Jumaat, 30 Ogos 2013

KAIFIAT SOLAT HAKIKAT

Gambar hiasan sahaja
ASSALAMUALAIKUM Saudara-saudaraku yang dikasihi....

Bertemu kembali kita di arena muzakarah ilmu hakikat ini yang sekian lama ditinggalkan. Di sini aku mengambil kesempatan untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh saudara Habib berkenaan dengan Usul Ma'rifat 2 yang aku kemukakan tempohari. Di sini aku perjelaskan perihal martabat di dalam sembahyang, dan ianya berlaku pula di dalam dan di luar sembahyang.

Sekiranya apa yang saudara-saudaraku menjumpai ilmu-ilmu yang aku utarakan ini menyamai dengan kitab-kitab hakikat lain,  ketahuilah bahawa ilmu hakikat itu tidak jauh bezanya di dalam pendekatan pengabdian diri amalan ke atas-Nya. Kalau dibezakannya pun itu dari segi tafsiran-tafsiran batin yang tujuh puluh (tersurat) itu seperti yang sudah aku nyatakan.

Aku mengucapkan terima kasih kepada saudara Habib kerana bertanyakan aku "bagaimana jalannya"! Inilah jalannya! Namun dari segi kaifiat yang sempurna di dalam solat itu tidak aku zahirkan! Bukan kerana apa,  dikhuatiri ia sukar difahami di penulisan email ini.  Perkara-perkara perbuatan dan amalan yang benar-benar ilmiah, aku lebih suka berbicara secara dirrect (face to face). Inilah cara yang terbaik, ibarat dimisalkan kita mengambil atau menerima ilmu dari seorang guru.  Ikut cara sunnah Rasulullah SAW. Kita tidak semata-mata berguru melalui buku atau kitab-kitab sahaja, sedangkan tempat untuk dirujuk tidak ada! Sumbernya tidak sohih daripada mana ilmu itu diperolehi. InsyaAllah, jika kita dipertemukan nanti akan aku perturunkan kifiat sembahyang (hakikat) di dalam perjalanan zikir nafas!

OK...di sini aku persembahkan dan aku ulangi bicara ku yang lepas agar saudara-saudaraku tahkik dengan apa yang aku perkatakan ini.

InsyaAllah.......

HAKIKAT SEMBAHYANG (SOLAT)

IHRAM : Tercengang, ertinya fana' tiada ingat akan dirinya pada masa itu. Pada masa itu tatkala lazat tiada ia teringat pada yang lain, melainkan Zat Allah.

"La fa'el fi solati ilallah" - Tiadalah aku berbuat sembahyang itu melainkan Zat Allah semata-mata.

MUNAJAT : Sudah berjumpa hamba itu dengan Tuhannya.  Yakni fana' ia di dalam Zat Allah. Seperti firman Allah Ta'ala,

"Fa ainama tuwallu fatsamma wajhullah" - Maka barang mana engkau hadapkan muka mu maka di sanalah wujud wajah Tuhan kamu.

Dan sekaliannya itu binasa dan kekal Zat Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, yakni fana' wujud dirinya dalam wujud Tuhannya. Ertinya tiada nama aku lagi melainkan nama Zat Allah semata-mata.

TABDIL : Sudah berpindah ma'nikam di dalam kalimah insan rahsia Allah dan ialah yang menghidupkan di dalam sembahyang itu hanya Zat Allah semata-mata.

MI'RAJ : Sudah naik martabat hamba itu kerana ia telah terwakil akan rahsianya itu kepadanya.

"La wujudu fi solati ilallah" - Tiadalah wujudku sembahyang lagi sudah berpindah kepada wujud Zat, yakni wujud Allah tiadalah ada sembah-menyembah dan puji-memuji di dalam sembahyang itu hanya Zat Allah semata.

Demikianlah hakikat kita di dalam sembahyang (solat) ataupun di luar sembahyang. Amalan yang wajib disertakan dengan perbuatan.

Empat maqam di dalam solat ini, mesti dilalui oleh para salik. Tidak boleh tidak, sama ada ia tahu,
merasai atau bagaimana sekalipun perbuatan solatnya yang dikatakan hakikat sembahyang yang
sebenar-benarnya.

Di dalam Kitab Hakikat Insan (Haji Ahmad Laksamana),  ada dibicarakan bab hakikat solat dan cara mengerjakan solat tersebut. Dan aku bersetuju dengan apa yang beliau persembahkan itu. Kalau diperhitungkan dengan apa yang hendak aku sampaikan ini, ianya tidak ada jurang bezanya. Cuma di sini aku tidak memasukkan bagaimana kaedah (kifiat) cara mengerjakan solat tersebut (Hakikat Solat).

Pada mulanya aku hendak menggabungkan isi yang ada di dalam Kitab Hakikat Insan itu dengan gabungan ilmu yang aku perolehi, tapi adalah tidak adil jika aku berbuat demikian kerana mungkin saudaraku berdua sudah memiliki kitab tersebut. Jadi tidak perlulah aku mengulang-ulangi isi kandungan kitab tersebut seperti bab menghilangkan diri, menilik diri, daim dan sebagainya berkenaan hakikat solat.

Jadi di sini aku persembahkan version aku pula, tetapi tidak ada yang membezakan cuma penyampaian maklumat sahaja berlainan.

Tafsiran ahli hakikat, yang mana "Allahu Akbar" itu ialah Sifat, Asma', Af'al. Bunyinya itu, bunyi Zat, Sifat, Asma' dan Af'al. Iaitu Hayat, Ilmu, Qudrat, Iradat itulah yang bernama Rahsia Allah kepada batin di dalam diri kita iaitu rahsia itulah yang sebenar-benarnya Allah. Kerana ia memerintah kepada roh dan roh itu memerintah akan hati dan hati memerintah akan tubuh, maka berlakulah kehendak rahsia kepada tubuh.

Tatkala berdiri sembahyang itu, yang ada sendirinya hanya Allah dan adapun yang mengata "Allahu Akbar" itu Rahsia Allah jua, yakni Allah memuji dirinya sendiri.  Maka fana' kita daripada ghairullah, seperti tiada lagi bertubuh zahir dan batin. Tiada lagi rasa hati dan tubuh hanyalah diingatkan Zat Allah hingga hairanlah dan tercenganglah tiada tahu akan dirinya dan tiada tahu akan Tuhannya.

Fahamilah pengertian yang aku khabarkan ini dengan sebaik-baiknya.

Wujud zahir wujud batin di dalam "Laut Hu" habis karam!

Asas sembahyang yang lima waktu itu daripada perkataan "ALHAMDU" - Alif, Lam, Ha', Mim, Dhal.

Alif - itu menta'yinkan tajalli Allah Ta'ala itu dengan dua perkara. Pertama, tajalli Zat. Kedua,
tajalli Sifat. Sebab itulah Subuh itu dua rakaat.  Kenyataannya pada kita jasad dan roh.

Lam - isyarat pada wujud, ilmu, nur, syuhud. Iaitu asal lembaga Muhammad. Sebab itulah Dzohor itu empat rakaat. Kenyataannya pada kita dua kaki dan dua tangan.

Ha' - isyarat kepada asal nyawa Muhammad itu empat. Wadi, madi, mani, ma'nikam. Sebab itulah Asar itu empat rakaat. Kenyataannya kepada kita dua susu dan dua bahu.

Mim - isyarat kepada Allah, Muhammad, Adam, yakni Zat, Sifat, Af'al. Sebab itulah Maghrib itu tiga rakaat, kenyataannya dua lubang hidung, satu mulut.

Dhal - isyarat asal lembaga Adam itu empat anasir,  air, api, angin, tanah. Sebab itulah Isya' itu empat rakaat, kenyataannya kepada kita iaitu dua mata dan dua telinga.

Syariat Tujuh - fardhu, sunat, haram, makruh, mubah, sah dan batal.

Sifat Tubuh - hayat, ilmu, qudrat, iradat, sama', basar, kalam.

Adapun Sifat Ma'ani yang tujuh itu namanya DANBAH, ertinya pekerjaan Zat. Iaitu Hakikat Muhammad.

"Syuhud al-katsrat fil wahdat"
Maksudnya : Pandang yang banyak di dalam yang satu.

"Nahnu anta nihi, wa'anta wahuwa"
Maksudnya : Kami itu engkau padanya dan engkau itu Ia jua.

"Walikulli fi huwa"
Maksudnya : Dan sekalian pada-Nya itu Ia jua ain'nya.

Firman Allah Ta'ala, bermaksud :

"Hai segala manusia, sa-nya telah datang akan kamu hak daripada Tuhan kamu, Nabi Muhammad SAW."

Adapun wujud yang lain daripada Allah itu sekaliannya fana' di bawah wujud Allah Ta'ala. Maka tiadalah yang maujud hanya Allah Ta'ala jua. Tetapi wujud ilmu ini semata-mata menzahirkan wujud Allah Ta'ala jua.

- SEMBAHYANG LIMA WAKTU ITU ASAL KITA -

1. Waktu Subuh dua rakaat -

Zat dan Sifat kita berada di dalam mumkin Allah. Namanya "Subuh Awal". Apabila telah keluar daripada "Alam Rahim" Mim akhirnya.

2. Waktu Dzohor empat rakaat -

Wujud, ilmu, nur, syuhud. Kita berada di dalam kandungan "Dahi Bapa" bernama "Dzho".

3. Waktu Asar empat rakaat -

Hendak jatuh kepada ibu kita bernama "Asar".

4. Waktu Maghrib tiga rakaat -

Tatkala jatuh kepada "Rahim Ibu" kita bernama "Maghrib".

5. Waktu Isya' empat rakaat -

Sudah dikandung ibu "sembilan bulan" bernama "Isya'".

6. Waktu Subuh - keluar dari "Alam Rahim", Adam namanya.

Sebab itulah Maghrib, Isya', Subuh boleh dijaharkan (nyaringkan) bacaannya kerana sudah tentu zahir kita. Dan waktu Zohor, Asar, itu tiada boleh dijaharkan(nyaringkan).

Hikmah Di Dalam "ALHAMDU", Di Dalam Sembahyang(Solat) -

1. Takbiratul ihram - "Allahu Akbar", maknanya menyerah diri kepada Allah, yakni fana' (hilang)
dunia.

2. Berdiri - maknanya membesarkan Allah yakni Sifat Baqa'.

3. Membaca Fatihah - maknanya munajat kepada Allah yakni sa- Zat Allah.

4. Ruku' - menghinakan diri kepada Allah yakni sa-Sifat Allah. Esa Asma' Allah.

5. Mendampingkan diri kepada Allah - yakni memandang Sirr Allah, muraqabah ma'iyah (taqarrub).


Menjadi lima waktu sembahyang sehari semalam, iaitu lima perhentian Nabi Muhammad SAW Mi'raj untuk mengadap Allah Ta'ala :

1. Dari Makkah - Baitul Maqdis
2. Dari Baitul Maqdis - ke langit dunia
3. Dari ke langit ke dunia - ke langit yang tujuh
4. Dari langit yang tujuh - Sidratul Muntaha
5. Dari Sidratul Muntaha - kepada Qabbul Kausain

Inilah lima tempat perhentian seperti tersebut dalam "KAF, HA', YA, AIN, SHAD". Di sanalah hakikat lima waktu.

MIM   - Duduk Sembahyang - Ma'rifat
HA'     - Sujud Sembahyang - Hakikat
MIM   - Ruku' Sembahyang - Tariqat
DHAL - Berdiri Sembahyang - Syariat

Bermula tatkala kita membaca Fatihah itu ialah berkata-kata dengan Allah dan
ruku' itu ialahmusyahadah dengan Allah.
Sujud dan duduk itu ialah TAWAJJUH (Berhadapan/berhadap) dengan Allah.
Memberi salam itu ialah tempat sampai kepada Allah dan membacadoa itu ialah mengembalikan pada Allah.

Adapun jasad yang dibangsakan kepada sembahyang itu tujuh :

1. Rahsianya - Niat, iaitu bukanlah niat "Usalli". Tetapi ialah dibangsakan niat Zat Allah sudah nyata kepada "Roh Idhofi".

2. Nyawanya - Takbiratul Ihram, iaitu bukanlah takbir "Allahu Akbar", tetapi bangsa takbiratul ihram kebesaran Zat Allah sudah nyata kepada "Roh Idhofi".

3. Kepalanya - Fatihah, iaitu bukanlah "Alhamdulillah" itu, tetapi bangsa "Fatihah Rahman" Zat Allah sudah nyata kepada "Roh Idhofi".

4. Tulangnya - Ruku', iaitu bukanlah ruku' itu, tetapi bangsa ruku' bercermin nampak Zat Allah sudah nyata kepada "Roh Idhofi".

5. Jasadnya - Duduk, iaitu bukanlah duduk tahiyat itu, tetapi ialah duduk bangsa duduk "Sami' Allah" yakni pemurah Zat Allah kepada "Roh  Idhofi".

6. Kakinya - Sujud, iaitu bukanlah sujud biasa itu tetapi ialah bangsa sujud keelokkan Zat Allah kepada "Roh Idhofi".

7. Tangannya - Salam, iaitu bukanlah mengucap "Assalamualaikum" itu, tetapi ialah bangsa "salam sejahtera" Zat Allah sudah nyata kepada "Roh Idhofi"

"Al-Qur'an itu AKU! Ayat Al-Aziim yang di dalam al-Qur'an itu engkau!"

Terdahulu Niat Dari Perbuatan

Adapun kifiat hendak "Takbiratul ihram" iaitu tatkala kita qamat hendaklah kita taslimkan kepadanya sekalian pancaindera kita. Jasad dan roh kita itu ingat bahawasanya tiada pendengaranku, tiada penglihatanku,  tiada penciumanku hanya Ia. Tiada gerakku dan tiada diamku hanya Ia. Tiada gerakku dan tiada diamku hanya Ia. Tiada huruf dan tiada suaraku hanya Ia. Tiada di hadapan dan tiada dibelakang hanya Ia. Tiada di kanan dan tiada di kiri hanya Ia. Tiada diluar dan tiada di dalam hanya Ia. Tiada jauh dan tiada hampir hanya Ia. Tiada hamba dan tiada Tuhan hanya Ia.

Adapun erti "Ia" itu iaitu wujud kita yang batin.  Demikianlah kekal musyahadah kita kepada Allah Ta'ala.  Maka baharulah kita kata "Usalli fardhu Dzohri" umpamanya maksud dengan takbiratul ihram itu bahawa hendaklah di dalam pengertian "Baiyadilul ajsamu binuri rabbiha", ertinya "tukarkan cahaya dirimu itu dengan cahaya Tuhannya".

Jangan sekali-kali tempatkan wujud engkau hanya Ia jua, kerana tiada dinamakan Tauhid itu melainkan "Hurujuka anka", ertinya "keluarkan engkau daripada wujud engkau". Inilah yang dikatakan pada ta'rif fana' dan fana' ul-fana'. Maka apabila hasil yang demikian itu dinamakan niat, baharulah hasil makna niat (Laharfin wala sautin) ertinya, "tiada huruf dan tiada suara".


Hakikat Pengertian Qasad, Ta'rad, Ta'yin.


Qasad - "Qasdu syai'in mu'taranan bifi'li"

Ertinya, "Disahaja sesuatu itu hal keadaannya".  Dipesertakan dengan perbuatannya iaitu pada mengata Allah itu. Maka naiklah Rabbani yang tiada berkeputusan itu. Hingga tujuh petala langit menyembah Tuhannya. Maka baharulah dapat nafi. Dan tatkala mengata "Hu" itu turun ia hingga sampai kepada tujuh petala bumi, iaitu ia sudah dapat isbat. Dan tatkala mengata "Akbar" itu Allah Ta'ala sudah meliputi sekalian alam. Adalah perbuatannya itu dengan i'tibar "dzauk" semata-mata.

Adapun Qasad itu menyatakan niat dan sebenar-benar niat itu tiada berhuruf dan tiada bersuara. Inilah yang dikatakan Zat Allah, iaitu rahsia kepada kita dan itulah asal niat dan tempat berniat itu sebenarnya "Tuhan Mutlaq" yang wajibal wujud lagi bersifat Kamalat (Kesempurnaan).

Adapun Ta'rad itu menyatakan fardhu, dan sebenar-benar fardhu itu tajalli Sifat Allah Ta'ala. Nur Muhammad pun ia, Insan pun ia. Adapun asalnya fardhu itu nyawa kita kerana nyawa itu memerintah ia akan tubuh kerana jika tubuh itu tiada digerakkan oleh nyawa nescaya tiada bergerak tubuh.

Adapun Ta'yin itu menyatakan waktu seperti Dzohor umpamanya, maka maksud dengan nyata itu iaitu nyata Af'al Allah kepada jasad Adam yakni tubuh kita yang kasar itulah yang sebenar-benar nyata.

ALLAHU (Asma') AKBAR (Sifat)

Qasad :
- Berdasarkan kepada tubuh.
- Diqasadkan tubuh yang zahir kepada tubuh yang batin.
- Ibadah yang sembah.
- Tubuh serta nyawa.

Ta'rad :
- Dita'radkan kepada hati.
- Ditentukan kepada tubuh yang batin.
- Ubudah yang disembah.
- Sifat Ketuhanan.


Ta'yin :

- Dita'yinkan kepada nyawa.
- Dinyatakan kepada Zat Allah.
- Ubudiah isi persembahan.
- Iman, Islam, Tauhid, Ma'rifat.

Nafikan rasamu daripada makhdum dan khadim, yakni fana'kan dirimu daripada yang menyembah dan yang disembah. Apabila ada lagi yang menyembah dan yang disembah, maka masih menjadi dua, belum menjadi esa hukumnya.

Fahamilah ianya dengan baik pengertian ini wahai saudara-saudaraku yang dikasihi. Pengertian esa itu yang aku maksudkan untuk sebenar-benarnya. Semoga kita terselamat daripada kehidupan beranasirkan syirik dan kejahilan diri.

Seperti kata Ahlu'l -Suluk (Hakikat) :

"Man 'abada'l-isma duna'l-ma'na fa qad kafara..."

Ertinya : "Barangsiapa menyembah nama tiada denganertinya (makna), maka bahawasanya telah kafirlah ia..."

"Wa man 'abada'l-ma'na duna'l-isma fahuwa mushrik..."

Ertinya : "Barangsiapa menyembah erti tiada dengan nama, maka ia itu menduakan..."

"Wa man 'abada'-isma wa'l-ma'na fahuwa munafiq..."

Ertinya : "Barangsiapa menyembah nama dan erti (nama),  maka ia itu munafiq..."

"Wa man taraka'l-isma wa'l-ma'na fahuwa mu'minu haqqan."

Ertinya : "Barangsiapa meninggalkan nama dan erti (nama), maka ia mu'min yang sebenar-benarnya."

Adapun fana' itu, pada ibarat, ialah melenyapkan segala ghairullah. Jika orang fana' lagi tahu akan
fana'nya, maka adalah belum lagi ia fana', kerana fana' itu pada ibarat hapus daripada ghairullah.
Apabila belum hapus daripada ghairullah, belum fana'lah hukumnya. Apabila hapus daripada ghairullah nescaya yang menyembah itu pun lenyap, disembah pun lenyap daripada rasanya, yakni menjadi esa iaitu tiada lenyap sekali-kali. Adapun kepada suatu ibarat, fana' itu "syirik" kepada Allah Ta'ala, kerana si 'asyiq tiada berwujud. Apabila tiada berwujud fana' hukumnya, kerana kepada hakikat Ia Sendiri-Nya, tiada lain.

Seperti sabda Rasulullah SAW :

"'Araftu rabbi bi rabbi."  Ertinya : "Kukenal Tuhanku dengan Tuhanku."

"La yara'l-Laha ghayra'llah." Ertinya : "Tiada melihat Allah melainkan Allah."

"Ma'arafa'l-laha ghayra'llah." Ertinya : "Tiada mengenal Allah lain daripada Allah."

"Ra'aytu rabbi bi'ayni rabbi." Ertinya : "Kulihat Tuhanku dengan mata Tuhanku."

Apabila lain daripada Allah tiada dilihatnya, maka fana' hukumnya pada ibarat ini. Adalah suka aku
memberi tahu adalah bahawa perkataan-perkataan ini terlalu mushkil untuk dihuraikan. Maka adalah hendak kita mengetahui dan mempelajarinya daripada Guru Mursyid dan juga kepada kalangan ahli-ahlinya (ma'rifat) yang ariffin lagi bijaksana.

ALLAHU (Nama) -
Lenyapkan diri yang zahir kepada diri yang batin dan hapuskan diri yang zahir kepada wujud Allah.

AKBAR (Sifat) -
Maka ketika itu tiadalah yang maujud hanyalah Zat Allah, Sifat Allah dan Af'al Allah (Inilah yang
dikatakan Maqam Mi'raj).


Turun <- Daripada Zat = Sifat kenyataan daripada Sifat = Asma' kenyataan daripada Asma' dan Af'al kenyataan daripada Af'al.

Naik -> Hapus Sirr nyata Af'al. Hapus Af'al nyata Asma'. Hapus Asma' nyata Sifat, hapus Sifat nyatalah Zat. (Inilah yang dikatakan Maqam Sirr).

Wallahu ta'ala a'lam.......

Pesanan dariku untuk saudara-saudaraku yang dikasihi,  pegangilah ianya akan ilmu hakikat mengenal diri dan Allah ini dengan sebenar-benar genggaman yang erat dan tidak dilepas-lepaskan. Jadikanlah ia sebagai bekalan di hari ini dan kemudian. Kalau sudah memandang ke hadapan, tiada lagi istilah menoleh ke belakang di dalam "kamus" hidupku ini. Aku akan terus kehadapan
dan kehadapan sampai bila-bila.

Bagiku, sekali bertasauf...sampai bila-bila pun akan aku bertasauf!

Pesanan ku lagi untuk kalaian semua. jadikanlah hujjahku ini sebagai pengi'tibaran di dalam konsep
ilmu yang wajib disertakan dengan perbuatan. Aku sering mengingat dan menekankan bahawa adalah ilmu itu adalah untuk diamalkan dan bukan diperagakan.  Janganlah sekali-kali jadikan ilmuku ini sebagai hujjah dan perdebatan demi untuk mencari keuntungan yang tidak berfaedah sama-sekali. Jadilah insan yang behemah dan sentiasa merendah diri terhadap segala sesuatu dengan apa yang dilakukan.

Akhir sekali ingin aku bertanya :

Adakah saudara berdua memiliki Kitab Hakikat Insan - Haji Ahmad Laksamana?

Adakah saudara berdua faham dengan apa yang hendak disampaikan oleh beliau?

Apakah komen saudara berdua berkenaan dengan isikandungan kitab tersebut?

Sila maklumkannya kepada saya!


Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

TaNdA-TaNdA iKhLaS

Tanda-Tanda Ikhlas - Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, Dari. Yusuf al-Qaradhawi
Gambar hiasan 
Ikhlas itu mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda yang banyak sekali, contohnya dalam kehidupan orang yang mukhlis; dalam tindak-tanduknya, dalam pandangan terhadap dirinya dan juga orang lain. Di antaranya adalah:

Pertama: Takut Kemasyhuran

Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yang mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bahawa penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tidak secara terang-terangan dan didedahkan. Sebab andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tidak baik yang masuk ke dalam dirinya, maka sedikit pun manusia tidak memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.

Maka dari itu zuhud dalam masalah kedudukan, kemasyhuran, penampilan dan hal-hal yang serba gemerlap lebih besar darip zuhud dalam masalah harta, syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata: “Kami tidak melihat zuhud dalam hal tertentu yang lebih sedikit darip zuhud dalam kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dalam masalah makanan, minuman dan harta. Namun jika kami membahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut dan meminta lebih banyak lagi.”

Inilah yang membuat para ulama salaf dan orang-orang shaleh antara mereka mengkhuatirkan dan menyangsikan hatinya dari ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh kerana itu mereka memperingatkan hal ini kepada murid-muridnya. Para pengarang buku telah meriwayatkan dalam pelbagai gambaran tentang tingkah laku ini, seperti Abu Qasim a-Qusyairi dalam ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dalam Qutul-Qulub, dan al-Ghazali di dalam al-Ihya’.

Begitu pula yang dikatakan seorang zuhud yang terkenal, Ibrahim bin Adham, “ALLAH tidak membenarkan orang yang suka kemasyhuran.”

Beliau juga berkata, “Tidak sehari pun aku berasa gembira di dunia kecuali hanya sekali. Pada suatu malam aku berada di dalam masjid salah satu desa di Syam, dan ketika itu aku sedang sakit perut. Lalu muazzin datang dan menyeret kakiku hingga keluar dari masjid.”

Beliau berasa senang kerana muazzin tersebut tidak mengenalinya. Maka dari itu beliau diperlakukan secara kasar, kakinya diseret seperti seorang pesakit. Beliau meninggalkan kedudukan dan kekayaannya kerana ALLAH. Sebenarnya ketika itu beliau tidak ingin keluar jika tidak sakit.

Seorang zuhud yang terkenal, Bisyr al-Hafy berkata, “Saya tidak mengenal orang yang suka kemasyhuran melainkan agama menjadi sirna dan dia menjadi hina.”

Beliau juga berkata, “Tidak akan merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah manusia.”

Seseorang pernah menyertai perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, orang itu berkata, “Berilah aku nasihat.”

Ibn Muhairiz berkata, “Jika boleh hendaklah engkau mengenal tetapi tidak dikenal, berjalanlah sendiri dan jangan mahu diikuti, bertanyalah dan jangan ditanya. Lakukanlah hal ini.”

Ayyub as-Sakhtiyani berkata, “Seseorang tidak berniat secara benar kerana ALLAH kecuali jika dia suka tidak merasakan kedudukannya.”

Khalid bin Mi’dan adalah seorang ahli ibadah yang dipercayai. Jika semakin ramai orang-orang yang berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi krg takut dirinya menjadi terkenal.

Salim bin Handzalah menceritakan, “Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di blkg Ubay bin Ka’ab, tiba-tiba Umar melihatnya lalu melemparkan susu ke arahnya.”

Ubay bin Ka’ab lalu bertanya, “Wahai Amirul Mu’minin, apakah yang telah engkau lakukan?”

Jawab Umar, “Sesungguhnya kejadian ini merupakan kehinaan bagi yang mengikuti dan ujian bagi yang diikuti.”

Ini merupakan perhatian Umar bin al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yang pada permulaannya boleh menimbulkan kesan dan pengaruh yang jauh terhadap kejiwaan orang-orang yang mengikuti dan sekaligus orang yang diikuti.

Diriwayatkan dari al-Hasan, beliau berkata, “Pada suatu hari Ibn Mas’ud keluar dari rumahnya, lalu diikuti beberapa orang. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: “Ada apa kamu mengikutiku? Demi ALLAH  andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tidak akan dapat mengikutiku.”

Pada suatu hari al-Hasan keluar rumah lalu diikuti beberapa orang. Beliau bertanya, “Apakah kamu ada keperluan kepadaku? Jika tidak, mengapa kejadian seperti ini masih tersemat dalam hati orang Mu’min?”

Ayyub as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa orang yang mengalu-alukan kedatangannya. Beliau berkata, “Andaikata tidak kerana aku tahu bahawa ALLAH mengetahi isi hatiku tentang ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku takut kebencian dari Allah.”

Ibn Mas’ud berkata, “Jadilah kamu sbagi sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor pada waktu mlm dan pembaharu hati yang diketahui penduduk langit, namun tidak dikenal penduduk bumi.”

Al-Fudhayl ibn Iyadh berkata, “Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tidak dikenal? Apa sukarnya engkau tidak disanjung-sanjung? Tidak mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi ALLAH.

Athar-athar ini tidak mengajak kepada pengasingan atau uzlah. Orang-orang yang menjadi sumber riwayat ini adalah para imam dan da’ie. Mereka memiliki pengaruh yang amat baik dalam menyeru masyarakat, mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yang dapat difahami dari sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dari naluri jiwa yang tersembunyi, kewaspadaan terhadap tipu daya yang disusupkan syaitan ke dalam hati manusia, jika hati mereka dicampuri hal-hal yang serba gemerlap dan dikelilingi orang-orang yang mengikutinya.

Kemasyhuran itu sendiri bukanlah suatu yang tercela. Tiada yang lebih masyhur darip para Anbia’, al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin. Tetapi yang tercela adalah mencari kemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sangat bercita-cita mendapatkannya. Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tidaklah menjadi masalah, sekali pun ia tetap menjadi ujian bagi orang-orang yang lemah, seperti yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali.

Sejajar dengan pengertian ini yang telah disebuntukan dalam hadith Abu Dzar darip Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawa Baginda pernah ditanya tentang seorang lelaki yang melakukan suatu amal kebajikan kerana ALLAH, lalu orang ramai menyanjungnya.

Maka Baginda menjawab, “Itu kurnia yang didahulukan, sekaligus khabar gembira bagi orang Mu’min.”  (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Ada pula lafaz lain, “Seseorang melakukan amal kerana ALLAH lalu orang-orang pun menyukainya..”

Pengertian seperti inilah yang ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir at-Thabary dan lain-lainnya.

Begitu pula hadith yang ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dari hadith Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa takjub kepadanya.”

Baginda bersabda, “Dia mempunyai dua pahala, pahala kerana merahsiakan dan pahala memperlihatkan.”

Kedua: Menuduh Diri Sendiri

Orang yang mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sebagai orang yang berlebih-lebihan di sisi ALLAH dan kurang dalam melaksanakan pelbagai kewajipan, tidak mampu menguasai hatinya kerana terpedaya oleh suatu amal dan takjub pada dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tidak diterima.

Kerana sikap seperti ini, ada sebahagian di antara para salaf yang menangis tersedu-sedu ketika jatuh sakit. Beberapa orang yang menziarahinya bertanya, “Mengapa engkau masih menangis, padahal engkau suka berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad, mengeluarkan sedekah, haji umrah, mengajarkan ilmu dan banyak berzikir?”

Beliau menjawab, “Apa yang membuatkanku tahu bahawa hanya sedikit dari amal-amalku yang masuk dalam timbanganku dan juga diterima di sisi Rabb-ku? Sementara ALLAH telah berfirman, ALLAH hanya menerima (amal) dari orang-orang yang bertaqwa,”

Satu-satunya sumber taqwa adalah hati. Maka dari itu al-Quran menambahinya dengan firman ALLAH yang bermaksud: “Maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati..”  (al-Hajj: 32)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Taqwa itu ada di sini,”  Baginda mengulanginya tiga kali dan menunjuk ke arah dadanya.  
(HR Imam Muslim)

Sayyidah Aishah pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang orang-orang yang dinyatakan dalam firman ALLAH bermaksud: “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka.”  (al-Mu’minun: 60)

“Apakah mereka orang-orang yang mencuri, berzina, meminum khamar dan mereka takut kepada ALLAH?”

Baginda menjawab, “Bukan wahai puteri as-Shiddiq. Tetapi mereka adalah orang-orang yang mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan sedekah, dan mereka takut amalnya tidak diterima. Mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya.”  (HR Imam Ahmad dan lain-lainnya)

Orang yang mukhlis sentiasa takut terhadap riya’ yang menyusup ke dalam dirinya, sedang dia tidak menyedarinya. Inilah yang disebut syahwah khafiyyah yang menyusup ke dalam diri orang yang meniti jalan kepada ALLAH tanpa disedarinya.

Dalam hal ini Ibn ‘Atha’illah memperingatkan, “Kepentingan peribadi dalam kederhakaan amat jelas dan terang. Sedangkan kepentingan peribadi di dalam ketaatan tersamar dan tersembunyi. Padahal menyembuhkan apa yang tidak nampak itu amat sukar. Boleh jadi ada riya’ yang masuk ke dalam dirimu dan orang lain juga tidak melihatnya. Tetapi kebanggaanmu bila orang lain melihat kelebihanmu merupakan budi ketidakjujuranmu dalam beribadah. Maka kosongkanlah pandangan orang lain terhadap dirimu. Cukup bagimu pandangan ALLAH terhadap dirimu. Tidak perlu bagimu tampil di hadapan mereka agar engkau terlihat di mata mereka.”

Ketiga: Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dari Liputan

Amal yang dilakukan secara diam-diam harus lebih disukai daripada amal yang disertai liputan dan didedahkan. Dia lebih suka memilih menjadi perajurit bayangan yang rela berkorban, namun tidak diketahui dan tidak dikenali. Dia lebih suka memilih menjadi bahagian dari suatu jamaah, ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah; atau seperti asas bangunan. Tanpa asas, dinding tidak akan berdiri, atap tidak akan dapat dijadikan berteduh dan bangunan tidak dapat ditegakkan. Tetapi ia tidak terlihat, seperti dinding yang terlihat jelas. Syauqy berkata di dalam syairnya:

Landasan yang tersembunyi
Tidak terlihat mata kerana merendah
Bangunan yang menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah

Di bahagian sebelum ini telah dikemukakan hadith Mu’adz, “Sesungguhnya ALLAH menyintai orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tidak hadir mereka tidak diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap.”

Keempat: Tidak Memerlukan Pujian Dan Tidak Tenggelam Oleh Pujian

Tidak meminta pujian orang-orang yang suka memuji dan tidak bercita-cita mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya, maka dia tidak terkecoh tentang hakikat dirinya di hadapan orang yang memujinya, kerana memang dia lebih mengetahui tentang rahsia hati dan dirinya daripada orang lain yang boleh tertipu penampilan dan tidak mengetahui batinnya.

Ibn ‘Atha’illah berkata, “Orang-orang memujimu dari persangkaan mereka tentang dirimu. Maka adalah engkau orang yang mencela dirimu sendiri kerana apa yang engkau ketahui pada dirimu. Orang yang paling bodoh adalah yang meninggalkan keyakinannya tentang dirinya kerana ada persangkaan orang-orang tentang dirinya.”

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh, bahawa jika dipuji orang lain maka beliau berkata, “Ya ALLAH,  janganlah Engkau hukum aku kerana apa yang mereka katakan. Berikanlah kebaikan kepadaku dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata kepada orang-orang yang mengekori dan mengerumuninya, “Andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tidak akan dapat mengikutiku.” Padahal beliau adalah sahabat yang menonjol, pemuka petunjuk dan pelita Islam.

Sekumpulan orang memuji seorang Rabbani. Lalu dia mengadu kepada ALLAH sambil berkata, “Ya ALLAH,  mereka tidak mengenalku dan hanya Engkaulah yang mengetahui siapa diriku.”

Salah seorang yang shaleh bermunajat kepada ALLAH,  kerana sebahagian orang ada yang memujinya dan menyebut-nyebut kebaikan dan kemuliaan akhlaknya:

Mereka berbaik sangka kepadaku
Padahal hakikatnya tidaklah begitu
Tetapi aku adalah orang yang zalim
Sebagimana yang Engkau sedia maklum
Kau sembunyikan semua aib yang ada
Dari pandangan mata mereka
Kau kenakan pakaian menawan
Sebagai tabir tutupan
Jadilah mereka menyintai
Padahal aku tidak layak dicintai
Tapi hanyalah diserupai
Janganlah Engkau hinakan aku
Pada Hari Qiamat di tengah mereka
Jadikanlah aku yang mulia
Termasuk yang hina dina

Penyair yang shaleh ini mengisyaratkan makna yang lembut dan sgt penting, iaitu keindahan tabir yang diberikan ALLAH kepada hamba-hambaNya. Berapa banyak cela yang tersembunyi, dan ALLAH menutupinya dari pandangan orang ramai. Andaikata ALLAH membuka tabir itu dari pandangan mereka, tentu kelemahannya akan terserlah dan kedudukannya akan jatuh. Tetapi kurnia ALLAH enggan untuk menyingkap tabir kelemahan hamba-hambaNya, sebagai kurnia dan kemuliaan baginya.

Seerti dengan ini telah dikatakan oleh Ibn ‘Atha’illah, “Sesiapa yang memuliakanmu, sebenarnya dia telah memuliakan keindahan tabir pada dirimu. Keutamaan ada pada diri orang yang memuliakanmu dan menutupi aibmu, bukan pada diri orang yang menyanjungmu dan berterima kasih kepadamu.”

Abu al-Atahiyah berkata dalam syairnya:

ALLAH telah berbuat baik kepada kita
Kerana kesalahan tidak menyebar ke mana-mana
Apa yang tersembunyi pada diri kita
Tentu tersingkap di sisiNya

Kelima: Tidak Kedekut Pujian Terhadap Orang Yang Memang Layak Dipuji

Tidak kedekut memberikan pujian kepada orang lain yang memang layak dipuji dan menyanjung orang yang memang layak disanjung. Di sana ada dua bencana yang bakal muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kepada orang yang tidak berhak. Kedua, kedekut memberikan pujian kepada orang yang layak.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, seperti sabda Baginda tentang Abu Bakar yang bermaksud: “Andaikata aku boleh mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.”

Sabda Baginda kepada Umar: “Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yang lain.”

Sabda Baginda kepada Uthman: “Sesungguhnya beliau adalah orang yang para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya.”

Sabda Rasulullah terhadap Ali: “Di mataku engkau seperti kedudukan Harun di mata Musa.”

Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid: “Beliau adalah salah satu darip pedang-pedang Allah.”

Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: “Beliau adalah kepercayaan umat ini.”

Masih ramai sahabat yang dipuji Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kerana kelebihan dan keistimewaan mereka. Di antara mereka ada dari kalangan pemuda, seperti Usamah bin Zaid yang diangkat menjadi komandan pasukan perang, padahal dalam pasukan tersebut terdapat para pemuka sahabat. Baginda mengangkat Itab bin Usaid sebagai pegawai di Makkah, padahal umurnya masih dua puluh tahun. Mu’adz bin Jabal dikirim ke Yaman, padahal beliau masih muda. Sebahagian di antara mereka lebih diutamakan daripada orang-orang yang lebih terdahulu memeluk Islam, kerana kelebihan dirinya, seperti Khalid bin al-Walid dan Amr bin al-Ash.

Boleh jadi seseorang tidak mahu memberikan pujian kepada orang yang layak dipuji, kerana ada maksud tertentu dalam dirinya, atau kerana rasa iri hati yang disembunyikan, seperti takut campurtangan di pejabatnya, atau menyaingi kedudukannya. Kerana dia juga tidak mampu untuk melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tidak perlu menyanjungnya.

Kita melihat bagaimana Umar bin al-Khattab yang meminta pendapat Ibn Abbas dalam pelbagai urusan, padahal Ibn Abbas masih sangat muda. Maka para pemuka sahabat berkata kepadanya, “Bicaralah wahai Ibn Abbas. Kerana usia yang muda tidak menghalangimu untuk berbicara.”

Keenam: Berbuat Selayaknya Dalam Memimpin

Orang yang mukhlis kerana ALLAH akan berbuat selayaknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan tetap patriotik ketika berada paling belakang, selagi dalam dua keadaan ini dia mencari keredhaan ALLAH.  Hatinya tidak dikuasai kesenangan untuk tampil, menguasai barisan dan menduduki jabatan strategi dalam kepimpinan. Tetapi dia lebih mementingkan kemashlahatan bersama kerana takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan yang dia lewatkan.

Apa pun keadaannya dia tidak bercita-cita dan tidak menuntut kedudukan untuk kepentingan dirinya sendiri. Tetapi jika dia dibebankan tugas sebagai pemimpin, maka dia melaksanakannya dan memohon pertolongan kepada ALLAH agar dia mampu melaksanakannya dengan baik. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mensifatkan kelompok orang seperti ini dalam sabda Baginda yang bermaksud:

“Keuntungan bagi hamba yang mengambil tali kendali kudanya fi sabilillah, yang kusut kepalanya dan yang kotor kedua telapak kakinya. Jika kuda itu berada di barisan belakang, maka dia pun berada di kedudukan penjagaan.”  (HR Imam Bukhari)

ALLAH meredhai Khalid bin al-Walid yang diberhentikan sebagai komandan pasukan, sekali pun beliau seorang komandan yang sentiasa mendapat kemenangan. Setelah itu beliau pun menjadi orang bawahan Abu Ubaidah tanpa rasa rendah diri. Dalam kedudukan seperti itu pun beliau tetap ikhlas memberikan pertolongan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memperingatkan seandainya ada seseorang yang meminta jawatan dan sengaja untuk mendapatkannya. Telah disebutkan di dalam as-Shahih, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah:

“Janganlah engkau memimta jawatan pemimpin. Kerana jika engkau memperoleh jawatan itu tanpa meminta maka engkau akan mendapat sokongan, dan jika engkau memintanya, maka semua tanggungjawab akan dibebankan kepadamu.”  (Muttafaq ‘Alaihi)

Ketujuh: Mencari Keredhaan ALLAH, Bukan Keredhaan Manusia

Tidak memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan ALLAH ‘Azza wa Jalla. Sebab setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dalam sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yang ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yang tidak bertepi, tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul. Dalam hal ini seorang penyair berkata:

Adakalanya seseorang
Membuat redha sekian ramai orang
Kini betapa jauh jarak yang membentang
Di tengah tuntutan-tuntutan hawa nafsu

Penyair lain berkata:

Jika aku meredhai orang-orang yang mulia
Tentunya aku memurkai orang-orang yang hina

Orang yang mukhlis tidak terlalu peduli dengan semua ini, kerana syiarnya hanya bersama ALLAH.  Dikatakan dalam satu syair:

Boleh jadi engkau mengasingkan diri
Tetapi hidup tetap terasa pahit di hati
Boleh jadi engkau redha
Padahal orang lain murka
Engkau membangun dan orang lain merobohkan
Antara diriku dan alam ada kerosakan
Jika di hatimu ada cinta semua itu tiada daya
Apa yang ada di atas tanah
Tetap menjadi tanah

Kelapan : Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Kerana ALLAH, Bukan Kerana Kepentingan Peribadi

Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan, keredhaan dan kemurkaan harus dilakukan kerana ALLAH dan agamaNya, bukan kerana pertimbangan peribadi dan kepentingannya, tidak seperti orang-orang munafik opportunis yang dicela ALLAH dalam KitabNya:

“Dan di antara mereka ada yang mencela mu tentang (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadanya, dgn serta merta mereka menjadi marah.”  (at-Taubah: 58)

Boleh jadi engkau pernah melihat orang-orang yang aktif dalam lapangan dakwah, apabila ada salah seorang rakannya melontarkan perkataan yang mengganggu atau melukai perasaannnya, atau ada tindakan yang menyakiti dirinya, maka secepat itu pula dia marah dan meradang, lalu meninggalkan harakah dan aktivitinya, meninggalkan medan jihad dan dakwah.

Ikhlas untuk mencapai tujuan menuntutnya untuk cekal dalam berdakwah dan gerak langkahnya, sekali pun orang lain menyalahkan, meremehkan dan bertindak melampaui batas terhadap dirinya. Sebab dia berbuat kerana ALLAH,  bukan kerana kepentingan peribadi atau atas nama keluarga, serta bukan kerana kepentingan orang tertentu.

Dakwah kepada ALLAH bukan seperti harta yang ditimbun atau harta milik seseorang. Tetapi dakwah merupakan milik semua orang. Siapa pun orang Mu’min tidak boleh menarik diri dari medan dakwah ini hanya kerana sikap atau tindakan tertentu yang mempengaruhi dirinya.

Kesembilan : Sabar Sepanjang Jalan

Perjalanan yang panjang, lambatnya hasil yang diperoleh, kejayaan yang tertunda, kesulitan dalam bergaul dengan pelbagai lapisan manusia dengan perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka, tidak boleh membuatnya menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di tengah jalan. Sebab dia berbuat bukan sekadar untuk sebuah kejayaan atau pun kemenangan, tetapi yang lagi pokok tujuannya adalah untuk keredhaan ALLAH dan menuruti perintahNya.

Nabi Nuh ‘alaihissalam, pemuka para anbia’, hidup di tengah kaumnya selama 950 tahun. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun hanya sedikit sekali yang mahu beriman kepada beliau. Padahal pelbagai cara dakwah sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara, sebagaimana yang difirmankan oleh ALLAH melalui perkataan beliau:

“Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu menyombongkan diri.”  (Nuh: 5-7)

Sekali pun harus menghabiskan masa selama 950 tahun, beliau tetap menyeru kaumnya dan akhirnya ada 40 orang yang berhimpun bersama beliau. Sedangkan kaumnya yang lain berpaling dari beliau, sekali pun beliau sangat berharap mereka mahu beriman.

Al-Quran telah mengisahkan kepada kita individu-individu Mu’min di dalam surah al-Buruj. Mereka rela mengorbankan nyawa fi sabilillah dan mereka tidak mengatakan, “Kematian ini dapat memberi apa-apa manfaat terhadap dakwah kita?”

Mereka tidak berkata seperti itu, kerana mereka mempunyai keteguhan hati dan pengorbanan. Kejayaan dakwah ada di tangan ALLAH . Siapa yang tahu kalau pun darah mereka itu merupakan santapan lazat bagi pohon iman generasi berikutnya?

Perkara yang prinsip, alam orang yang mukhlis hanya bagi ALLAH semata. Dia cekal dalam hal ini dan terus seperti itu. Hasil dan buah di dunia diserahkan kepada ALLAH , kerana ALLAH -lah yang menyediakan penyebabnya dan membatasi waktunya. Dia hanya sekadar berusaha. Jika berjaya, maka segala puji hanya bagi ALLAH , dan jika gagal, maka segala daya kekuatan itu hanya milik ALLAH.

Sesungguhnya di akhirat ALLAH  tidak akan bertanya kepada manusia, “Mengapa engkau tidak memperoleh kemenangan?” Tetapi Dia akan bertanya, “Mengapa engkau tidak berusaha?”

ALLAH tidak bertanya, “Mengapa engkau tidak berjaya?” Tetapi Dia bertanya, “Mengapa engkau tidak melakukannya?”

Kesepuluh : Berasa Senang Jika Ada Yang Bergabung

Berasa senang jika ada seseorang yang mempunyai kemampuan, bergabung dalam barisan mereka yang mahu beramal, untuk menegakkan bendera atau ikut taat dalam amal. Hal ini harus disertai dgn usaha memberikan kesempatan kepadanya, sehingga dia dapat mengambil tempat yang sesuai dengan kedudukannya. Dia tidak harus rasa terganggu, terganjal, dengki atau pun gelisah kerana kehadirannya. Malahan jika orang yang mukhlis melihat ada orang lain yang lebih baik daripada dirinya yang mahu memikul tanggungjawabnya, maka dengan senang hati dia akan mundur, memberikan tanggungjawabnya kepada orang itu dan dia berasa senang menyerahkan jawatan kepadanya.

Sebahagian orang yang memegang jawatan, lebih-lebih lagi jika berada di barisan hadapan, tidak mahu menyerah dalam mempertahankan kedudukannya, tidak mahu berundur walau bagaimanapun keadaannya dan suka menekan orang lain. Dia berkata, “Ini merupakan kedudukan yang telah diberikan ALLAH kepadaku, maka aku tidak mahu melepaskannya. Ini adalah pakaian yang telah dikenakan kepadaku, maka aku tidak mahu membukanya. Kedudukan ini datang dari langit.”

Padahal waktu terus berlalu, keadaan berubah dan kekuatan menjadi lemah. Setiap masa diperuntukkan bagi mereka yang sesuai dengannya, sebagaimana setiap tempat diperuntukkan bagi orang yang memang sesuai dengan tempat itu. Banyak cemuhan ditujukan kepada penguasa yang bermati-matian mempertahankan kerusi dan kedudukannya, dengan anggapan bahawa merekalah yang paling mampu mengendalikan perahu dan menjaganya dari terpaan angin taufan.

Ketika mendapat kritik dari orang lain, para da’ie Muslim tidak boleh menutup mata atau menutup telinga. Mereka juga tidak boleh lepas tangan demi kemaslahatan dakwah sebagaimana orang lain yang tidak boleh lepas tangan demi kemaslahatan negara dan ummah. Kerana andai lpada tangan, boleh jadi itu merupakan belenggu syaitan dan godaan yang dibisikkan ke dalam hati para aktivitis Islam. Sehingga jika yang lebih banyak berbicara adalah kepentingan diri sendiri, kecintaan kepada kedudukan dan dunia, maka itu dianggap pengabdian terhadap agama.

Berapa ramai jemaah atau harakah yang disusupi kezaliman dari luar, pengaruh dari dalam atau kepincangan dalam berfikir dan beramal, tiada inovasi dan tajdid, sebagai akibat dari kerakusan satu atau dua orang yang terlibat di dalamnya. Dia tidak mahu melepaskan kedudukannya kepada orang lain. Dia lupa bahawa bumi ini terus berputar, planet-planet terus berlalu, dunia terus berubah. Tetapi ternyata mereka tidak mahu berputar seiring dengan putaran bumi, tidak berubah seiring dengan perubahan waktu dan tempat serta keadaan manusia.

Malahan di antara mereka ada yang memikul beban dan tanggungjawab melebihi kemampuan bahunya. Padahal maksudnya ialah untuk menghalang jalan bagi orang lain yang lebih mampu dan lebih bertenaga, bukan sahaja orang lain itu dapat dikerahkan untuk mengurangkan beban amanat yang dipikulnya malah sekaligus sebagai melatih diri untuk memikul tanggungjawab.

Kesebelas: Rakus Terhadap Amal Yang Bermanfaat

Di antara bukti ikhlas adalah rakus terhadap amal yang paling diredhai ALLAH,  dan bukan yang paling diredhai oleh dirinya sendiri. Sehingga orang yang mukhlis lebih mementingkan amal yang lebih banyak manfaatnya dan lebih mendalam pengaruhnya, tanpa disusupi hawa nafsu dan kesenangan diri sendiri.

Dia senang melakukan puasa nafilah dan solat dhuha. Namun sekali pun waktunya dihabiskan untuk mendamaikan mereka yang sedang bertikai, justeru itulah yang lebih dipentingkannya. Dalam sebuah hadith disebuntukan:

“Ketahuilah, akan ku khabarkan kepadamu tentang sesuatu yang lebih utama daripada darjat puasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan di antara sesama manusia. Sebab kerosakan di antara sesama manusia adalah pemotong.”  (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi, hadith shahih)

Dia mendapatkan kesenangan di hati dan kegembiraan di dalam jiwa jika boleh melaksanakan umrah pada setiap bulan Ramadhan dan haji pada musimnya. Tetapi dikatakan kepadanya, “Sumbangkan saja wang itu untuk ikhwan kita di Palestin atau Bosnia atau Kashmir yang sedang mengalami kehancuran.” Jika hatinya tidak lapang dan menolak, maka dia seperti apa yang dikatakan al-Ghazali sebagai orang yang tertipu.

Ada seorang penderma dari salah satu negara kaya yang berkunjung ke Afrika untuk membangun sebuah masjid. Di sana dia ditemui oleh para wakil masyarakat, yang mengusulkan agar dia membaiki beberapa masjid lama yang hampir roboh. Sementara masjid-masjid itu berada di tempat strategik di tengah permukiman penduduk dan kewujudannya sangat diperlukan. Tabung yang mestinya untuk membangun satu masjid yang direncanakan, cukup untuk membaiki sepuluh masjid lama yang sudah ada dan hampir roboh itu. Tetapi ternyata dia menolak, kecuali jika namanya digunakan untuk nama-nama masjid tersebut.

Kedua Belas: Menghindari Ujub

Di antara tanda kesempurnaan ikhlas ialah tidak merosak amal dengan ujub, berasa senang dan puas terhadap amal yang telah dilakukannya. Sikap seperti ini dapat membutakan matanya untuk melihat celah-celah yang sewaktu-waktu muncul. Seharusnya apa yang perlu dilakukan oleh orang Mu’min setelah melaksanakan suatu amal ialah takut jikalau dia telah melakukan kelalaian, disedari mahupun tidak disedari. Maka dari itu dia takut jikalau amalnya tidak diterima. ALLAH berfirman:

“Sesungguhnya ALLAH hanya menerima (korban) dari mereka yang bertaqwa.”  (al-Maidah: 27)

Di antara ungkapan yang sangat berkesan dalam masalah ini, yang dinisbatkan kepada Ali bin Abi Thalib adalah, “Suatu keburukan yang menyesakkanmu lebih baik di sisi ALLAH daripada kebaikan yang membuatmu ujub.”

Pengertian seperti ini juga ditetapkan Ibn ‘Atha’illah di dalam Al-Hikam, beliau berkata, “Boleh jadi ALLAH membuka pintu ketaatan bagimu, tetapi tidak membuka pintu penerimaan amal bagimu. Boleh jadi ALLAH mentaqdirkan kederhakaan ke atas dirimu, lalu kederhakaan itu menjadi sebab yang menghantarkan ke tujuan. Kederhakaan yang membuahkan ketundukan dan kepasrahan lebih baik darip ketaatan yang membuahkan ujub dan kesombongan.”

Dari sini al-Quran memperingatkan agar tidak menyertai sedekah dengan menyebut-nyebut sedekah itu dan ucapan yang menyakitkan, kerana dikhuatirkan justeru menggugurkan pahala yang dihilangkan pengaruhnya. ALLAH berfirman yang bermaksud:

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan suatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). ALLAH Maha Kaya lagi Maha Penyantun. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekah kamu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Maka perumpamaan bagi orang itu adalah seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia bersih (tidak bertanah).”  (al-Baqarah: 263-264)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga memperingatkan ujub dan menjadikannya termasuk hal-hal yang merosak. Ibn Umar meriwayatkan dari Baginda yang bermaksud:

“Tiga perkara yang merosak dan tiga perkara yang menyelamatkan. Sedangkan perkara-perkara yang merosak adalah kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub seseorang terhadap dirinya.”  (HR Imam at-Thabrani, hadith hasan dalam Shahih al-Jami’ as-Shaghir, no. 3045)

Al-Quran telah mengisahkan kepada kita kejadian yang dialami kaum Muslimin pada waktu Perang Hunain. ALLAH telah memberikan kemenangan kepada mereka sewaktu Perang Badar, padahal mereka sama sekali tidak diunggulkan menang. ALLAH juga memberikan kemenangan kepada mereka pada Perang Khandaq, yang sebelum itu pandangan mereka meredup, hati mereka naik ke atas hingga sampai ke tenggorokan, mereka menduga yang bukan-bukan terhadap ALLAH  dan mereka tergoncang dengan hebat. ALLAH juga memberikan kemenanagn kepada mereka pada waktu Perang Khaibar dan Fathu Makkah. Tetapi pada waktu Perang Hunain mereka menjadi ujub kerana jumlah mereka yang banyak. Ternyata jumlah yang banyak ini tidak memberi manfaat apa-apa, hingga mereka pasrah kepada ALLAH. Mereka pun menyedari bahawa kemenangan datang hanya dari sisi ALLAH. Dia berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya ALLAH telah menolong kamu (hai kaum Mu’min) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu pada waktu kamu menjadi sombong kerana banyaknya jumlah kamu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepada kamu sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit oleh kamu, kemudian kamu lari ke blkg dgn bercerai-berai. Kemudian ALLAH menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada mereka yang beriman.”  (at-Taubah: 25-26)

Orang Mu’min yang sedar adalah mereka yang menyerahkan segala urusannya hanya kepada ALLAH  lalu percaya bahawa kemenangan hanya datang dari sisiNya. Firman ALLAH:

“Dan kemenangan itu hanyalah dari ALLAH Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”  (Aali Imran: 126)

Kemuliaan juga datang hanya dari sisiNya:

“Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi ALLAH-lah kemuliaan itu.”  (Fathir: 10)

Taufiq kepada hal-hal yang baik juga berasal dari pertolongan ALLAH. FirmanNya:

“Dan tidak ada taufiq bagiku melainkan dgn (pertolongan) ALLAH.”  (Hud: 88)

Hidayah hanya dtg dari sisiNya:

“Barangsiapa yang disesatkanNya, maka kamu tidak boleh mendapatkan seorang pemimpin pun yang datang yang mampu memberikan petunjuk kepadanya.”  (al-Kahfi: 17)

Dikatakan dalam sebuah syair:

Andaikan ALLAH tiada mempedulikan kehendakmu

Nescaya tidak akan ada pilihan bagi semua manusia

Andaikan Dia tidak memberi petunjuk jalanmu

Nescaya kau akan tersesat sekali pun langit ada di sana
Ketiga Belas: Peringatan Agar Membersihkan Diri

Al-Quran telah memperingatkan untuk membersihkan diri dari pujian dan sanjungan ke atas dirinya, sebagaimana firmanNya:

“Dia lebih mengetahui tentang (keadaan) kamu, ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih dalam janin perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa.”  (an-Najm: 32)

ALLAH mencela orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menganggap dirinya suci. Firman-Nya yang bermaksud:

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang menganggap dirinya bersih? Sebenarnya ALLAH. membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.”  (an-Nisa: 49)

Hal ini terjadi kerana mereka berkata, seperti yang dijelaskan ALLAH yang bermaksud:

“Kami ini adalah anak-anak ALLAH dan kekasih-kekasih-Nya.”  (al-Maidah: 18)
[ Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: "Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya"]

Perkataan mereka ini disanggah dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Tetapi kamu adalah manusia (biasa) di antara orang-orang yang diciptakan-Nya. Dia mengampuni sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki-Nya. Dan, kepunyaan  ALLAH-lah kerajaan di antara keduanya, dan kepada ALLAH-lah kembali (segala sesuatu).”  (al-Maidah: 18)

Orang yang telah melakukan sesuatu amal shaleh, tidak boleh mempamerkan amalnya itu, kecuali jika untuk menyampaikan nikmat Rabb-Nya:

“Dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dgn bersyukur).”  (ad-Dhuha: 11)

Selain itu ia bertujuan untuk memancing orang lain agar mengikutinya. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Barangsiapa membuat sunnah yang baik, maka dia mendapat pahala sunnah itu dan pahala orang yang mengerjakannya.”  (HR Imam Muslim)

Dibolehkan juga jika bertujuan untuk membela diri kerana ada tuduhan yang dilemparkan kepadanya, padahal dia tidak bersangkut-paut dgn tuduhan tersebut, atau mungkin ada sebab-sebab lain. Semua itu diperbolehkan bagi orang yang batinnya sudah kuat kerana Allah semata dan bukan kerana tujuan yang bukan-bukan serta tidak tergolong pada ujub, tidak bertujuan mencari sanjungan dari orang lain dan mendapatkan kedudukan di kalangan masyarakat. Namun memang jrg orang yang bebas dari tujuan ini.

Orang Islam harus waspada, jangan sampai ujub terhadap diri sendiri, kerana kebaikan dan keshalihan yang dilakukannya, atau keyakinan bahawa hanya dialah yang beruntung sdg yang lain merugi, atau dia dan jamaahnyalah yang layak disebut al-firqah an-najiyyah (golongan yang selamat) sdgkan semua kaum Muslimin rosak, atau hanya merekalah yang layak disebut thaifah manshurah (kelompok yang mendapat pertolongan) sdgkan yang lain dibiarkan.

Pandangan terhadap diri sendiri seperti ini adalah ujub yang merosak, dan pandangan terhadap orang-orang Islam seperti itu adalah pelecehan yang menghinakan.

Dalam sebuah hadith shahih disebuntukan: “Jika seseorang berkata ‘Manusia telah rosak’, maka dialah yang lebih rosak darip mereka.”  (HR Imam Muslim)

Hadith ini diriwayatkan dgn bacaan ‘ahlakuhum’, dgn pengertian bahawa justeru dialah yang lebih banyak dan lebih cepat menimbulkan kerosakan, kerana dia terpedaya oleh diri sendiri, congkak terhadap amalannya dan melecehkan orh lain. Dgn bacaan dan makna seperti ini, bererti dialah yang menyebabkan kerosakan mereka, kerana dia berasa lebih unggul dari mereka dan juga membuatkan mereka berputus asa terhadap rahmat Allah.

Al-Imam an-Nawawi rahimahullah berkata, “Larangan ini ditujukan kepada orang-orang yang berkata seperti itu, kerana ujub terhadap diri sendiri, mengecilkan orang lain dan berasa dirinya lebih unggul  dari mereka. Ini adalah perbuatan yang diharamkan. Tetapi jika perkataan seperti itu disampaikan kerana memang ada kekurangan dalam pengamalan agama mereka atau kerana rasa prihatin terhadap situasi mereka dan juga situasi agama mereka, maka hal itu tidak apa-apa. Inilah yang ditafsir dan dihuraikan oleh para ulama, seperti yang dikatakan olek Malik bin Anas, al-Khattabi, al-Humaidi dan lain-lainnya.

Dalam hadith lain disebutkan, yang bermaksud:

“Cukuplah seseorang disebut buruk jika dia mencela saudara Muslimnya.”  (HR Imam Muslim)

Sebab di antara orang Islam atas orang Islam lainnya adalah dilarang menzalimi, menghinakan dan melecehkannya. Tidak mungkin seseorang mencela saudaranya sendiri, sdgkan mereka ibarat dua cabang yang melekat di satu pohon yang sama.

Lihat apa yang dihuraikan oleh al-Ghazali di dlm Dzammusy-Syuhrah wa Intisyarushshit, dan Bayanu Fadhilatil-Khumul, dari kitab Dzamjul-Jah war-Riya’, dari kitab al-Ihya’, yang disyarahkan al-Allamah Murtadha az-Zubaidi, 8/232-238

http://pengkajianpelitahati.wordpress.com/2011/07/07/tanda-tanda-ikhlas/

Ahad, 11 Ogos 2013

BiNa KeHiDuPaN AnDa Dengan Memberi

BiNa KeHiDuPaN AnDa Dengan  Memberi

Insan berada di dunia ini bukan semata-mata untuk hidup bahkan setiap insan itu dituntut untuk membina kehidupan..

Hidup dan kehidupan itu sesuatu yang berbeza..

Hidup ialah bila insan itu dapat menyediakan keperluan-keperluan asas seperti makan,pakai, dan tempat tinggal..

Adapun kehidupan ia suatu perkara yang lebih besar dari hidup..Kehidupan itu adalah bila mana adanya kasih sayang,belas kasihan,persaudaraan dan kemesraan yang mana semua ini adalah lebih bermakna dari sekadar hidup..

Kita analogikan antara membina hidup dengan membina kehidupan ibarat antara membina rumah dengan membina rumah tangga..

Membina rumah adalah dengan kayu,paku batu dan simen..
Tetapi rumah tangga tidak dibina dengan kayu,paku batu dan simen
Ia dibina dengan kasih sayang..

Sebab itulah untuk menyatukan kayu dengan kayu kita menggunakan paku..
Untuk menyatukan batu dengan batu kita gunakan simen..

Untuk menyatukan hati dengan hati kita gunakan kasih sayang..
Soalnya sekarang bagaimana mahu membina kahidupan bukan sekadar untuk hidup?
Ungkapan yang masyhur:”Kita hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan”

Sebab itulah dalam hidup ini kita kena banyak memberi kerana dengan memberi barulah kita membina kehidupan..

Kalau dalam hidup ini kita ini kita cuma fikirkan”How to get”bukan”How to give” maka jadilah kita seperti hidup hidupan seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang mana mereka hanya ada hidup tetapi mereka tidak membina kehidupan

Sebagai contoh bagaimana membina kehidupan dengan sikap memberi,adalah kasih sayang..Insan mana yang tidak memerlukan kasih sayang?

Semua yang bergelar insan pasti inginkan kasih sayang,bahkan kehausan insan untuk mendapatkan kasih sayang berada diparas yang sangat tinggi..

Insan itu hendakkan dirinya dihargai dan diberi perhatian..Tetapi mengapa tidak ramai insan yang mendapat kasih sayang?Kenapa kasih sayang semakin pupus dan tandus di dalam kehidupan insan di dunia ini?jawabnya adalah kerana insan itu tidak melakukan hukum untuk beroleh kasih sayang itu..

Kasih sayang hanya akan dapat dimiliki apabila kita memberi terlebih dahulu..Bila kita memberi kasih sayang barulah kita akan mendapat kasih sayang…Itulah hukumnya..

Masalahnya sekarang insan terlalu bakhil untuk memberi..Masing-masing hanya mahu mendapatkannya,sebagai contoh seorang suami yang dalam perjalanan pulang dari kerja membayangkan bila dia sampai di rumah nanti isteri akan sambutnya sambil tersenyum menyapanya dimuka pintu..Begitulah juga dengan si isteri dirumah mengharapkan bila si suami sampai nanti suaminya akan menyapanya dengan kata-kata kasih sayang..Ketika mereka bertemu di muka pintu rumah masing-masing menunggu seperti yang diharapkan..seperti yang dikhayalkan..
Bila saling menunggu siapa yang akan memulai memberi kasih sayang akhirnya dua-dua tidak mendapat kasih sayang..

Orang yang dahulu memberi kasih sayang,Sebenarnya dialah yang dahulu  akan mendapat manfaatnya dari yang menerima..

Tangan yang menghulur bunga mawar pasti tangan itu berbau harum..Ketika kita memberi kebaikan kepada orang lain, sebelum orang itu merasai kebaikan yang kita berikan kepada dia, kita dahulu akan merasai kebaikan itu dan ia akan mewarnai kehidupan kita..

Ceriakanlah hidup kita dengan sikap memberi kerana dengan memberi akan menyebabkan kita akan mendapat lagi banyak menerima..”when you give,you get back”..

Rasulullah SAW bersabda:
خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR.Ahmad,Thabrani, Daruqutni.Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)


Rabu, 31 Julai 2013

Baca al-Quran, Bertadabur Tangani Pencemaran Hati

Posted by epondok -Qleh Amirul Aslam
Sedar atau tidak, kita jarang menyemak tahap pencemaran hati hingga lupa pencemaran hati lebih besar bencana daripada pencemaran udara. Justeru ambillah masa seminit dua dalam sehari untuk audit tahap pencemaran yang dialami hati kita setiap hari.

Apabila kita sedar betapa tercemarnya hati akibat dosa yang menggunung, nescaya kita akan berusaha sedaya upaya untuk menyucikan jerebu hati yang melanda diri. Seperti mana kita mengharap hujan menghapuskan jerebu yang sedang melanda ruang udara negara.

Antara amalan yang boleh dilakukan untuk menyucikan jerebu hati adalah memperbanyakkan membaca al-Quran dan bertadabur. Membaca al-Quran tanpa mentadabbur maknanya sukar untuk mendatangkan keinsafan pada manusia.

Memahami serta mendalami setiap ayat al-Quran, peringatan Allah di dalamnya akan berupaya menyucikan hati manusia.


Titik hitam lekat di hati


Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang Mukmin apabila melakukan suatu dosa, maka lekatlah satu titik hitam di hatinya. Jika ia bertaubat dan meminta ampun, maka hatinya kembali menjadi bersih, jika (tidak bertaubat dan beristighfar, bahkan) ia menambah dosa, maka bertambahlah titik hitam itu, sehingga menutup hatinya. Demikianlah titik hitam yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai ruang (kegelapan) dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesekali tidaklah begitu, bahkan apa yang mereka perbuat itu telah menggelapkan hati mereka.” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Tangisan adalah satu perkara yang sukar bagi manusia terutama yang sering alpa dengan keindahan dunia. Sering kali air mata dibazirkan untuk perkara bersifat keduniaan semata-mata. Hendak menangis mengenang dosa sangatlah payah.
Namun, sukar bukan bererti mustahil, cuma perlukan usaha serta sedikit paksaan. Antara caranya adalah mencari suasana yang sesuai seperti bangun tengah malam. Pejamkan mata sambil mengingati dosa pernah dilakukan.

Nabi SAW mengingatkan, antara cara membersihkan hati adalah dengan membaca al-Quran dan memperbanyakkan mengingati mati. Hadirkan diri ke masjid untuk solat jenazah apabila berlaku kematian.


Usung keranda ke kubur


Andai mempunyai masa terluang, ringankan tulang untuk membantu mengusung keranda dan ikut ke tanah perkuburan. Lihatlah bagaimana jenazah dimasuk ke dalam liang lahad. Amalan ini mampu mematikan keseronokan berlebihan kita kepada dunia lantas membersihkan hati yang tercemar.

Hadis al-Bukhari daripada Abu Musa al-Asy’ari, “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Berkawan dengan orang soleh mampu mendekatkan diri kita dengan Allah. Andai kita bimbang dengan jerebu yang melanda ruang udara negara, maka kita juga perlu bimbang dengan ‘jerebu’ yang melanda hati kita. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Isnin, 24 Jun 2013

Wahai Para Isteri--Wife--Bini..Sonang Ekau MeNdapat Pahala...

By- Nabila Putri fb 

Kelebihan Menjadi Seorang Isteri #

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”

Wallahua'lam

Antara petanda kemanisan iman

Antara petanda kemanisan iman - Dr Zainur Rashid Zainuddin

Sebahagian daripada petanda yang lahir daripada kemanisan iman ialah kesukaan dan kecintaan seseorang untuk melakukan ibadah. Dia merasa selesa dengan solat berjamaah, tenang hatinya dengan al Quran, merasa rindu untuk berukhuwah sesama mukmin dan lapang dadanya ketika mendepani masalah ketika berbuat kebaikan.

Selasa, 28 Mei 2013

Soalan Syeikh ‘Arifi Kepada Seorang Kristian- By Abu Nafis

sYEIKH aRIFI
Seorang penganut Kristian menghubungi Syeikh ‘Arifi dalam satu siaran langsung tv.

Penganut Kristian : Assalamu’alaikum Syeikh

Syeikh : Waa’laikumussalam warahmatullahi wabaratuh

Penganut Kristian : Saya inginkan jawapan yang ilmiah dari anda berkenaan mandi janabah

Syeikh : Anda ingin jawapan ilmiah (dari sudut sains)?

Penganut Kristian : Yee..dari segi sains atau kesihatan

Syeikh : Soalan yang bagus..Setelah manusia melakukan persetubuhan atau yang seumpamanya,akan keluar dari tubuh sesuatu seperti zat..Zat ini akan menutup liang kecil yang ada ditubuh manusia..Bila orang yang berjunub mandi zat-zat ini akan hilang dan  tubuh akan kembali aktif..Sebab tu di dalam sunah mandi junub hendaklah digosok tubuh dengan tangan sehinggalah air rata keseluruh tubuh..

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Itulah jawapannya..Anda boleh lihat orang yang dalam janabah yang masih belum mandi ada bau yang tidak sedap keluar dari badannya

Penganut Kristian : Yee..ini dalam keadaan tidak mandi?

Syeikh : Dalam keadaan tidak mandi…yee

Penganut Kristian : Dari sudut agama,apakah salah jika tidak mandi?

Syeikh : Yee..kerana dia dalam keadaan tidak suci dan solatnya tidak sah..Nabi bersabda ada tiga golongan yang Malaikat tidak akan mendekatinya, disebutkan salah satunya ialah orang berjunub sehinggalah dia mandi..Oleh itu wajib mandi khususnya bila masuk waktu solat..Tidak dapat tidak dia mesti mandi untuk solat

Penganut Kristian : Yee2..semoga ALLAH membalasmu dengan kebaikan wahai Syeikh.

Syeikh : George, nama anda agak pelik
Penganut Kristian : Saya adalah penganut kristian

Syeikh : Anda bukan muslim?

Penganut Kristian : Bukan..bukan.

Syeikh : Baik,George apa pendapat anda tentang Islam?

Penganut Kristian : Saya selalu mengikuti program anda (di tv)..Saya ada beberapa soalan nak tanya secara peribadi.

Syeikh : Baik, apakah anda boleh tanyakan soalan itu sekarang untuk dikongsikan bersama dengan para penonton agak boleh diambil faedahnya..tapi kalau soalan anda terlalu peribadi saya akan menghubungi anda setelah selesai program ini..

Penganut Kristian : Anda akan hubungi saya?

Syeikh : Yee.saya akan menghubungi anda tapi sekarang ini saya ada soalan untuk anda wahai George.

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Penganut kristian mengatakan bahawa Isa (Jesus) adalah anak ALLAH..tak begitu?
Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Maknanya ALLAH suka untuk ada anak dan dia ada anak namanya Isa (Jesus)..betul?

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Baik. Jika ALLAH suka untuk memiliki anak kenapa ALLAH  hanya ada satu anak? kenapa tidak 10 atau 20 orang anak? Soalan saya lagi, jika ALLAH ada anak yang namanya Isa, kenapa Isa tidak memiliki anak juga? betul?

Penganut Kristian : Saya tidak ada jawapannya.

Syeikh : Begitulah juga George, jika ALLAH ada anak, ini bermakna ALLAH mempunyai ibu ayah, datuk dan nenek,betul? Jika begitu mengapa ALLAH menyembunyikannya dari kita? kenapa tidak munculkan kepada kita agar kita dapat sama-sama menyembahnya?

Penganut Kristian :Ya Syeikh perbahasan ini agak berat bagi saya.

Syeikh pun ketawa : ))

Syeikh : Baiklah,saya akan tanya soalan yang lebih mudah (syeikh senyum)..Adakah anda pernah dengar dari dahulu sehingga sekarang adanya seorang Paderi memeluk agama Islam?

Penganut Kristian : Yee2 pernah

Syeikh : Mereka ada website?

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Mereka juga mempunyai program siaran tv,betul?

Penganut Kristian:yee

Syeikh: Tapi adakah anda pernah mendengar dari dulu sampai sekarang ada dikalangan ulama-ulama islam yang tukar agama islam kepada kristian(murtad)?

Penganut Kristian : Tidak

Syeikh : Kenapa?

Penganut Kristian : Terus terang saya katakan syeikh saya mahu berbicara dengan anda secara peribadi

Syeikh : Baik,Saya nak tanya anda soalan terakhir selepas itu anda boleh tinggalkan no.telefon anda kepada kru,saya akan menghubungi anda nanti..

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Soalan terakhir..orang–orang Kristian akan beribadat sekali sahaja dalam seminggu..hari Ahad..

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Berapa ramai yang datang ke gereja?

Penganut Kristian : Ramai sekali.

Syeikh : Baik,mungkin ramai di negara-negara Arab tetapi di Eropah terlalu sedikit yang datang ke gereja..Adapun masjid orang Islam anda boleh lihat lima kali sehari kehadirannya ramai.

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Kenapa? Apa yang menggerakkan kami pergi ke masjid sedangkan orang-orang Kristian bilangan gerejanya banyak tetapi tidak mahu beribadat di gereja? Soalan ini adalah realiti wahai George, saya mengharapkan orang-kristian memikirkannya..Demi ALLAH jika Isa ‘alaihissalam ada bersama kita hari i ni, dia tidak akan redho untuk disembah dan dia tidak akan redho anda mengatakan yang dia adalah anak ALLAH, dan dia akan kata yang dia adalah hamba ALLAH dan Rasul ALLAH sebagai manusia seperti kita…Anda boleh tinggalkan no.telefon anda kepada kru, percayalah saya sangat gembira untuk menghubungi anda.

Penganut Kristian :Terima kasih Syeikh.

Syeikh : Sama-sama.

Penganut Kristian : Ulama Islam mesti bertemu dengan orang-orang kristian untuk membahas semua perbezaan pendapat.

Syeikh : Betul..betul tuu..
Saya ada kawan penganut kristian dan selalu berhubung..Sebahagian mereka telah kembali kepada akidah Isa,akidah yang tidak menyekutukan ALLAH dengan sesuatupun..
Saya akan segera hubungi anda selepas program ini..insya ALLAH.

Penganut Kristian :Terima kasih syeikh

Syeikh : Semoga ALLAH membimbingmu ke jalan yang lurus..

Semoga ALLAH membuka pintu hidayah buat penganut kristian tersebut..Semoga ALLAH tidak matikannya melainkan dia mati dalam keadaan tidak menyekutukan ALLAH dengan sesuatu pun..

Aamiiin..

http://mindakini.com/soalan-syeikh-arifi-kepada-seorang-kristian/