Jumaat, 23 Disember 2016
Ahad, 18 Disember 2016
20 Kisah Agungnya Akhlak Rasulullah SAW
Gambar hiasan sahaja |
1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu
kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW
hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah
menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.
2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah
SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu
dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada
satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan
kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah,
lantas memeluk Islam di tangan baginda.
3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para
Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau
mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak
pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa
tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”
4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”
5. Jika ada orang yang meminta tolong pada
Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin
dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang
siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”
6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di
satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap
tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia
menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW
sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi
tersebut adab-adab di dalam masjid.
7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak
angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh
kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk
kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat
penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap
penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW
menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.”
Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk
penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak
mengetahui.”
8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit
paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk
menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak
sudi duduk bersamanya.
9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah
dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut
hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh
Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali
itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah
memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh
Rasulullah SAW lagi.
10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur
mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan
meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan
menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”
Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur
menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya,
“Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”
Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat
kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua
kalimah syahadah (masuk Islam).
11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan
anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan
isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu
kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.
12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir
miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka.
Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama
mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.
13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.
14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.
Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi,
Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh
sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali
memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW
bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu
menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat
doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”
Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu
lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka
tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan.
Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW
itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai
sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.
17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat
tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir
zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”
18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebut cepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.
19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”
20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”
http://muslimfiqih.blogspot.my/2015/12/20-kisah-bukti-hebat-agung-rasulullah.html
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Awaluddin Makrifatullah (Seawal-awal Agama hendaklah kamu mengenal ALLAH Dari Abu Ma’bad dari Ibni Abbas r.a. katanya; Rasulullah s....
-
Kemunculannya tepat di waktu dunia yang kian nazak dimamah derita zaman fitnah. Saat segala-galanya telah hancur musnah. Iman, pers...
-
Setiap ayat Al Qur’an memiliki keutamaan yang sangat menakjubkan. Salah satunya pada surat Al Hasyr ayat 2 sampai 24. Surat ini tergolo...