Ahad, 27 Januari 2019

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوْ احْفَظْهُ

Dari Abu Ad Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh kerana itu (jika kamu mahu) kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh jaga ia baik-baik." (Sunan Ibnu Majah No: 3653) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Ibu bapa ibarat pintu syurga bagi setiap anak.
2.  Menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa nescaya Allah akan memberikan ganjaran syurga.

3.  Al-Qadhi Baidhawi menyatakan; Cara terbaik untuk masuk syurga, dan cara mendapatkan darjat yang tinggi di syurga adalah dengan mentaati orang tua dan berusaha mengasihi dan berbakti padanya. Ada juga ulama yang mengatakan, ‘Di syurga ada banyak pintu. Yang paling selesa untuk dimasuki adalah yang paling tengah. Untuk membolehkan masuk ke syurga melalui pintu tengah itu adalah dengan berbakti kepada orang tua.’ (Tuhfatul Ahwadzi, 6/21).

4.  Anak-anak yang tidak berbakti dan berbuat baik kepada orang tua, akan terlepas peluang ke syurga.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ

Dari Abu Hurairah dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!" lalu baginda ditanya; "Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi SAW: "Barang Siapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)."  (HR Muslim No: 4628) Status: Sahih

Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa.

Isnin, 21 Januari 2019

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Aku merasa hairan dengan orang yang sedih kerana hartanya yang berkurang. Dan tidak merasa sedih kerana umurnya yang telah berkurang. Dan aku merasa hairan dengan orang yang dunia pergi meninggalkannya. Dan kehidupan akhirat mendatanginya, akan tetapi dia sibuk dengan dunia yang meninggalkannya, dan berpaling dari (akhirat) yang mendatanginya."
[Kalam Ahli Hikmah]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Betapa banyak perbuatan buruk yang kau sembunyikan, yang seandainya temanmu tahu pasti dia akan menjauhimu. Allah tau keburukanmu itu, tapi Dia menyembunyikannya. Dan justeru membuat lidah hamba-hambaNya memujimu.”
[Habib Abdullah Bin Umar As-Syathiri ‎رحمه الله تعالى]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Kebaikan itu sangat mudah, cukup dengan muka berseri-seri dan kata-kata yang lembut.”
[Sayyidina Abdullah Bin Umar رضى الله عنه]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Dua janji Rasulullah  ﷺ bagi seseorang yang menyibukkan dirinya dengan selawat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan Allah akan memenuhi semua keinginan dan cita-citanya.”
[Habib Abdul Qodir Bin Zaid Ba'bud]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Di zaman ini orang sibuk bersaing untuk memburukkan si fulan dengan gambar dan video tanpa menyedari akan dipertanggungjawabkan dirinya di sisi Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang kita buat, itu yang kita tanggung. Hisablah dirimu ketika berada di dunia. Orang yang banyak muhasabah dirinya di dunia akan ringan hisabnya di akhirat.”
[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Jangan kamu menganggap remeh kepada satu perbuatan baik walaupun sekadar senyum kepada saudaramu. Kadang-kadang senyum itu mampu menghilangkan kesusahan yang dihadapi seseorang.“
[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]