(Kisah para Aulia’ dan para Syeikh adalah sangat elok dibaca oleh
khususnya kepada murid-murid yang menjalani tariqah agar menjadi petunjuk dan
tauladan bagi mereka yang berada di jalan tariqah dan secara amnya kepada
muslimin dan muslimat kerana dalam hadits ada menyebutkan yang bermaksud :
“Mengingati para Wali menjadi sebab turunnya rahmat” )
Syeikh Muhamad Bahauddin Syah Naqsyabandi, pemimpin/pengasas Tariqah
Naqsyabandiah dan seorang tokoh Tasawuf terkenal, dilahirkan pada tahun 717 H
di sebuah desa, bernama Qashrul ‘Arifan (Istana orang arifin) kurang lebih 4 km
dari Bukhara, Soviet (Rusia) sekarang ini Uzbekistan. Bukhara adalah tempat
kelahiran Imam Bukhari.
Dia mengambil tariqat dari Syeikh Muhammad Baba As-Samasi, kemudian Syed
Amir Kulal.
“Naqsyabandi” di hujung namanya, menurut Syeikh Najmudin Amin Al-Kurdi
dalam kitabnya “Tanwirul Qulub”,berasal dari dua buah kata bahasa Arab yakni
“naqsyun” dan “band”.
“Naqsyun” ertinya “ukiran atau gambar yang tertera melekat kuat, bersatu
pada sebuah bendera besar”.
Dinamakan demikian, kerana Syeikh Muhamad Bahauddin pengasas tariqat itu
sentiasa berzikir mengingat Allah, sehingga lafaz jalalah “Allah” itu terukir
dan terpatri dalam kalbunya.
Selanjutnya Syeikh Amin Al-Kurdi menerangkan bahawa beliau pernah
mendengar keterangan dari beberapa orang khalifah Naqsyabandiah, bahawa
Rasulullah SAW pernah meletakkan telapak tangannya yang mulia itu ke jantung
hati Syeikh Bahauddin ketika sedang muraqabah, sehingga berbekas, terukir dalam
kalbunya.
Peristiwa itu terjadi tentu saja secara rohaniah (karomah), kerana
keduanya hidup pada zaman yang berbeza.Rasulullah SAW hidup pada abad ke 6 dan
ke 7, sedangkan Syeikh Bahauddin hidup pada 1314-1388 M atau abad ke 14.
Syeikh Bahauddin menerangkan kisahnya sebagai berikut (Kitab Jami’ul
Karamatil Aulia’, juz 1 hl 240): Tatkala Syeikh Muhammad Baba As-Samasi
meninggal dunia, aku dibawa nenekku (datuk) ke Samarkand, dan disitu aku
dipertemukannya, dengan seorang alim lagi soleh, meminta restu semoga aku
didoakannya.Keberkatan mereka itu,Alhamdulillah sudahku peroleh. Kemudian aku
dibawanya ke Bukhara dan mengahwinkan aku dengan seorang wanita.Tetapi aku
tetap bermukim di Qasrul ‘Arifan.
Pada suatu ketika, dengan inayah Allah, aku mendapat kiriman sebuah
kopiah kerajaan yang biasa dipakai oleh pejabat-pejabat (pegawai-pegawai).
Setelah mendapat kopiah itu, keadaanku semakin baik, dan keinginanku
untuk bersahabat dengan Syeikh Sayid Amir Kulal makin bergelonjak dalam
kalbuku.
Aku mendapat kabar, bahawa Syeikh Muhammad Baba As-Samasi telah
memesankan kepada Syeikh Sayid Amir Kulal, supaya mengajari dan mendidikku
dengan baik. Syeikh Sayid Amir Kulal berjanji akan memenuhi amanah itu dengan
menegaskan bahawa jika pesan itu tidak dilaksanakan, maka dia bukanlah seorang
jantan(lelaki). Dan ternyata janjinya itu dipenuhi.
Asal mulanya aku sedar dan bertaubat, ialah ketika pada suatu hari aku
bersama seorang teman duduk dalam ruangan khalwat (menyendiri).Tatkala aku menoleh
kepadanya, dia berkata: “Kini sudah tiba saatnya anda menghadapi semua dan
menunjukkan perhatian kepada kami”.
Ucapan itu terhujam sekali ke dalam lubuk jiwaku. Akupun segera
meninggalkan rumah itu, lalu mandi dan mencuci pakaian di sebuah bilik mandi
yang tidak jauh dari situ, dan solat dua rakaat.
Memang sejak lama aku ingin solat seperti itu, tetapi belum dapat
terlaksana”.
Selanjutnya kata Syeikh Bahauddin, “Ketika aku mulai tertarik pada
tariqat ini, orang bertanya kepadaku: “Bagaimana anda dapat masuk dalam tariqat
ini?” Aku menjawab: “Aku melaksanakan apa yang kuucapkan dan kukehendaki”.
Orang itu berkata pula: “Memang, semua apa yang kita ucapkan, wajib
dilaksanakan”.
Aku pun berkata : “Aku belum sanggup mengamalkan semuanya, tetapi jika
semua ucapanku itu menjadi kenyataan, maka aku akan meletakkan dua kakiku dalam
tariqat ini. Dan jika ucapan itu tidak menjadi kenyataan, maka aku tidak akan
memasukinya”.
Ucapan itu diulangi-ulanginya dua kali, kemudian teman sekhalwatku itu
pun pergi. Kami berpisah. Sesudah itu,aku merasa bagaikan berputus asa.
Setelah lewat 15 hari, dikatakan orang kepadaku: “Sesungguhnya apa yang
anda inginkan itu, akan segera menjadi kenyataan”.
Akupun berkata: “Aku ingin tariqat, yang setiap orang memasukinya, menduduki
makam (tempat atau kedudukan spiritual) untuk sampai kepada Allah”.
Pada permulaan bersuluk, pendirianku belum tetap. Aku sering mengunjungi
kubuan dalam kota Bukhara. Pada suatu malam aku menziarahi kuburan Syeikh
Muhammad Wasi’.
Di sisinya kudapati sebuah lampu(pelita), yang minyaknya hampir habis. Sumbunya
panjang, harus digoyang-goyang supaya rata kena minyak dan sinarnya terang. Dalam
pada itu datang isyarat kepadaku, supaya aku menziarahi kuburan Syeikh
Ahmad Al-Ajfariuli.
Tatkala aku sampai disitu, kudapati lampu(pelita) seperti yang ada
dikubur Syeikh Muhammad Wasi’ tadi. Tiba-tiba dua orang yang tidak dikenali
mendatangiku dan menyelipkan dua bilah pedang ke
pinggangku, menaikkanku ke atas belakang seekor himar, kemudian
membawaku ke kuburan Syeikh Muzdaakhan. Di situ pun
aku melihat lampu(pelita) seperti yang ada di dua kuburan sebelumnya.
Aku pun turun, mengambil posisi duduk menghadap kiblat. Waktu itu aku
merasa berada di alam ghaib.Tiba-tiba dinding sebelah arah kiblat itu, terbelah
dan bersamaan dengan itu muncul sebuah tempat duduk berbentuk mimbar. Di
atasnya nampak duduk seorang laki-laki yang tampan dan
berperawakan(berpewatakan) tegap, di depannya terdapat tabir.
Di sekitar mimbar itu hadir sejumlah Jemaah, antaranya Syeikh
Muhammad Baba As-Samasi.
Aku bertanya dalam hati, siapakah orang ini dan siapa pula yang ada di
sekelilingnya?
Seorang di antara mereka menjelaskan: “ Adapun orang yang
berperawakan(berpewatakan) tegap itu adalah Syeikh Abdul
Khaliq Al-Fajduwani, dan yang mengelilinginya itu adalah
khalifah-khalifahnya”.
Diisyaratkannya kepadaku, dengan menyatakan: “Ini Syeikh
Ahmad Shadiq, ini Syeikh Aulia
Al-Kabir, ini Syeikh ‘Arif
Ar-Riukari, ini Syeikh Mahmud
Al-Anjiri (Al-Faghnawi) Naquli, dan ini “Syeikh Ali Ar-Ramitani”.
Dan tatkala sampai kepada Syeikh Muhammad
Baba As-Samasi, orang itu berkata: “Dia sudah memberi sebuah
kopiah kepadamu, kenalkah anda kepadanya?”
“Kenal”,jawabku.
Kenanganku kembali ingat kepada kisah kopiah,yang sudah kulupakan sejak
lama.
Kemudian orang itu melanjutkan: “ Kopiah itu kini berada dirumahmu. Berkat
kopiah itu, Allah telah menyelamatkanmu dari cubaan besar”.
Sejurus kemudian, para Jemaah yang hadir pun menujukan perkataanya
kepadaku: “Nah, sekarang dengar baik-baik. Syeikh Al-Kabir akan membacakan sesuatu kepadamu, dalam rangka perjalananmu melalui
tariqat yang benar ini, hal mana sebelumnya tidak anda perlukan”.
Aku bermohon supaya dapat bersalaman dengan dia. Permintaanku itu
dipenuhi. Mereka pun menyingkapkan tabir yang ada di depannya, dan aku pun
bersalamanlah dengan dia.
Syeikh itu pun menjelaskan kepadaku tentang selok-belok suluk, dari awal
sampai akhirnya, hingga mengatakan: “Adapun lampu-lampu yang anda lihat tadi, dalam
keadaan demikian, ialah berita gembira dan isyarat untukmu bahawa anda masih
siap menerima tariqat ini. Menggerak-gerakkan sumbu lampu itu supaya minyaknya
rata membasahinya dan cahanya menyala terang, adalah merupakan isyarat bahawa
beberapa rahsia akan tersingkap bagimu.
Maka laksanakanlah apa yang anda ingini, nescaya maksudmu akan
tercapai.Teguhkan pendirian, tetap istiqamah memegang syari’at yang suci dalam
berbagai segi dan aspek kehidupan, giat menyuruh berbuat baik dan mencegah
berbuat mungkar, beramallah dengan azimah(cita-cita yang tinggi serta kesungguhan),
jauhi yang rukhsah(meninggalkan keringanan atau kelonggaran dalam ibadah) dan
bid’ah. Jadikan hadits-hadits Nabi SAW sebagai kiblatmu, pelajari dan telitilah
riwayat hidup dan tingkah laku serta perjuangan para sahabatnya yang mulia, kemudian
ajaklah orang supaya mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh”.
Baru saja selesai mengucapkan kata-kata itu, seorang khalifahnya berkata
kepadaku: “Jika ingin bukti kebenaran daripada peristiwa yang anda alami ini, maka
esok jumpalah Maulana Syamsuddin Al-Anikuti. Ceritakan kepadanya, apa yang
dibawa orang Turki kepada seorang tukang air, memang benar,dan anda akan
membantu tukang air itu. Jika tukang air itu menyangkal, maka katakan
kepadanya: “Aku mempunyai dua bukti iaitu:
1. Anda kehausan. Dia mengerti maksud kalimat itu.
2. Anda telah menggauli seorang wanita yang bukan muhrim, sampai dia
hamil. Digugurkannya kandungannya dan dikuburkan di sebuah tempat di bawah
sepohon kurma.
Kemudia khalifah itu melanjutkan: “Jika surat ini sudah anda sampaikan
kepada Syeikh Syamsuddin maka sehari
sesudah itu, ambillah tiga biji kismis(anggur kering), lalu pergilah ke Nasav, untuk
berkhidmat kepada Syeikh Sayid Amir Kulal. Di tengah jalan nanti, anda bertemu
seorang Syeikh, memberimu sepotong roti panas. Terimalah roti itu, dan jangan
bercakap-cakap dengan dia,teruskan perjalananmu. Nanti and akan melintasi suatu
kafilah. Sesudah melewatinya,seorang penunggang kuda akan
mencegatmu(memintasmu). Nasihatilah dia, kerana taubatnya berada ditanganmu. Ambillah
kopiah kerajaan itu dan serahkan kepada Syeikh Sayid
Amir Kulal”.
Sesudah itu, goyang-goyang tubuhku, supaya aku sedar seperti semula”.
Selanjutnya Syeikh Bahauddin melanjutkan kisahnya: “ Keesokan harinya
aku pun pulang ke rumahku di Ziurton, kutanyakan kepada keluargaku tentang
kopiah itu. Mereka menyerahkannya kepadaku seraya menyatakan bahawa kopiah itu
tetap berada di tempatnya begitu lama, dan tidak pernah diusik-usik.
Tatkala kopiah itu kulihat, hatiku bergetar,jantungku berdebar, lalu
menangis dengan bercucuran air mata.
Sesudah itu aku pun pergi membawa kopiah tadi ke desa Abnikia, dekat
Bukhara, masuk ke dalam masjid Syeikh Samsuddin dan solat subuh bersamanya di situ.
Surat titipan yang kubawa tadi pun kuserahkan ketangannya. Dia
tercengang, hairan, dan sejurus kemudian muncul seorang tukang air. Dia
menyangkal keterangan orang Turki, sebagaimana dipesankan oleh Khalifah
Baba As-Samasi. Dia membantah melakukan zina. Maka kutunjukkan
bukti-buktinya.
Para Jemaah masjid itu pun segera menggali kuburan janin hasil perzinaan
itu. Dan ternyata benar disitulah ia dikuburkan.
Si tukang air pun terdiam, tidak berkutik(tidak bergerak sedikit = kaku)
lalu minta maaf.
Syeikh Samsuddin dan para Jemaah di masjid itu pun terharu menyaksikan
peristiwa itu, lalu semuanya menangis.
Kemudian pada hari kedua, aku pun menuju ke Nasav, melalui jalan yang
telah ditunjukkan dan sesampainya di situ, kuambil tiga biji kismis.
Pengalamanku itu kiranya sampai kepada Maulana, lantas beliau menyatakan:
“Aku melihat kesulitan dan penderitaan yang anda hadapi. Anda sudah menempuh
jalan yang berliku-liku dengan susah payah untuk sampai kepada Allah. Kesembuhan
sakitmu berada di tangan kami”.
“Bangkitlah agar amanah nenekmu(datukmu) untuk mengajari dan mendidikmu
itu dapat kulaksanakan supaya maksudmu tercapai”.
Maka aku pun menjawab: “Saya bukan anak kamu(anak rohani dalam
perjalanan spiritual),jika tetek(susu) pendidikan dan pengajaran itu kamu
masukkan kemulutku, nescaya aku tidak akan menerimanya”.
Dia pun diam,dan mengizinkanku untuk meneruskan perjalanan.
Aku pun mengenakan ikat pinggang, kusuruh dua orang mengikatnya
kuat-kuat dari pangkal ke hujung. Sesudah itu aku pun pergi.
Tatkala tiba di tempat yang di sebutkan, aku bertemu dengan seorang
Syeikh, ia memberiku sepotong roti panas. Roti itu ku terima tanpa bercakap
sepatah pun. Aku pun berlalu, dan bertemu dengan suatu kafilah.
Mereka bertanya : “Dari manakah anakanda?”
“Dari Anbakia”,jawabku.
“Kapan anda meninggalkan Anbakia?” tanya mereka.
“ketika matahari terbit tadi pagi”,jawabku.
Waktu pembicaraan itu berlangsung,hari telah tinggi, yakni waktu dhuha.
Mereka hairan, tercengang dan berkata: “ Jarak antara desa itu dengan
tempat ini lebih kurang 100km. Sedangkan kami meninggalkannya awal malam tadi”.
Baru saja aku bergerak hendak meninggalkan mereka, tiba-tiba seorang
penunggang kuda yang tidak dikenali menghadang, dan ketika aku berada tepat di hadapannya,
aku memberi salam.
Ia pun bertanya : “Siapakah anda?” Aku kecut melihatmu”.
“Sayalah yang taubatmu di tanganku”,jawabku.
Ia pun turun dari atas kudanya, dengan hormat dan rendah hati, kemudian
menyatakan taubat. Semua minuman keras(khamar) yang dibawanya, dibuangnnya.
Kemudian aku pun meneruskan perjalanan menuju tempat Syeikh Sayid Amir
Kulal. Dan setelah tiba di tempat yang dituju kuletakkan kopiah kerajaan itu di
hadapannya.
Dia terdiam sejenak, kemudian bertanya: “Kopiah Azizan(kerajaan)kah
ini?”.
“Benar”,jawabku singkat.
Kemudian ia pun berkata: “Nah, tiba saatnya, peliharalah sepuluh helai
selubung ini”.
Barang itu pun kuterima, dan kulakukan semua perintahnya.
Kemudian ia pun mengajariku zikir Nafi-Isbat(menyebut “La Ilaha
Illallah”) dalam hati, dan menyuruhku terus mengamalkannya.
Mengingat perintah supaya aku beramal dengan azimah(cita-cita tinggi
serta kesungguhan), tidak mengamalkan yang rukhsah(meninggalkan keringanan dan
kelonggaran dalam ibadah), maka aku pun berzikir dengan khafi(tersembunyi,tidak
dikuatkan suara).
Sesudah menerima talqin zikir itu, maka aku pun bergaul dengan
alim-ulama, memperdalam ilmu syari’at, mengutip hadis-hadis, mempelajari
perilaku para sahabat dan mengamalkan semua yang diperintahkan.
Ternyata aku memperoleh syafa’at yang besar dan berhasil baik. Semua
ucapan Syeikh Abdul Khaliq Al-Fajduwani masih terngiang-ngiang ditelingaku, dan
hasil jerih-payahku pun sudah kuperoleh pada waktunya”.
Demikian kisahnya…………..
Di antara keramat Syeikh Bahauddin itu adalah sebagai berikut:
*-Beliau menerangkan bahawa ia telah bersahabat baik dengan Maulana
‘Arif Ad-Diyarkarani selama tujuh tahun kemudian dengan Maulana Qatsam Syeikh.
Kata beliau: “Pada suatu malam aku tidur, kulihat Al-Hakim mendatangiku.
Dia adalah tergolong Syeikh terkemuka Turki. Dia berpesan supaya aku berjumpa
dengan seorang pertapa. Sesudah orang bertapa itu kujumpai, wajahnya terus
terbayang-bayang dalam khayalku(ingatanku).
Aku mempunyai seorang nenek perempuan yang solehah. Maka kuceritakan
kepadanya tentang mimpiku itu.
Ia pun berkata: “Anda akan mendapat bahagian sesuatu dari Syeikh-syeikh
orang Turki”.
Aku ingin sekali menemui orang bertapa itu, dan sesudah agak lama, barulah
aku menemuinya di kota Bukhara. Dia kukenal, namanya Khalil, cuma waktu itu aku
tidak berghairah untuk bersahabat dengan dia. Dia pulang ke rumahnya, sedang
aku gelisah, ragu dan bimbang. Ketika waktu maghrib tiba,seorang yang tidak
dikenali mendatangiku, dan menyatakan bahawa Khalil orang bertapa itu
memanggilku. Aku pun segera menemuinya dengan membawa sedikit ole-ole(buah
tangan). Ketika berjumpa, aku berhajat akan menerangkan tentang mimpiku tadi. Tetapi
dia lebih dahulu berbicara dalam bahasa Turki: “Saya tahu apa yang anda lihat, tidak
perlu diberi penjelasan”.
Ucapan itu terhujam ke lubuk hatiku, dan aku sangat tertarik kepadanya. Akhirnya
aku dapat bergaul baik dengan dia selama beberapa waktu”.
*Menurut Syeikh Bahauddin, ia pada suatu malam mengelilingi desa
Ziorotun. “Setibanya di sebuah dataran tinggi di daerah itu, tiba-tiba muncul
suatu peristiwa ajaib.Terdengar suara orang berkata:
“Mintalah kepada kami, apa saja yang anda inginkan”.
“Aku pun memohon dengan rendah hati dan khusyuk”,ujarnya seraya berkata:
“ Wahai Tuhanku, kurnialah aku setitis air laut rahmat dan inayah-Mu!”
Terdengar jawaban: “ Anda meminta setitis kemuliaan dari kami?”
Peristiwa itu amat mengejutkanku, lantas kutampar wajahku dengan sekali
tampar yang kuat,sehingga sakitnya terasa selama beberapa hari.
Aku pun memohon: “Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, kurniailah aku lautan
rahmat dan inayah-Mu,dan kurniailah aku kekuatan untuk dapat memikulnya”
Ternyata permohonanku itu diperkenankanNya dengan segera, dan sampailah
aku ke tempat yang dituju.
*Syeikh Bahauddin bercerita: “Pada suatu hari saya dan Muhammad Zahid
pergi ke satu padang pasir. Dia termasuk seorang murid yang jujur. Kami membawa
cangkul untuk sesuatu keperluan. Tiba-tiba terlintas sesuatu yang mewajibkan
kami membuangkan cangkul itu, dan bermuzakarah tentang berbagai disiplin dan
ilmu pengetahuan. Dalam pertukaran fikiran itu, sampailah kami kepada
masalah-masalah ibadah.
Aku pun berkata kepadanya: “Puncak tertinggi dari ibadah itu ialah, kalau
yang melakukannya berkata “matilah kamu, maka seketika itu juga orang itu
mati”.
Ketika itu terlintas dalam hatiku untuk mengatakan yang demikian
kepadanya, lantas ku ucapkan maka ia pun mati dari jam 9.00 pagi sampai tengah
hari. Cuaca waktu itu cukup panas. Aku kaget(terkejut), lalu duduk berteduh di
sebuah tempat tidak jauh dari situ. Sejurus kemudian aku kembali mendekatinya. Ku
lihat mayatnya telah berubah akibat panas matahari.Aku gelisah, tiba-tiba
datang petunjuk supaya aku mengatakan “Wahai Muhammad, hiduplah anda”
Aku pun mengucapkan kata-kata itu sebanyak tiga kali. Mayat itu pun
bergerak-gerak perlahan-lahan, sampai akhirnya hidup kembali seperti semula.
Peristiwa itu aku pun laporkan kepada syeikhku, Syeikh Sayid Amir Kulal.
Dan ketika aku menyebutkan dia mati, aku hairan Syeikh Sayid Amir Kulal berkata:
“Wahai anakku, kenapa tidak anda katakan “hiduplah”?
AKu pun menjawab: “Sesudah ilham datang, barulah ku ucapkan kalimat itu,
ternyata mayat itu pun hidup kembali”.
*-Muhammad bin Al-Aththar berkata: Pada suatu hari Syeikh Muhammad Rahin
bertanya kepadaku “Bagaimana keadaan hatimu?”
“Aku tak tahu”,jawabku
Dia berkata pula: “Adapun hatiku,seperti bulan malam ketiga”.
Hal itu ku sebutkan kepada Syah Naqsyabandi, Syeikh Bahauddin.
Dia pun berkata: “Itu memandang kepada hatinya”.
Waktu itu dia sedang berdiri, lantas diletakkannya kakinya dia atas
kakiku. Tiba-tiba aku tidak sedar, perasaanku bagaikan berada di alam ghaib. Maka
nampaklah segala apa yang ada dalam alam ini berkumpul dalam hatiku. Dan
sesudah sedar,ia pun berkata pula:
“Apabila hati seperti itu, bagaimanakah ilmu seseorang itu berubah
terhadapnya? Kerana itulah Allah berfirman dalam hadis Qudsi: Ertinya: “Tidak
meliputi(mencapai)-Ku oleh bumi dan langit-Ku, tetapi meliputi(mencapai)-Ku
hati hamba yang mukmin”
*Syeikh ‘Alauddin Al-Athari menyatakan bahawa tatkala Sultan Abdullah
Fazghaz diBukhara, ia bermaksud akan berburu di sekitar daerah itu, bersama
dengan orang banyak(rakyat jelata). Sedangkan Syeikh Bahauddin berada di sebuah
desa dalam kawasan Bukhara. Ketika baginda dan orang banyak(rakyat jelata)
pergi berburu, Syeikh Bahauddin pun ikut serta. Ia mendaki sebuah dataran
tinggi tidak jauh dari mereka. Dan di situ, ia menempel(menampal) bajunya. Terlintas
dihatinya bahawa Allah memuliakan wali-waliNya, sehingga banyak Raja-raja
menundukkan kepala mereka.
Belum habis apa yang terlintas dalam hatinya itu, tiba-tiba muncul
seorang laki-laki penunggang kuda yang tangkas, berpakaian kebesaran seperti
pakaian Raja-raja. Sesudah turun dari atas kenderaan, ia pun memberi hormat
dengan sopan dan merendahkan diri, tegak terpaku selama kurang lebih satu jam
di bawah panas matahari.
Syeikh Bahauddin menjawab: “Tinggalkan aku, kerana aku adalah orang
fakir(menurut istilah ahli sufi,fakir disini ertinya fakiru-ilallah iaitu fakir
terhadap Allah),bermukim di desa ini. Sultan Fazghaz mengajak orang
banyak(rakyat jelata) untuk berburu, maka aku pun ikut serta. Belum lagi
selesai, kamu pun datang”.
Orang itu dengan merendah berkata: “Tetapi wahai tuan mulia, tuan telah
memburuku”
Syeikh Bahauddin pun berdiri, mengenakan pakaian, lalu berangkat menuju
ke tengah padang pasir,diikutinya dari belakang dengan hati yang kecut dan
cemas. Beberapa saat dalam perjalanan, Syeikh Bahauddin menoleh kepadanya
dengan sorot(pandangan) mata yang tajam, sehingga orang itu tak dapat bergerak,
tegak terpaku ditempatnya, dan tak sanggup lagi mengikutinya untuk
selama-lamanya.
*-Sebahagian sahabat Syeikh Bahauddin berkata: “Aku pernah berkhidmat
kepadanya, ketika ia berada di sebuah negeri, Miru. Pada suatu hari,aku ingin
sekali hendak ke Bukhara kerana menurut berita, saudaraku Syamsuddin telah
meninggal dunia. Aku tidak ingin meminta izin kepadanya secara langusng. Kujumpai
Amir Husin, seorang yang dekat dengan beliau, untuk meminta izinnya.
Ketika itu beliau pergi solat Jumaat. Sekembalinya dari masjid, Amir
Husin memberitahukan kepadanya, bahawa saudaraku, bernama Syamsuddin telah
meninggal dunia.
Beliau berkata: “Bagaimana mungkin khabar(berita) itu, dia masih hidup
bahkan dia sudah dekat sekali pada kita, sudah kucium baunya”.
Belum habis ucapannya, tiba-tiba saudaraku yang dikhabarkan sudah mati
itu, muncul di depan kami seraya memberi salam.
Syeikh Bahauddin pun berkata: “Wahai Amir Husin, ini dia Syamsuddin
itu”.
Semua yang hadir tercengang, menyaksikan keramatnya itu.
*-Syeikh Alauddin Al-Athari berkata: “ Pada suatu hari Syeikh Bahauddin
berada di Bukhara, seorang sahabat karibnya bernama Maulana ‘Arif
Ad-Diyarkarani berada di Khawarizmi.”
Syeikh Bahauddin berkata kepada sahabat-sahabatnya: “Menurut
pandanganku, sekarang ini, Maulana ‘Arif Ad-Diyarkarani itu baru saja
meninggalkan Khawarizmi menuju Saraya. Dalam perjalanan, dia berhenti di sebuah
tempat. Dia memutuskan tidak jadi ke Saraya, dan kini dalam perjalan pulang ke
Khawarizmi”
Semua keterangan itu, dicatat oleh sahabat-sahabatnya.
Tidak beberapa lama sesudah itu, Maulana ‘Arif Ad-Diyarkarani pun
tibalah di Bukhara. Mereka pun menceritakan kepadanya, apa yang mereka dengan
dari Syeikh Bahauddin tadi.
Maulana ‘Arif Ad-Diyarkarani menjawab: “Benar, tepat sekali apa yang
dikatakannya itu”
*-Syeikh Abdullah Al-Khoujandi menyatakan: “Sudah sejak lama hatiku
tertarik, sangat ingin memasuki tariqat Naqsyabandiah ini. Aku tinggal di
Khoujand. Pada suatu hari aku pergi ke Tirmidz(Termez). Waktu itu aku sedang
mengalami kegoncangan. Kemudian aku mengunjungi sebuah masjid di pinggir sungai
Jihun, dan tidur di situ. Aku melihat dalam mimpi dua orang Syeikh yang gagah. Seorang
diantaranya berkata kepadaku: “Kenalkah anda pada kami? ”Saya adalah Muhammad
bin Ali, orang Tirmidz(Termez). Dan ini adalah Nabi Khidir as. Jangan gusar, kini
tiba saatnya melaksanakan maksudmu itu. Tetapi anda harus menunggu 12 tahun
lagi, dan pelaksanaannya di Bukhara, di tangan Syeikh Bahauddin Syah
Naqsyabandi, yang menjadi Wali Quthub pada masa itu.”
Aku pun tersentak, hatiku mulai tenang. Sesudah itu aku pun pulang ke
Khoujand. Dan pada suatu hari,aku berjalan-jalan di pekan. Aku bertemu dengan
dua orang Turki yang hendak menuju ke masjid. Ku ikuti dari belakang. Mereka
asyik bercakap-cakap. Aku memasang kuping (telinga), mendengarkannya. Keduanya
membicarakan hal-hal tariqat. Hatiku tertarik, lalu ku temui mereka dengan
membawa makanan.
Salah seorang di antaranya berkata kepada temannya: “Inilah dia orang yang
dalam kalbunya berkobar keinginan untuk masuk tariqat ini. Selayaknya dia
berkhidmat kepada putra pemimpin kita, Syeikh Ishak”. Mereka memberitahukan, bahawa
Syeikh Ishak itu bermukim di wilayah Khoujand, mempunyai seorang putera yang
bijak dan ikhlas. Aku pun pergi ke situ dan kedatanganku di sambut hangat
olehnya.
Sekali peristiwa, anak itu berkata kepadaku: “Hati murid ini sudah pecah
berantakan, sewajarnya dia dididik menjadi pengikut tasawuf dan menjadi sahabat
baik.
Syeikh Ishak menangis, terharu, dan berkata: “Wahai anakku, orang ini
termasuk anak-anak Syeikh Bahauddin. Aku tak dapat menentukan sesuatu
kepadanya”.
Aku pun pulang ke Khoujand, menunggu masa yang dijanjikan itu tiba.
Beberapa waktu kemudian, hatiku mendesak, supaya aku segera ke Bukhara, tidak
boleh ditangguhkan lagi. Aku pun pergilah, dan sesampainya di tempat yang
dituju, aku pun menemui Syeikh Bahauddin.
Begitu bertemu Syeikh Bahauddin berkata: “Wahai Abdullah, sabarlah, masa
12 tahun yang kamu tunggu-tunggu itu tinggal tiga hari lagi”.
Aku terdiam mendengarnya, hatiku makin terpaut kepadanya. Orang-orang
yang hadir tidak mengerti isyarat. Mereka bertanya kepadaku dan sesudah
mengerti, mereka pun senang dan gembira.
Sesudah itu, belakangan ternyata semua maksudku itu tercapai dengan
inayah Allah dan aku pun mengabdi kepadanya”.
*-Di antara keramatnya, diceritakan oleh Syeikh ‘Alauddin Al-Athari:
Pada suatu hari, aku sedang berada di hadapan Syeikh Bahauddin. Waktu itu
langit mendung dan berawan tebal.
Beliau bertanya: “Sudah masukkah waktu Zuhur?”
“Belum”,jawabku
“Cuba lihat ke langit”,ujarnya.
Aku pun menoleh ke langit, nampakku langit itu jernih, tidak berawan, dan
pemandanganku tembus(kasyaf) ke alam malakut(alam para malaikat). Kulihat para
malaikat sedang sibuk mengerjakan solat Zuhur. Sesudah itu,beliau berkata:
“Nah,apa katamu, sudah masukkah waktu Zuhur?”
Aku kaget(terkejut), lalu meminta ampun kepadanya. Peristiwa itu amat
berkesan dalam lubuk hatiku dan tidak hilang selama beberapa waktu.
*-Seorang sahabtnya menceritakan: “Pada suatu hari,aku pernah diutus
Syeikh Bahauddin untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Selesai tugas itu,aku
pun pulang. Ku lihat murid-murid tegak berdiri di dalam kebun yang di situ
terdapat tempat tidur beliau. Masing-masing memegang cangkul dan kereta sorong.
Aku sangat kecut dan cemas, sehingga merasa bagaikan demam panas.
Sejurus kemudian Syeikh Bahauddin keluar dari rumahnya dan berkata
kepadaku: “Ku lihat air mukamu berubah”
Ku jawab: “Sejak aku tiba di tempat ini, hatiku merasa kecut dan cemas, entah
apa sebabnya, aku tidak tahu”.
Beliau berkata pula: “Cuba tanyakan kepada Amir Husin”
Aku pun menanyainya. Amir Husin mengatakan: “Sebabnya ialah sejak pagi
tadi murid-murid bergotong-royong mencangkul dan mengangkut tanah, sedangkan
anda tidak ikut bersama mereka”.
Kemudian Syeikh Bahauddin kembali ke rumah, menyiapkan makanan untuk
mereka. Tiba-Tiba kami melihat seorang anak muda tampan, datang dari arah rumah
beliau, menuju ke arah kami. Dia terbang di udara, melompat dari suatu tempat
ke tempat lain, laksana burung. Ketika sudah dekat dengan kami, ia terbang di
atas kepala kami. Perhatian kami pun tertuju kepadanya dan menghentikan
kegiatan. Dalam pada masa itu Syeikh Bahauddin keluar, memberi isyarat bahawa
ia sebentar lagi akan datang. Ucapannya itu menghairankan kami.
Setelah tiba dan memperhatikan keadaan kami, beliau pun menoleh
kepadaku, seraya berkata: “Inilah yang telah menggelisahkanmu, anda
kebalikan(berlainan) dari mereka”.
Kemudian berkata pula: “Adapun anak muda yang terbang di Nasav ke
Bukhara. Dia terbang. Ketika aku dekat kepadanya, aku pun menyapanya dan
bertanya: “Kenapa kamu tinggalkan persahabatan dengan rijalul ghaib(wali-wali
Allah), sehingga kamu terjerumus dalam kesakitan dan penyesalan?”
Anak muda itu menjawab: “Aku datang dari sebuah negeri, penduduknya
telah memasukkanku ke dalam barisanmu. Pada suatu hari kami duduk-duduk di
sebuah bukit, terlintas dihatiku tentang isteri dan anak. Maka mereka pun
menyingkapkan tabir(hijab) yang membatasi pemandanganku, kemudian bermaksud
akan meninggalkanku. Ku pegang belakang seorang di antara mereka, dan aku minta
supaya dihantarkan ke sebuah tempat yang aman dan makmur. Maka mereka pun
menghantarku ke tempat ini.
Syeikh Bahauddin melanjutkan: “Aku pun menemaninya dari Nasav ke Bukhara
selama 6 hari dan kutaruhkan(kuletakkan) dia dirumahku. Ketika aku sibuk
menyiapkan makanan untuk kamu, dia minta izin untuk pergi. Permintaannya itu
kupenuhi. Sesudah itu maksudku akan menghantarkan makanan untuk kamu sekalian, tetapi
tiba-tiba ku lihat kamu dalam keadaan kaget(terkejut). Aku pun keluar, memberi
isyarat kepadamu, sebagaimana yang sudah kuisyaratkan tadi.
Anak muda itu telah mengalami kemuliaan dan kebesaran Allah dengan
nyata. Sewajarnyalah seorang murid melangkah selebar kangkangan(sejauh-jauh
perjalanan di dalam jalan spiritual), jangan bergeser(rosak walau sedikitpun)
kepercayaan atau keyakinan kepada Syeikhnya walau apa pun yang terjadi. Sehingga
jika melihat Nabi Khidir pun, jangan menoleh kepadanya(keterangan: walaupun
murid itu dapat bertemu atau melihat Nabi Khidir sekalipun hendaklah ia melihat
atau memandang hal yang tersebut itu terjadi disebabkan keberkatan doa dan
bimbingan Syeikhnya).
Anak muda itu sesungguhnya telah mencapai martabat yang tinggi, dapat
terbang seperti burung dengan mudah. Dan lalat pun dapat juga terbang di
udara”.
Sesudah itu beliau memerintahkan kepada Amir Husin dan murid-murid, supaya
meneruskan pekerjaan masing-masing, mengisi kereta sorong dengan tanah. Mereka
pun melaksanakannya dan meninggalkan Syeikh Bahauddin seperti semula.
Anehnya, beliau(Syeikh Bahauddin) memberi isyarat kepada sebuah kereta
sorong, maka tiba-tiba saja kereta itu berjalan dengan sendirinya dan tanah
yang ada di dalamnya dibuangnya, kemudian ia pun datang kepada kami. Demikianlah
dilakukan Syeikh Bahauddin beberapa kali.
Lantas beliau pun berkata: “Peristiwa kereta sorong berjalan sendiri
seperti ini, adalah perkara biasa bagi ahlillah(orang-orang Allah) yang
terpilih”.
*-Syeikh Alauddin Al-Athari meriwayatkan bahawa Syeikh Tajuddin adalah
seorang tokoh pengikut Syeikh Bahauddin Naqsyabandi. Setiap ditugaskan
melakukan sesuatu dari Al-Arifan ke Bukhara, ia sudah kembali dalam tempoh yang
singkat, kerana apabila ia tidak terlihat oleh murid-murid Syeikh Bahauddin, ia
terbang di udara.
“Pada suatu hari”,kata Syeikh Tajuddin, “Aku ditugaskan pula untuk melaksanakan
sesuatu ke Bukhara. Aku pun pergilah dengan terbang di angkasa sebagaimana
biasa. Di tengah perjalanan kulihat Syeikh Bahauddin dan beliau pun melihatku. Ketika
dilihatnya aku terbang di udara, maka kekuatan(karomah) itu dicabutnya
daripadaku. Sesudah itu aku tidak bisa/boleh lagi terbang untuk
selama-lamanya.”
seorang sahabat Syeikh Bahauddin menceritakan: " pada suatu hari,
Syeikh Bahauddin berkunjung kerumahku. Aku terkejut dan gugup, kerana ketika
itu persediaan tepung tidak ada. Beliau datang membawa sedikit tepung gandum,
dan berkata kepadaku :
"Nah,bikin rotilah tepung ini, dan jangan ceritakan kepada
seseorang tentang sedikit atau banyaknya."
Beliau berada di rumahku selama 10 bulan. Selama berada di rumahku,
banyaklah murid-murid dan sahabat-sahabatnya datang silih berganti,
menziarahinya. Kami tetap membikin roti untuk mereka dari tepung tadi. Ternyata
cukup. Semuanya itu bisa terjadi kerana kekeramatan beliau. Beberapa waktu
kemudian, kuberitahukan hal itu kepada isteriku, kulanggar pesannya. sejak
waktu itu hilang berkatnya dan dalam waktu yang tidak begitu lama, tepung itu
pun habis.
peristiwa itu menambah keyakinanku kepadanya dan aku mengakui kebesaran
keramat dan ketinggian martabat kewalian-nya.
*Syeikh Muhammad Zahid berkata: "pada suatu hari aku sedang suluk.
Aku duduk bersama Syeikh Bahauddin. waktu itu musim gugur. Aku ingin sekali
hendak memakan semangka (tembikai) , lalu kuminta kepadanya. Dekat kami duduk
itu, terdapat sebuah sungai yang mengalir. Dia pun berkata: "pergilah ke
air itu!". Aku pun pergi ke situ, maka kudapati sebuah semangka (tembikai)
terletak di situ. peristiwa itu makin menambah keyakinanku kepada beliau".
*seorang sahabat Syeikh Bahauddin meriwayatkan: "Di antara
sahabat-sahabatnya yang menonjol dengan acap kali (kerap kali) menasihatiku,
adalah Syeikh Syadi, Salah satu nasihatnya, supaya jangan mengunjurkan kaki ke
arah mana Syeikh Bahauddin berada.
pada suatu hari aku berangkat dari Ghaziut menuju Al-Arifan untuk
menziarahinya. Waktu itu udara sangat panas. Dalam perjalanan aku berteduh di
bawah sepohon kayu dan berbaring. Tiba-tiba saja muncul binatang berbisa
menggigit kakiku sebanyak dua kali. Aku pun bangkit. Aku merasa sakitnya bukan
main. kemudian aku berbaring lagi. Maka untuk kali ketiga, aku kena gigit
binatang berbisa lagi. Aku pun duduk, memikirkan apa sebabnya. Teringatlah aku
kepada nasihat Syeikh Syadi. Rupanya kakiku lurus ke arah Al-Arifan tempat
kediaman Syeikh Bahauddin. Maka mengertilah aku, bahwa peristiwa itu
memperingatkanku agar lebih berhati-hati.
*Syeikh 'Ala-Uddin meriwayatkan: "Pada suatu hari Syeikh Bahauddin
menyuruh Amir Husin mengumpulkan kayu api. Waktu itu musim dingin. Sesudah
dikumpulkannya, keesokan harinya Allah menurunkan salju yang besar sebanyak 40
kali.
kemudian Syeikh Bahauddin mengadakan perjalanan ke Khawarizmi. Dalam
rombongannya ikut serta Syeikh Syadi.
Sesampainya di tepi sebuah sungai, Syeikh Bahauddin menyuruh supaya
berjalan di atas air, Syeikh Syadi tidak sanggup. Disuruhnya berulang kali,
tetapi Syeikh Syadi tetap menyatakan tidak bisa. Maka Syeikh Bahauddin
memandangnya dengan sorot mata (pandangan mata) yang tajam beberapa saat. Pada
waktu itu, Syeikh Syadi merasa berada di alam ghaib, hilang kesadarannya
(kesedarannya) selama beberapa minit. dan sesudah sadar (sedar), ia pun
melangkahkan kakinya di atas permukaan air, dengan diikuti oleh Syeikh
Bahauddin dari belakang. Setelah sampai ke seberang, Syeikh Bahauddin pun
berkata: "cuba lihat, basahkah sepatumu (kasut) atau tidak?" ku lihat
alas kakiku, ternyata sedikit pun tidak basah, dengan izin Allah".
*seorang sahabatnya bercerita tentang keramat Syeikh Bahauddin sebagai
berikut: "Adapun sebabnya aku bersahabat baik dengan beliau, kerana pada
suatu hari aku sedang duduk dikedaiku di pusat perbelanjaan Bukhara. Ia pun
datang dan duduk bersamaku. Dalam pembicaraan kami, tersinggung sejarah hidup
Syeikh Abu Yazid Busthami. Di antara riwayat hidup Syeikh Abu Yazid sebagaimana
yang disebutkan Syeikh Bahauddin, bahwa dia berkata: "jika seseorang
menyentuh pinggir (hujung) bajuku, niscaya ia jatuh hati kepadaku, dan tunduk
berjalan dibelakangku. Syeikh Bahauddin berkata: "kalau kuanugerahkkan
lengan bajuku, niscaya seluruh penduduk kota Bukhara ini akan tunduk dan kasih
kepadaku. Mereka akan meninggalkan rumah dan kedai, dan mengikutiku."
Beliau pun meletakkan tangannya yang diberkati itu ke lengan bajunya. tiba-tiba
aku terfana, tak sedar diri, aku merasa diriku bagaikan hilang. Begitulah
keadaan beberapa waktu lamanya. Kutinggalkan rumah dan kedai, dan berkhidmat
kepadanya."
*Syeikh Khasru, seorang sahabat Syeikh Bahauddin yang terkemuka dan
bijak, berkata: " pada suatu hari, aku bermaksud akan menziarahinya.
ketika aku tiba, Syeikh Bahauddin sedang tegak di pinggir kolam dalam sebuah
kebun, bercakap-cakap dengan seorang yang tidak dikenal. ketika aku memberi
salam, orang yang dikenal itu pun menyingkir ke pinggir kebun.
Syeikh Bahauddin memberikan penjelasan kepadaku: "Dia ini adalah
Nabi Khaidir as. " ucapan itu diulanginya dua kali. aku terdiam, tak
berkata sepatah pun. syukur hatiku tidak cenderung kepadanya, lahir dan batin.
Dua tiga hari kemudian, kulihat lagi dia dikebun, berbincang-bincang
dengan Syeikh Bahauddin. Dua bulan sesudah itu, kujumpai lagi dia di Bukhara.
Dia tersenyum melihatku, dan aku pun memberi salam. Dirangkulnya aku dengan
akrab dan menanyai (bertanya) perihalku. Sesudah berada kembali di Al-Arifan,
Syeikh Bahauddin berkata kepadaku: "Anda sudah berjumpa dengan Nabi
khaidir di Bukhara."
*Beberapa orang Alim-Ulama dan sejumlah murid-murid Syeikh Bahauddin
pada suatu hari mengunjungi Iraq.
Seorang ulama di antara rombongan berkata: "sesampainya kami di
Samnan, kami mendengar bahwa disitu ada seorang laki-laki (lelaki) yang
mendapat berkah (barakah) dari Allah, bernama Sayid Mahmud. kami semua bermaksud
akan menziarahinya, kerana keterkaitannya (hubungannya) dengan Syeikh
Bahauddin.
sesudah bertemu, Sayid Mahmud pun menjelaskan kepada kami dengan
berkata: " Pada suatu hari aku bermimpi melihat Rasulullah SAW sedang
berada di suatu tempat yang cantik. di sampingnya seorang laki-laki (lelaki)
yang tampan. Aku bertanya kepada Rasulullah SAW.: "Apakah belum tiba
saatnya aku mendapat kehormatan bersahabat dengan Rasulullah SAW. dan
orang-orang seperti yang ada disamping Rasulullah SAW itu. sampai saat ini aku
belum mengecap nikmat masa Rasulullah SAW. dan masa mereka, dan kebahagiaan
seperti ini telah luput agaknya daripadaku. Apakah yang harus aku lakukan,
wahai Rasulullah SAW?"
Rasulullah SAW pun bersabda: " jika kamu ingin memperoleh
keberkatanku dan dapat melihatku, maka ikutilah Syeikh Bahauddin", sambil
beliau mengisyaratkan kepada laki-laki (lelaki) yang duduk disampingnya.
sebelum itu aku tidak pernah melihatnya. sesudah tersentak (terjaga dari
tidur), kucatat namanya dikulit belakang sebuah bukuku.
Beberapa tahun kemudian aku duduk-duduk disebuah toko kain (kedai kain).
Tiba-tiba kulihat seorang laki-laki (lelaki) yang tampan melintas, wajahnya
bercahaya. Dia menuju ketempatku, dan duduk pula disitu, kuperhatikan wajahnya
dengan saksama (dengan sebenar-benarnya), maka teringatlah aku kepada catatanku
dulu. ketika itu perasaanku berubah, jantungku berdebar.
Dan tatkala orang itu hendak pergi, kuajak dia supaya singgah kerumahku.
Ajakanku itu dipenuhinya, Ia pun berdiri lalu berjalan di depan, dan aku
berjalan dibelakangnya. Anehnya belum terpicing (terpejam) mata, kami sudah
tiba di rumah. Ini keramat pertama yang kulihat daripadanya, sedangkan ia belum
pernah melihat rumahku. sesudah berada di dalam, ia pun menuju kesebuah ruangan
khusus perpustakaanku. Diulurkannya tangannya yang mulia itu lalu diambilnya
sebuah kitab dari celah-celah kitab yang banyak itu, dan menyerahkannya
kepadaku, seraya berkata: " Apa yang anda tulis dikulit belakang kitab
ini?"
Ternyata kitab itulah yang namanya kucatat sebagaimana yang kulihat
dalam mimpi tujuh tahun yang lalu.
keajaiban yang kedua ini, menimbulkan ke-takjubanku kepadanya, lebih
besar dari menyaksikan keramatnya yang pertama tadi. sesudah maksudku tercapai,
maka ia pun memelukku dan menciumku serta mendoakan semoga aku termasuk
kelompok sahabat-sahabatnya. kemudian ia pun pergi dengan meninggalkan kenangan
besar kepadaku.
*Seorang sahabat Syeikh Bahauddin di Bukhara pada suatu hari
mengundangnya, undangan itu diperkenankannya. Dan sesudah Azan maghrib, beliau
berkata kepada Maula Najmuddin Dadarak: " apakah kamu bersedia
melaksanakan apa yang kuperintahkan?"
Najmuddin menjawab: "bersedia."
"jika kusuruh mencuri, apakah kamu bersedia melaksanakannya?",
tanya beliau.
"tidak", jawab Najmuddin.
"kenapa tidak", tanyanya.
"kerana ini adalah menyangkut (bertalian) hak-hak manusia, tetapi
kalau menyangkut (bertalian) hak-hak Allah dapat ditebus dengan taubat",
jawab Najmuddin.
"jika tidak mahu melaksanakan perintahku, jangan bersahabat dengan
kami", ujarnya.
Najmuddin terperanjat, bagaikan sempit dunia ini pada perasaannya. Ia
pun meminta ampun, taubat dan menyesal, dan mengaku tidak akan menentangnya.
Orang-orang yang hadir di situ pun merasa kasihan melihatnya dan mereka meminta
kemaafan dari Syeikh Bahauddin. Permintaan itu pun dipenuhinya.
Kemudian Syeikh Bahauddin pada suatu hari bersama sejumlah sahabatnya
pergi mengunjungi sebuah desa di depan gerbang masuk kota Samarkand. Dalam
rombongan itu ikut serta Maulana Najmuddin. sesampainya di desa itu, Syeikh
Bahauddin menunjuk ke sebuah rumah seraya memerintahkan: "Robohkan
dindingnya, ambillah sejumlah barang-barang berharga yang tersimpan di dalam
sebuah ruangan."
Mereka pun merobohkannya, lalu masuk menuju ke sebuah ruangan dan
mengambil barang-barang berharga itu. sesudah itu mereka duduk sebentar.
Beberapa waktu kemudian, terdengar salakan anjing. Syeikh Bahauddin
menyuruh Maula Najmuddin dan beberapa sahabatnya supaya melihat apa yang
terjadi. Ternyata yang di salak, anjing itu adalah beberapa orang pencuri yang
sedang beraksi (berusaha) meruntuhkan dinding lain dari rumah itu, dan berhasil
memasukinya, tetapi tidak berhasil mendapatkan barang-barang berharga itu. Kata
pencuri-pencuri itu: " Rupanya pencuri-pencuri lain lebih dahulu mengambil
barang-barang itu daripada kita."
Semua anggota rombongan tercengang meyaksikan peristiwa itu.
Ketika pencurian/kecurian itu terjadi, si pemilik rumah sedang berada di
kebunnya. Keesokan harinya Syeikh Bahauddin menyuruh seorang muridnya,
menghantarkan barang-barang curian (hasil curi) itu kepada pemilikknya, dengan
penjelasan bahawa sekelompok orang-orang fakir kelmarin melintas di depan
rumahnya. Mereka melihat barang-barang berharga ini, lalu diselamatkan mereka
dari tangan-tangan pencuri. Kemudian beliau menoleh kepada Maulana Najmuddin
seraya berkata:" Jika kamu melaksanakan apa yang sudah kuperintahkan
sebelum ini, niscaya kamu akan memperoleh beberapa hikmah."
*Sebahagian di antara keramatnya, seorang sahabatnya meriwayatkan:
"Pada suatu hari aku mohon didoakan, supaya aku memperoleh seorang anak.
Syeikh Bahauddin pun mendoakannya. Maka aku memperoleh seorang anak laki-laki
(lelaki) berkat doanya. Tiada berapa lama kemudian, anak itu meninggal dunia. Ku
laporkan hal itu kepadanya.
Ia pun berkata: "Kamu sudah meminta doakan supaya kamu beroleh
seorang anak, dan Allah telah mengurniaimu seorang anak dan kini sudah
diambilnya pula. Namun demikian, kita harap semoga Allah akan mengurniaimu dua
orang anak laki-laki (lelaki) berkat doa orang-orang fakir.
Beberapa waktu sesudah itu, dua orang anak laki-laki (lelaki) pun
mendatangiku. Ketika seorang di antaranya, jatuh sakit, maka kulaporkan kepada
Syeikh Bahauddin. Beliau pun berkata: "Dia adalah anakku, tidak perlu anda
susahkan. Dia selalu sakit-sakit, tetapi kemudian sembuh. Dan ternyata ucapan
beliau itu benar, dan tepat."
*Syeikh 'Arif Ad-Dikrani, seorang tokoh khalifah Sayid Amir Kulal yang
bijak berkata: "Pada suatu hari kami menziarahi Syeikh Bahauddin di
Al-Arifan. Dalam pejalanan pulang ke Bukhara, ikut serta beberapa orang fakir
(ahli sufi) asal kota itu.seorang di antara mereka berkata yang tidak baik
Syeikh Bahauddin. Kami melarangnya. Kata kami: "Anda tidak mengenal Syeikh
Bahauddin itu dan tidak pantas(sepatutnya) berburuk sangka kepada seseorang,
harus sopan terhadap Wali-wali Allah".
Meskipun sudah berkali-kali diingatkan, namun ia tetap berkata dan
mencaci-caci Syeikh Bahauddin, tiba-tiba seekor penyengat (lebah) masuk ke mulutnya,
dan menggigitnya, sehingga ia mengaduh kesakitan. Kami pun berkata kepadanya:
"Inilah akibat ucapan dan kelakuanmu yang buruk terhadap Syeikh
Bahauddin." Ia pun menangis dengan bercucuran air mata, tobat (taubat) dan
menyesal. Sesudah minta maaf dan tobat (taubat), barulah penyengat itu pergi,
dan ia pun sembuh seperti semula."
*Pada suatu hari padang pasir Qaijik yang terletak dalam wilayah
Bukhara, dikepung oleh musuh selama beberapa waktu. Banyak penduduk menderita
dan menjadi korban keganasan. Maka penguasa wilayah Qaijak mengutus beberapa
orang stafnya (pegawai) kepada Syeikh Bahauddin, meminta bantuannya, kerana
segala taktik dan strategi yang dijalankan ternyata menemui kegagalan.
Kepada perutusan itu, Syeikh Bahauddin berkata: "Baiklah nanti
malam in sya Allah kami akan memohon kepada Allah, dan kita tunggu
hasilnya."
Tatkala fajar sudah terbit, beliau pun memberitahukan kepada mereka bahawa
sesudah enam hari, musibah ini akan berakhir. Gembirakanlah hati Raja kamu
dengan berita ini, dan kamu In sya Allah akan memperoleh kemenangan.
Maka penduduk Bukhara pun gembira-ria, kerana ternyata sesudah enam
hari, pasukan musuh meninggalkan wilayah itu, sebagaimana yang dikatakan oleh
Syeikh Bahauddin.
*Syeikh Syadi menyatakan bahawa selama aku menyayangi Syeikh
Bahauddin,rezeki murah, aku bisa mengumpulkan uang (wang) seratus dinar sehari.
Uang (wang) itu disimpan oleh isteriku. Pada suatu hari aku berbelanja ke
Bukhara, di antaranya aku membeli sepasang sapatu(kasut) bermutu tinggi.
Kemudian aku pun pulang dengan menziarahi Syeikh Bahauddin di Arifan. ketika
itu aku sudah berada didepannya dengan rendah hati, ia pun berkata:
"Kenapa anda ke Bukhara?"
"Untuk sesuatu keperluan", jawabku.
Dia pun berkata dengan tegas; "Mana sepatu itu, bawa ke sini. Dan
semua yang anda beli itu pun bawa ke mari. Barang-barang itu pun kuserahkan
kepadanya dengan cepat. Dia pun berkata pula: "mana sisa yang seratus
dinar itu, bawa kemari."
Uang(wang) itu pun kuserahkan kepadanya. Beliau pun memperhatikanku,
seraya berkata: "Kalau mahu, gunung ini bisa (boleh) kujadikan emas
untukmu; dengan berkat kekuasaan Allah SWT. Tetapi orang seperti kita (para
sufi) tidak pantas (sepatutnya) berbuat seperti itu. Jika kelompok orang-orang
yang bermartabat tinggi yang berada dibalik alam ini, melihat tingkahmu seperti
itu, maka bagaimana mungkin anda menyimpang. Sedangkan anda tahu bahwa selama
ini, anda tidak pernah kekurangan.
*Maulana Muhammad Al-Miskin berkata: "Pada suatu hari, seorang
sahabat Syeikh Bahauddin meninggal di Bukhara. Beliau dan sejumlah sahabatnya
bertakziah kepada keluarganya. Selama takziah itu, Syeikh dan rombongan
melakukan sesuatu yang mengejutkan dan tidak disukai orang banyak, bahkan
mereka melarangnya.
Syeikh Bahauddin berkata: "Bila Malaikat Maut mendatangiku? Aku
orang fakir (sufi) yang paling tahu tentang bagaimana mereka mati."
Belum habis ucapan itu terngiang-ngiang di telingaku", kata Maulana
Muhammad Al-Miskin, Bahauddin pun jatuh sakit dan ternyata itulah sakitnya yang
terakhir, Beliau segera pulang kesuraunya (zawiyahnya). masuk ke ruangan
khalwat sementara para sahabatnya silih berganti menjenguk dan melayaninya.
Beliau berpesan kepada setiap orang yang menziarahinya sesuai dengan keadaanya.
Kemudian beliau menadahkan dua tangannya, mendoa, dan sesudah menyapukan kedua
tangan kemukanya, maka beliau wafatlah dengan tenang."
*Syeikh 'Ala-Uddin Al-Aththar menceritakan: "Ketika Syeikh
Bahauddin dalam keadaan tenat, beberapa detik lagi akan wafat, kami membaca
surat (surah) Yasin di sisinya. Ketika sampai separuhnya, tiba-tiba memancar
cahaya terang. Kami pun mengucapkan kalimat-kalimat suci. Beliau pun wafatlah
pada malam isnin 13 Rabi'ul Awal 791 H, dalam usia 74 tahun. Jenazahnya
dikebumikan diperkebunan miliknya, sesuai dengan amanahnya. Kemudian dibagunkan
oleh murid-muridnya di situ sebuah Kubbah besar dan kemudian didirikan sebuah
masjid yang besar dan luas. Beberapa Raja-raja telah mewakafkan sejumlah
hartanya untuk keperluan masjid itu.
*semua kisah
itu ditulis oleh Al-Khani dalam "Al-Hada-Iqul Wardiyah", menurut
Yusuf bin Ismail An-Nabhani dalam kitabnya "Jaami'u karaamatil
Aulia".
https://www.facebook.com/notes/al-khalidi-sufi-order/riwayat-hidup-dan-karomah-tajul-arifin-syeikh-bahauddin-al-husaini-al-bukhari-pe/10152808480152247/