Jumaat, 28 Mac 2014
Ahad, 23 Mac 2014
PESANAN US HJ HASSAN ABDUL LATIFF.......
Seumur Hidup AMALKAN Sekurang-kurangnya...
1.
AL-IKHLAS – 70,000 kali
2.
SUBHANALLAHIWABIHAMDIHI...SUBHANALLAHILAZZIM –
80,000 kali
3.
SURAH AL-A’LA – Dalam Solat Witir SETIAP MALAM.
[ Dalam doa..”Ya Allah, Engkau suka Surah ini, Nabimu pun suka Surah ini , aku pun suka surah ini..Ya Allah
permudahkanlah aku menghafal dan mengamalkannya]
4.
SURAH YASSIN
5.
SURAH TABARAKAL LADZI....
Nota: HAFALAN – Baca sekedar hafal dalam
solat sunat. Amalkan berterusan..berterusan.
Kuliah :TH 23. Mac 2014.
Jumaat, 21 Mac 2014
Peringatan Diriku
“Wahai hamba...! Barangsiapa yang mengetahui dengan ‘ain al-yaqin bahawa Allah telah menetapkan
bahagian segala sesuatu itu dengan nyata, maka dia tidak akan meminta lagi,
kerana dia malu kepada Allah. Tetapi dia akan menyibukkan diri dalam mengingat
Allah dengan tidak memburu bahagian yang sudah ditetapkan untuknya itu, dan
tidak pula mengharapkan agar bahagian orang lain diberikan kepadanya. Sikapnya adalah
menundukkan kepala , diam, beradab sopan yang baik, tidak berpaling daripada
Allah dan tidak mengadu kepada manusia , sama ada dalam hal yang sedikit
mahupun dalam hal yang banyak....”
(Menjadi Kekasih Allah.SQJailani-pg291)
Rabu, 19 Mac 2014
SEBELAS JENIS MANUSIA DI DOA MALAIKAT
Wuduk |
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Disenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Peringatan diri: Solat itu wajib, jangan biarkan diri di mamah usia dengan kekosongan rohani. Isikan dengan zat-zat yang berguna. Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaallah yang sunat pun akan berkat. Amin.
ANTARA ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT IALAH:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
**Tambahan: Juga beristighfarlah 25 kali setiap hari untuk seluruh muslimin dan muslimat.
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ لِي وَلوَالِدَيَّ وَلِأَصْحَابِ الْحُقُوْقِ عَلَيَّ
وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسلِمَاتِ وَالْمُؤمِنِينَ وَالْمُؤمِنَاتِ ألْأَحْيَاءِ مِنْهُم وَالاَموَاتِ
بِرَحمَتِكَ يَاأَرحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “
10.Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11.Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Wallahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.
Posted by Hassan Abdul Latiff
http://uwaisalqarnie.blogspot.com/2013/12/s-ebelas-jenis-manusia-di-doamalaikat.html
NABI KHIDHIR A.S. MASIH HIDUP
Gambar hiasan |
Takziah kepada keluarga Rasulullah SAW.. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam kitab Tafsir: “Bercerita kepadaku ayahku, yang didengarnya dari Abdul Aziz Al-Ausiy, dari Ali bin Abu Ali, dari Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Husain, dari ayahnya, katanya Ali bin Abi Talib berkata: “Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah ucapan takziah. Datang kepada mereka (keluarga Nabi SAW) orang yang memberi takziah. Mereka mendengar orang memberi takziah tetapi tidak melihat orangnya. Bunyi suara itu begini:
‘Assalamu Alaikum Ahlal Bait Warahmatullahi Wabarakatuh. Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah bagi setiap musibah, bagi Allah ada pengganti setiap ada yang binasa, begitu juga menemukan bagi setiap yang hilang. Kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.”
Berkata Ja’far: “Bercerita kepadaku ayahku bahawa Ali bin Abi Talib ada berkata: “Tahukah kamu siapa ini? Ini adalah suara Nabi Khidir.” Berkata Muhammad bin Ja’far: “Adalah ayahku, iaitu Ja’far bin Muhammad, menyebutkan tentang riwayat dari ayahnya, dari datuknya, dari Ali bin Abi Talib bahawa datang ke rumahnya satu rombongan kaum Quraisy kemudian dia berkata kepada mereka: “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu tentang Abul Qasim (Muhammad SAW)?”
Kaum Quraisy itu menjawab: “Tentu sahaja mahu.”
Ali bin Abi Talib berkata: “Jibril Alaihis salam pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahmad. Inilah akhir watanku (negeriku) di bumi. Sesungguhnya hanya engkaulah hajatku di dunia.” Maka tatkala Rasulullah SAW wafat, datanglah orang yang memberi takziah, mereka mendengarnya tetapi tidak melihat orangnya. Orang yang memberi takziah itu berkata: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai ahli bait. Sesungguhnya pada agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan bagi Allah ada yang menggantikan setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.” Mendengar yang demikian Ali bin Abi Talib berkata: “Tahukah kamu siapa yang datang itu? Itu adalah Khidir.”
Berkata Saif bin Amr At-Tamimi dalam kitabnya Ar-Riddah, yang diterimanya dari Sa’id bin Abdullah, dari Ibnu Umar mengatakan: “Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah Abu Bakar ke rumah Rasulullah. Ketika beliau melihat jenazah Rasulullah SAW, beliau berkata: “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.” Kemudian beliau bersama sahabat-sahabat yang lain menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW. Pada waktu mereka menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW, mereka mendengar suara ajaib. Selesai solat dan mereka pun semuanya sudah diam, mereka mendengar suara orang di pintu mengatakan: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahli Bait. Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya pada agama Allah ada pengganti setiap ada yang binasa dan ada kelepasan dari segala yang menakutkan. Kepada Allah-lah kamu mengharap dan dengan-Nya berpegang. Orang yang diberi musibah akan diberi ganjaran. Dengarlah itu dan hentikan kamu menangis itu.”
Mereka melihat ke arah suara itu tetapi tidak melihat orangnya. Kerana sedihnya mereka menangis lagi. Tiba-tiba terdengar lagi suara yang lain mengatakan: “Wahai Ahli Bait, ingatlah kepada Allah dan pujilah Dia dalam segala hal, maka jadilah kamu golongan orang mukhlisin. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan ada pengganti setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya taat. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah orang yang diberi pahala.” Mendengar yang demikian itu berkata Abu Bakar: “Ini adalah Khidir dan Ilyas. Mereka datang atas kematian Rasulullah SAW.”
Berkata Ibnu Abu Dunia, yang didengarnya dari Kamil bin Talhah, dari Ubad bin Abdul Samad, dari Anas bin Malik, mengatakan: “Sewaktu Rasulullah SAW meninggal dunia, berkumpullah sahabat-sahabat beliau di sekeliling jenazahnya menangisi kematian beliau. Tiba-tiba datang kepada mereka seorang lelaki yang bertubuh tinggi memakai kain panjang. Dia datang dari pintu dalam keadaan menangis. Lelaki itu menghadap kepada sahabat-sahabat dan berkata: “Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, ada pengganti setiap ada yang hilang. Bersabarlah kamu kerana sesungguhnya orang yang diberi musibah itu akan diberi ganjaran.”
Kemudian lelaki itu pun menghilang daripada pandangan para sahabat. Abu Bakar berkata: “Datang ke sini lelaki yang memberi takziah.” Mereka memandang ke kiri dan kanan tetapi lelaki itu tidak nampak lagi. Abu Bakar berkata: “Barangkali yang datang itu adalah Khidir, saudara nabi kita. Beliau datang memberi takziah atas kematian Rasulullah SAW.”
Dari tadi sudah banyak kita lihat ucapan-ucapan takziah yang hampir sama kata-katanya. Ada yang mengatakan hadis ini daif. Ubad yang meriwayatkan hadis ini tidak diiktiraf oleh Imam Bukhari.
Berkata Ibnu Syahin dalam kitabnya Al-Jana’iz: “Bercerita kepada kami Ibnu Abu Daud, dari Ahmad bin Amr, dari Ibnu Wahab, dari Muhammad bin Ajlan, dari Muhammad bin Mukandar, berkata: “Pernah pada suatu hari Umar bin Khattab menyembahyangkan jenazah, tiba-tiba beliau mendengar suara di belakangnya: “Ala, janganlah duluan dari kami mengerjakan solat jenazah ini. Tunggulah sudah sempurna dan cukup orang di belakang baru memulakan takbir.” Kemudian lelaki itu berkata lagi: “Kalau engkau seksa dia ya Allah, maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada-Mu. Tetapi kalau Engkau mahu mengampuni dia, maka dia betul-betul mengharap keampunan daripada-Mu.” Umar bersama sahabat-sahabat yang lain sempat juga melihat lelaki itu. Tatkala mayat itu sudah dikuburkan, lelaki itu masih meratakan tanah itu sambil berkata: “Beruntunglah engkau wahai orang yang dikuburkan di sini.”
Umar bin Khattab berkata: “Tolong bawa ke sini lelaki yang bercakap itu supaya kita tanya tentang solatnya dan maksud kata-katanya itu.” Tiba-tiba lelaki itu pun sudah menghilang dari pandangan mereka. Mereka mencari ke arah suaranya tadi tiba-tiba mereka melihat bekas telapak kakinya yang cukup besar. Umar bin Khattab berkata: “Barangkali yang datang itu adalah Khidir yang pernah diceritakan oleh Nabi kita Muhammad SAW.”
Ada juga yang mengatakan hadis ini tidak sahih. Kata Ibnu al-Jauzi hadis ini majhul (tidak dikenal) dan dalam sanadnya ada yang terputus di antara Ibnul Mukandar dengan Umar.
Khidir Datang Menegur Peniaga
Berkata Ibnu Abu Dunia: “Bercerita kepadaku ayahku, yang didengarnya dari Ali bin Syaqiq, dari Ibnu Al-Mubarak, dari Umar bin Muhammad bin Al-Mukandar, berkata: “Ada seorang peniaga yang banyak memuji-muji barangnya dan banyak bersumpah untuk meyakinkan orang lain (pembeli). Tiba-tiba datang kepadanya seorang tua dan berkata: “Wahai peniaga, juallah barangmu tetapi jangan banyak bersumpah.” Peniaga itu masih banyak bercakap dan bersumpah, yang menyebabkan orang tua itu berkata lagi: “Wahai pedagang, berniagalah secara jujur dan jangan banyak bersumpah.” Bahkan orang tua itu berkata lagi: “Berniagalah secara yang patut sahaja.” Peniaga itu berkata: “Inilah yang patut saya lakukan.” Kemudian orang tua itu berkata: “Utamakanlah kejujuran walaupun berat melakukannya dan tinggalkan berbohong walaupun ia akan membawa keuntungan.”
Akhirnya peniaga itu berkata: “Kalau begitu tuliskanlah semua apa yang engkau sebutkan ini. “Orang tua itu berkata: “Kalau ditakdirkan sesuatu itu maka adalah ia.” Menurut mereka yang datang menegur itu adalah Nabi Khidir.
Diriwayatkan oleh Abu Amr, dari Yahya bin Abi Talib, dari Ali bin Ashim, dari Abdullah, berkata: “Pernah Ibnu Umar duduk-duduk di satu tempat, sedangkan seorang lelaki (tidak berapa jauh dari tempatnya) sudah mula membuka jualannya. Peniaga itu banyak bersumpah untuk melariskan jualannya. Tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Takutlah kepada Allah dan jangan berbohong. Hendaklah engkau berkata jujur walaupun berat melakukannya dan jauhilah berdusta walaupun ia membawa manfaat. Dan jangan tambah-tambah dari cerita orang lain (apa yang ada).”
Ibnu Umar yang mendengar teguran orang tua itu berkata kepada peniaga itu: “Pergi ikuti dia dan suruh supaya dia tulis apa yang disebutkannya tadi.” Peniaga itu pergi mengikutinya dan meminta supaya menuliskan apa yang disebutkannya tadi tetapi orang tua itu hanya berkata: “Kalau sesuatu itu sudah ditentukan Allah, maka adalah ia.” Kemudian orang tua itu pun tiba-tiba sahaja menghilang. Peniaga itu kembali menjumpai Ibnu Umar serta menceritakan apa jawapan orang tua itu. Ibnu Umar berkata: “Yang datang itu adalah Nabi Khidir.”
Tetapi kata Ibnu Al-Jauzi hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Ahsim daif. Bahkan katanya Ali bin Ashim itu lemah ingatannya.
Ada juga riwayat yang hampir sama dengan ini menyebutkan: “Ada dua orang lelaki yang berjualan tidak berapa jauh dari Abdullah bin Umar. Salah seorang dari peniaga itu banyak bersumpah untuk melariskan barang-barang jualannya. Ketika ghairah bercerita mempromosikan jualannya, tiba-tiba datang seorang lelaki kemudian berkata kepada peniaga yang banyak bersumpah itu: “Wahai hamba Allah, takutlah kepada Allah dan jangan banyak bersumpah. Sesungguhnya tidak akan bertambah rezekimu jika engkau banyak bersumpah. Dan sebaliknya, tidak akan mengurangkan kepada rezekimu jika engkau tidak bersumpah. Oleh itu bercakaplah yang wajar-wajar sahaja.”
Peniaga itu menjawab: “Inilah yang saya anggap wajar.”
Lelaki tua itu mengulang nasihatnya lagi. Dan ketika dia sudah mahu pergi, dia berkata lagi: “Ketahuilah bahawa termasuk daripada iman ialah mengutamakan kejujuran walaupun berat melaksanakannya dan meninggalkan pembohongan walaupun dianggap membawa keuntungan.”
Setelah memberi nasihat atau teguran, lelaki itu pun pergi. Ibnu Umar berkata kepada peniaga itu: “Kejar dia dan minta supaya ditulisnya apa yang disebutkannya tadi.” Peniaga itu pergi mengejarnya dan berkata kepadanya: “Wahai hamba Allah, tuliskanlah apa yang engkau sebutkan tadi supaya tuan dirahmati Allah.” Lelaki itu tidak ada menulisnya tetapi mengulangi apa yang disebutkannya tadi. Jadi, menurut Ibnu Umar yang datang itu adalah Nabi Khidir.
Kisah Khidir dan Abu Mahjan
Diriwayatkan oleh Saif dalam kitab Al-Futuh, bahawa satu jemaah berada bersama Saad bin Abi Waqqas, maka mereka melihat Abu Mahjan berperang, maka yang meriwayatkan ini pun menceritakan kisah Abu Mahjan secara panjang lebar. Dari kesimpulan cerita-cerita mereka mengatakan bahawa Nabi Khidir masih hidup pada zaman itu.
Berkata Abu Abdullah bin Battah: “Bercerita kepada kami Syuaib bin Ahmad, yang didengarnya dari ayahnya, dari Ibrahim, bin Abdul Hamid, dari Ghalib bin Abdullah, dari Hasan Basri berkata: “Seorang lelaki berfahaman Ahli Sunnah Waljamaah berlainan pendapat dan berhujah dengan seorang lelaki bukan Ahli Sunnah. Mereka berdebat mengkaji masalah qadar. Mereka berdebat di tengah-tengah perjalanan. Masing-masing mereka mempertahankan pendapatnya dan berbantah dengan suara yang kuat tetapi akhirnya sepakat siapa yang duluan datang ke tempat mereka berhujah itu akan diangkat sebagai pemutus di antara mereka.
Tidak lama kemudian, muncullah seorang lelaki memikul bungkusan sedangkan rambut dan pakaiannya sudah berabu dan jalannya menunjukkan seolah-olah sudah kepenatan. Mereka berkata kepada lelaki itu: “Tadi kami berdebat tentang qadar dan masing-masing di antara kami memberikan hujah dan dalilnya tetapi tidak tahu siapa di antara kami yang benar. Kami sudah sama-sama setuju bahawa siapa orang yang mula-mula datang ke tempat ini akan kami angkat sebagai hakim. Maka sekarang kami minta tolong kepada tuan untuk menghakimi kami.”
Lelaki itu meletakkan bungkusannya kemudian duduk. Setelah berehat sebentar dan nafasnya sudah mulai tenang, dia berkata: “Kalau begitu duduklah kamu disini.” Kemudian lelaki itu menghakimi mereka secara bijaksana.” Menurut Hasan Basri lelaki yang mengadili mereka itu adalah Nabi Khidir.
Nabi Khidir Memberi Pengajaran
Diriwayatkan oleh Hammad bin Umar, dari A-Sara bin Khalid, dari Jakfar bin Muhammad, dari ayahnya, dari datuknya Ali bin Husain, katanya pembantu mereka pergi berlayar menaiki kapal. Ketika dia mahu mendarat tiba-tiba dia melihat di atas pantai duduk seorang lelaki yang sedang menerima hidangan makanan dari langit. Makanan itu diletakkan di hadapannya kemudian dia pun memakannya. Setelah dia kenyang, makanan itu diangkat semula ke langit. Pembantu yang merasa hairan itu memberanikan dirinya mendekati orang itu sambil berkata kepadanya: “Hamba Allah yang manakah engkau ini?” Lelaki itu berkata: “Aku adalah Khidir yang barangkali engkau sudah pernah mendengar nama itu.” Pembantu itu bertanya lagi: “Dengan (amalan) apakah didatangkan kepadamu makanan dan minuman ini?”
Lelaki itu menjawab: “Dengan nama Allah yang Maha Agung.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dalam kitab Al-Zuhdi, yang diterima dari Hammad bin Usamah, dari Mas’ar, dari Maan bin Abdul Rahman, dari Aun bin Abdullah, dari Utbah, dari Ibnu Mas’ud, mengatakan: “Ada seorang lelaki di Mesir sedang bercucuk tanam di kebunnya. Ketika itu dia sedang gelisah dan dia tunduk mengerjakan ladangnya. Ketika dia mengangkat kepalanya, tiba-tiba di melihat di hadapannya ada seorang lelaki sedang berdiri memperhatikan apa yang dilakukannya dan memandangi wajahnya. Lelaki itu berkata kepadanya: “Kuperhatikan dari tadi engkau murung dan gelisah, mengapa begitu?” Lelaki yang bercucuk tanam itu berkata: “Tidak ada apa-apa.”
Kemudian lelaki yang datang tadi berkata: “Dunia adalah kesenangan yang sedikit dan masanya amat terhad, dan kesenangan itu dinikmati oleh orang baik dan orang jahat. Sedangkan akhirat kesenangan yang hakiki dan abadi.”
Mendengar yang demikian lelaki yang bercucuk tanam itu berkata: “Sebenarnya saya sedih memikirkan keadaan kaum muslimin sekarang ini. Orang yang datang itu berkata: “Allah SWT akan membebaskanmu dari kesusahan kerana engkau ambil-berat terhadap nasib kaum Muslimin. Cuba tanya siapakah orangnya yang meminta kepada Allah kemudian Allah tidak memenuhi permintaannya, siapakah orang yang doanya tidak terkabul? Siapakah yang berserah kepada Allah lalu Allah tidak melindunginya?” Mus’ir berkata: “Menurut mereka orang yang memberi pengajaran itu adalah Khidir.”
Nabi Khidir datang ke Baitul Haram
Berkata Abu Naim dalam kitab Al-Hilyah: “Bercerita kepada kami Ubaidullah bin Muhammad, dari Muhammad bin Yahya, dari Ahmad bin Mansur, dari Ahmad bin Jamil, katanya berkata Sufyan bin Ainah: “Pada waktu saya tawaf di Baitullah, tiba-tiba saya melihat seorang yang sedang memimpin satu kumpulan manusia mengerjakan tawaf. Saya bersama orang yang berdiri di sekelilingku memperhatikan lelaki itu. Ada di antara mereka yang berkata: “Lelaki yang memimpin kumpulan yang tawaf itu nampaknya seorang yang ikhlas dan berilmu.” Kami amati dia bahkan kami ikuti ke mana dia pergi. Lelaki itu pergi ke maqam kemudian mengerjakan solat di situ. Selesai solat dia menadahkan kedua tangannya dan berdoa. Setelah itu dia melihat ke arah kami dan berkata: “Tahukah kamu apa kata Tuhan kamu?”
Kami jawab: “Tidak.” Dia berkata: “Tuhan kamu berkata: “Aku adalah raja. Kamu mendakwa diri kamu sebagai raja.” Kemudian dia memalingkan wajahnya ke arah kiblat, menadahkan tangannya sebagai tanda berdoa kemudian berpaling kepada kami dan berkata: “Tahukah kamu apa kata Tuhan kamu?” Kami jawab: “Tidak.” Dia berkata: “Tuhan kamu berkata: “Akulah yang hidup dan tidak akan mati untuk selamanya. Kamu mendakwa diri kamu hidup dan tidak akan mati.”
Setelah itu dia menghadap ke arah kiblat dan mendoa. Selesai berdoa berpaling kepada kami sambil berkata: “Tahukah kamu apa kata Tuhan kamu?” Kami jawab: “Tidak.” Dia berkata: “Tuhan kamu berkata: “Akulah Tuhan yang apabila menghendaki sesuatu akan ada ia. Ada di antara kamu yang mengaku apabila menginginkan sesuatu akan ada.”
Kata Ibnu Ainah lagi: “Kemudian dia pun pergi dan kami tidak melihatnya lagi. Setelah itu saya berjumpa dengan Sufyan As-Tsauri dan dia berkata: “Barangkali lelaki itu adalah Khidir atau wali Allah yang lain.”
Ada diceritakan ketika Hasan Basri berceramah di hadapan jemaahnya, tiba-tiba datang seseorang yang matanya kehijau-hijauan. Melihat yang demikian Hasan Basri bertanya kepadanya: “Apakah memang begini engkau dilahirkan oleh ibumu atau ini sebagai tanda?” Orang yang baru datang itu berkata: “Apakah sememangnya engkau kenal kepadaku wahai Abu Said?” Hasan Basri berkata: “Siapa engkau sebenarnya?” Lelaki itu memperkenalkan dirinya sehingga jelas bagi semua jemaah yang ada di tempat itu. Hasan Basri berkata lagi: “Tolong ceritakan bagaimana kisahmu.”
Lelaki itu berkata: “Pernah pada suatu hari dahulu aku mengangkut semua barang-barangku ke dalam kapal. Aku pun berlayar menuju Cina. Ketika berlayar mengharungi lautan yang dalam, tiba-tiba angin bertiup kencang. Terjadi ombak yang begitu hebat dan kapal yang saya naiki pun terbalik. Rupanya ajalku belum tiba, aku dibawa oleh ombak ke pantai. Aku terdampar di satu pulau yang tidak didiami oleh manusia. Empat bulan lamanya aku keseorangan di pulau itu. Makanan tidak ada kecuali daun-daunan dan batang kayu yang lapuk. Bahkan minuman pun tidak ada kecuali air mata yang sentiasa mengalir kerana sedihnya.
Tidak terdaya lagi menahankan hidup seperti itu sehingga aku sudah bermaksud berenang menyeberangi lautan yang luas itu. Ketika berjalan mendekati laut yang ombaknya melambai-lambai itu, tiba-tiba di hadapanku sudah ada istana yang pintunya seperti perak. Kubuka pintunya rupanya di dalam ada bilik-bilik dan beberapa ruang tamu yang lengkap dengan perhiasan. Di dalam istana itu juga ada beberapa buah peti yang dihiasi dengan permata. Aku buka salah satu peti itu. Aku dekati peti itu kemudian terasalah semerbak yang cukup harum. Aku buka perlahan-lahan, rupanya di dalam ada mayat yang masih segar seperti orang tidur. Aku tutup semula peti itu kemudian aku keluar dari istana itu.
Sebaik sahaja turun dari tangga istana, aku berjumpa dengan dua orang pemuda kacak dan nampak ramah.
Mereka bertanya siapa aku dan aku pun memberikan butir-butir peribadiku. Mereka berkata: “Pergilah ke pohon sana. Di bawah pohon itu ada taman yang indah. Dan di situ nanti ada orang tua yang sedang mengerjakan solat. Dia itu baik orangnya. Ceritakan dirimu dan keadaanmu kepadanya kemudian nanti dia akan menunjukkan jalan kepadamu.”
Aku pun pergi ke pohon yang mereka tunjukkan itu. Memang benar, di bawahnya ada seorang lelaki tua sedang duduk berzikir. Aku ucapkan salam kepadanya kemudian dia pun menjawabnya. Dia tanya siapa diriku kemudian aku pun menerangkannya. Dia tanya mengapa aku sampai di tempat itu kemudian aku ceritakan semuanya. Lelaki itu terdiam sejenak merenungkannya. Dia tanya mengapa aku sampai di tempat itu kemudian aku ceritakan semuanya.
Lelaki itu terdiam sejenak merenungkan perjalananku dan macam-macam yang aku lihat sebelumnya. Dia tanya lagi di mana kampungku kemudian aku ceritakan. Kemudian lelaki itu berkata: “Kalau begitu duduklah dahulu.”
Aku duduk sahaja memperhatikan lelaki itu. Tidak lama kemudian datanglah tumpukan awan mendekati beliau.
Anehnya awan itu sanggup berkata seperti manusia dengan ucapan: “Assalamu Alaikum ya wali Allah.” Beliau menjawab salam awan itu kemudian awan itu pun berhenti di hadapan beliau.
Beliau bertanya kepada awan itu: “Ke mana engkau mahu pergi?” Awan itu menjawab: “Aku mahu pergi ke kampung ini dan kampung ini.” Kemudian awan itu pun pergi seperti ditiup angin. Datang lagi awan-awan yang lain dan kesemuanya berhenti di depan beliau. Beliau bertanya lagi kepada awan yang datang kemudian: “Ke mana engkau mau pergi?” Awan itu menjawab: “Saya mahu pergi ke Basrah.” Beliau berkata: “Kalau begitu turun dahulu.” Awan itu turun dan berhenti di hadapan beliau. Beliau berkata: “Bawa orang ini ke depan rumahnya dengan selamat.”
Nampaknya awan itu sudah siap untuk mengangkut saya. Sebelum berangkat, saya bertanya kepada orang tua itu: “Demi Tuhan yang telah memuliakan engkau, tolong ceritakan kepadaku apa itu istana tadi, siapa dua orang pemuda itu dan siapa engkau.”
Orang tua itu berkata: “Istana yang engkau lihat tadi adalah tempat para syuhada yang gugur di laut. Orang-orang yang mati syahid di laut telah diangkut oleh malaikat. Mayat para syuhada itu mereka masukkan ke dalam peti yang dihiasi dengan emas dan permata, disembur dengan wangi-wangian dan mereka masukkan (simpan) di dalam istana seperti yang engkau lihat tadi. Dua orang pemuda tampan yang engkau jumpai tadi adalah malaikat yang disuruh Allah untuk menguruskan mereka pada waktu pagi dan petang. Sedangkan aku ini adalah Khidir. Aku dahulu ada memohon kepada Allah supaya mengumpulkan atau menggabungkan aku dengan umat nabi kamu Muhammad SAW.”
Lelaki yang dibawa awan dan datang menjumpai Hasan Basri itu berkata lagi: “Sewaktu terbang bersama awan, aku terperanjat kerana melihat sesuatu yang mengejutkan. Dan itulah sebabnya mataku seperti yang engkau lihat ini.”
Mendengar yang demikian Hasan Basri berkata: “Sungguh mengagumkan pengalaman hidupmu.”
Menurut satu riwayat, Raja Sulaiman bin Abdul Malik telah menyuruh menterinya menangkap seorang lelaki yang sangat dikehendaki untuk dibunuh. Sebaik sahaja mengetahui perintah raja itu, lelaki yang dicari tadi segera melarikan diri. Lelaki itu lari ke kampung lain. Di kampung itu dia mendengar berita hangat bahawa orang bernama ini disuruh tangkap untuk dibunuh. Dia semakin ketakutan kemudian lari lagi ke kampung lain. Di kampung itu pun rupanya sudah gempar berita itu yang menyebabkan dia lari lagi ke kampung lain. Begitulah yang dia dengar setiap pergi ke satu kampung. Akhirnya dia terfikir untuk lari ke negeri di luar kekuasaan Sulaiman bin Abdul Malik.
Sekarang dia sudah sampai di satu padang pasir yang amat luas, yakni di tempat itu tidak ada pokok yang tumbuh, tidak ada air dan makanan apapun, bahkan nampaknya tempat itu adalah tanah yang tidak pernah diinjak oleh manusia.
Di situ dia melihat seorang lelaki tengah mengerjakan solat. Dia pandang di sekeliling orang yang solat itu, ternyata tidak ada tunggangan, tidak ada bekalan dan sebagainya. Dia begitu hairan melihat lelaki itu mengapa berada seorang diri di tempat itu. Dia ingin mendekati lelaki itu tetapi tidak jadi kerana ketakutan. Hatinya bertanya: “Ini manusia atau jin ini.” Dia beranikan dirinya untuk mendekati lelaki itu. Kemudian lelaki itu memandang ke arahnya dan berkata: “Barangkali Sulaiman bin Abdul Malik yang membuatmu ketakutan sehingga tersesat ke tempat ini.” Dia berkata: “Betul tuan.” Lelaki itu berkata: “Mengapa tidak engkau buat pendinding dirimu?” Dia bertanya: “Pendinding apa maksudnya?” Lelaki itu berkata: “Bacalah zikir seperti ini (yang maksudnya):
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Esa yang tidak ada Tuhan selain-Nya.
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha terdahulu dan tidak ada yang menjadikan-Nya.
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Kekal dan tidak akan binasa.
Maha Suci (Tuhan) Yang Dia setiap hari dalam kesibukan.
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.
Maha Suci (Tuhan) yang telah menciptakan apa yang dilihat dan tidak kelihatan.
Maha Suci (Tuhan) yang mengajari segala sesuatu tanpa pengajaran secara langsung.
Dalam zikir di atas ada dinyatakan bahawa Allah setiap hari atau waktu berada dalam kesibukan. Ini sebenarnya ada ditemui di dalam Quran, iaitu ayat yang mengatakan: Setiap waktu Dia (Allah) dalam kesibukan.
(Al-Rahman: 29)
Maksudnya Allah SWT sentiasa dalam keadaan menciptakan, menghidupkan, mematikan, memelihara, memberi rezeki kepada semua makhluk dan sebagainya. Orang itu berkata: “Bacalah zikir ini.” Lelaki itu berkata: “Maka saya pun menghafal zikir itu dan membacanya. Tiba-tiba lelaki itu sudah menghilang dan tidak nampak lagi. Tetapi berkat amalan itu, perasaan takut sudah hilang dari diriku. Aku sudah bermaksud pulang ke kampungku menjumpai keluargaku, bahkan aku ingin pergi menjumpai Sulaiman bin Abdul Malik.
Pada suatu hari, yang mana rakyat jelata dibolehkan berjumpa dengannya, saya pun masuk ke istananya. Sebaik sahaja saya masuk ke ruang tamunya, dia memandangiku seakan ada sesuatu yang ingin dikatakannya. Dia mendekati aku kemudian berkata: “Engkau telah menyihir aku.” Saya jawab dengan tenang: “Wahai Amirul Mukminin, saya tidak ada mengguna-guna tuan. Saya tidak pernah belajar ilmu sihir dan saya tidak ada menyihir tuan.”
Sulaiman bin Abdul Malik menerangkan apa yang ada dalam hatinya secara jujur: “Dulu aku begitu marah melihat engkau. Aku sudah bertekad akan membunuh engkau. Rasanya kerajaanku ini tidak sempurna kalau tidak membunuh engkau. Tetapi setelah melihat wajahmu tadi, aku begitu sayang kepada engkau. Sekarang ceritakan secara jujur apa yang engkau amalkan itu. Dia pun menyebutkan zikir tadi. Mendengar yang demikian Sulaiman bin Abdul Malik berkata: “Demi Allah Khidirlah yang mengajarkan amalan itu kepadamu.” Akhirnya raja memaafkan segala kesalahannya dan menyayanginya.
Amalan yang paling disukai Allah
Dari Raja’, beliau berkata: “Pernah pada suatu hari ketika saya berada di samping Sulaiman bin Abdul Malik, tiba-tiba datang seorang lelaki tampan. Lelaki itu memberi salam kemudian kami jawab. Kemudian dia berkata: “Wahai Raja’, sesungguhnya telah diuji keimananmu ketika engkau dekat dengan lelaki ini (Raja Sulaiman). Kalau engkau dekat dengan dia, maka engkau akan celaka. Wahai Raja’, engkau mesti sentiasa berbuat baik dan menolong orang-orang lemah. Ketahuilah wahai Raja’, sesiapa yang mempunyai kedudukan di kerajaan sultan, lalu dia mengangkat hajat orang-orang lemah yang mereka tidak sanggup menyampaikannya, maka orang yang mengangkat atau menyampaikan itu akan menjumpai Allah pada hari kiamat dalam keadaan kedua tumitnya tetap ketika berhisab. Ketahuilah wahai Raja’ bahawa sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya sesama muslim maka Allah akan menunaikan hajatnya. Dan ketahuilah wahai Raja’ bahawa amalan yang paling disukai Allah ialah amalan menyenangkan hati orang mukmin.”
Setelah memberikan pengajaran yang bernas itu, tiba-tiba lelaki itu sudah menghilang. Ramai yang berpendapat bahawa yang datang memberikan pengajaran itu ialah Nabi Khidir.
Mas’ab bin Thabit bin Abdullah bin Zubair adalah seorang yang rajin beribadat. Dia selalu berpuasa dan mengerjakan solat tidak kurang dari seribu rakaat sehari semalam. Dia ada berkata: “Pernah ketika aku berada di dalam masjid sedangkan orang semuanya sudah pulang, ke rumah masing-masing, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak saya kenal. Lelaki itu menyandarkan badannya ke dinding masjid sambil berkata: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau tahu bahawa aku berpuasa sejak kelmarin. Sampai sekarang pun aku masih berpuasa. Aku tidak mendapatkan makanan dan minuman dan aku menginginkan al-Tharid (nama makanan). Berikanlah kepadaku ya Allah makanan dari sisi Engkau.”
“Tiba-tiba saya melihat seorang pelayan datang membawa hidangan. Pelayan itu nampaknya tidak seperti orang biasa. Orangnya tampan, bersih dan pakaiannya kemas. Dia berjalan ke arah lelaki yang berdoa tadi sambil meletakkan hidangan itu di hadapannya. Lelaki itu pun membetulkan duduknya menghadap hidangan itu. Sebelum mencicipi makanan itu dia memandang saya dan mengajak saya supaya ikut makan bersamanya. Hatiku berkata: “Syukur dia mengajak saya makan bersama.” Ketika itu saya yakin makanan itu didatangkan dari syurga sehingga saya pun ingin betul mencuba. Baru sedikit saya cuba tahulah saya bahawa makanan itu bukan makanan yang biasa di dunia ini.
Sebenarnya saya merasa segan dan malu kepada orang yang tidak saya kenal itu. Belum lagi kenyang rasa perutku saya sudah mengucapkan terima kasih dan pergi ke tempatku semula tadi. Tetapi saya masih terus memperhatikan lelaki itu. Setelah dia selesai makan, datang lagi pelayan tadi mengambil hidangan itu. Dia pergi lagi ke arah tempat datang tadi. Lelaki yang baru selesai makan itu pun sudah berdiri dan nampak pergi. Aku kejar dia kerana ingin tahu siapa dia sebenarnya. Tetapi malangnya dia tiba-tiba saja menghilang dan saya tidak tahu ke mana perginya. Besar kemungkinan lelaki itu adalah Nabi Khidir.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir, dari Ibrahim bin Abdullah bin Al-Mughirah, dari Abdullah, berkata: “Telah bercerita kepadaku ayahku bahawa pengurus sebuah masjid berkata kepada Walid bin Abdul Malik: “Sesungguhnya Nabi Khidir sembahyang setiap malam di masjid.”
Dari Daud bin Yahya, katanya bercerita seorang lelaki yang selalu berada di Baitul Maqdis: “Pada waktu saya berjalan di salah satu lembah di Jordan, saya melihat di lembah bukit itu ada orang yang sedang mengerjakan solat. Saya lihat di atasnya ada awan yang melindunginya daripada panas matahari. Menurut tekaanku lelaki itu adalah Nabi Ilyas. Saya dekati dia kemudian kuucapkan salam kepadanya. Dia berpaling kepadaku sambil menjawab salamku. Aku tanya: “Siapa anda sebenarnya wahai orang yang dirahmati Allah?” Dia diam sahaja dan tidak menjawab soalanku. Kutanya lagi seperti soalan pertama kemudian dia menjawab: “Aku adalah Ilyas An-Nabi.”
Tiba-tiba sahaja merinding bulu romaku. Aku gementar, dan yang paling kutakutkan dia menghilang sebelum saya sempat menanyakan itu dan ini. Aku berkata kepadanya: “Tolong doakan supaya Allah menghilangkan penyakitku ini.” Dia pun berdoa. Tiba-tiba penyakitku terasa sudah sembuh.
Aku tanya lagi: “Kepada siapa tuan diutus?” Beliau menjawab: “Aku diutus kepada penduduk Baklabakka.” Kutanya lagi: “Apakah sekarang ini tuan masih ada menerima wahyu?” Beliau menjawab: “Bukankah sudah diutus Muhammad sebagai nabi penutup? Aku tidak ada menerima wahyu lagi.”
Katanya lagi: “Kalau begitu berapa lagi nabi yang masih hidup sekarang ini?” Beliau menjawab: “Sekarang ada empat orang lagi nabi yang masih hidup, iaitu saya sendiri (Ilyas), Khidir di bumi (darat), dan Nabi Idris bersama nabi Isa di langit.”
Kutanya lagi: “Apakah tuan pernah berjumpa dengan Nabi Khidir?” Beliau menjawab” “Ya, setiap tahun kami berjumpa di padang Arafah, yakni pada musim haji.”
Kutanya: “Apa yang kamu lakukan jika berjumpa di sana?” Beliau menjawab: “Aku ambil rambutnya kemudian dia pun mengambil (mencukur rambutku).”
Kutanya lagi: “Berapa orang lagi Al-Abdal (Wali Allah yang lain)?” Beliau menjawab: “Ada 60 orang lelaki. 50 orang berada di kawasan Mesir sampai pantai Furat, 2 orang di Masisah, 1 orang di Antokiah dan 7 orang di pelbagai penjuru dunia. Merekalah yang mengatur hujan dan mereka yang menolong untuk mengalahkan musuh Allah, bahkan di tangan mereka berdirinya dunia ini, dia matikan mereka semua supaya dunia ini pun hancur.” Ini menurut satu pendapat sangat tidak sahih.
Nabi Khidir mengubati dengan Asmaul Husna
Berkata Abul Hasan bin Al-Munadi: “Bercerita kepada kami Ahmad bin Mulaib, dari Yahya bin Said, dari Abu Jakfar Al-Kufi, dari Abu Umar Al-Nasibiy, berkata: “Aku pergi mencari Maslamah bin Masqalah di Syam. Ramai yang mengatakan Maslamah termasuk wali Allah juga. Setelah berusaha mencarinya, saya menjumpainya di salah satu lembah di Jordan.
Beliau berkata kepadaku: “Mahukah engkau kuceritakan kepadamu tentang apa yang kulihat tadi di lembah bukit ini?” Kujawab: “Tentu aku ingin mendengarnya.” Beliau berkata: “Ketika saya datang tadi ke lembah ini, saya melihat seorang syekh yang sedang mengerjakan solat di bawah pokok itu. Besar kemungkinan lelaki itu adalah Nabi Ilyas. Aku berjalan mendekatinya kemudian memberi salam kepadanya sekalipun dia sedang mengerjakan solat. Saya lihat dia rukuk, kemudian iktidal, dan kemudian sujud.Selesai solat dia memandang ke arah suaraku datang kemudian menjawab salamku setelah melihat aku berdiri di situ.
Aku tanya dia: “Siapakah engkau wahai orang yang dirahmati Allah.” Dia menjawab : “Aku adalah Ilyas Al-Nabi.”
Aku begitu gugup mendengar kata-katanya itu.Dia datang mendekati aku. Dia letakkan tangannya di dadaku sehingga aku merasakan kesejukan tangannya.
Aku berkata kepadanya: “Wahai nabi Allah, doakanlah supaya Allah menghilangkan penyakitku ini.” Kemudian beliau pun berdoa dengan menggunakan nama Allah, lima di antaranya dalam bahasa Arab dan tiga lagi dalam bahasa Siryani. Beliau membaca: “Ya Wahid, Ya Ahad, Ya Somad, Ya Fardun, Ya Witrun. Beliau menyebut tiga potong perkataan lagi yang saya sendiri tidak tahu maknanya. Kemudian beliau menarik tanganku sambil mendudukkan aku.Ketika itu rasanya penyakitku sudah hilang.
Aku bertanya kepadanya: “Wahai nabi Allah, Bagaimana pendapatmu tentang orang ini (saya sebutkan Mirwan bin Muhammad), yang ketika itu menahan beberapa orang ulama. Beliau berkata: “Bagaimana hubungan kamu ?” Aku menjawab “Wahai nabi Allah kalau aku berjumpa dengannya dia berpaling. Dia tidak memberi sebarang komen.
Aku bertanya lagi: “Wahai nabi Allah,apakah sekarang ini masih ada di dunia ini Al-Abdal. (wali-wali Allah)?Beliau menjawab:”Ada” Mereka semua ada sebanyak 60 orang. 50 orang di kawasan Mesir sampai pantai Furat, 3 orang di Masisah, 1 orang di Antokiah dan yang lainnya di daerah Arab lainnya.”
Aku bertanya lagi:”Wahai nabi Allah, Apakah tuan ada berjumpa dengan nabi Khidir?” Beliau menjawab “Ya setiap musim haji kami berjumpa di Mina.” Aku bertanya: Apa yang kamu lakukan jika berjumpa?” Beliau menjawab: “Aku mengambil rambutnya dan dia pun mengambil rambutku.”
Aku berkata kepadanya: “Wahai nabi Allah. sebenarnya saya ini adalah orang yang hidup sebatang kara, tidak mempunyai isteri dan anak. Kalau tuan bersetuju biarlah saya ikut bersama tuan ke mana sahaja tuan pergi.” Beliau menjawab: Engkau tidak sanggup berteman denganku.”
Ketika bercerita dengan beliau tiba-tiba aku melihat satu hidangan makanan keluar dari akar pohon itu kemudian diletakkan di hadapan beliau. Sementara orang yang mengangkatnya tidak kelihatan. Dalam hidangan itu ada tiga ketul roti. Beliau sudah menghulurkan tangannya untuk makan makanan itu. Tetapi tiba-tiba beliau belum jadi memakannya dan beliau mengajak aku supaya sama-sama makan.
Saya duduk di sebelah beliau, kemudian beliau berkata kepadaku: “Mulailah dengan Bismillah dan ambilah dari yang terdekat kepadamu “Kami pun memakannya bersama-sama. Selepas makan saya lihat jelas dulang itu diangkat lagi tetapi tidak kelihatan orang yang mengangkatnya. Kemudian didatangkan lagi kepada beliau minuman tetapi tidak kelihatan orang yang membawanya. Beliau membagi dua minuman itu, separuh beliau minum dan separuh lagi beliau serahkan kepadaku. Saya cuba minuman itu, oh rasanya cukup lazat. Minuman itu lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Selesai minum saya letakkan tempatnya. Tiba-tiba saya lihat terangkat lagi tetapi tidak tahu siapa mengangkatnya.
Kemudian beliau memandang ke bawah (tempat yang lebih rendah lagi), rupanya di situ sudah ada binatang menunggu yang lengkap dengan tempat duduknya. Binatang itu lebih besar dari keldai dan tidak sampai sebesar baghal. Beliau berjalan ke arah tunggangan itu. Aku kejar beliau dan aku minta supaya ikut bersamanya. Tetapi beliau berkata: “Bukankah sudah aku katakan bahawa engkau tidak sanggup mengikuti perjalananku?” Saya merasa kecewa dan hanya mampu berkata: “ Kalau begitu bagaimana caranya supaya saya berjumpa lagi dengan tuan?” Beliau menjawab: “ Kalau betul-betul ingin berjumpa denganku, kita akan berjumpa lagi nanti.” Tambah beliau lagi: “Semoga engkau dapat menjumpai aku lagi nanti pada bulan Ramadhan di Baitul Maqdis dalam keadaan iktikaf.” Beliau pergi ke bawah pohon dan aku ikuti dari belakang tetapi tiba-tiba beliau menghilang.”
_______________________________________
Dipetik Dari Buku: Kisah Nabi Khidir a.s.
Pengarang: Al-Hafiz Ibnu Hajar al Asqalaniy.
http://uwaisalqarnie.blogspot.com/2013/12/nabi-khidhir-a.html
Khamis, 13 Mac 2014
TAUHID HAKIKI
Tauhid Hakiki - musafirikhlas
Dalam mempersoalkan isu tauhid ini ramai umat manusia yang mempelajari ilmu mengenal diri iaitu “Makrifatullah”, mengapa terlalu banyak persepsi atau pandangan-pandangan dan pelajaran-pelajaran yang jauh membawa umat manusia untuk mengerti dan memahami kongsep hakikat makrifatullah yang hakiki, pelbagai jalan dan cara diajarkan kepada umat manusia yang merumitkan lagi menyulitkan, apakah agama itu menyulitkan atau memudahkan..? Sedangkan setiap segala sesuatu itu sudah disiapkan dengan dalil beserta hadis-nya.
Menurut hemat saya pelajaran ilmu hakikat makrifatullah ini tidak merumitkan dan menyulitkan, bahkan memudahkan umat, mengapa mahu menyulitkan..? Ambillah jalan mudah, mudah difahami dan dicerna, bukan bererti adanya jalan mudah cara lama ditinggalkan, kalau anda masih boleh memahami dengan baik.. ya silakan, tapi menurut saya.. jika ada jalan yang lebih mudah…ya di pilih jalan yang mudah, kalau jalan yang berliku-liku itu menyulitkan lalu banyak umat manusia tersasar dari hakikat makrifatullah yang hakiki, apa lagi jika hendak mentauhidkan dengan benar-benar tauhid akan segala sesuatu kepada Allah.
Jika difahami dengan benar-benar apa itu “Zat=Sifat=Asma’=Af’al” maka ianya benar-benar telah memberitahu bahawa makhluk/manusia itu pada hakikatnya tidak ada, yang ada hanya Allah semata-mata, mengapa masih merasakan diri hebat atau bijak..? Dan fahami lagi dengan benar-benar konsep “ La ilaha Illallah, tiada TUHAN melainkan ALLAH”, bukankan telah dikatakan bahawa sememangnya tuhan lain selain Allah itu tidak ada..? Lalu mengapa timbulnya pelbagai pengakuan tuhan itulah tuhan inilah, akulah tuhan, bukankah ini merumitkan..? Kalau hendak ber-TUHAN maka bertuhanlah pada Allah sahaja, jangan ada lagi berbagai-bagai tuhan.
Bagaimana hendak merasai adanya atau mengenali Allah itu dengan hakiki..? Jika mahu merasai adanya Allah itu maka rasailah sehingga tiada lagi rasa, lihatlah sehingga tiada lagi penglihatan, pandanglah sehingga tiada pandangan sehingga semuanya menjadi kosong sekosong-kosongnya, lalu apa yang anda dapati..? Tidak ada apa-apa lagi melainkan diam sediam-diamnya, maka anda telah sampai kepada Zat-Nya, kerana diri zat itu tiada dapat dirasa, tiada dapat disentuh, tiada dapat dilihat, tiada dapat dicium melainkan kosong yang tiada kosongnya, maka itulah zat semata-mata, itulah diri Allah sebenarnya.
Lalu timbul pula rasa ingin dikenali, maka di sini telah ada permulaan titik awal iaitu sifat, kalau tadi dikosongnya itu zat semata-mata, sekarang ini telah ada rasa ingin dikenali maka telah ada permulaan bagi yang awal iaitu sifatullah, apakah sifat ini telah zahir..? Belum…inilah yang dikatakan qodim, bicara tanpa suara masih qodim, maka diciptakan makhluk yang bernama “ADAM” yang maksudnya tiada, lalu nyatalah apa yang diinginkan oleh sifat itu dengan nyatanya af’alullah ini, segala kelakuan dan perbuatan sifat itu nyata terzahir atas jasad ini, maka namanya ialah juga satu iaitu Allah, esa pada zat-Nya, sifat-Nya, af’al-Nya dan asma’-Nya.
Konsepnya amat mudah, seperti anda ketahui iaitu “Allah, Muhammad, Adam”, kalau ketiga-tiga ini umumnya satu tapi tiada bercampur, kerana Allah dan Muhammad itu satu bukan bersatu, bukan bercampur tapi satu jua, kalau Adam itu tentunya satu jua tapi tiada bercampur, kerana adam itu diciptakan hanya satu dengan cara ciptaan yang pertama dan merupakan benda baharu yang akan menemui mati, kerana ianya diberikan hayat, penglihatan dan pendengaran sebagai menyatakan akan diri-ya yang sebenar diri. Lalu dimanakah manusia..? Cuba difahamkan sabda baginda nabi S.A.W yaitu” Ana minallah, walmu’minuna minni, Aku dari Allah, mukmin itu daripadaku“
Lalu kembalilah kepada tauhid yang hakiki, tauhidlah dengan benar-benar bahawa sesungguhnya Allah semata-mata yang ada, kerana kalimat tauhid itu ialah “La maujudun Illa Allah”, tiada sesuatu yang maujud/wujud kecuali Allah”, jikalau sudah benar-benar tauhid maka tiada lagi dipandang segala gerak dan perbuatan itu perbuatan makhluk pada diri jasad ini melainkan kelakuan dan perbuatan Allah semata-mata, tapi ingat bahawa diri Allah itu tidak bertempat, seperti dalam hadis qudsyi menyatakan “ Ana makanin, wala lay salli makan, Aku merupakan tempat pada sekelian yang bertempat, tapi aku tidak mengambil tempat pada sekelian yang bertempat”. Apakala sudah sampai di sini maka kembalilah ke tempat sewajar-nya dan selayak-nya kita berada yaitu pada tempat mutmainnah, yaitu tempat orang yang jiwa-nya sudah tenang setelah makrifat dan tauhid dengan benar-benar hakiki, walaupun begitu tetaplah merasakan dan memandang kepada Allah itu dengan tiada lagi rasa dan tiada lagi pandangan, lalu putuskanlah iktiqod anda bahawa tiada lagi tuhan begitu tuhan begini, bahawasa-nya DIA lah semata-mata yang ada.
Tapi harus diingat bahawa bukan bererti di sini destinasi kita kerana kita bukan tuhan, tapi diri kita hanyalah kenyataan tuhan, maka tempatnya yaitu di “Mutmainnah”, orang yang jiwanya sudah tenang apabilah telah mengenali hakikat diri sebenar diri, tapi tetap memandang Allah sahajalah ada, seperkara lagi harus diperhatikan, Allah itu tidak bertempat, “Ana makanin, wala laysalli makan, Aku merupakan tempat pada sekelian yang bertempat, dan Aku tidak mengambil tempat pada sekelian yang bertempat”.
Jika menurut hemat saya jalan ini amat mudah difahami kerana tiada berbagai-bagai cara, bukan cara lain itu tidak bagus atau tertolak, bahkan Allah telah menyatakan bahawa “Ada dari kalangan hambaKU yang datang kepadaKU dalam keadaan merangkak, berlari, berjalan, mengesot dan berbagai lagi, bahkan ada yang semacam mendaki”, juga harus di ingat penjelasan ini bukan-lah bererti hendak mendabik dada bahawa inilah jalan yang sebenar-nya yang harus anda telusuri bahkan ada bermacam-macam cara, maka anda-lah yang harus bijak berfikir.
Mudah bukan, anda merasai adanya tuhan itu sehingga tiada lagi rasa, yaitu hilang segala rasa sehingga menjadi kosong ia akan rasa, berfikir sehingga hilang segala fikiran menjadi satu dengan perasaan lalu kosong sekosong-kosong-nya, maka tiada lagi anda dapati diri anda, bahkan tuhan-lah yang ada, inilah yang perlu dibawa kedalam solat, bukan berbagai-bagai iktiqod, apabila ini sudah dicapai maka setiap gerak rukuk dan sujud dalam solat itu tidak lagi di pandang sebagai perbuatan makhluk, bahkan kelakuan dan perbuatan tuhan semata-mata yang bertajalli pada sifat (Muhammad) dan af’al-nya, (Jasad), jasad ini tempat kenyataan tuhan.
Cuba di fikir sejenak, anda berniat untuk membuat air kopi, awal-nya sebelum niat itu apa yang ada, tidak ada bukan, kosong sekosong-nya, ini yang dikatakan zat, (Zat Mutlak/Ruhul Qudus) zat mutlak ini bukan-lah diri tuhan, masih belum, kerana diri tuhan dan zat yang menciptakan itu masih tinggi lagi, tapi bukan ini untuk dibahaskan, apabila telah ada niat maka titik awal permulaan itu sudah bermula, tapi masih belum nyata, apabila telah disempurnakan atau pergi ke dapur membuat air kopi maka nyatalah, ini yang dikatakan zahir, maka telah nyata apa yang dikatakan titik awal niat itu.
