Ahad, 24 Mac 2019

BAB SOLAT DARI HIKAM IBN ATHO'ILLAH : KALAM KE SERATUS DUA PULUH LIMA (125) : SEMPURNAKAN SOLAT

لَيَكُوْنُ هَمُّكَ إقَامَةَ الصَّلاَةِ لاَ وُجُوْدَ الصَّلَاةِ
Hendaklah engkau memberikan sepenuh perhatian mu pada menyempurnakan solat bukan sekadar menunaikannya sahaja.

Kalam - kalam terdahulu membicarakan tentang hikmah mengapa Allah mempelbagaikan jenis ketaatan dan menetapkan waktu- waktu untuknya, iaitu agar para hambaNya melaksanakannya dengan penuh tekun dan rajin tanpa jemu.
Ia juga agar mereka dapat mengambil rehat secukupnya dan menimbulkan kerinduan kepadanya. Ibadah yang dilakukan dengan penuh cinta dan rindu itulah ibadah seorang hamba yang sebenar.

Ibadah yang disulami dengan perasaan cinta dan rindu adalah ibadah yang mampu mengetuk pintu langit dan menguak rahsia alam yang tinggi.
Sesungguhnya solat adalah penyucian dan penyaksian jika disertai dengan khusyuk, tazallul(merasakan kehinaan diri), hudhurul qalbi (kehadiran hati bersama ucapan dan perbuatan) dan lain-lain.

Ia adalah penyucian jika dilakukan dengan penuh khusyuk yakni dengan memelihara adab-adab zahir dan batin sebelum, semasa dan selepas menunaikannya.
Solat yang khusyuk itu bermula dari wudhuk yang benar, dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda :
وعن عثمانَ بن عفانَ  قَالَ: قَالَ رسولُ اللَّهِ ﷺ: منْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الوضوءَ، خَرَجَت خَطَايَاهُ مِنْ جسَدِهِ حتَّى تَخْرُجَ مِنْ تحتِ أَظفارِهِ رواه مسلم
Saidina Usman Bin Affan r.a meriwayatkan : sabda Rasulullah s.a.w : Barang siapa berwudhu lalu dia menyempurnakannya maka tertanggal lah kesalahannya dari anggota tubuhnya sehingga apa yang ada di bawah kuku jari jemarinya.

Wudhu yang benar itu bukan sekadar membasuh dan menyapu anggota-anggota tertentu bahkan jauh lebih dari itu ia membawa maksud penyaksian kepada Allah. Sebagaimana penyaksian itu terkandung di dalam dua kalimah syahadah yang mengandungi nafi dan isbat maka begitu juga dengan perbuatan wudhu.

Anggota wudhu ialah muka, mulut, hidung, telinga, kepala, kedua tangan dan kedua kaki. Anggota-anggota ini adalah penzahiran sifat-sifat seperti Sama' Basar, Kalam, Hayat, Ilmu, Iradat dan Qudrat.
Maka apabila anggota - anggota ini dibasuh dan disapu dengan air mutlak maka ia membawa makna menafikan sifat-sifat tersebut dari pemilikan seorang hamba dan mengisbatkannya kepada Allah.

Manakala air mutlak pula ialah kiasan cahaya tauhid yang tanpanya seorang hamba itu tiada akan dapat menyaksikan penafian sifat itu daripada hamba dan pengisbatannya kepada Tuhannya.

Apabila telah benar sifat-sifat tersebut dinafikan daripada seorang hamba sehingga terlihat olehnya akan hakikat itu maka dari sifat-sifat itu yang dibersihkan anggotanya terzahir Akhlak Muhammadiyyah seperti pengasih, pemaaf, pemurah, rendah diri dan sebagainya.

Wajah yang sentiasa menguntum senyuman, mata yang prihatin, telinga yang setia mendengar, mulut yang tidak menyakiti orang, tangan yang ringan membantu dan menolong orang, kepala yang memikirkan kebahagiaan umat dan kaki yang gagah melangkah ke medan jihad mempertahankan agama.
Demikianlah serba sedikit dari rahsia لا اله الا الله محمد رسول الله Pada wudhu yang dapat dinyatakan.

Setelah itu didirikan solat iaitu ibu kepada segala ibadah dan simbolnya yang paling utama.
Oleh kerana itulah ia menjadi pembeza antara Muslim dan Kafir seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w :
 بين الرجل وبين الكفرو الشرك ترك الصلاة. خرجه الإمام مسلم في صحيحه
Perbezaan antara seorang lelaki dengan kekufuran dan kesyirikan ialah meninggalkan solat.

Syeikh berpesan agar kita menumpukan sepenuh perhatian kita pada menyempurnakan solat bukan sekadar menunaikannya sahaja kerana ia bukan sekadar pergerakan jasmani tetapi yang lebih penting adalah pergerakan hati dari lalai kepada ingat, dari ingat kepada merasai kehadiran hati dan seterusnya kepada hilang ingatan melainkan hanya kepada Allah (syuhud).
Apa yang menjadi penilaian Allah ialah hati dan nilai solat itu adalah berdasarkan sejauh mana ia ingat kepada Allah.
 ليس للمرء من صلاته إلا ما عَقَل منها

Maksudnya : Tiada bahagian seseorang dari solatnya melainkan sekadar mana yang diingatinya."

Berkata Imam Al Qushairi r.ah mengenai maksud mendirikan solat dengan sempurna (إقامة الصلاة) :
هو القيام بأركانها وسننها ثم الغيبة عن شهودها برؤية من يصلى له فتحفظ عليه أحكام الأمر بما يجري عليه منه وهو عن ملاحظتها محو، فنفوسهم مستقبلية إلى القبلة، وقلوبهم مستقرة في حقائق الوصلة.

Iaitu menunaikan dengan sempurna rukun dan sunat-sunat solat, kemudian tiada memandang ia adalah dari kekuatan dan keupayaan dirinya bahkan semata-mata anugerah Tuhannya. Zahirnya melaksanakan perintah Nya manakala batinnya hanya memandang DiriNya, dada mereka menghadap ke arah kiblat hati mereka tetap berhubung dengan Nya.

Perihal pentingnya solat pernah suatu ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz menulis surat kepada kakitangannya mengingatkan mereka akan kepentingannya, tulis beliau :
إن أهم أموركم عندي الصلاة، فمن حفظها وحافظ عليها فهو لما سواها أحفظ ومن ضيعها فهو لما سواها أضيع.
Sesungguhnya urusan kamu yang paling penting di sisi ku ialah solat, maka sesiapa yang melaksanakan dan memeliharanya maka dia akan lebih memelihara amanah yang lain dan sesiapa yang mensia-siakannya maka urusan lain akan lebih disia-siakannya.
والله ورسوله أعلم بالصواب

PERiHAL SoLAT SUFi

Dalam sebuah atsar diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر لم تزده من الله الا بعدا
Sesiapa yang tiada mencegah solatnya dari melakukan kekejian dan kemungkaran tiada bertambah solatnya di sisi Allah melainkan kejauhan. (Ad Dailami)

Pada riwayat yang lain pula ada dinyatakan dengan lebih jelas akan hakikat ini:
إذَا صَلىَّ العَبْدُ فَلَمْ يُتِمُّ رَكُوْعَهَا وَلاَ سُجُوْدَهَا وَلاَ خُشُوعَهَا لُفَّتْ كَمَا يُلَفُ الثَّوْبُ الخَلْقُ ثُمَّ يُضْرَبُ بِهَا وَجْهَهُ.
Apabila seorang hamba itu melakukan solat sedang dia tiada menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuknya maka solat tersebut akan dilipat seperti dilipatnya kain yang lusuh lalu dilemparkan ke mukanya . (At Tabrani).

Ketahui oleh mu duhai saudara ku! Solat yang khusyuk itu ada 3 martabat :-
1. Khusyuk yang terhasil dari perasaan takut, rendah dan hina diri iaitu khusyuk para ahli zahid dan abid.
2. Khusyuk yang disebabkan perasaan takzim dan mengagungkan Allah iaitu khusyuk para salik.
3. Khusyuk yang terhasil dari perasaan suka dan gembira serta hatinya tiada sedikit pun berpaling dari Nya, iaitu khusyuk para arif yang wasil dan maqam inilah yang disabdakan oleh Nabi s.a.w:
جعلت قرة عيني في الصلاة
Telah dijadikan kegembiraan dan kesukaan ku pada solat...

Di sisi kaum sufi solat yang tiada disertai dengan khusyuk dan kehadiran hati adalah batil kerana matlamat disyaratkan solat itu adalah untuk mengingatiNya. Ia seperti mana yang telah di Firman kan oleh Allah :
... وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Dan dirikan lah solat untuk mengingati Ku (Taha: 13)

Tiadalah penawar yang paling mujarab untuk menjadikan hati khusyuk kepada Allah ketika solat melainkan dengan zuhud terhadap dunia yakni tawar hati terhadap dunia. Hal ini kerana seorang itu akan mengingati dan mengambil berat sesuatu yang dicintainya.

Cinta dunia itu adalah puteri syaitan maka adalah mustahil ia tiada diziarahi oleh bapanya. Maka selagi ada kecintaan terhadapnya walaupun sedikit selagi itulah akan hadir lintasan-lintasan yang melalaikan hati dari Allah.
Justeru selagi pohon cinta dunia ini tiada dicabut akarnya di dalam hati mu maka selagi itulah engkau tiada akan mencapai khusyuk yang benar di dalam solat.

Menurut Imam Al Ghazali r.a di dalam kitabnya Minhajul Abidin, zuhud ada dua jenis: zuhud yang mampu diusahakan dan zuhud yang tiada mampu diusahakan (kurniaan Allah yang dilimpahkan ke dalam hati seorang hamba yang benar dalam mensucikan hati dari kecintaan kepada dunia).

Ada 3 kaedah untuk menzuhudkan hati dan ia adalah mukadimah untuk memperoleh zuhud hakiki.

1. Tiada mengambil pusing akan nikmat dunia yang telah terluput dan terlepas atau untuk lebih mudah difahami ialah tiada menyesal dengan apa yang telah dibelanjakan.
2. Membelanjakan apa yang dihimpunkan dan dikumpulkan khasnya dalam perkara fi sabiliLLah.
3. Melatih hati untuk meninggalkan keinginan dan pilihannya terhadap dunia...

Sudah tentulah di antara ketiga-tiga langkah ini, langkah yang terakhir adalah yang paling sukar. Hal ini kerana berapa ramai yang meninggalkan dunia pada zahirnya tetapi menghendakinya pada batin...

Sementara itu, di antara perkara yang amat membantu untuk kita khusyuk dalam solat ialah dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah sama ada dengan lisan mahupun hati dan membiasakan diri sentiasa berada dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar, kerana sesungguhnya batin dan zahir itu mempunyai pertautan yang sangat kuat.
والله ورسوله أعلم بالصواب

Rabu, 13 Mac 2019

KISAH TASSAWUF DAN TAREQAT...

KISAH TASSAWUF DAN TAREQAT DIGERUNI DAJJAL, ORANG KAFIR DAN PENGIKUTNYA:
Kenapa dajjal, Eropah, freemason, illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat?
Sebabnya, tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kepada para Sahabat Nabi SAW yang hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yang berlaku kepada Sayyidina Khalid Al-Walid r.a, hanya dengan membawa 59 orang tentera dari para Sahabat, mereka dapat menghancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih.

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang para Ulama' namakan dengan ilmu "Tasawwuf" dan aqidah yang shohih iaitu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disusun melalui mazhab oleh Asya'irah dan Maturidiyyah. Cuba baca sejarah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah Asy'ari dan bermazhab Syafi'e, baca sejarah sultan Muhammad al-Fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi para Mujahid lain.

Begitu juga peperangan moden seperti perang Afghan dengan Russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh orang Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, beraqidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain-lain tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur. Begitu juga dengan para mujahid chechen yang menentang Russia juga dalam keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan mengikut tareqat naqshabandi, dan mereka hancurkan musuh dengan zikir.

Di tanah Melayu juga, para pejuang Melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan Ahli Sufi. Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman a.s. yang mahukan istana Balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit menawarkan diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi mempelawa untuk bawa istana tersebut hanya dengan sekelip mata.
Sejak dari hari itu syaitan, jin,dajjal, iblis sangat ANTI kepada Ahli Sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat. Ahli sufi yang memang terkenal sebagai jemaah zikir yang sangat digeruni dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu.

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sepertimana mereka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan.

Selepas itu apa yang dajjal cuba lakukan..???
1) Mereka jauhkan Ahli Sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan, wang dan sebagainya sehingga umat Islam pun leka dan sibuk hendak juga. Sedangkan sejak dahulu kaum Sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dalam hati seperti hiburan, wang dan lain-lain lagi. Bila Ahli Sufi dijauhkan dari amalan sufi, maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka orang kafir, tidak ada orang Islam yang akan percaya mereka, maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti iaitu jemaah wahabi untuk menyesatkan benua Arab,
Jemaah Qadiani untuk menyesatkan benua India dan Jemaah Baha'iyyah untuk sesatkan benua Asia.
ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak
Bersabda Nabi ﷺ : Berfirman Allah سبحانه وتعالی :

"Barang siapa menghabiskan waktunya dengan berzikir (ingat) kepadaKu, tanpa meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepadanya, yang lebih utama, daripada apa yang Aku berikan kepada orang orang yang meminta."

( Dirawikan Bukhari dan Baihaqi dari Umar bin Al-Khattab رضى الله عنه )
[ Kitab Ihya' 'Ulumuddin : Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى : Kitab Zikir & Doa ]

Jumaat, 8 Mac 2019

TIDAK DITERIMA LAGI ALASAN BILA USIA SUDAH MELEBIHI 50-70 TAHUN*

"Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50-70 tahun". (Hadith Riwayat Bukhari)
Al-Khattabi berkata : "Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50-70 tahun tidak diterima lagi keuzuran atau alasan, kerana usia itu merupakan yang dekat dengan kematian...
Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap-siap bertemu Allah." (Tafsir al-Qurthubi)
Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur itu.
*Nasihat Fudhail kepadanya : *"Bererti sudah 50-70 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus..!"

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 55-70 tahun ;
1. JANGAN berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian.
2. JANGAN berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mengerjakan amal saleh
3. JANGAN berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.
4. JANGAN gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa hidup banyak bersabar dan bersyukur
5. PERBANYAK doa mengharap keredha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.
6. TAMBAHkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.
7. SIAPKAN wasiat dan lakukan pembahagian harta.
8. KERAPKAN menjalin silaturrahim dan merapatkan hubungan yang renggang sebelumnya.
9. MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.
10. TINGKATKAN amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.
11. MAAFKAN kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.
12. BERESKAN segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.
13. BERHENTIlah dari semua maksiat !
*mata, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu*
*tangan, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu*
*mulut, berhentilah berbicara yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain*
*telinga, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat*
14. BERBAIK SANGKALAH  kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa.
15. PENUHI terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat, waktu dan keadaan.
Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun Anda belum mencapai Usia 50 tahun.
WALLAHU A'LAAM