* Muhammad Dzahir
(Baca no
1-5 shj pun dah cukup):
1. Anda
tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.
2. Anda
melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran anda
terlalu sibuk.
3. Anda
selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta anda semakin
bertambah.
4. Anda
marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda
lakukan adalah haram.
5. Anda
terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok,
nanti dan seterusnya.”
6. Anda
sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.
7. Anda
selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga
terabaikan amal ibadah.
8. Anda
tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.
9. Anda
tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda
bertaubat kepada Allah.
10. Anda
tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh
mengecewakan orang lain.
11. Anda
sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.
12. Anda merencanakan
kehidupan hingga jauh ke hadapan.
13. Anda
menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja,
setelah sibuk berkerjaya.
14. Anda
memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak bisa mengingatkan Anda kepada
Allah.
15. Anda
menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.
16. Anda
melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada
mati dan tidak ingin memikirkannya.
17. Anda
meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi
kehidupan akhirat.
18. Anda
merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.
19. Anda tidak
kuasa mengubah gaya hidup anda yang suka berfoya-foya, walaupun anda tahu
bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.
20. Anda diberi
nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa
beginilah satu-satunya cara agar tetap di tengah kesulitan ekonomi.
21. Anda
ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya.
22. Anda
sangat perhatian dengan penampilan fisik anda.
23. Anda
meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.
24. Anda
ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi anda sedikit pun tidak mendapat
pengajaran dari kematiannya.
25. Anda
mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar bisa segera melanjutkan pekerjaan.
26. Anda
tidak pernah berfikir bahawa hari ini bisa jadi hari terakhir Anda hidup di
dunia.
27. Anda
merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang anda miliki,
bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.
-Semoga
Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan
hamba-hamba Nya yang soleh.
*_Aamiin_*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan