ALOR SETAR 24 Mac - Pasangan kembar seiras dari Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah, Norain dan Noraini Mohammad, 18, yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, berazam mahu mengubah nasib keluarga pada masa depan.
Noraini berjaya memperoleh 8A dan 2C manakala adiknya Norain mendapat 6A, 2B dan 1C dalam keputusan itu.
Noraini, anak kelapan daripada sembilan beradik berkata, dia yang mengambil aliran agama memang berbeza dengan adiknya yang mengambil aliran sastera namun mereka berdua selalu bersaing sesama sendiri dalam pelajaran.
"Kami mempunyai minat yang berbeza namun kami berdua mempunyai azam yang sama iaitu ingin melihat ibu kami, Eshah Deris, 58, gembira.
"Sejak ayah meninggal dunia pada 2000, ibulah yang bertungkus lumus membesarkan kami sembilan beradik dengan berniaga kuih tradisional," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Kilat di sini hari ini.
Menurut Noraini, dia mengulang kaji pelajaran pada waktu malam manakala adiknya pula lebih selesa untuk menelaah pelajaran pada waktu petang.
"Kadang-kadang apabila tidak faham dengan sesuatu subjek seperti Matematik maka kami akan mengulang kaji bersama.
"Saya bercadang melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan manakala adik saya lebih berminat dalam bidang undang-undang," katanya yang baru pulang ke Alor Setar bersama adiknya semalam kerana bekerja di Kuala Lumpur sejak tiga bulan lalu.
Dalam pada itu, Norain berkata, walaupun kakaknya mendapat 8A, dia langsung tidak cemburu dengan kejayaannya malah tumpang gembira dengan kejayaan itu.
"Saya jadikan ini sebagai satu cabaran dan permulaan untuk mencapai cita-cita kami.
"Saya berharap kami berdua akan berjaya memasuki Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan malam ini kami akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk kembali bekerja bagi menampung kehidupan," ujarnya.
Petikan:Utusam Malaysia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan