Selasa, 21 Mei 2019

KALAM ULAMA

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Sesungguhnya di antara pelajaran terbesar yang boleh kita petik dari ibadah puasa ialah, hendaknya terbangun dari dalam diri kita sebuah "bangunan" tekad yang kukuh dalam membuat keputusan positif yang tepat (disetiap langkah kehidupan kita). Dan dalam melindungi diri kita dari dorongan hawa nafsu yang tercela. Maka, hendaknya kita bangun "tekad yang kukuh" ini didalam jiwa kita dengan DUA perkara:
1. Menahan diri kita dari segala perkara yang membatalkan "ruh" puasa kita, baik hal yang zahir ataupun yang batin disela-sela bulan suci Ramadhan ini.
2. Juga dengan (menghadirkan) sifat muraqabah (merasa dipandang Allah) dari lubuk hati kita disetiap malam-malam puasa yang dihiasi dengan bersimpuh kepada Allah dan kebaikan lainnya.
Kedua hal ini akan membangun "tekad", tawajjuh (konsisten dalam penghambaan), dan kekuatan membuat keputusan positif pada setiap keadaan. Ditambah juga ia akan membangun semangat peneladanan syari'at Allah Ta’ala dan sunnah Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa aalihi wasallam.”
[Al-Allamah Al-Murobbi Habib Umar Bin Hafidz]

KALAM PARA ULAMA

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Setiap orang berbeza-beza kekuatan iman dan akal mereka. Dan tidak ada hal yang mampu menandingi syahwat hawa nafsu melainkan iman dan akal. Setiap iman dan akal bertambah kuat, pengaruh syahwat akan semakin lemah. Dan juga sebaliknya, setiap iman dan akal menjadi lemah maka pengaruh syahwat semakin kuat dalam diri manusia. Baik orang yang kuat mahupun yang lemah, mereka tidak memiliki (penolong) selain Allah. Maka sudah sepatutnya mereka kembali kepada Allah. Mereka perlu merujuk kepada Allah. Mereka perlu bersimpuh dipintu Allah. 
Kerana seorang hamba (hakikatnya) tidak memiliki penolong selain 
Tuhannya Jalla Jalaluh Wa Ta'ala Fi 'ulah.”
[Al-Allamah Al-Murobbi Habib Umar Bin Hafidz]

Rabu, 1 Mei 2019

30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN

Gambaq hiasan aje
Jom Prepare!
 

1. TILAWAH AL QURAN sejuzuk sehari paling kurang.
2. SOLAT TARAWIH minima 8 rakaat setiap malam.
3. SOLAT WITIR minima 3 rakaat semalam.
4. BERI MAKAN orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. SOLAT FARDHU 5 WAKTU BERJAMAAH setiap hari.
5. TAHAJUD SETIAP MALAM minimum 2 rakaat.
6. SUNAT DHUHA setiap pagi.
7. SEDEKAH SETIAP HARI minimum seringgit.
8. Pastikan SAHUR setiap hari.
9. IKTIKAF di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. TADARUS AL-QURAN sambil usaha memahami maksudnya.
11. ZIARAH orang yang kurang bernasib baik.
12. KURANGKAN ziarah ke bazar2 Ramadhan.
13. Pilih MAKANAN SUNNAH sebagai menu harian.
14. ELAKKAN membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.
15. JAUHKAN aktiviti yang lagha.
16. ZIKIR HARIAN, banyakkan berdoa.
17. LAZIMI bibir BERISTIGHFAR sekurang-kurangnya 70x dalam sehari.
18. Ajari diri dengan sifat RENDAH HATI kerana Allah
19. MUDAH MEMOHON MAAF dan MEMBERI MAAF.
20. Menjaga dan menghubung SILATURRAHIM
21. Menjaga dan MENUTUP AURAT dengan sempurna
22. Menjaga LISAN, PANDANGAN, PENDENGARAN & HATI dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih-lebihan mahupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak-anak lelaki)

25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita..