ZIKIRKAN
AYAT 54 (SURAH AS-SAAD) SEBANYAK 33 KALI SETIAP SELEPAS SOLAT 5 WAKTU. JUGA
KETIKA MENGAMBIL DUIT DARI UNCANG ATAU DOMPET. (BACA SEKALI SAHAJA)
Ditakdirkan
Allah sampai dua orang berkongsi amalan tersebut pada hari yang sama.
1)
Seorang pakcik yang berumur 74 tahun, tetapi masih sihat, gagah dan ceria.
2)
Seorang lelaki yang lebih muda dari pakcik itu.
Kedua-dua
mereka Allah takdirkan bertemu di tempat yang sama (masjid Sri Petaling ) dan
berkongsi amalan yang sama. Dan kedua-dua mereka juga baru sahaja pulang
bermusafir di jalan Allah selama 40 hari.
Si Pakcik
berkongsi amalan itu selepas subuh manakala seorang lagi, berkongsi amalan yang
sama selepas Isya'.
Nah,
sekarang saya kongsikan pula amalan ini kepada saudaraku, warga MMR.
Berikut adalah terjemahan ayat ke 54 surah as-Saad di atas. Merujuk kepada kitab tafsir fizilil Qur'an
"
Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis . (As-Saad:
54 )
Sekali
lagi, kita beramal kerana Allah perintah untuk beramal. Kita bukan yakin dengan
amalan, tetapi kita mahu yakin dengan janji-janji Allah.
Kita
solat kerana Allah perintahkan solat.
Dalam
perintah Allah, ada janji-janji Allah. Dalam janji-janji Allah, ada kuasa dan
pertolongan ghaib dari Allah.
Nah,
kepada yang belum ada amalan khusus ( tentang rezeki ), bolehlah kita mulakan
amalan ini pada hari ini, Jumaat, dan kita lihatlah hasilnya pada hari Jumaat
akan datang.
Bila kita
meminta, kita minta hanya kepada Allah
Allah,
tidak mungkin hampakan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan