AL-QURAN ini memberitahu kamu tentang penyakit kamu dan PENAWARnya. Adapun penyakit kamu ialah DOSA-DOSA manakala PENAWARnya ialah ISTIGHFAR. - Qatadah.
PERBANYAKKANlah ISTIGHFAR ketika di rumah, semasa makan, berjalan, di pasar dan ketika duduk-duduk . SEsungguhnya kamu tidak tahu bilakah turunnya KEAMPUNAN. -Hassan al-Basri.
WAHAI anakku, biasakan LIDAHmu dengan "Ya Allah ampuni daku". Sesungguhnya Allah ada waktu-waktunya yang DIA tidak akan menolak permintaan. -Luqman al-Hakim.
BERUNTUNGlah orang yang mendapati dalam CATATAN AMALANnya ISTIGHFAR yang banyak. - Ummulmukminin Aisyah.
ISTIGHFAR tanpa meninggalkan dosa ialah taubat pendusta, - Fudhail.
"Kalau sebelah kakiku sudah berada didalam syurga sekalipun, aku tetap BELUM berasa aman daripada kemurkaan ALLAH.- Abu Bakar al-Siddiq.
KELAK di syurga kalau kamu lihat seseorang menangis, adakah kamu akan berasa PELIK? BAHKAN ! TAPI yang lebih pelik daripadanya ialah orang yang KETAWA di dunia sedangkan dia tidak tahu ke mana pengakhirannya! - Muhammad bin Wasi'.
TAWADDUK itu janganlah kamu bertemu seseorang melainkan kamu melihatnya LEBIH baik daripaka kamu.-Yusuf bin Asbat.
PENGHAPUS dosa MENGUMPAT ialah kamu memohon ISTIGHFAR buat oranfg yang kamu umpati - Hasan al-Basri.
ISTIGHFAR termasuk doa. Semua benda pergi tak kembali kecuali doa. DOA pergi bersama harapan , kembali pula dengan pemberian.
Antara tanda orang RIYAK denga ILMU ialah ilmunya seperti bukit walhal AMALANNYA sebesar biji benih. -Fudhail bin Iyad.
Yang menghalang seseorang daripada bertaubat ialah panjang angan-angan. -Yahaya bin Muaz.
"ALLAH tidak mengazab mereka sedangkan mereka memohon ampun." (Al-Anfal 8:33) Maka ALLAH tidak menggerakkan seseorang untuk beristighfar sedangkan DIA ingin mengazabnya. -Ibrahim bin Adham.
ANTARA tanda ALLAH TIDAK endahkan seseorang hamba, DIA akan membuatkan hamba itu sibuk dalam perkara yang tidak memberi manfaat padanya.-Hassan
SEMBURKAN WANGIAN pada dirimu dengan memohon keampunan agar dirimu TIDAK terdedah dengan busuk dosa-dosa.
Kelakar sungguh ada orang yang berat memaafi orang lain sehingga dia sendiri yang meminta-minta kemaafan. S
SOLUSI - 70
Tiada ulasan:
Catat Ulasan