jejak semalam semakin pudar
hari ini langkah melangkah
esok,..
langkah hari ini tinggal sejarah.
selama mana ingatan itu kekal
selama mana kisah itu terkenang
selama mana sinar itu singgah
mampirnya sebentar
menyapa ketika disapa
bicara ketika dijemput bicara
melihat ketika dijeling
kisah itu akan tinggal di situ
di penjuru sunyi tiada penghuni
hanya paparan semalam
yang semakin kelam pudar dan hilang
semakin keliru
dengan semua ini
tinggalkan di sana
di alam fana
dari dalam aku 11 Julai 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan