Untuk Renungan Bersama
Rakaman ini dipetik dari
program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood Seorang
gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam
poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan
yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang ini pun menceritakan
hal yang berlaku padanya.
"Ya, Rasulullah,
sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan
mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis
tadi.
"Jika tidak jadi
keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik
dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam
neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia
amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di
tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil.
Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari
membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan
sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh
dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu
bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu
seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang
lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari
ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga
dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat
terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya
kepada ayahku.
"Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"
Lalu dijawab oleh ayahnya
"Sesungguhnya beliau
dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik
air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
dilakukan ketika di dunia"
Oleh kerana kasihan melihat
azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak
tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir
ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga
aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku
datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya
tangan gadis tersebut sembuh.Rasulullah lantas berkata,
"Wahai anakku,
pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.
IN SHAA ALLLAH."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan