Oleh: Panel
Penulis JAKIM
PENDAHULUAN
Allah S.W.T. menjadikan manusia amat istimewa dan
berbeza dengan makhluk-Nya yang lain. Antara keistimewaannya yang paling utama
ialah Allah S.W.T.menciptakan akal untuk manusia berfikir dan lidah untuk
berbicara. Justeru, lidah menjadi jurubicara menyampaikan apa yang terasa dalam
hati dan terlintas dalam fikiran manusia.
Keupayaan berbicara merupakan nikmat Allah yang
begitu besar kepada seseorang manusia. Manusia perlu menggunakan lidahnya untuk
membicara perkara-perkara yang berfaedah. Antaranya membaca ayat-ayat suci
al-quran, hadith-hadith Rasulullah s.a.w., pandangan para ulama', intelektual
dan sebagainya seterusnya menyampaikannya kepada orang lain. Pesanan Rasulullah
s.a.w. agar menyampaikan mesej Baginda walaupun satu ayat merupakan penegasan
tentang betapa pentingnya kita perlu berbicara. Ia merupakan salah satu wasilah
paling berkesan untuk menyampaikan mesej dakwah Islam.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Allah Yang Maha Pemurah, yang telah
mengajarkan al-Qur'an. Allah menciptakan manusia, mengajarnya berbicara
(menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya).' (Surah
ar-Rahman:1-4)
Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib
dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan
syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk menggunakan lidah yang
sentiasa mengungkaikan kalimah-kalimah agar setiap butiran bicara tersebut
mendapat, keredhaan Allah.
Adab pergaulan
Berbicara dengan orang perseorangan atau awam sama ada
secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik dan
lain-lain mempunyai tatacara dan adab yang tertentu. Setiap perbicaraan yang
keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta
perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang
tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya: Daripada kebaikan iman seseorang
ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna bagiya.'
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)
Orang yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak
berfaedah baginya merupakan tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.
Allah S.W.T.
berfirman:
Maksudnya: 'Sesungguhnya telah berjaya orang
yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan
diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.' (Surah al-Mukminun: 1-3)
Abdullah ibnu Abbas R.A. mengatakan: 'Ada lima
perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.
Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu
yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak
perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.
Kedua: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu
sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara
tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada
waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.
Ketiqa: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang
sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang
yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk
akan menyakiti hatimu.
Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak
hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan
maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.
Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar
sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan
mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abi Dunya).
Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana
seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang
tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas
keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya
sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan Allah.
Pertuturan Dalam Pergaulan
Tuturkata yang dikeluarkan oleh seseorang dapat
mengukur sejauhmana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran,sopan santun, budi
pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya
setiap insan memelihara lidahnya dan hendaklah berbicara menurut pertimbangan
akal yang waras. bercakap benar, sopan santun, lembut dan lunak supaya sedap
didengar dan elakkan daripada mengeluarkan kata-kata kotor.
Dalam kehidupan kita seharian, wadah pergaulan yang
digunakan dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan. Umpamanya melalui
perbualan, penulisan atau perdebatan.
Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk
menyuarakan pendapat tentang apa sahaja sama ada dalam percakapan, penulisan
ataupun perdebatan. Walaubagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa
marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina,memaki hamun, mencaci,
mengeluarkan kata-kata kotor,mengutuk, menyumpah, mengaibkan dan sebagainya
hingga menyinggung perasaan orang lain apatah lagi saudara kita sesama Islam.
Ini kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturrahim, menimbulkan rasa
marah, rasa benci. permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan
kekacauan dan perbalahan.
Dalam hal ini bijak bistari pernah berpesan,
'berfikir itu pelita hati'. Pepatah Melayu pula mengatakan, 'kerana pulut
santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Jika direnung, kedua-duanya
memberikan pengertian yang begitu mendalam untuk kita jadikan panduan supaya
sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian.
Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya sebarang
perselisihan dan suasana yang tidak menyenangkan maka kita perlulah berwaspada
dan berhati-hati sebelum berkata. Ibarat kata pepatah,'mulut kamu adalah
harimau kamu.'Terdapat banyak ayat al-gur'an dan hadith Rasulullah s.a.w yang
memberi peringatan dan panduan tentang adab dalam percakapan. Antaranya Firman
Allah S.W.T.maksudnya: Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat
contoh ucapan yang baik(mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah)
seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah)
dan cabangnya(menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin
tuhannya. Allah menjadikan contoh-contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat
selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak
berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk [mati] yang tercabut
akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi. (Surah Ibrahim:
24-26)
Maksudnya:
'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak
(dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan
janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan
puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban
sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu
dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut
menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,) maka amatlah buruknya
sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman, Dan (ingatlah)
sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang
yang zalim.
(Surah al-Hujurat:11)
(Surah al-Hujurat:11)
Maksudnya:
'Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.'
(Surah al-Hujurat:12)
'Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.'
(Surah al-Hujurat:12)
Allah Ta'ala
berfirman lagi:
Maksudnya: Dan orang yang menyakiti orang
mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka
orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.' (Surah al-Ahzab:
58)
Maksudnya:
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.' (Surah al-Israa':53)
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.' (Surah al-Israa':53)
Maksudnya: 'Pergilah, kamu berdua kepada
Fir'aun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian
hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut,semoga ia
beringat atau takut.'(Surah Taha: 43-44)
Manakala sabda
Rasulullah s.a.w pula:
Maksudnya: 'Perbuatan memaki hamun seorang
mukmin merupakan perkara fasiq dan perbuatan memeranginya hukunmya kufur'. (Riwayat
al-Bukhari)
Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda: Kedua-dua orang yang saling maki-memaki itu
dosanya adalah atas orang yang memulai antara kedua-dua orang itu, sehingga
yang dianiaya melanggar melebihi batas apa yang dikatakan oleh orang yang
memulai tadi'. (Riwayat Muslim)
Maksudnya: Seseorang mukmin bukan seseorang yang
suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat
disamping ia tidak bersifat buruk.'(Riwayat al Tirmidzi)
Maksudnya: Dari Abu Zar r.a.,bahawasanya ia
mendengar Rasulullah bersabda: Tidakkah seorang melemparkan kefasikan
atau kekufuran kepada orang lain,melainkan akan kembalilah kefasikan atau
kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan
yang memiliki sifat tersebut. (Riwayat al-Bukhari)
Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Tidak sewajarnya bagi orang yang jujur itu suka
mengutuk.'(Riwayat Muslim)
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan
saudaranya yang muslim.'(Riwayat Muslim)
Maksudnya: Daripada Jundub bin Abdullah r.a.,
katanya;Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Ada seorang lelaki berkata: 'Demi
Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si Fulan itu.' Allah
azzawajalla lalu bersabda:'Siapakah yang berani menyumpah-nyumpah atas nama-Ku
bahawa Aku tidak akan mengampuni si Fulan itu, sesungguhnya Aku telah
mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala amalanmu yakni yang bersumpah
tadi.'
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
Maksudnya: Sesungguhnya saya diutus Allah tidak
menjadi pengutuk, tetapi hanyalah menjadi rahmat.' (Riwayat Muslim)
Abu Darda' menceritakan bahawa ia mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: 'Sesungguhnya orang pengutuk tidak
boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari
Kiamat.'(Riwayat Muslim)
Maksudnya: Janganlah banyak bicara, jika tidak
mengenai zikir Allah, maka sesungguhnya banyak bicara tanpa zikir Allah itu
menjadikan hati pembicaranya kesat. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari
Allah pada hari Kiamat ialah orang yang kesat hati.'(Riwayat at-Tirmidzi)
Maksudnya:
'Bersumber dari Abu Darda' r.a., ia berkata:Rasulullah s.a.w bersabda 'Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu~pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut,kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya,apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut.'(Riwayat Abu Daud)
Maksudnya: 'Peliharalah lidahmu, kecuali tentang
hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan
syaitan!'
(Riwayat at-Tabarani)
(Riwayat at-Tabarani)
Maksudnya: Sesiapa yang menunjukkan kepada hal
yang lebih baik maka bagaikan orang yang melakukannya dan sesiapa yang
menunjukkan kepada yang lebih jahat maka ia bagaikan orang yang melakukannya.'(Riwayat
at-Tirmidzi)
Maksudnya: Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk.'(Riwayat
at-Tirmidzi)
Maksudnya: 'Janganlah kamu mengutuk orang yang
sudah meninggal dunia nanti kamu akan menyakiti orang yang masih hidup
dengannya.'
Penulisan
Pada zaman ini sikap saling mencela dan
mempersalahkan orang lain melalui tulisan sudah menjadi perkara biasa.
Tujuannya hanyalah untuk menuduh dan menjatuhkan air muka orang lain yang tidak
sehaluan pendapat dengannya, disamping mungkin juga bertujuan untuk mencari
populariti.Islam tidak melarang umatnya untuk memberikan pandangan dan kritikan
yang bersifat membina apabila melihat sesuatu masalah atau tuduhan yang
menyimpang daripada kebenaran. Sikap seperti ini telah ditunjukkan sejak zaman
Rasulullah s.a.w hinggalah kepada pemimpin- pemimpin seterusnya.
Walau bagaimanapun, setiap tulisan yang dihasilkan
hendaklah merupakan suatu karya yang membina yang dapat menegakkan peradaban
masyarakat, sebaliknya bukan untuk meruntuhkannya dengan menggunakan bahasa
yang tidak sopan dengan tujuan mencela atau menghina pihak tertentu.
Menggunakan bahasa dan daya imaginasi yang tinggi untuk melahirkan sebuah karya
sangat disanjung tinggi.Namun, biarlah imaginasi itu ada arah tuju yang baik
dan bukan sebaliknya.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: 'Dan ahli-ahli syair itu, diturut
oleh golongan yang sesat-tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat
bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap
lembah (khayal dan angan-angan kosong) Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang
mereka tidak melakukannya. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh (dari
kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak,
serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah) orang yang
melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana mereka akan
kembali.'
(Surah Asy-Syuara': 224-227)
(Surah Asy-Syuara': 224-227)
Ayat ini jelas menolak penulis atau pengkarya yang
menggunakan imaginasi dan khayalan tanpa kawalan kerana ia boleh menyebabkan
masyarakat keliru dan timbul salah tanggapan terhadap tulisan tersebut:
Dalam hal ini Rasulullah
s.a.w bersabda:
Maksudnya: Tidak harus bagi seorang Muslim itu menimbulkan ketakutan pada diri saudaranya.(Riwayat Abu Daud)
Maksudnya: Tidak harus bagi seorang Muslim itu menimbulkan ketakutan pada diri saudaranya.(Riwayat Abu Daud)
Hadith tersebut menghendaki kita menggunakan bahasa
yang mudah supaya maksudnya tepat dan tidak menggelirukan pemikiran pembaca.
Gaya bahasa yang berbelit-belit, mencemuh, mencarut, menghina dan sebagainya
hendaklah dihindarkan kerana ia dilarang oleh Islam berdasarkan firman Allah:
Maksudnya: Wahai orang yang beriman, takutlah
akan Allah. Dan katakanlah kata-kata yang betul nescaya Allah akan menjadikan
amalmu baik. Dan akan diampuni-Nya dosa-dosa kamu. (Surah al-Ahzab:
70-71)
Perdebatan
Dalam pergaulan seharian, kita sering berhadapan
dengan perbincangan atau perdebatan tentang sesuatu isu. Islam menggariskan
beberapa panduan yang patut diikuti ketika perbincangan atau perdebatan untuk
mengelakkan berlakunya perbalahan. Perdebatan tentang agama, politik, ilmu
pengetahuan dan lain-lain yang dilakukan tanpa berlandaskan adab-adab yang
dibenarkan oleh syarak, akan mengakibatkan rosaknya agama, kehidupan dan ilmu
pengetahuan. Barangkali perdebatan seperti yang mereka lakukan itulah yang
mengakibatkan rosaknya kesejahteraan ummat dan lahirnya golongan yang
berpecah-belah.
Perdebatan seumpama ini bukanlah pembahasan yang
sihat dan bukan pula usaha memperolehi kebenaran dengan cara yang
sebaik-baiknya. Ini tergambar apabila para sahabat pernah berdebat antara satu
dengan lain tentang sesuatu perkara. Apabila Rasulullah s.a.w. datang, baginda
bersabda:
Maksudnya:
Hai umat Muhammad, berhati-hatilah! Orang sebelum
kamu dahulu binasa kerana perbuatan seperti itu. Tinggalkanlah perdebatan
kerana orang beriman tidak patut berdebat! Tinggalkanlah perdebatan kerana
orang yang berdebat jelas akan memperolihi kerugian! Tinggalkanlah perdebatan
kerana perdebatan mendatangkan dosa bagi orang selagi ia berdebat! Pada Hari
Kiamat aku tidak akan memberi syafaat kepada orang yang suka berdebat!
Tinggalkanlah perdebatan, kujamin tiga buah rumah di dalam syurga: di
taman-tamannya, di tengahnya, dan yang di bahagian atasnya tersedia bagi orang
yang menjauhkan diri daripada perdebatan dalam keadaan ia benar! Tinggalkanlah
perdebatan kerana perkara pertama yang aku dilarang oleh Tuhanku sesudah
melarang penyembahan berhala perdebatan.'(Riwayat
At-Tabarani)
Sepatutnya, dalam perbincangan tentang sesuatu isu
yang timbul, kita hendaklah mengawal diri dan jangan sekali-kali menyanggah
atau menyampuk kata-kata atau pandangan orang lain yang sedang memberikan
pandangannya. Ini kerana setiap kata-kata yang kita dengar itu, jika benar,
hendaklah kita mempercayainya atau menyetujuinya. Tetapi sekiranya kata-kata
atau pandangan yang diutarakan itu salah, maka hendaklah perbetulkan. Itulah
sebenarnya cara yang sepatutnya dilakukan ketika kita berdebat atau berbincang,
Bukannya saling cabar-mencabar dan bertikam lidah
hingga membawa pertengkaran yang tidak berkesudahan, serta tidak menghasilkan
apa-apa keputusan.
Firman Allah S.W.T. Maksudnya:
'...Dan berdebatlah dengan mereka mengikut cara
yang terbaik...(Surah an-Nahl: 125)
Kaedah al-Qur'an Dalam Pertuturan
AI-Qur’an dengan tegas merumuskan bahawa umat Islam
secara nyata memiliki ciri-ciri khusus yang membezakan mereka daripada umat
lain.
Firman Allah S.W.T
Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah
sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu
menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara
yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman
(sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka.
(Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang yang
fasik. (Surah Ali-Imran : 110)
Antara ciri khusus mereka yang paling utama ialah
menyuruh melakukan kebaikan, mencegah kejahatan dan beriman kepada Allah S.W.T.
Ciri tersebut sangat penting diambil ingatan oleh umat Islam kini khususnya
dalam konteks jika mereka mahu membangunkan semula keyakinan diri dan
menjadi'umatan wasatan'untuk masa kini dan masa depan.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
Dan demikianlah (sebahagian Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu ( wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.(Sebenarnya kiblat kamu ialah Ka'bah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad),melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat itu adalah amat berat (untuk diterima)kecuali kepada orang yang telah diberikan.
(Surah aI-Baqarah : 143)
Dan demikianlah (sebahagian Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu ( wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.(Sebenarnya kiblat kamu ialah Ka'bah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad),melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat itu adalah amat berat (untuk diterima)kecuali kepada orang yang telah diberikan.
(Surah aI-Baqarah : 143)
Walau bagaimanapun apabila ditinjau kepada potensi
umat yang ada pada masa kini, kita dapati pertembungan fahaman telah menjadi
salah satu halangan besar yang membelenggu mereka untuk hidup bersatu. Bersatu
dalam erti kata saling tegur menegur dan menegakkan kebenaran secara berhikmah.
AI-Quran telah meletakkan beberapa kaedah tentang
bagaimanakah cara terbaik untuk hidup saling tegur menegur dan bergaul dalam
masyarakat. Bagaimanakah cara yang terbaik pula untuk mereka mengembalikan
maruah ummah tanpa menjatuhkan orang lain sekaligus berperanan menjadi contoh
kepada bangsa lain bahawa kita bukanlah umat yang suka kepada perbalahan dan
saling bercakaran.
AI-Quran dalam banyak ayatnya menggesa supaya
dibentuk fikiran umum yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada
keburukan. Semua ini dilakukan demi menjaga kehormatan ummah dan ia perlu
melalui kebebasan berfikir dan kebebasan bercakap asalkan ia tidak bertentangan
dengan peraturan umum. Antaranya percakapan yang tidak sopan dan
ungkapan-ungkapan yang tidak manis didengar.
Berhikmah
Banyak ayat al-Qur'an yang menyuruh manusia supaya
mengungkapkan percakapannya dengan cara sopan dan berhikmah supaya kata-kata
mereka itu mendapat perhatian dan tidak menyebabkan orang lari daripada
mendengarnya. Allah S.W.T. memberi garis panduan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
supaya bercakap dengan cara yang paling lembut.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (tentang kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang yang bertawakkal kepada-Nya.'
(surah Ali-Imran : 159)
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (tentang kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang yang bertawakkal kepada-Nya.'
(surah Ali-Imran : 159)
AI-Quran juga memerintahkan umat Islam supaya
menolak dan mencegah keburukan dengan cara yang terbaik.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Tidaklah sama antara kebaikan dengan
keburukan itu maka cegahlah keburukan dengan cara yang terbaik...'(Surah
Fussilat : 34)
Lanjutan daripada ini, kita perhatikan bagaimana
al-Qur'an sentiasa menekankan secara berhikmah ketika menyebarkan kebaikan
kepada manusia. Dan cara inilah yang sepatutnya dijadikan panduan kepada kita
semua,sama ada ketika berkhutbah, berkarya malah dalam apa jua tindakan kita.
Allah S.W.T.
berfirman:
Maksudnya: Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya
tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohonlah ampun bagi dosamu dan dosa orang
mukmin lelaki dan perempuan…'(Surah Muhammad : 19)
Firman Allah S.W.T. lagi:
Maksudnya: Wahai orang yang berselimut bangunlah
dan berilah peringatan dan Tuhanmu agungkanlah,pakaianmu bersihkanlah.'(Surah
al-Muddaththir: 1-4)
Allah S.W.T. juga
berfirman:
Maksudnya: '...Hendaklah kamu menjadi orang
rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Ta'ala – dengan ilmu dan amal yang
sempurna) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi al-Kitab itu dan kamu selalu
mempelajarinya. (Surah Ali-Imran : 79)
Sejak kebelakangan ini telah muncul sindrom orang
ramai terhadap menegur kesalahan sama ada kesalahan itu dilakukan oleh individu
mahupun oleh pihak berkuasa.
Teguran itu pula dilakukan melalui pelbagai media
dan cara. Walaupun sindrom ini baik namun apa yang dikhuatiri jika cara yang
digunakannya tidak berhikmah maka penyakit masyarakat semakin bertambah tenat.
Ini kerana terdapat antara mereka orang yang tidak mengerti dan memahami
cara-cara untuk mempertautkan dan memadukan hati manusia dan tidak memahami
perkara~ perkara utama yang lebih bermanfaat bagi umat Islam.
AI-Quran sering menyindir golongan seperti ini
lantaran kejahilan mereka menggunakan method berhikmah ketika menegur
masyarakat.
Antaranya seperti
firman Allah:
Maksudnya: 'Tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui'. (Surah al-Araf: 187)
Maksudnya: '...Akan tetapi kebanyakan manusia
tidak beriman.' (Surah Hud: 17)
Maksudnya: '..Maka ceritakan kisah-kisah agar
mereka berfikir.' (Surah al-Hasyr: 176)
Maksudnya: '...Dan Allah membuat
perumpamaan-perumpamaan bagi manusia agar mereka berfikir.' (Surah al-Hasyr:21)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan