۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Aku merasa hairan dengan orang yang sedih kerana hartanya yang berkurang. Dan tidak merasa sedih kerana umurnya yang telah berkurang. Dan aku merasa hairan dengan orang yang dunia pergi meninggalkannya. Dan kehidupan akhirat mendatanginya, akan tetapi dia sibuk dengan dunia yang meninggalkannya, dan berpaling dari (akhirat) yang mendatanginya."[Kalam Ahli Hikmah]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Betapa banyak perbuatan buruk yang kau sembunyikan, yang seandainya temanmu tahu pasti dia akan menjauhimu. Allah tau keburukanmu itu, tapi Dia menyembunyikannya. Dan justeru membuat lidah hamba-hambaNya memujimu.”[Habib Abdullah Bin Umar As-Syathiri رحمه الله تعالى]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Kebaikan itu sangat mudah, cukup dengan muka berseri-seri dan kata-kata yang lembut.”[Sayyidina Abdullah Bin Umar رضى الله عنه]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan