PERTAMA : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.
KEDUA : Bila
kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di
sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau
carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana,
nyawa telah sampai di tenggorok.
KETIGA : Bila kamu hendak mengalihkan kucing
yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut.
Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian
yang mengejut.
KEEMPAT : Bila engkau terpaksa membuang sisa
atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan.
Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari
jalan yang tak disangka.
Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini,
niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya
kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.
Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana
engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah
SWT seluas langit dan bumi.
-Allahyarham Tuan Guru
Dr Haron Din
Tiada ulasan:
Catat Ulasan