ZIKIRKAN AYAT
54 (SURAH AS-SAAD)
· SEBANYAK 33
KALI SETIAP SELEPAS SOLAT 5 WAKTU.
· 1 KALI KETIKA MENGAMBIL DUIT DARI DOMPET.
Ditakdirkan Allah sampai dua orang berkongsi amalan tersebut pada hari
yang sama.
1) Seorang pakcik yang berumur 74 tahun, tetapi masih sihat, gagah dan
ceria.
2) Seorang lelaki yang lebih muda dari pakcik itu.
Kedua-dua mereka Allah takdirkan bertemu di tempat yang sama (masjid Sri
Petaling ) dan berkongsi amalan yang sama. Dan kedua-dua mereka juga baru
sahaja pulang bermusafir di jalan Allah selama 40 hari.
Si Pakcik berkongsi amalan itu selepas subuh manakala seorang lagi,
berkongsi amalan yang sama selepas Isya'.
Nah, sekarang saya kongsikan pula amalan ini kepada saudaraku, warga
MMR.
Berikut adalah terjemahan ayat ke 54 surah as-Saad di atas. Merujuk
kepada kitab tafsir fizilil Qur'an
"Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang
tidak kunjung habis . (As-Saad: 54 )
Sekali lagi, kita beramal kerana Allah perintah untuk beramal. Kita
bukan yakin dengan amalan, tetapi kita mahu yakin dengan janji-janji Allah.
Kita solat kerana Allah perintahkan solat.
Dalam perintah Allah, ada janji-janji Allah. Dalam janji-janji Allah,
ada kuasa dan pertolongan ghaib dari Allah.
Nah, kepada yang belum ada amalan khusus ( tentang rezeki ), bolehlah
kita mulakan amalan ini pada hari ini, Jumaat, dan kita lihatlah hasilnya pada
hari Jumaat akan datang.
Bila kita meminta, kita minta hanya kepada Allah
Allah, tidak mungkin hampakan kita.
سبحان الله....سبحان الله....سبحان الله....سبحان الله...سبحان الله
BalasPadamterbaik
BalasPadam