Jumaat, 27 Julai 2012

Di sini masih aku..



Jalanku mencari lampu
Langkahku mencari lorong
Lihatku mencari sinar
Fikirku mencari DIA
Dengar ku mencari seru
Betapakah liat fikir lihat
Betapa perah hati otak minda
Masih jauhkah engkau wahai….hidayah
Masih asingkah aku di sini
Masih perlukah aku menanti
Masih betahkah aku melawan

Langkahku makin longlai
Petahku semakin gementar
Sinarku semakin malap
Dengar ku semakin labuh
Mata penaku semakin tumpul

Masih adakah yang menanti
Masih adakah yang simpati
Masih adakah yang menunggu

ATAU biarkanlah semuanya itu berlalu
Duniaku semakin sepi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan