Selasa, 26 Julai 2016

REZEKI DALAM HIDUP kITA LAiN-LAiN

Gambar hiasan
*Rezeki dalam hidup kita lain-lain..*_
_Ada orang..__Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down_
_Ada orang..__Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis_
_Ada orang..__Rezeki dia, ada anak-anak yang baik, yang sedang hafaz Al Quran_
_Ada orang..__Rezeki dia, dapat solat berjemaah di masjid setiap waktu_
_Ada orang..__Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari_
_Ada orang..__Rezeki dia, dapat melancong sana-sini_
_Ada orang..__Rezeki dia, busines maju dan bertambah maju_
_Ada orang..__Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi_
_Ada orang..__Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran_
_Ada orang..__Rezeki dia, ahli keluarga masih ada disisi_
_Ada orang..__Rezeki dia, ada rumah yang selesa didiami_

_*Hakikatnya..*__Allah menjadikan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri._

_Cuma kadang-kadang kita yang tak nampak & tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang & material_

_*Alhamdulillah..*_
_Semua benda yang baik adalah *rezeki dari Allah*, walaupun hanya dengan dapat *baca satu ayat Al Quran* dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca *Al Quran* walaupun sekali dalam hidup dia_

_*Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat*_
_Utamakan kehendak Allah, InsyaAllah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara_

_Berlapang dadalah dalam mencari rezeki, *bersyukurlah* dalam setiap rezeki yang kita dapat_

_Rezeki kita..__Masih hidup lagi hari ini & berkesempatan untuk bertaubat, sebab ada orang yang hari ini dia dah tak bernafas lagi & pergi berjumpa Allah swt selama-lamanya tanpa sempat bertaubat.

Isnin, 25 Julai 2016

Pemakaian Rasulullah SAW

 by Shafi-Q

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam walaupun sebagai  pemimpin dunia yang suci dan agung, namun Baginda begitu bersederhana dalam cara pemakaian dan kehidupan bagi seorang insan yang bergelar…
.
Pakaian
  • Menyukai warna hijau dan putih.
  • Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai Qaba’ (baju luar) dari kain sundusin.
  • Pakaian yang paling digemari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah ‘qamis;.
  • Baginda juga menyukai kain ‘Hibarah’ iaitu kain keluaran Yaman yang terbuat dari kapas.
  • Mempunyai dua helai pakaian khusus untuk solat Jumaat.
  • Baginda sering memakai kain sarung, Qithri (selindang) dan penutup badan samada baju kemeja (qamish) atau jubah.
  • Semua pakaian Baginda tinggi di atas kedua tapak kakinya, kadangkala setengah betis.
  • Kemeja mengenakan kancing baju.
  • Kadangkala baginda membuka kancing itu semasa solatnya.
  • Baginda mempunyai kain selimut yang dicelup dengan kumkuma.
  • Kadangkala mengerjakan solat dengan berselimut itu saja.
  • Baginda juga memakai kain bertampal seperti cara pakaian para hamba.
  • Adakalanya memakai kain sehelai/sarung yang tiada kain lain di atasnya.
  • Kadangkala diikatkan kedua hujungnya di antara kedua bahunya.
  • Kadangkala mengimami solat jenazah atau mengerjakan solat di rumah (umpamanya solat malam) dengan cara yang demikian.
  • Mempunyai baju ‘aba-ah (baju terbuka depannya, dipakai di atas baju lain) yang dibentangkan/dilipat dua lapis untuk Baginda setiap kali berpindah tempat duduk.
  • Mempunyai pakaian hitam tetapi disedekahkan kepada orang.
  • Terserlah ketampanan/keputihan kulit baginda apabila memakai pakaian hitam.
  • Kadangkala mengerjakan solat memakai ‘syamlah’ (kain bulu hitam).
  • Semasa memakai pakaian baginda berdoa:- “Alhamdulillaahilladzii kasaanii maa uwaarii bihi auratii wa atajammalu bihi fin-naas (Segala pujian bagi Allah yang menganugerahkan kepadaku pakaian yang dengan pakaian itu aku menutup auratku dan aku memperelokkan diriku pada manusia)”. 
  • Memakai dengan memulakan sebelah kanan dan membuka pakaian dengan memulakan sebelah kirinya.
  • Menyedekahkan pakaian lamanya kepada orang miskin – maksud sabda Baginda – diberikan kerana Allah dan dianugerahkan kebajikan selagi pakaian berkenaan menutup aurat sipenerima samada hidup atau mati.

. 
Cincin
  • Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai cincin dijari manis dan kelingking.
  • Baginda tidak pernan memakai cincin di ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk.
  • Cincin Baginda diperbuat dari perak manakala permatanya dari Abessina (Habsyi).
  • Ukiran yang tertera di cincin Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah ‘Muhammad’ satu baris, ‘Rasul’ satu baris, dan ‘Allah’ satu baris.
  • Sesungguhnya apabila Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam masuk ke jamban, maka ia melepaskan cincinnya.
  • Kadangkala baginda keluar dan pada cincinnya terdapat benang terikat untuk mengingatkan baginda terhadap sesuatu.
  • Baginda mengchopkan surat-surat yang dikirim dengan cincinnya supaya penerima surat berkenaan mengenali baginda..
Serban
  • Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai ‘qalansuah’ (kupiah); dengan atau tanpa serban.
  • Dalam urusan rasmi Baginda sering memakai serban berwarna hitam.
  • Mempunyai serban as-sahab (awan) yang kemudiannya diberikan kepada Sayyidina Ali r.a.
  • Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban dengan memulakan sebelah kanan dan membukanya dengan memulakan sebelah kirinya. Sewaktu berserban, biasanya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam melepaskan hujung serban ke belakang iaitu di antara dua belikat Baginda.. 
  • Khuf

  • Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menerima hadiah sepasang khuf hitam pekat dari an-Najasyi. Iaitu setokin yang diperbuat dari kulit nipis yang dipakai di musim sejuk.
  • Ketika memakai khuf, Baginda berwuduk hanya dengan menyapu keduanya (yakni tidak membasuh kaki)..
Sandal

  • Sandal Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diperbuat daripada kulit dan mempunyai tali qibal dikedua-dua belahnya.
  • Baginda sering memakai sandal dengan memulainya dari yang sebelah kanan dan bila ia melepaskannya, bermula dari yang sebelah kiri..
Senjata
  • Nama pedang perang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Zulfaqar.
  • Lain-lain pedang: Ak-Mikhzam, Ar-Rasub, Al-Qadlib – tangkai pedang dihiasi perak.
  • Tali pedang dari kulit yang disamak. Tiga helai tali dari perak.
  • Nama busur baginda ialah Al-Katum, tempat pananannya bernama Al-Kafur..
Lain-lain Barangan
  • Mempunyai tikar tidur dari kulit yang sudah disamak yang diisikan kulit kayu kurma yang halus.
  • Panjang lebih kurang dua hasta. Lebar lebih kurang sehasta sejengkal.
  • Baginda tidur di atas tikar yang dibawahnya tiada suatupun yang lain.
  • Nama bendera Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam a: Al-‘Uqab.
  • Nama untanya: Al-‘Udl-ba, nama kudanya: Al-Duldul, nama kaldainya: Ya’fur. nama kambingnya: ‘Ainah.
  • Baginda mempunyai tempat bersuci dari tembikar, yang beliau berwudlu padanya dan meminum daripadanya. Maka orang banyak menghantar anak-anaknya yang kecil yang telah berakal. Lalu mereka itu masuk ke tempat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Mereka itu tiada ditolak untuk masuk ke tempat beliau. Apabila anak-anak itu mendapat air pada tempat bersuci tadi, lalu mereka minum. Dan menyapu mukanya dan tubuhnya dengan air tersebut.Mereka itu mencari barakah dengan yang demikian.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sabtu, 23 Julai 2016

Tuan Guru Hj Salleh bin Musa

Tuan Guru Haji Musa Salleh
Tarikh Lahir: 08.02.1929
Ayah: Tuan Guru Haji Musa bin Salleh
Ibu: Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir: Pekan Sik Kedah
Bilangan Adik beradik: 8 orang
Anak ke: 3

Pendidikan :
1. Sek Rendah Keb Sik (dan ke Pondok Tuan Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tuan Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tuan Guru Sekejap sahaja di sana)
 2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
 3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .
Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi

Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah.
Tuan Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya.
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hajah Sofiah bt Hj Awang.

Tahun 1964 Tuan Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .
Tuan Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tuan Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir .
Tuan Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman.

KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,
Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik.

SEKARANG ULAMA  DARI TANAH ARAB TERUTAMANYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH.
Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau :
Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
Habib Kazim ( Yaman )
Habib Abdullah ( Jeddah)
Syeikh Habib ( Jordan)

Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , di antaranya:

Beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur di kalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah.

Kedua beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh.

Ketiga beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang.

Keempat ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya "Kamu semua kena taat segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik."

Kelima beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru Mulia beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil).

Keenam Fikiran beliau sangat terbuka.
Ketujuh beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti Parti Islam Se-Malaysia Peringkat Pusat & Negeri.

Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas dan punya sahabat dan musuh semua tunduk padanya"

JANGAN MENiNGGALKAN......

Best juga quotes ni

JANGAN meninggalkan amal kerana takut tidak ikhlas.
Kerana beramal sambil berusaha meluruskan niat lebih baik daripada tidak beramal sama sekali.

JANGAN meninggalkan dzikir kerana takut tidak khusyuk (tanpa kehadiran hati)
kerana kelalaianmu meninggalkan dzikir lebih buruk daripada kelalaianmu saat berdzikir.

JANGAN meninggalkan da'wah kerana kecewa;
krn kesabaranmu bersama orang-orang solleh lebih baik daripada kesenangan bersama orang-orang yang tidak solleh.

JANGANmeninggalkan amanah kerana berat;
Kerana beratnya amanah yang engkau tanggung adalah sebanding dengan timbangan amalmu di Yaumul Hisab  malah... boleh jadi lebih besar.

JANGAN meninggalkan medan juang kerana terluka;
Kerana kematian di medan juang lebih baik daripada mati dalam keterlenaan.

JANGAN meninggalkan kesantunan kerana lngkungan atau persekitaran mu kasar dan biadap;
santunlah mereka, maafkan mereka,berlapang dadalah..
itulah latihan jiwa dan dengan itu jiwa mnjadi teguh dan kau menjadi seorang yang berjiwa besar.

JANGAN meninggalkan kesetiaan kerana rasa dikianati.
Kerana Setia pada janji lebih baik daripada mengkianati orang yang mengkianati kita.

JANGAN berhenti mengejar Cinta Allah swt ...
lantaran cemburu atas kurniaan Allah kepada orang lain;
kerana kecemburuan dalam cinta kepada Allah masih jauh lebih baik daripada kegersangan jiwa tanpa cinta-Nya.

Jumaat, 22 Julai 2016

BILA ADA YANG MENCACIMU

Sifat manusia bila dicaci atau diburuk burukkan pasti akan murka..
ia ingin membalas dengan cara mencacinya kembali.. siapa hati yang tak panas..

TAPI -Membalas dengan yang serupa tak ada gunanya.. kerana kebodohan tak baik bila dibalas dengan kebodohan lagi..

Lihatlah anjing itu.. gonggongannya tak diganggu orang..
Dan lihatlah singa itu.. diamnya membuat ia ditakuti..

Oleh kerana itu Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:

إن امرؤ سبك بما يعلم فيك ، فلا تسبه بما تعلم فيه ، فإن أجره لك و وباله على من قاله "

Jika ada orang yang mencacimu dengan aib yang ia ketahui ada padamu..
Janganlah kamu balas mencacinya dengan aib yang kamu ketahui ada padanya..
kerana pahalanya untukmu.. dan dosanya untuk dia.. (HR Ahmad)

Namun.. perbuatan ini hanyalah mampu dilakukan oleh orang yang bersabar..
Dan berjiwa besar..

Sumber Ustadz Badru Salam

4 PENGETAHUAN AM yg wajar dikongsi

[19/07 6:50 am] Muhammad Dzahir: Perkongsian dari FB Dato' Dr. Fadhilah Kamsah:

4 PENGETAHUAN AM yg wajar dikongsi:
1. Tersedak makanan,
2. Salah bantal,
3. Kram kaki,
4. Kaki semut2 @ kebas
In Shaa Allah pengetahuan ini berguna utk kita &  menolong orang lain.

Caranya adalah seperti berikut:

1. Jika tersedak makanan
Hanya perlu “mengangkat tangan”.
Di Atlantic City, New Jersey, AS, seorang anak berusia 5 tahun bernama A'Zir Spence dgn bijaknya tlh menyelamatkan nyawa neneknya, dgn hanya perlu “mengangkat tangan”.

Satu hari, Shirldine Stewart berusia 56 tahun sedang menonton TV di rumahnya sambil makan jelly. Cucunya Spence turun ke bawah untuk menanyakan sesuatu kepadanya.Ketika nenek memalingkan muka untuk memandang cucunya, sepotong jelly tersangkut di kerongkongnya. Sinenek berusaha utk melepaskan jelly yg tersekat dengan menekan bhgn perutnya, tp gagal. Spence lalu bertanya: “Nek! nenek tersedak ke?”, namun  nenek tidak msmpu menjawab. “Saya rasa nenek tersedak. Nek! Cepat naikkan tangan nenek!” Nenek Stewart lalu mengangkat tangan di atas kepalanya dan ternyata jelly itu keluar dari kerongkongannya. Spence bgtau  kaedah ini dipelajarinya di sekolah.
Jadi cara menangani jika tersedak makanan --- hanya perlu “mengangkat tangan”.

2. Salah bantal
Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki shj, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

3. Kram kaki
Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.

4. Kaki semut2 @ kebas
Ketika kaki kiri semut2, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan semut2, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga...

Jangan simpan saja info ini. Siapa tahu kita mungkin dapat membantu orang lain.
Semoga bermanfaat.....buat kita semua....