Perbahasan ini tentunya luas namun saya ringkaskan kerana menurut hemat saya para pembaca bukan-lah baru hendak belajar, bahkan sudah mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang agama, maka dengan itu marilah sama-sama kita renungkan dan fikirkan sedalam-dalamnya agar mencapai matlamat dan tujuan yang sebenarnya untuk apa diri zahir ini diadakan.
Akhir kalam penjelasan ini bukan untuk menunjukan kebijaksanaan berfikir, tapi sama-sama berkongsi penngetahuan. Allahu’alam………
http://perjalananmukmin.wordpress.com
HAKIKAT INSAN
Hakikat Insan - musafirikhlas
Assalamualaikum..Wbt..
Sebut sahaja tentang “ Hakikat Insan” berapa ramai di antara kita pada hari ini yang mengetahui tentang hakikat insan..? Begitu banyak tulisan menarik dan hebat-hebat di blog-blog dan tidak kurang juga website peribadi menulis atau membicarakan tentang hakikat insan…tetapi berapa ramai pula orang-orang yang hebat yang mengambil pelajaran atau erti hakikat insan ini..? Sesungguhnya yang menulis tetap terus menulis dan yang membaca tetap juga terus membaca..namun jika hanya sekadar baca sahaja tidak pula mengambil erti, itu hanya perbuatan sia-sia sahaja.
Pada membicarakan tentang hakikat insan ini marilah kita kaji atau renungi sedikit untuk memikirkan tentang persoalan "apakah kita ini daripada tiada kemudian diadakan..? Apakah hanya sia-sia..? Lihat pula pada firman Allahu Ta’ala ini yang berbunyi :-
( Afa hasibhtum annama kholaqnaakum ‘abasha, wa annakum ilaina la turjau’un, Maka apakah patut kamu mengira Kami hanya menciptakan kamu ( dari tiada kepada ada ) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu..? Dan kamu ( Menyangka pula ) tidak akan di kembalikan kepada Kami )
Ayat di atas cukup menerangkan kepada kita bahawa kita ini bukan dijadikan hanya sia-sia, sudah tentu ada tujuan dan maksudnya, apakah maksudnya dan tujuannya..? Sudah tentu untuk memperkenalkan diriNya. Sepert firman Allahu Ta’ala yang berbunyi:- ( Aku suka untuk memperkenalkan diriKu ). Siapakah yang bertanggungjawab mengenalnya..? Sudah tentu kitalah yang bertanggungjawab mengenalnya, tapi bagaimana..? Bolehkah kita mengenalinya..? ( Man arofa nafsahu faqod arofa robbahu, barangsiapa kenal diri maka kenal lah Tuhannya ).
( Al insanul sirruhu wa ana sirruhu, manusia itu adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya ). Sesungguhnya kita semua ini adalah rahsia ke”Wujudan “ Allah, dan bagi untuk menyatakan kewujudannya maka terlebih dahulu di tajallikan dirinya kepada “ Nur Muhammad “ yakni sifat bagi Zat, ( untuk membincangkan tentang Hakikat Muhammad ini memerlukan penjelasan yang agak panjang ), tapi di sini saya tidak berhasrat untuk menjelaskan kesemuanya kerana sudah banyak penjelasan tentang hakikat Muhammad ini di blog-blog yang lain terutama di blog Jalan Akhirat. Kemudian ditajallikan pula ke alam “ Ruh “ seterusnya sampailah ke alam insan (Manusia). Nah! Inilah tanggungjawab yang dipikul oleh makhluk yang bernama insan ( Insan Kamil ) untuk mengenali penciptanya, tetapi..ada tapinya..apakah makhluk yang bernama insan ini benar-benar boleh mengenal penciptanya..? Apakah bisa sampai kepada Tuhannya..?
Bagaimana..?
Bagaimana pula dengan firman Allahu Ta’ala ini..? ( Man ‘arofa nafsahu faqod ‘arofa Robbahu, barangsiapa kenal dirinya maka kenallah Tuhan-nya ). Kenal diri sebenar diri, bukan diri yang fana’ atau yang hancur binasa, kenal asal muasal dari mana kita datang maka ke situlah tempat kembali kita. Kenal diri yang mana..? Adanya kita sudah tentu adanya pencipta, berdirinya kita sudah tentu ada yang mendirikan, melihatnya kita sudah tentu ada yang memberi penglihatan, tapi siapakah dia..? Adakah Allah..? Kalau Allah..mana dia..? Ada nama sudah tentu ada tuannya, tapi adakah dengan menyebut Allah itu sudah bererti itu tuannya..? Tidak..itu hanya nama yakni (makna ) pada Zat-nya, apakah manusia boleh mengenal Zat-nya..? Jawapan-nya tidak..hanya Allah yang boleh mengenal Allah yakni diriNya sendirilah yang boleh mengenal diriNya.
Tetapi mengapa manusia di pertanggungjawabkan untuk memikul rahsianya..?
Kerana manusialah yang sanggup menjadi khalifah di muka bumi ini dan menanggung rahsia Allah S.W.T. Demi untuk memperkenalkan diriNya maka ditajallikan diriNya kepada sifatNya..yakni ” Nur Muhammad “, Nur Muhammad ( Sifatullah )inilah yang menanggung perbuatan Zat, tetapi itu tidak bereti perilaku zat Allah, janganlah terus dianggap bahawa apakah Allah seperti kita..? Tidak, maksud menanggung perbuatan zat itu ialah setiap perilaku sifat Muhammad itu adalah kekuasaan Allah semata-mata, kemudian ditajallikan pula ke alam insan yakni alam zahir, Adam a.s (afa’alullah ), diri yang zahir ini pula menanggung perbuatan qodim iaitu sifatullah ( Nur Muhammad ) semata-mata hanya untuk menyatakan diriNya wujud yang hakiki. Perilaku diri yang zahir inilah yang banyak menampakkan kekuasaan Allah, wajah Allah.
Sabda Baginda S.A.W yang berbunyi: “ Ke mana sahaja kamu hadapkan mukamu di situ kamu akan lihat wajah Allah “, Apakah dengan melihat wajah orang lain itu sudah bererti nampak wajah Allah..? Tidak..” Syuhudun wahid fi kasrath, lihatlah diri yang satu (Esa) ke dalam yang banyak “, kemudian “ Syuhudun kasrath fi wahid, lihatlah diri yang banyak itu ke dalam diri yang satu (Esa). Inilah yang dikatakan wajah-wajah Allah, melihat kebesaran dan keagungan Allah di sebalik wajah-wajah yang mulia lagi suci.
Maka inilah yang dikatakan “ Al insanul sirruhu wa ana sirruhu, manusia itu adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya “ Rahsia kewujudan-Nya dengan maujudnya manusia yang zahir ini lagi bakal hancur dan binasa, yang kekal hanya Allah semata-mata.
Hakikat manusia yang sebenar ialah diri yang qodim itu ( batin ), barangsiapa sudah mencapai martabat ini maka ia sudah menjelajahi alam Akhirat yakni ( Kekal ) dalam baqa’ billah. Tetapi, apakah ini yang dicari..? Bukan ini yang kita mahukan..akan tetapi diri empunya diri yang tiada binasa tiada hancur dan tiada, tiada, tiada…bahkan ia bersembunyi di dalam nyata, bahkan rahsia yang dipikul tiada terbeban rasa dipikul, rahsia yang dikandung tiada rasa ia dikandung. Untuk mencapai martabat ini carilah guru “ Mursyid “ lagi ‘alim dengan pengetahuannya, kemudian carilah pula guru sebenar “ Guru “ baru bisa sampai kepadanya.
Sekian wassalam…..
http://perjalananmukmin.wordpress.com/2012/07/14/hakikat-insan/
KENALI ALLAH SEBELUM SOLAT
Kenali Allah Sebelum Solat -musafirikhlas
Assalamualaikum…
Salam persaudaraan dari penulis untuk semua kepada saudara pembaca sekelian.. tujuan saya wujudkan laman ini adalah untuk berkongsi dan berbagi ilmu pengetahuan andai apa yang ada pada saya atas kurnian dari “ALLAH” dapat dimanfaatkan sama-sama, bukan bermaksud untuk menunjuk-nunjuk. Bukankah Nabi S.A.W pernah bersabda: Sebaik-baik manusia itu adalah yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain.
Di dalam Al-Qur’an “ALLAH” S.W.T Juga berfirman ( QS:-Al- Asr:- “ Watawa tsaubil haq, watawa tsaubil tsobri”) (“Berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran…Berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran”). Kebenaran dari Risalah ketuhanan dan sabar di dalam menyebarkan risalah-Nya.
Mengapa kita perlu mengenal Allah sebelum solat..?
Apakah jika tidak kenal Allah maka tidak boleh solat..?
Bagaimana jika orang yang solat selama ini jika tidak kenal pada Allah..?
Solat itu tetap wajib dijalankan, hanya apabila solat sudah ditingkatkan dengan mengenal akan ALLAH maka barulah itu di katakan benar-benar solat dan benar-benar menyembah. Bukankah solat itu suatu hal yang pertama akan di hitung pada hari “Yaumul Mahsyar” kelak. Kita akan di persoalkan tentang kepada siapa kita sembah, dan kepada siapa kita sujud. Membincangkan soal kepada siapa kita sembah kepada siapa kita sujud sudah tentu saudara pembaca semua menganggap penulis memperkotak-katikan soal agama, tetapi itu adalah hakikat Solat itu sendiri. Arwah guru penulis pernah berkata kepada penulis..
(“ Syaria’t tanpa hakikat tidak sempurna..hakikat tanpa syari’at tidak sah”)
Bagaimana yang dikatakan kenal Allah sebelum solat..? Jika di zaman jahiliah dahulu para Nabi bertanggungjawab mengajak kaumnya beriman kepada Allah.. manakala Rasul sejak zaman Baginda Nabi Adam a.s sehingga ke Rasul pilihan akhir zaman pula baginda bertanggungjawab mengajak kaum dan umatnya beriman kepada Sang pencipta yang Maha Agung yakni Allah S.W.T. Dan seterusnya menyebarkan risalah ketuhanan untuk menyempurnakan aqidah supaya menjadi manusia yang bertamadun.
Bagaimana pula di zaman kita..? Di zaman kita pula datuk dan nenek moyang kitalah yang bertanggungjawab memberitahu kepada (Kaum ) yakni keturunannya tentang kepada kepada siapa kita beriman dan menyembah dan kepada siapa pula kita beriman yang menyuruh kita mengikuti suruhan Allah,dan mengikuti sunnahnya ini mesti dijelaskan..kerana ia amat berkait rapat dengan soal hubungan jasmani dan rohani.. penting. Ada Allah ada Muhammad..ada bulan ada matahari..ada jasmani ada rohani dua-dua hendaklah seiring, bagaimana jika diberikan dua kaki hanya digunakan satu sahaja untuk berjalan, dan diberi dua tangan hanya satu digunakan untuk melakukan kerja kan tidak sempurna begitu juga soal ibadat.
Bagaimana pula di zaman anak-anak kita..? Kitalah sebagai ibubapa yang wajib memberitahu perkara asas beriman kepada Allah dan Rasul kepada anak-anak kita..oleh itu menuntut ilmu itu wajib fardhu ain, maka kita perlu dibekalkan dengan ilmu yang mencukupi untuk diberitahu kepada anak-anak kita. Berbeza pula dengan orang yang telah sempurna ilmunya, kesudahan kepada kesempurnaan itu pula ialah mati, terputusnya segala kehendak dan keinginan nafsu syahwatnya yang bisa menyesatkannya, tidak begitu rakus lagi terhadap perhiasan dunia yang sentiasa menggoda bagi yang mengejarnya.
Hendaklah diberitakan kepada anak kita tentang ancaman Allah dan azabnya bagi orang yang melalaikan suruhan Rasulnya daripada melakukan perintah Allah. Ini kerana anak kita sejak umur linkungan tiga tahun keatas sangat mudah menerima apa saja yang kita ajarkan kepada mereka tetapi AWAS!!! Jangan sampai mereka jemu dari melakukannya, jika kita hanya asyik suruh sahaja tanpa memberitahu akan akibat dari tidak melakukannya, maka ini tidak akan berkesan keatas anak kita, kelak mereka akan berkata, mak bapak aku asyik suruh.. je aku solat.. aku boring la…apa akibatnya jika ini terjadi..? Anda sendiri yang dapat menjawabnya.
Ini yang dikatakan berdakwah..mengajak keluarga kita dan orang lain beriman kepada Allah dan Rasulnya seterusnya melaksanakan suruhan Allah dan Rasul serta memberitahu akan ancaman Allah akibat jika tidak melakukannya, jangan kita hanya menceritakan jika buat ini dapat pahala, buat itu dapat pahala, jika puasa dapat pahala, jika solat berjemaah dapat pahala, jika beriktikaf dapat pahala, buat baik sesama makhluk Allah dapat pahala, sedangkan itu semua sudah disediakan oleh Allah kepada sesiapa sahaja yang melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.
Bahagian kita hanya laksanakan sahaja dengan ikhlas kepada Allah sebagai bersyukur dan berterima kasih diatas kurniaan nikmatnya keatas kita yang tidak dapat dihitung oleh pancaindera kita sedangkan itu semua adalah kurniaan darinya, nikmat mata boleh melihat, nikmat telinga boleh mendengar, nikmat boleh berfikir, nikmat kalam boleh berkata-kata, dan nikmat hati ada perasaan, semua adalah nikmat pemberian dari Allah,tetapi tidak diberitahu akan akibat dari ancaman Allah jika meninggalkan segala suruhan Allah, maka dia tidak akan berasa takut jika meninggalkannya, sebab buat ni hanya dapat pahala jadi tak buat pun tak pelah, bapak aku mak aku bukannya tahu, sapa tahu aku buat ke tidak, sedangkan Allah sentiasa melihat, bagaimana yang dikatakan Allah sentiasa melihat ..? Rujuk dalil didalam Al-Qur’an surah An-Nur:-
( Allahun nur rutssama wa tiwal ardh, Allah itu cahaya di langit dan di bumi )
kita ini sentiasa tenggelam didalam cahayanya, oleh kerana Dia Maha Cahaya kita tidak nampak akan cahayanya, yang kita nampak hanyalah objek yang sudah di terangi dengan cahaya. Renungkanlah…
Inilah yang dikatakan kenal Allah sebelum solat, bukan bererti tidak kenal maka tak boleh solat,itu tanggapan yang salah, tetapi mengenal dan kenal itu lebih baik, kitalah yang bertanggungjawab kepada generasi kita disamping mengajak anak dan isteri kita mengenal kepada siapa kita beriman dan kepada siapa kita perlu takut.
Mari kita tanya pada diri kita apakah solat kita selama ini sudah sempurna ataupun sebaliknya., bukan soal nak menunjukan solat siapa yang lebih bagus, akan tetapi sama-samalah kita menyelami hakikat solat yang sebenar-benar solat, ini kerana solat bukanlah suatu hal yang mudah seperti yang di lakukan oleh anak kecil. Nabi S.A.W juga berpesan supaya kita tingkatkan solat kita, kerana solat juga ada tingkatanya dan Rohnya.
“Petikan dari kata-kata dari Sunan Kalijaga adalah mengajak kita berlumba di dalam membuat kebaikan”.
Di dalam solat awal-awal lagi kita di ajak untuk mengenal akan siapa yang kita sembah dan siapa yang kita sujud, tujuan supaya i’tiqod kita di dalam solat tidak lari dari apa yang hendak ditujukan, kerana sedikit kita cuai di dalam solat maka tersasarlah hakikat asal kita menyembah., kerana kita melampirkan satu lagi tuhan di samping Allah, tuhan yang bernama nafsu. Nabi S.A.W pernah bersabda: “ Tuhan manusia yang paling hina di muka bumi adalah nafsu”. Ini kerana bukan senang untuk mencapai tahap kusyuk dan masyuknya ketika di dalam solat, paling hina ketika kita sujud waktu itu pula nafsu kita membisikan kepada kita pelbagai hal-hal di luar solat membuatkan sujud kita itu telah lari dari tujuan sebenar hakikat solat, bukan lagi menyembah kepada yang haq sebaliknya menyembah kepada yang Fana, ini juga boleh di kategorikan menyembah tuhan selain Allah di samping Allah yaitu “NAFSU”. Awas jika nafsu membaluti iman maka rosaklah nawaitu dan i’itiqod, rosaklah solat, ini yang di katakan syirik di dalam solat
Baiklah.. kita kembali semula kepada bab solat yang ingin di bincangkan di sini, penulis rasa saudara pembaca semua tentu mengatakan kepada Allah lah kita sembah dan sujud kepada siapa lagi, apa yang ingin di sampaikan penulis ni sebenarnya..? Penulis juga ingin bertanya kembali, jika Allah yang kita sembah dan sujud, di mana tuan-nya..? Ada nama sudah pasti ada tuannya, mari kita lihat contoh umpama Bangsa Hindu dan Buddha sembahyang bagaimana..? oleh kerana mereka tidak kenal akan tuhan yang mereka sembah, maka diciptakan tuhan yang berbilang-bilang itu untuk di sembah supaya ia jelas ada di depan mata mereka. Bagaimana pula dengan kita..? Kenalkah kita kepada siapa yang di sembah..?
Begitu juga dengan kita seboleh-bolehnya kita tahu dan kenal akan tuhan yang kita sembah, tetapi bagi kita berbeza dengan kedua-dua Ugama di atas kerana tuhanya boleh di andaikan, sedangkan Tuhan kita tidak boleh di andaikan dengan suatu apapun, kerana Tuhan kita Maha Ghaib di antara yang ghaib dan Maha Esa lagi Maha Melihat, barangsiapa tidak beriman kepada hal-hal yang ghaib maka belum lagi di katakan telah beriman kepada Allah. Kita juga ditekan kan dengan sifat Ihsan ketika di dalam solat, sebut sahaja soal Ihsan Nabi S.A.W juga pernah bersabda yang berbunyi:
“Ihsan itu adalah umpama andai kamu solat seolah-olah kamu melihat kepada Allah, jika kamu tidak melihat kepadanya ingatlah bahawasanya Allah sentiasa melihat kepadamu”
Ini yang dikatakan Ihsan ketika di dalam solat, hadirkan hati dan roh solat baru mencapai ihsan di dalam solat, kerana Allah itu Maha Melihat, sesuai dengan makna yang terkandung di dalam Al-Qu’ran Surah An-Nur :
(“Allahun nuurus tssamaa waatiwal ardh..Maksudnya ALLAH itu cahaya di langit dan di bumi”)
Apakala Allah itu cahaya di langit dan juga di bumi, maka kita senantiasa di dalam pengawasan dan perhatianNYA.
ALIF LAM LAM HAA itu suatu nama yang di ambil dari banyak-banyak nama yang terkandung di dalam 99 Asma’ ALLAH itu sendiri, agar senang dan mudah untuk di ingati, akan tetapi ALIF LAM LAM HAA yakni Allah itu hanya suatu nama, bukan sudah bererti diri yang hakiki itu sendiri, setiap umat manusia wajib mengenal Allah lebih-lebih lagi umat islam khususnya. Sebaliknya apa yang kita sembah adalah……..(“ ZAT ALLAH”) Allahu Akhbar….bukankah ZAT ALLAH yang berkuasa..? Bukankah Zat yang mencipta..menghidupkan dan mematikan..? Di dalam Al- Qur’an Allah juga ada berfirman:-
” Sembahlah Zat tuhanmu dan dirikanlah solat sebagai untuk mengingati AKU”.
Inilah yang di katakan i’tiqod dan nawaitu kita di dalam solat, ini hendaklah di sebut di dalam hati ketika mengangkat takbir di antara takbir dan takbiratul ihram, dan sujudku pada AF’ALRULLAH, ini yang di katakana Hakikat solat, disini-lah makhluk yang bernama Iblis ingkar untuk sujud pada “ADAM:” a.s seperti firman Allahu S.W.T di dalam surah Al-Baqoroh:-
Allah berfirman kepada Malaikat dan Iblis supaya sujud kepada Adam, Hanya Malaikat yang sujud dan Iblis sebaliknya, kerana dia menyangka dia adalah sebaik-sebaik kejadian. Bukankah Allah telah berfirman bahawa “AKU”ingin di kenali, maka sudah tentu mesti ada makhluk yang akan mengenali aku. Maka di ciptakan “ADAM a.s untuk membuktikan ke “WUJUDAN dan Ke ESAANya” setelah Allah bertajalli dari alam Lahut hingga ke alam Insan. Inilah yang di katakan Hakikat Sembahyang. Begitu juga di dalam I’tidal Ruku’ dan duduk diantara dua sujud juga ada hakikatnya, disini penulis bukan untuk mengupas secara mendalam tentang soal solat ini kerana hanya sekadar berkongsi dan berbagi ilmu pengetahuan. Jika saudara pembaca ingin mencarigali dengan lebih mendalam harus mencari guru yang benar-benar Mursyid dan dan Ahli Hakikat di dalam hal ini.
Di dalam untuk meraih kusyuk dan sempurna di dalam solat itu tidak sekadar hanya apa yang saudara pembaca baca apa yang tertulis di atas, kerana masih banyak perlu di titik beratkan seperti soal rukun solat adab dan tertib ketika di dalam solat. Rukun solat itu terbahagi kepada tiga bahagian, adapun..
1) Rukun Qolbi, 2) Rukun Qouli dan 3) Rukun Fi’li, adapun Rukun Qolbi adalah Nawaitu dan Hakikat kita mendirikan solat itu sendiri, adapun Rukun Qouli adalah bacaan kita ketika dalam solat, tidak hanya sekadar bacaan harus memahami akan maksudnya, adapun Rukun Fi’li adalah perbuatan atau geraklaku kita di dalam solat,
nah jika salah satu tidak di lakukan adakah sempurna solat itu..? Didalam solat itu juga sudah terkandung apa yang di katakan (“ Syariat, Tharikat, Ma’arifat dan Hakikat”) Syariat itu adalah perbuatan ataupun tingkahlaku kita di dalam solat, Tharikat itu zikir atau bacaan di dalam solat, Ma’arifat itu kita kenal akan kepada siapa kita sembah dan sujud seterusnya membawa kepada Hakikat. Bukankah sudah jelas hakikat kita di suruh sembah kepada yang Esa.seperti kata-kata setengah Ulama:-
Beriman dahulu sebelum solat, seperti juga petikan kata-kata dari Arwah guru penulis:-
(“Iman, Islam, Tauhid , Ma’arifat,”)
Sejak dari zaman Nabi Adam a.s hingga zaman Nabi Isa a.s umat manusia telah diajak supaya beriman kepada yang Esa dan yang Maha Mencipta, sehinggalah sampai ke zaman Nabi S.A.W maka telah turunlah perintah solat itu keatas umat manusia. Sesuai dengan firman Allahu S.W.T (“Awaludin Ma’arifatullah”) awal Ugama kenal Allah, kenal Allah maka kenalah kita kepada siapa yang kita sembah, penulis rasa cukuplah setakat ini dahulu yang dapat di tulis kan oleh penulis, ini kerana jika hendak membincangkan secara mendalam terlalu jauh dan dalam lautan ilmu Allah, hanya sebahagian manusia yang biasa mencapai martabat itu. Akhir kata jika salah dan silap dari segi penyampaian saya harap ada teguran dari saudara pembaca sendiri yang sudahpun tahu banyak ilmu pengetahuan, saya sendiri masih lagi mencari akan makna dan tujuan di hantar ke muka bumi ini. Masih banyak lagi jika nak di bincangkan soal solat di sini, tentang Nafi dan Isbat, Roh solat dan Qiblat yang kita hadapkan, banyak… masih banyak lagi yang perlu di nukilkan cukuplah sekadar ini saja dahulu yang dapat di tuliskan, sekian dahulu dan sedikit kata-kata dari saya:-
(“SESUNGGUHNYA SOLAT ITU PENEGUH JIWA SETIAP UMAT MANUSIA”)
Ini adalah lampiran baru di edit sambungan dari kandungan di atas membicarakan hal-hal kenal Allah dulu baru solat, bukanlah bererti tak kenal Allah maka tak boleh solat, semuanya sama datang dari tak tahu bukan terus tahu, tapi kalau dah tahu wajib lebih tekun mengerjakanya baru mencapai Hakikat sebenar menyembah yang Esa. Untuk mencapai kusyuk dan masyuk ketika di dalam solat kita wajib mengetahui beberapa perkara yang boleh memberi kita konsentrasi ketika hendak mendirikan solat, tetapi penulis hanya ringkaskan sedikit bab-bab mengenai perkara ini, perkara pertama ialah lupakan segala urusan dunia kerana itu boleh menggangu konsentrasi kita terhadap Allah, kerana kita berurusan dengan Allah dan hal yang berhubung dengan Akhirat, hanya paling lama lebih kurang sepuluh minit sahaja perlu kita putuskan segala hal yang berhubung dengan keduniaan.
Perkara kedua ialah penulis hendak berkongsi sedikit pengalaman dengan saudara pembaca semua iaitu, sebelum mendirikan solat tarik nafas perlahan-lahan sedalam-dalamnya hingga sampai ke kepala kemudian lepaskan pelahan-lahan melalui hidung juga ulangi sebanyak tiga kali, pembaca rasailah sendiri bagaimana rahsia yang penulis kongsikan dengan pembaca semua. Ini bertujuan untuk menghadirkan hati dan Roh solat itu sendiri, jika lalai di dalam mengerjakan solat maka Roh solat akan menghadap kepada Allah dan berkata,
“Ya Allah sesungguhnya dia telah mencuaikan aku maka engkau cuaikanlah ia”
Nau’zubillahi minzaalik…jika Allah telah mencuaikan kita maka terputuslah kita dari rahmat Allah, masya’Allah…jika ni’mat semua umat manusia dapat merasa bagaimana dengan Rahmat Allah..? Sesuai dengan ayat Allah yang berbunyi:-
(“ fawailullil mutsollin, Celakalah bagi orang yang solat”)
Sembahyang pun masuk neraka tak sembahyang lagi cepat masuk neraka, tabarokallah…
Dan lagi ayat Allah yang berbunyi:-
(“Innahum fii tsholaatihim khoosyiuun, sesungguhnya mereka yang lalai di dalam mengerjakan ibadah”)
Subhaanallah….di dalam laman yang lepas penulis juga ada menyebutkan tentang Qiblat…bagaimana dengan qiblat yang kita semua tujukan pada hari ini..? sedangkan beralih arah sedikit sahaja kawan kita sudah menegur, eh qiblat engkau salah, habis bagaimana nak mengetahui arah qiblat yang betul..? bukanlah bereti qiblat yang ingin penulis kongsikan ini benar-benar betul dan tepat, tapi sama-sama kita fikirkan, kesemuanya ada empat Qiblat, mari kita lihat apakah qiblat yang ingin penulis kongsikan bersama ini, bukan bereti qiblat yang kita hadapkan selama ini tidak betul, tapi inilah yang penulis ingin kongsikan,
(“ Qiblat Tubuh ke Baitullah, Qiblat Hati ke Baitulma’mur, Qiblat Roh ke-arasy Qursy, Qiblat nyawa aku serah pada Allah”)
Jika ini ada dalam diri kita insya’Allah tidak ada sifat ragu-ragu dan was-was lagi dalam soal qiblat, semasa berdiri di atas tikar sembahyang maka bacalah keempat-empat qiblat tadi dan hadirkan roh solat supaya solat kita benar-benar sampai ke tempat yang nak di tuju, wuduk juga harus sempurna jika tidak solat kita hanya sia-sia, kerana solat adalah urusan Akhirat bukan urusan dunia, waspadalah pada urusan dunia..kejarlah urusan akhirat, kerana itulah tujuan kita di hantar ke dunia.
Alhamdulillah…penulis rasa lega dapat berbagi sedikit ilmu pengetahuan yang tak seberapa ini kepada pembaca semua, apapun ia adalah kurnian dari Allah, jika nak di bandingkan ilmu kita dengan Allah S.W.T umpama jarum di celup di tengah lautan lalu di angkat sisa air yang tinggal itulah umpamanya ilmu yang ada pada diri kita subhaanallah…Maha luas lautan ilmu mu ya Allah. Bagi sesiapa ingin menggalinya, maka galilah dengan bijaksana. Penulis ingin berpesan kepada saudara pembaca semua, dirikanlah solat, kusyuklah di dalam mengerjakanya dan kenalilah Hakikat yang kita sembah, andai kita lalai dari mengerjakan solat dan lalai di dalam mengerjakanya maka sesungguhnya Allahu Taala telah berfiman di dalam hadith qudsy yang berbunyi:-
(“Yaa Ibaadi, kullukum dhollu illa man hadaituhu, fastahduuni ahdikum, wahai hambaku kalian semua sesat kecuali orang yang aku beri hidayah (petunjuk), maka mintalah petunjuk kepada-Ku niscaya Aku akan memberi kalian petunjuk”)
lihatlah asal muasal kita memang sudah tahu, setelah di turunkan kedunia apabila roh sudah di baluti jasad maka kita di lupakan akan asal pengetahuan kita, firman Allahu Taala lagi yang berbunyi:-
(“ Andai kalian beribadat lima ratus tahun ianya sedikit tidak menambah kekuasaanku, begitu juga andai kalian tidak beribadat kepadaku hal itu juga tidak mengurangkan sedikit pun kekusaanku”)
Astaghfirullah…bagaimana saudara pembaca sekalian..? Siapakah yang rugi..? Kitalah yang rugi, hal ini ini juga Allah telah berfirman di dalam suuratul Asr:-
(“ Wal asr, innalin tsaa nalafi khusyrin, illalladzhi na amanu waamilu tshoolihaat, Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang yang beramal soleh”)
Di dalam urusan mengenai Akhirat tidak ada sesiapa yang dapat menghulurkan bantuan kecual ilmu dan amal yang soleh, apabila kita meninggal kelak, sewaktu kita hendak di turunkan kedalam liang lahad akan kedengaran suara dari langit yang amat keras dan akan bertanya:-
{ Hai anak Adam bekal apakah yang engkau bawa untuk menghadapi kehancuran ini?}
{ Hai anak Adam cahaya apakah yang engkau bawa untuk menghadapi kegelapan ini?}
{ Hai anak Adam kekayaan apakah yang engkau bawa untuk menghadapi kefakiran ini?}
Siapakah yang akan menghulurkan bantuan untuk kita menjawab..? Adakah orang yang berkata kepada kita buat apa sembahyang… tak dapat apa…tidak ada sesiapa saudaraku yang dapat menjadi peguambela pada hari yang telah di tetapkan Allah apabila di panggil pulang, melainkan kitalah yang bertanggungjawab mengembalikan yang Haq kepada yang mempunyai “HAQ“. Persiapkanlah bekalmu sebelum ajalmu tiba, kerana maut tidak pernah berpisah dengan kita walau barang sesaat sekalipun, kita ibarat tanam-tanaman apabila tiba masanya kita akan di rengut dan di tuai seperti orang menuai padi apabila sudah tiba masanya, bukankan dasyat apabila mendengar perkataan rengut itu..? Sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri. Baiklah kita sambung lagi perbincangan kita mengenai solat di lain waktu jika di izinkan Allah untuk penulis menulis lagi bab-bab mengenai solat dan mengenal Allah.
Wassalam…
http://perjalananmukmin.wordpress.com/2011/05/26/rumah/
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Awaluddin Makrifatullah (Seawal-awal Agama hendaklah kamu mengenal ALLAH Dari Abu Ma’bad dari Ibni Abbas r.a. katanya; Rasulullah s....
-
Kemunculannya tepat di waktu dunia yang kian nazak dimamah derita zaman fitnah. Saat segala-galanya telah hancur musnah. Iman, pers...
-
Setiap ayat Al Qur’an memiliki keutamaan yang sangat menakjubkan. Salah satunya pada surat Al Hasyr ayat 2 sampai 24. Surat ini tergolo...