Khamis, 23 Januari 2014

PANTAI SURATAN
Selamat tinggal tepian indah
Selamat sampai berjumpa lagi

Inilah akhir kata dan madah
Sebagai ucapan menjelang pergi

Tak sanggup lagi badanku turut
Narik muatan memikul beban

Biarlah daku melangkah surut
Agar yang lain tampil ke depan

Kehilanganku usah dikenang
Kepulanganku jangan diusul

Berat bagiku merentang benang
Tengah diputus dalam dikusut

Fikir dahulu sebelum selesesai
Amati kerja sebelum sudah

 Sesal dahulu sebelum usang
Sesal kemudian tiada faedah

Inilah akhir madan dan pesan
Ku tinggal padamu jadi kenangan

Biarlah daku merangkak jalan
Menyusuriku pantai suratan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan