Isnin, 20 Oktober 2014

TAFAKUR NAFAS SUTERA

Salam sejahtera, atas permintaan ramai maka disini saya cuba menjelaskan sedikit mengenai bab “bertafakur melalui olahan pernafasan serta meraih karomah diri”, baiklah adapun yang dimaksudkan dengan bertafakur melalui olahan pernafasan ialah nafas tenang “nafas sutera”, nafas ini hendaklah diatur dengan baik agar seluruh jiwa dan raga kita menjadi tenang, jika nafas tidak tenang buat apa pun takkan jadi tenang, contoh nak solat, kalau buat dalam keadaan tergesa-gesa, adakah ia menjadi tenang..? Tidak..ini harus di perhatikan ia menjadi punca utama untuk mencapai matlamat dalam tafakur, kerana para sufi dan auliya Allah sentiasa bertafakur mencari ketenangan batin dalam menghalakan seluruh jiwa dan raganya kepada Allah semata-mata.

Maka dengan itu jika kita perhatikan raut wajah para sufi dan auliya Allah senantiasa tenang dan redha akan ketentuan dari Allah S.W.T tak kira walau dalam keadaan apa jua sekalipun. Barangsiapa dapat miliki ketenangan batin ini maka ianya telah meraih karomah diri yaitu “ Duduk dalam kelakuan Tuhan”, setiap apa yang dilakukan ia tidak lagi Nampak yang dirinya melakukan itu dan ini, yang pada dirinya itu hanyalah sebagai tempat kenyataan Tuhan sahaja, sebaliknya segala apa yang datang disebalik gerak dan lakuan itu yang dipandang hanya Allah semata-mata, ingat…!!! Kita bukan Allah, tapi merupakan tempat kenyataan wujud  Allah.

Baiklah tafakur ini terbahagi kepada beberapa cara, namun itu boleh dipilih cara mana yang anda sukai, namun cara saya amat mudah, kongsepnya ialah anda hanya perlu melatih diri menyatukan fikiran dan perasaan menjadi satu sehingga terwujud diri yang kosong,  yang tiada apa-apa, setelah berjaya  fikiran dan perasaan menjadi kosong namun itu juga harus dilepaskan juga sehingga seolah-olah menjadi orang yang papa kedana,  kembali ke hakikat asal manusia “ Hakikat Insan” yang tiada apa-apa, lebih kepada meminta-minta kepada tuan-nya. Sebenarnya keadaan diri kita sentiasa meminta-minta dan mengetuk-ngetuk pintu dimalam hari, pada keadaan kita sentiasa dalam kesaksian yang nyata, kesaksian bahawa segalanya akibat dan musabab adalah mutlak hak-Nya, pada diri kita ini hanyalah lakuan-Nya sahaja, jika lari dari aspek ini maka terbatal sahadah, harus bertaubat dan mengulangi sahadah semula.

Di tahap ini kebiasaannya apa yang diniatkan atau dihajatkan in sya Allah mudah tercapai diantara cepat atau lambat, kebanyakan-nya cukup apabila hanya terdetik dihati sahaja, ini berdasarkan apa yang saya sendiri lalui, bukan mengambil pengalaman dari orang yang pernah tafakur dengan cara ini.

Tetapi proses ini perlu secara berdepan agar lebih mudah difahami, jika anda telah mempunyai pegalaman dalam bidang ini in sya Allah anda mudah faham,  kerana ianya perlu melalui proses penyucian jiwa, rohani dan akal, bagi melancarkan proses tafakur ini, tidak apa yang perlu diwiridkan hanya tafakur dan …………………….maka dengan cara ini anda akan lebih mencapai tingkatan konsentrasi tingkat tinggi.

Dalam proses ini anda perlu “Mikraj” kepada Allah, sepertimana juga dalam solat, iaitu “ Naik meninggalkan segala sesuatu”, bagian dari nafsu dibungkus elok-elok dan letak tepi dahulu,  jika dalam tafakur anda naik dengan nafsu maka anda tidak akan berjaya sampai bila-bila, ia sentiasa menarik anda kepada dunia yang sentiasa mempamerkan keindahan-nya.

Sesiapa yang berminat untuk mempelajari kaedah ini anda bolehlah menghubungi saya melalui email yang tertera, sebelum itu  saya menetapkan sedikit maharnya sebanyak RM 50.00 bagi tujuan penyelarasan dan akan memberi bimbingan kepada anda sehingga anda benar-benar memahami kongsep tafakur ni. Hubungi sekarang.

http://perjalananmukmin.wordpress.com/2014/10/19/tafakur-nafas-sutera/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan