Rabu, 26 April 2017

LUAR BiASA BAGi PEMBACA AL-QURAN


Berkata Abdul Malik bin Umair:
"Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-Qur'an".

"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-Qur'an".

Berkata Al-imam Qurtubi:
"Barang siapa yang membaca Al-Qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah. "Perbanyaklah membaca Al-Qur'an jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan dimudahkan setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah: "Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca Al-Qur'an,  maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari baca'an manusia".

Berkata Abu Zanad: "Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca Al-Qur'an

Berkata Shaikhul Islam ibnu Taimiyyah: "Tidak ada sesuatu yang lebih bisa memberikan nutrisi otak, kesegaran jiwa, dan kesihatan tubuh serta mencakup segala kebahagiaan melebihi dari orang yang selalu melihat kitabullah ta'ala".

Bergantunglah pada Al Qur'an niscaya kau akan mendapatkan keberkahan. 
Allah berfirman: "Ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh keberkahan agar mereka mahu mentadaburi ayat-ayatnya".

Berkata sebahagian ahli tafsir; "Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Qur'an maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Saya memohon kepada Allah agar memberikan taufiqnya kepada saya dan kalian semua untuk selalu membaca Al-Qur'an dan mengamalkan kandungannya". 

Bila anda Cinta pada Al-Qur'an maka sebarkanlah,,,
demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Al-Qur'an maka pahala anda akan selalu mengalir..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan