Khamis, 14 Mac 2013

Menyuburkan KemataNgan

Menyuburkan kematangan….
Dr. Zainur Rashid

Kematangan adalah di antara ciri penting pemimpin yang baik
Kematangan adalah di antara ciri penting pemimpin yang baik

Setuju atau tidak bahawa kematangan tidak terlalu bergantung kepada umur seseorang? Setuju atau tidak jika saya katakan bahawa ramai orang gagal dalam hidupnya kerana disebabkan lambat matangnya?

Kelihatan di sana sini orang-orang dewasa dan orang tua yang berfikir dan perangai seperti anak-anak yang tidak matang. Namun di sana ramai juga remaja dan anak muda yang matang peribadinya, matang cara berfikir dan matang tingkah lakunya.

Adakah anda mahu anak remaja lelaki yang hanya pandai bermain ‘play-station’ atau ‘video-games’ tanpa menghormati tetamu atau orang tua yang menyinggahi rumahnya?

Adakah anda mahu remaja perempuan yang hanya gemar ber’k-pop’, ber’gangnam’ atau ber’ombak-rindu’ di setiap kesempatan yang dilalui tanpa pandai memasak selain daripada menanak nasi dengan ‘rice-cooker’ atau memasak mee segera. Apatah lagi untuk menjaga solatnya?

Saya berpandangan bahawa kematangan seseorang boleh dibentuk sejak mereka kecil lagi. Di antara cara-cara untuk membina dan menyuburkan kematangan anak-anak adalah melalui :

1. Rumah adalah sekolah pertama bagi anak-anak dan contoh yang mula-mula dipelajari secari amali adalah melihat contoh teladan yang baik daripada ibu-bapa. Kalau ibu bapa bertindak tegas dan mendidik dengan matang, bergurau dengan sopan, bermesra dan bermanja dengan batasan, maka ini adalah contoh terbaik untuk anak-anak.

2. Perkenalkan anak-anak muda anda kepada tokoh atau ‘ikon’ mereka di dalam sesuatu bidang agar mereka bersemangat untuk mengejar kejayaan di masa depan mereka. Mereka juga akan mempelajari adab secara amali ketika berhadapan dengan orang yang lebih tua.

3. Bebaskan mereka daripada keterikatan total bersama sahabat yang sebaya, apatah lagi kalau rakan-rakannya juga bersikap tidak matang.

4. Didik mereka agar gemar membaca buku dan aturkan beberapa lawatan sambil belajar bersama seisi keluarga.

5. Susah payah dan bersabar dengan ujian hidup adalah di antara faktor yang akan membantu menyuburkan kematangan seseorang.

6. Doakan mereka di dalam doa anda selepas solat, apatah lagi semasa solat di akhir malam agar anak-anak atau adik-adik anda anda (bahkan suami atau isteri anda) diberikan kematangan ketika mendepani detik-detik kehidupan mendatang yang semakin mencabar.


http://zainurrashid.com/wp-content/uploads/2013/01/itik-yang-matang.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan