Rabu, 30 Mac 2016

PERINGATAN UNTUK KiTA SEMUA



Gambar Hiasan

SAHABAT SEMUA YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI SEKELIAN, KEPADA YANG TAK DAPAT HADIR KE CERAMAH USTAZ AHMAD DUSUKI DI MASJID TCJ MALAM SEMALAM.. BERIKUT ADALAH SEDIKIT PERKONGSIAN YANG DISEDIAKAN DENGAN USAHA OLEH AHLI GRoUP MUSLIMAH TCJ MALAM SEMALAM.
SIKSA KUBUR-KENA JAGA 3 PERKARA SEBELUM MENGHADAP ALLAH:-
1. AKIDAH
2. IBADAH
3. AKHLAK

1. JAGA AKIDAH (KEYAKINAN) - jangan terpesong. ingat! hanya dengan Islam
2. JAGA IBADAH (harus sempurna)

- SOLAT jaga JANGAN ditinggalkan walaupun 1 rakaat.

- BACA QURAN ... usahakan baca Quran. (tak baca quran, dalam kubur soal jawab dengan malaikat tak lepas)!
*Baca Surah Baqarah dalam rumah...rumah bercahaya nampak dari Arash Allah.
*Saat roh ditarik....seksanya amat sangat.

SAKIT ibu bersalin bersamaan 1 kesakitan dari 99 juzuk kesakitan semasa roh ditarik 

*HIMPITAN KUBUR -semua akan merasa... Banyakkan berzikir- Terhindar azab kubur. 

Kubur Baru Tutup Paras Lutut, Malaikat Mungkar Nakir (Warna Hitam Kebiruan) yang pasti Datang..Bawa Belantan...Tanya Amalan.
Quran yang dibaca sebelum solat subuh - akan menjadi peguambela kita di alam kubur semasa soal jawab nanti.
Malaikat akan sandarkan kita di dinding kubur selepas QURAN yang kita amal baca SEBELUM SUBUH tu jawab semua soalan2 malaikat. Seterusnya Kubur bertukar menjadi hamparan hijau cantik dan wangi dengan TAHAJJUD yang kita amalkan. (cuba Tahajjud. Kalau payah, tahajud sbelum tidur). 

JIKA 1/3 malam tidak boleh bangun untuk buat, bangun masa hamper masuk waktu subuh, Solatlah Tahajud diiringi dengan membaca Quran, walaupun sedikit iaitu sebelum azan
Subuh dilaungkan. *Amalan baik yang dilakukan semasa di dunia menyebabkan soal jawab dengan Mungkar nakir lebih cepat dan sebaliknya.
Sebaliknya ada yang sampai 70tahun tak lepas soal jawab dengan malaikat walaupun hanya pasal sebatang cungkil gigi. 

*Jaga Amalan...Jaga Amanah Yang Diberi...

ANAK SOLEH...menyelamatkan kita di alam barzakh .. bekalan untuk kita.
- Seeloknya anak-anak yang memandikan jenazah kita - berdoa sambil mandikan jenazah ..anak-anak yang lain mengaminkan.
- Ada anak yang menyiapkan kain kafan.
*Anak lelaki mengimamkan solat jenazah dan membaca doa.
Amalan baik anak yang soleh boleh menyelamatkan ibubapanya...walaupun ibubapanya banyak membuat dosa.
Kalau tidak ada anak....belalah binatang sebab binatang itu boleh tolong kita di sana.
*Jenazah yang baik - najis sikit...peluh mengalir di dahi, kadang-kadang semasa memandikan jenazah, airmata jenazah keluar mengalir sedikit.

3. JAGA AKHLAK walaupun amalan baik..akhlak yang buruk...akan mendatangkan siksa
- Jaga Allah dan Rasul
- Jaga akhlak - dengan suami, ibu bapa..emak bapa mentua.
Emak mentua, ayah mentua sama dengan mak ayah kita sendiri. itu sebab kita tak boleh kawin dengan mak mentua/ayah mentua kita walaupun kita bercerai hidup/mati dengan pasangan kita.. sebab hubungan dengan mak/ayah mertua tetap kekal sebagai ibu ayah hingga mati.
A-JAGA HUBUNGAN DENGAN SESAMA MANUSIA yang lain, jiran. (sisa makanan rumah kita campak ke rumah jiran pun boleh masuk neraka.)
B-JAGA AURAT
C-JAGA HATI SUAMI.

HAFAL 3 SURAH (sebaik-baiknya)
- ALMULK - Tiada siksa kubur dan Soaljawab dalam kubur.
- ALKAHFI – Menjauhkan daripada fitnah hidup dan Fitnah mati.
- ALBAQARAH - syaitan tidak akan masuk dalam rumah kita dan dalam diri kita.
Wallahua’lam.

Ahad, 27 Mac 2016

KHASIAT BISMILLAH 3




Bis-miL-Laa-hi, Bis-miL-Laa-hi, Bis-miL-Laa.  ‘A-‘uu-dzu Bi-‘iz-za-tiL-Laa-hi Wa-qud-ro-ti-hi min syar-ri maa A-ji-du wa-‘u-haa-dzi-ru..

Bismillah 3 Dan Fadhilatnya.
Jika mengalami sakit disesuatu anggota badan, doa ‘Bismillah 3’ ini mampu mengubati penyakit pada sendiri orang dan orang lain..
Hadis yang diriwiyatkan oleh Muslim dan Ibnu Malik dalam kitab Muwaththa, bahwa Ustman Ibnu Abil Ash Assaqafi telah menderita sakit pada salah satu anggota tubuhnya. Kemudian dia menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamini menerangkan tentang penyakit yang dideritanya..
Rasulullah berkata : “Letakkan tanganmu pada bahagian yang sakit, bacalah doa di atas tujuh kali, angkatlah tanganmu dan taruhkan kembali, kemudian bacalah lagi tujuh kali, ulangilah beberapa kali setiap hari dan malam.”.
Ustman ibnu Abil Ash Assaqafi menerangkan : “Setelah aku kerjakan fatwa Rasulullah itu, tidak lama kemudian aku merasa sembuh dari penyakit yang telah kuderita beberapa waktu lamanya.”.

Cara Dan Kaedah Merawatnya:.
    1. Tekupkan tapak tangan pada tempat yang sakit.
    2. Berniat memohon pada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit.
    3. Dibaca 7 kali doa di atas dan diiringi 3 kali surah ‘3 Qul’.
    4. Afdal diulangi keseluruhan bacaan di atas sebanyak 3 kali.
 https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/04/10/khasiat-bismillah-3/