Khasiat Bismillah 7
‘بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
“Bismillaahir Rohmaanir Rohiim, Bis-Mil-Laa-Hisy Sya-fi, Bis-Mil-Laa-Hil
Kaa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Mu-’aa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Waa-fi,
Bis-Mil-Laa-Hil Rob-bis Sa-Maa-Waa-ti Wal-Ar-dhi, Bis-Mil-Laa-Hil La-Dzi Laa
Ya-Dhur-Ru Ma-’as-Mihi Syai-Un Fil Ar-dhi Wa-Laa Fis-Sa-Maa-’i Wa-Hu-Was
Sa-Mii-’ul ‘A-liim.”
.
.
Fadhilat Bismillah 7
.
1. Susah mendapat demam atau menghidap sakit
teruk..
2. Merapatkan
hubungan suami isteri terutama yang dingin..
3. Boleh ‘memagar rumah’ dan pendinding diri
serta keluarga..
4. Dibaca semasa hendak makan di kedai atau
tempat kenduri..
5. Mengubati segala jenis santau dan
tuju-tuju..
6. Mengubati segala jenis racun yang
diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan mudharat seperti dari kaca lampu,
miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak bisa dan sebagainya..
7. Mengubati segala jenis penyakit berbisa,
termasuk bisa sengatan binatang seperti ikan, lebah, ular dan kala jengking..
8. Ayat ‘Bismillah 7’ ini juga
sesuai dijadikan sebagai ayat Syifa ataupun penawar tatkala ditimpa sesuatu
musibah ataupun penyakit..
9. Apa pun juga kelebihan dan
keistimewaannya, semua itu adalah rezeki & dengan kuasa / kehendak dari
Allah SWT semata-mata.
.
Kesan Sampingan ‘Bismillah 7’.
Selain
khasiat di atas, juga menyebabkan kesan sampingan tertentu;.
- Wujudnya gejala penawar pada diri pengamal itu sendiri.
- Jika pengamal ‘Bismillah 7’ melalui atau menegur orang yang sedang membuat tapai, akan menyebabkan tapai tidak akan menjadi.
- Disarankan pengamal ‘Bismillah 7’ turut mengamalkan ‘Bismillah 5’ sebagai pengimbang dan pemulihnya.
.
Amalan Bismillah 7.
Alhamdulillah.. sudah ramai yang mendapat manfaat
‘Bismillah 7’ ini dan ianya sesuai dijadikan amalan setiap kali sebelum
menjamah makanan, mahupun pergi ke tempat-tempat awam dan asing, tetapi
haruslah ingat dan yakin bahawasanya semua perkara itu terhasil dengan
pertolongan Allah Ta’ala jua.
Mudah-mudahan kita semua memperoleh manfaat,
InsyaAllah.. AMIN!
https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/04/12/khasiat-bismillah-7/#more-3911
Tiada ulasan:
Catat Ulasan