Cahaya orang Mukmin
di Dunia
Orang beriman adalah orang yang berada dalam naungan cahaya
Allah azza wa jalla. Wajah dan hatinya diliputi cahaya yang dapat dirasakan
oleh orang di sekitarnya. Kata katanya mententeramkan dan menyejukkan hati,
perilaku dan ahlaknya menyenangkan orang di sekitarnya. Di manapun ia berada
selalu mendatangkan kedamaian dan ketenangan. Orang yang peka dan terang
hatinya dapat melihat cahaya yang terpancar dari wajah orang mukmin ini.
Sebaliknya orang yang tidak beriman pada Allah azza wa jalla
berada dalam kegelapan. Wajah dan hatinya diliputi kegelapan di atas kegelapan.
Kata katanya menyakitkan hati, perilaku dan akhlaknya menimbulkan keresahan
bagi orang di sekitarnya. Hidupnya penuh kebohongan dan tipuan, ke sana ke mari
mengumbar syahwat dan kesenangan fatamorgana. Orang yang mengikutinya sering
terjebak kesenangan semu (palsu), yang berakhir
dengan kesengsaraan dan derita. Orang yang peka dan terang hatinya dapat
melihat kegelapan wajah orang ini.
Bacalah doa ini selepas setiap kali solat semoga Allah azza
wa jalla mengurniakan cahaya Nur Allahi dan dalam satu hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk berdoa
memohon cahaya pada Allah sebagai berikut:
Allahummaj al fii Qolbi nuuron, wafii bashorii nuuron,
wafii sam’i nuuron, wa an yamiinii nuuron, wa an yasaari nuuron, wafawqii
nuuron, wa tahtii nuuron, wa amaamii nuron, wa kholfii nuuron, wajj allii
nuuron
Maksudnya:
Ya Allah! Jadikanlah hatiku bercahaya, dan pada lidahku
bercahaya dan jadikanlah pada penglihatan ku bercahaya dan pada pendengaranku
bercahaya, dan dari kanan ku bercahaya, dan dari kiriku bercahaya, dan daripada
atas ku bercahaya, dan daripada bawah ku bercahaya, dan dari muka ku bercahaya,
dan dari belakang ku bercahaya, dan jadikanlah pada diriku bercahaya dan
sebesar-besar bagiku bercahaya.
Doa Nabi Muhammad SAW, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
dalam Mukhtarul Hadis:
Aura Orang Beriman
Hadis riwayat Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW
bersabda (yang bermaksud):
"Kalian adalah orang-orang yang memiliki CAHAYA MUKA,
CAHAYA TANGAN dan CAHAYA KAKI pada hari kiamat, kerana penyempurnaan wudu'.
Maka barang siapa di antara kalian yang mampu, hendaklah ia memanjangkan CAHAYA
PUTIH tersebut.
Walaupun cahaya dalam hadis di atas mungkin boleh dikaitkan
dengan aura, TETAPI perlu diingatkan bahawa beribadat semata-mata untuk
mendapatkan kehebatan aura, boleh membawa kepada kesyirikan dan akan terpesong
akidah. Tambahan pula dengan pengaruh tipu daya dan hasutan syaitan dan iblis
yang sangat halus, sekiranya tidak berpegang kuat kepada Al-Quran, Hadis, Ijmak
dan Qias.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan