Rabu, 23 Mac 2016

"PESANAN PARA WALI"

Gambar Hiasan

Ketika berhimpunnya para fakir- fakir suci di sebuah perjumpaan para wali.

Berkatalah Sultan Aulia yang digelar wali Qutub pemimpin para wali:


Wahai fakir-fakir di jalan rohani berzuhudlah kamu pada dunia kerana dunia itu menipu daya.
Bukan di sini tujuanmu kampung akhirat itulah tempat abadimu.
Cintai Allah sepenuh jiwa ragamu

Kasihi Rasulullah dan Ulama Arifbillah.
Buangkan kebesaran makhluk dari hatimu.
Besarkan Allah dalam puji dan sanjungmu.
Bertaubatlah atas dosa kelalaianmu dan jangan mengulang-ulangi kedosaan itu setelah engkau sadar dan beradaplah terhadap Tuhanmu

Sucikan hati, Sucikan niatmu dan lemparkan mazmumah itu ke lautan pembersihan.
Isikan pekertimu dengan peradaban mahmudah dengan jalan mujahadah.
Dan
paluankan zikrullah pada hati yang berkarat daki dunia itu agar bersih cerminmu dengan cahaya makrifat

Hari-
harimu penuhilah dengan keikhlasan ibadah dan bersihkan sajadah iktiqadmu dari berhala keakuan diri dan keberhalaan duniawi

Esakan Allah pada Dzat-Nya, Sifat-Nya, Asm'a-Nya dan Afaal-Nya, Tiada yang maujud di alam ini pada hakikat-Nya melainkan Allah. 

Engkau harus berserah diri dan redha akan segala takdir dari Allah.
Jangan sesekali cuba membantah suratan yang telah ditakdiri.
Bergantuglah hanya dengan Allah (As Somad) kerana makhluk tiada kuasa dan tiada memberi mudharat tanpa izin Allah.

Berhina dirilah di hadapan keperkasaan Tuhan mu.
Jangan sombong dan bongkak berjalan di atas muka bumi.
Berkasih sayanglah sesama makhluk kerana itu di tuntut oleh agama.
Berpegang teguhlah pada tali agama dan ambil Al'Quran dan Sunah Nabi sebagai pedoman diri serta bersabarlah dalam mentaati perintah Allah.

Jangan durhaka dan bermuka-muka itu amat tercela dan engkau akan mendapat murka nanti dari Yang ESA.

Akhir kalam-Ku jadilah hamba yang sejati mentaati segala titah perintah dari Tuhan-Mu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan