka (akidah) itu tidak sah. Bagaimana bijak pum dia membaca ayat-ayat Tuhannya, tetapi kalau dia sendiri tidak kenal Tuhannya, ayat-ayat dibacanya itu sedikit pun tidak memberi apa-apa erti kepadanya. Dan taraf hidupnya juga tidak ubah seperti burung tiong yang pandai bersiul tetapi tidak tahu makna siulannya.
Justeru itu tugas untuk mengenali Allah bukan tugas yang ringan dan boleh diremeh-temehkan. Tugas mengenali Tuhan, adalah tugas zahir dan batin yang amat sulit dalam kehidupan manusia. Tugas mengenal Tuhanlah tugas yang berat sekali. Lantaran itu terbit Hadis yang bermaksud "Awal-awal agama itu mengenal Allah".
Kenapa susah untuk mengenali Tuhan? Ini keran Allah (Tuhan) itu tidak berbentuk, berhuruf (mempunyai) berwarna dan bertentangan dengan sifat-sifat zahir alam ini kerana ia berdiri di atas sifat "mukholafatuhulilhawadis" -Bersalahan dengan yang baharu.
Kenalilah diri dan lihatlah kepada anggota badan seperti mata yang dapat melihat, telinga yang boleh mendengar dan jari jemari yang dijadikan ALLAH khususnya cap ibu jari yang berbeza corak garisan dan tidak sama bagi setiap orang dan digunakan dalam kehidupan moden hari ini sebagai sumber rujukan pengenalan diri dan forensik sejak tahun 1896 yang diasaskan oleh Edward Richard Henry
[1850-1931].
[1850-1931].
Kebesaran dan keagungan ALLAH S.W.T. melalui Al-Quran yang diturunkan sejak lebih 1431 tahun yang lalu telah menjelaskan mengenai keunikan cap jari dalam Surah Al-Qiyamah, Ayat 4 dan 5 bermaksud: “Bahkan, Kami berkuasa menyusun jari jemarinya. Akan tetapi manusia itu suka melakukan dosa.”
Mengikut Dr. Yusof al-Qardhawi: “Kepentingan ilmu kepada manusia amatlah besar kerana ia dapat menjadikan manusia itu kenal siapa dirinya dan penciptanya [ALLAH], mensyukuri nikmatNYA, membezakan halal dan haram dalam menjalankan kehidupan seharian dan sebagainya. Perasaan takut kepada ALLAH akan lahir disebabkan manusia kenal siapa dirinya dan ini mendorong beliau melaksanakan suruhan dan meninggalkan laranganNYA. – Fiqh Keutamaan Berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. [Terjemahan ] Tradisi Ilmu Sdn. Bhd. [1999]
Oleh itu untuk mengenal ALLAH S.W.T. perlulah setiap diri menuntut ilmu daripada para ilmuan agama berkaitan ilmu tauhid [Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Tauhid Asma' Wa Sifat] agar kita mendapat kefahaman yang betul terhadap ketuhanan ALLAH S.W.T.
Ada empat bidang ilmu yang paling penting yang wajib bagi kita ketahui dan memilikinya dalam usaha untuk berkenalan dengan Tuhan. Seandainya kita cari (amal dan pegang) dengan ilmu-ilmu ini, In sya Allah kita akan kenal, tahu dan mengerti tentang Tuhan dan Ketuhanan itu.
Ilmu-ilmu itu ialah:
1. Syariat
2. Tariqat
3. Hakikat
4. Ma'rifat
Perlu diingatkan untuk kita mengenali Allah dan berkenalan denganNya ia tidak seperti kita hendak mengenali kereta ataupun untuk mengenali sesama makhluk. Kerana Allah itu ghaib dan kita hanya boleh kenal pada Sifat, Asma, Afa'alNya sahaja, maka adalah tidak mungkin kita kenal Dia seperti kita mengenali makhluk. Justeru itu kita hanya boleh kenal pada Zat, Sifat, Asma, dan Afa,alNya, maka hendaklah kita mengetahui hal-hal itu terlebih dahulu. Tanpa mengenali keempat-empat bidang ilmu itu tidak mungkin kita ma'rifat dengan Allah dan juga berkenalan denganNya. Sepertilah juga kalau kita tidak mengetahui empat ilmu itu, kita tidak akan kenal Tuhan. Apakah kita sudah
mengetahui apa yang dikatakan Zat, Sifat, Asma' dan Afa'al itu?
Kesimpulannya di sini jelas menunjukkan apabila kita sudah mengetahui akan segala ilmu ma'rifat itu, maka kita boleh berkenalan dengan Allah. Kita dapat mengetahui keseluruhan mengenai dirinya. Bukan itu sahaja bila kita sudah kenal dan berkenalan denganNya kita juga dapat berbicara denganNya. Bercakap-cakap, mengadu hal, minta tolong dan sebagainya. Bukankah Allah itu Allahusamad (Allah adalah tempat bergantung (meminta,memohon, mengharap.) -Al-Ikhlas.
Kalau ada orang mengatakan kita tidak dapat berkenalan dengan Allah, bercakap dengan Allah, berinteraksi, bermanja dan sebagainya. Bermakna orang itu masih belum mempunyai Tuhan. Kerana bagi orang yang mengaku adanya Tuhan (Allah) dia akan dapat berkenalan dengan Tuhannya (Allah) seperti mana dia dapat berkawan dan meminta pertolongan daripada kawan-kawannya sesama makhluk.
Mereka juga sudah tentu tidak pernah berjumpa dengan Hadis seperti mana yang tersebut di atas dan juga menafikan penegasan Allah sendiri yang berbunyi;
"Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari (nikmat).[Al-Baqarah : 152]
Kesimpulannya, kita boleh berkenalan dan mengenali Allah, malah perkara ini wajib dan merupakan fardhu ain bagi setiap umat Islam. Penemuan (kenal) dengan Allah ialah sebagai bukti bahawa kita (manusia) mempunyai Tuhan dan menjadi hamba kepadaNya, serta untuk menyatakan sumpah janji semasa di Alam Roh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan