Ahad, 26 November 2017

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

❝Anda jangan pernah merasa tenang jika anda pernah merasa benci kepada orang lain, meskipun ia berbuat jahat kepada anda. Walaupun anda merasa sangat berat untuk tidak membenci orang itu, tapi cubalah mulai dengan mendoakannya. Doakanlah orang yang pernah berbuat jahat kepada anda agar dosanya diampuni Allah Subhanahu wa Taala, diberi petunjuk dan dituntun ke jalan yang baik. Doakanlah, mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Taala memberinya taufik.

Pada awalnya, hal ini memang akan terasa sangat berat. Tetapi, jika anda memiliki tekad yang sungguh-sungguh untuk selalu bersama Allah Subhanahu wa Taala, lambat laun hal ini akan menjadi ringan. Pada akhirnya, anda akan menjumpai bahawa Allah Subhanahu wa Taala telah mencabut perasaan benci itu dari hati anda❞

[Habib Ali Zaenal Abidin Abdurrahman Al-Jufri حفظه الله تعالى]

Ahad, 12 November 2017

ANENG WONG (ADO WORANG...)

Ada orang bangun pagi, dia terus mandi-mandi ready nak solat Subuh.

Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tengok wassap, telegram. Update dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat-cepat lari gi ambil wudhuk.

Ada orang dah bangun tapi tidur balik.
Ada orang subuh memang tak bangun.
Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya.

Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu.
Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik.
Ada orang, subuh gajah pun tak bangun lagi.

Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintah-Nya dan melaksanakan suruhan-Nya, dan cuba untuk menjadi terbaik.

Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar je, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang-ulang buat benda yang sama.

Ada orang, dia tak buat apa-apa pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak-lepak dengan member.

Ada orang, hari dah siang baru celik melihat alam.

Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.

Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ketengah malam. Bahkan sampai kepagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.

Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa-apa. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.

Begitulah rutin harian setiap orang. Masing-masing memainkan watak masing-masing tanpa disuruh siapa-siapa. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitulah seterusnya..

Bila ajal menjemput secara mengejut...

Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang.
Ada orang yang akan mati ketika dia khusyuk main game.
Ada orang yang akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi.
Dan ada orang yang mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.

Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad endingkah, atau happy ending?

Ternyata, semuanya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.

Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil disisi-Nya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yang menyia-nyiakannya selama ini. Tup tup bila mati, menyesal tidak henti.

Ingat, bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up! Kita dah habiskan semua waktu yang Allah peruntukkan untuk kita ke syurga.

Dari itu, MANFAATKANLAH MASA YANG MASIH ADA..JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN..

Moga kita sempat bertaubat sebelum terlambat..amin..

Wallahua'lam..muhasabah diri