Jumaat, 27 Julai 2012

LaNgKaH pErJaLaNaN iNi



dalam langkah perjalananmu..
kekadang akan kau temui batuan halus, licin dan berselerak
awasi langkah perjalanan yang tentunya bernoktah.
destinasi tujuan sudah ternyata dan disedari
walaupun sering ada gangguan di kanan dan kiri
untuk tidak menghiraukan gangguan misteri perlukan ilmu yang tinggi
usah diremeh rayuan alunan yang berbisik di telinga atau di fikiran minda
hadapi ia dengan sejuta harapan doa dan redha
menempuhinya bukannya mudah.....semudah mengeja 1, 2 dan 3
         atau sepetah membaca Alif, Baa dan Taa

jika pun langkah longlaimu tiada penyokong atau pembantu
langkahmu akan terpaksa kau gerakkan juga
kerna dorongan naluri pasrah bukannya menyerah
kerna di sana menanti pasti suatu jaminan yang telahpun dinyata
hanya kita sendiri yang selalunya alpa
hanya kita sendiri yang sering terlupa 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan