Jumaat, 8 Februari 2019

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Untuk hidup di dunia kita perlu berfikir. Untuk hidup di syurga perlu berzikir. Dan kita terlalu menyibukkan diri dengan berfikir sehingga lupa untuk berzikir. Maka jika waktu telah berlalu dan kita lupa untuk mengingati Allah di waktu itu, segeralah bangunkan hatimu walaupun hanya dengan ucapan tasbih dan istighfar. Lalai adalah sebuah penyakit, dan zikir kepada Allah adalah ubat bagi kelalaian hati.”

[Syeikh Ahmad Thayyib]

Rabu, 6 Februari 2019

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Jangan kamu menganggap remeh kepada satu perbuatan baik walaupun sekadar senyum kepada saudaramu. Kadang-kadang senyum itu mampu menghilangkan kesusahan yang dihadapi seseorang.“
[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Aku merasa hairan dengan orang yang sedih kerana hartanya yang berkurang. Dan tidak merasa sedih kerana umurnya yang telah berkurang. Dan aku merasa hairan dengan orang yang dunia pergi meninggalkannya. Dan kehidupan akhirat mendatanginya, akan tetapi dia sibuk dengan dunia yang meninggalkannya, dan berpaling dari (akhirat) yang mendatanginya."
[Kalam Ahli Hikmah]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Kebaikan itu sangat mudah, cukup dengan muka berseri-seri dan kata-kata yang lembut.”
[Sayyidina Abdullah Bin Umar رضى الله عنه]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Hujan yang turun boleh menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Sama seperti ilmu, apabila ilmu yang difahami dan dihayati, ia akan melembutkan hati yang keras dan menghidupkan hati yang mati."
[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]

Jumaat, 1 Februari 2019

WASIAT DAN NASIHAT DARI SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANYi

Tabir penutup kalbumu tak akan tersibak selama engkau belum lepas dari alam ciptaan; tidak akan berpaling darinya dalam keadaan hidupmu selama masih hawa nafsumu belum tunduk; selama engkau belum berjaya melepaskan diri dari kemaujudan dunia dan akhirat; selama jiwamu belum bersatu dengan kehendak Allah swt dan cahayanya. Selagi jiwamu belum bersatu dengan kehendak Allah swt dan mencapai kedekatan denganNya lewat pertolonganNya.

Makna hakiki bersatu dengan Allah swt ialah berlepas diri dari makhluq dan kedirian keakuanmu; serta sesuai dengan kehendakNya tanpa merasa itu gerakmu; yang ada hanya kehendakNya semata. Inilah keadaan fana dirimu; dan dalam keadaan itulah engkau fana denganNya; bukan dengan fana dengan ciptaannya. Sesuai Firman Allah swt :”Tak ada sesuatupun yang serupa denganNya. Dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat”
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Sangat beruntung orang yang menemukan bahawa, pada catatan amalannya terdapat banyak istighfar.”
[Imam Ibnu Majah ‎رحمه الله تعالى]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Janganlah kau tuntut Tuhanmu kerana tertundanya keinginanmu. Tetapi tuntutlah dirimu sendiri kerana engkau telah menunda adabmu kepada Allah.”
[Imam Syeikh Ibnu At’thaillah As-Sakandari قدس الله سره]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Tidaklah memahami agamanya orang yang tidak pandai menjaga lisannya.”
[Imam Hassan Al-Bashri ‎رحمه الله تعالى]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Sesungguhnya kebenaran itu berat akan tetapi sihat. Sedangkan kebatilan itu ringan akan tetapi berpenyakit.”
[Sayyidina Ali Bin Abi Thalib  كرم الله وجهه]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Barangsiapa yang ikhlas niatnya kerana Allah semata-mata, maka Allah Subhanahu wa Taala dan para malaikatNYA akan melindunginya”
[Kalam Ulama]

Ahad, 27 Januari 2019

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوْ احْفَظْهُ

Dari Abu Ad Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh kerana itu (jika kamu mahu) kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh jaga ia baik-baik." (Sunan Ibnu Majah No: 3653) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Ibu bapa ibarat pintu syurga bagi setiap anak.
2.  Menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa nescaya Allah akan memberikan ganjaran syurga.

3.  Al-Qadhi Baidhawi menyatakan; Cara terbaik untuk masuk syurga, dan cara mendapatkan darjat yang tinggi di syurga adalah dengan mentaati orang tua dan berusaha mengasihi dan berbakti padanya. Ada juga ulama yang mengatakan, ‘Di syurga ada banyak pintu. Yang paling selesa untuk dimasuki adalah yang paling tengah. Untuk membolehkan masuk ke syurga melalui pintu tengah itu adalah dengan berbakti kepada orang tua.’ (Tuhfatul Ahwadzi, 6/21).

4.  Anak-anak yang tidak berbakti dan berbuat baik kepada orang tua, akan terlepas peluang ke syurga.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ

Dari Abu Hurairah dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!" lalu baginda ditanya; "Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi SAW: "Barang Siapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)."  (HR Muslim No: 4628) Status: Sahih

Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa.

Isnin, 21 Januari 2019

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Aku merasa hairan dengan orang yang sedih kerana hartanya yang berkurang. Dan tidak merasa sedih kerana umurnya yang telah berkurang. Dan aku merasa hairan dengan orang yang dunia pergi meninggalkannya. Dan kehidupan akhirat mendatanginya, akan tetapi dia sibuk dengan dunia yang meninggalkannya, dan berpaling dari (akhirat) yang mendatanginya."
[Kalam Ahli Hikmah]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Betapa banyak perbuatan buruk yang kau sembunyikan, yang seandainya temanmu tahu pasti dia akan menjauhimu. Allah tau keburukanmu itu, tapi Dia menyembunyikannya. Dan justeru membuat lidah hamba-hambaNya memujimu.”
[Habib Abdullah Bin Umar As-Syathiri ‎رحمه الله تعالى]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Kebaikan itu sangat mudah, cukup dengan muka berseri-seri dan kata-kata yang lembut.”
[Sayyidina Abdullah Bin Umar رضى الله عنه]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Dua janji Rasulullah  ﷺ bagi seseorang yang menyibukkan dirinya dengan selawat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan Allah akan memenuhi semua keinginan dan cita-citanya.”
[Habib Abdul Qodir Bin Zaid Ba'bud]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Di zaman ini orang sibuk bersaing untuk memburukkan si fulan dengan gambar dan video tanpa menyedari akan dipertanggungjawabkan dirinya di sisi Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang kita buat, itu yang kita tanggung. Hisablah dirimu ketika berada di dunia. Orang yang banyak muhasabah dirinya di dunia akan ringan hisabnya di akhirat.”