Imam Abul Faraj Ibnul Jauzi (w.597 H) dalam kitabnya Bahrul Dumu' menyampaikan :
فان السيئة وان كانت واحدة، فإنها تتبعها عشر خصال مذمومة: أولها: إذا أذنب العبد ذنبا، فقد أسخط الله وهو قادر عليه. والثانية: أنه فرّح إبليس لعنه الله. والثالثة: أنه تباعد من الجنة. والرابعة: أنه تقرّب من النار. والخامسة: أنه قد آذى أحب الأشياء إليه، وهي نفسه. والسادسة: أنه نجس نفسه وقد كان طاهراً. والسابعة: أنه قد آذى الحفظة. والثامنة: أنه قد احزن النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في قبره. والتاسعة: أنه أشهد على نفسه السموات والأرض وجميع المخلوقات بالعصيان. والعاشرة: أنه خان جميع الآدميين، وعصى رب العالمين
"Sungguh satu dosa meski bernilai satu balasan. Akan tetapi dia akan menimbulkan 10 dampak buruk iaitu:
Pertama, jika hamba melakukan dosa, maka dia sudah membuat Allah murka, dan Allah Maha Mampu atas hamba untuk melakukan tindakan apapun.
Kedua, dia sudah membuat iblis laknatullah bergembira.
Ketiga, dia selangkah menjauhi surga.
Keempat, dia selangkah mendekati neraka.
Kelima, dia sudah menyakiti dirinya sendiri; sedangkan diri sendirinya adalah hal yang paling dia cintai.
Keenam, dia sudah mengotori jiwanya yang sebelumnya suci.
Ketujuh, dia sudah menggangu para malaikat pencatat amal.
Kedelapan, dia sudah membuat Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersedih dalam kuburnya.
Kesembilan, dia membuat langit, bumi, serta seluruh makhluk menjadi saksi atas maksiatnya.
Kesepuluh, sungguh dia sudah berkhianat kepada seluruh manusia dan durhakan kepada Rabb alam semesta."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan