Jumaat, 21 Disember 2012

ReNuNgAn - MuhammadHaikal - Fb




  •  Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya ia akan menghapuskan. Dan bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang baik.

  • Hendaklah penampilan lahiriah yang indah dan mempesona itu diikuti oleh upaya memperindah batin dengan beribadah, berzikir, murakabah, ikhlas, tawakkal dan membenarkan segala sesuatu yang datang dari Allah swt. Dengan demikian, akan lahir kesatuan antara keindahan lahiriah dan kesucian batin dan menjadi cahaya di atas cahaya.

  • Semoga kita menjadi orang yang banyak diam atau orang yang selalu jujur kerana diam itu keselamatan dan baik; dan jujur itu suatu kemuliaan yang disukai oleh Allah dan manusia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan