Ahad, 6 Mac 2016

TERCATATKAH NAMA KITA DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?


Gambar Hiasan
Kisah seorang tukang besi berdialog dengan seorang Ustaz:

"Ustaz. Mengapa Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga..! Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat untuk mendapatkannya?"



Ustaz pun menjawab: "Ooooh..! Mungkin di masa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui di mana-mana. ✿Dicari di antara kumpulan Solat Dhuha tak ada. Dicari di antara kumpulan Sholat Tahajjud tak ada.

✿Dicari di antara kumpulan Puasa Sunnah juga tak ada. Dicari di antara kumpulan yang sering bersedekah, juga tak bertemu.

✿Dicari di antara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada di sana. Dicari di antara kumpulan orang-orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

✿Dicari di antara orang-orang yang Khusyuk Sholatnya, tak ada. Dicari di majlis Maulidurrasul dan majlis Selawat tak ada. Dicari di antara yang menuntut ilmu Agama pun tak ada. ✿Allah SWT nak mencari tuan di mana? Cuba tuan beritahu!

Maka Menangislah si Tukang Besi sambil mengusap air matanya lalu BERISTIGHFAR berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah! Dekatkan diri mu pada Allah. Hanya Allah sahaja ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.

Selamat Berjuang Saudaraku.

Inn Shaa Allah... Allah! akan kurniakan Rahmat bagi Mu.

PENAWAR DALAM ISLAM:

-Sering Sakit = Berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis

-Wajah Gelap = Solat Tahajud

-Hati yang Sempit = Perbanyakkan Baca Al-Quran

-Tidak Bahagia = Solatlah Tepat Pada Waktunya

-Cepat Marah = Berwudhu' dan Perbanyakan Istighfar

-Gelisah= Perbanyakan Berdo'a

-Tertekan= Perbanyakan Berzikir "LAHAULA WALAQUWWATA ILLA BILLAH"

-Rezeki Kurang Berqah= Sering Berdo'a Untuk Ibu Bapa

-Hidup Miskin= Perbanyakan Bersedekah Jariah


Wallahua’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan