Jumaat, 2 Oktober 2020

PeNCiNTA RasULuLLah - BerLaku JujURLah

Semua orang hendakkan ketenangan, sama ada yang kaya, miskin, terkenal, terpinggir, berjawatan, tidak punya jawatan, dan sebagainya. Salah satu cara hendak dapat ketenangan (selain baca al Quran dan fahaminya) adalah,..

kita bersifat JUJUR. Sama ada jujur dengan orang lain, atau jujur dengan DIRI SENDIRI. 

Bila kita sentiasa jujur, insyaAllah hati kita akan rasa tenang. Tetapi bila kita selalu bohong / menipu, hati kita akan GELISAH.

Kau mungkin boleh tipu orang lain, tetapi selama-lamanya kau TAK BOLEH tipu diri sendiri. Bahkan kita TAK BOLEH TIPU hati kita, terutama bila kita BUAT DOSA.

Masa kita buat dosa, mungkin kita boleh bagi alasan yang kita rasa "tenang", tetapi itu hanyalah alasan untuk "sedapkan" hati kita saja.

Sebab hakikatnya, dosa itu akan GELISAHKAN hati kita.

Solusinya?

Taubatlah sungguh-sungguh wahai kawan-kawan. Dan berlakulah jujur dalam semua perkara, terutama dengan HATI dan DIRI kita sendiri.

Apa guna hidup kaya raya, mewah, ramai follower, pangkat tinggi, TETAPI hati tak tenang? 

Moga Allah kurniakan ketenangan dalam hati-hati kita.

Kredit:TelegramPencintaRasulullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan