Jumaat, 2 Oktober 2020

KaLaM ULaMa

Berhijrah itu kadang-kadang

Sangat menguji keimanan

Nampak mudah di sisi orang

Tapi cuba engkau rasakan

Jika kekuatan kau kurang

Pasti kau menangis saat kau mulakan.

Rasa ingin terjatuh

Rasa sakit

Rasa sayu 

Berjalan berseorangan

Menadah tangan berdoa kepadaNya

Melihat langit 

Betapa kerdilnya diri ini

Memohon seribu keampunan.

Orang sekeliling mula memerhati

Dengan jerlingan yang tajam

Jika dulu seorang yang memalukan

Kini padamlah segala kesilapan lalu.

Jika sudah terniat di hati ingin mendekatiNya,

Teruskanlah langkah tanpa memikirkan siapa dirimu yang dulu.

Tidak perlu resah jika tiada teman 

Allah sentiasa ada bersamamu. 

Yakinlah wahai diri .


Kredit: Telegram.men/CintaKanAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan