Ahad, 21 Mei 2017

" BETULKAH SAYA SUDAH BAIK *

Muhammad Zahir

*"Sudah Baikkah saya"* walaupun selalu sholat 5 waktu serta tepat pada waktunya.
*"sudah Baikkah saya"* walaupun telah berhaji & umroh beberapa kali.
*"sudah Baikkah saya"* walaupun telah bersedekah setiap hari.
*"sudah Baikkah saya"* walaupun hari-hari kita memberi nasihat dan teguran kepada orang lain yang berbuat salah.
*"sudah Baikkah saya"* walaupun sudah pakai jubah, dan menutup aurat dengan sempurna.
*"sudah Baikkah saya"* walaupun setiap malam sholat Tahajjud, Witir, Hajat dan zikir.
*"sudah Baikkah saya"* walaupun  tiap hari ke masjid atau musholla utk shalat & menambah ilmu.
*"sudah Baikkah saya"* walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.
*"Sudah baikkah saya"* walaupun setiap saat kita menolong orang lain.

*Al-Quran, surah an-Najm ayat 32:*
*_"...........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa_*

Aisyah (ra) ditanya orang *"Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya "iaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "iaitu orang yang merasa dirinya buruk"*.

*JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.*
Kerana kita takkan pernah tahu di manakah dan bilakah saat *HATI* kita *IKHLAS* melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.
*Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.*

Selalu letakkan diri kita dalam keadaan :
*"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah"*.
*"Akulah yang paling buruk di kalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan mencuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik"*.

Wujudkan *KEIKHLASAN* hindari *IRI & DENGKI*
Selalu mengharapkan *REDHA  ALLAH*
Latih diri agar selalu *TAWADHU'* jauhkan dari penyakit *UJUB & TAKABBUR*
Selalu perbaiki *diri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang*
Hanya Allah yang akan terus memberi kita *PETUNJUK* serta *JALAN KEBENARAN*.

*Semoga setiap hari Allah selalu membimbing kita semua* .Aamiiinnn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan