Selasa, 28 Mei 2013

Soalan Syeikh ‘Arifi Kepada Seorang Kristian- By Abu Nafis

sYEIKH aRIFI
Seorang penganut Kristian menghubungi Syeikh ‘Arifi dalam satu siaran langsung tv.

Penganut Kristian : Assalamu’alaikum Syeikh

Syeikh : Waa’laikumussalam warahmatullahi wabaratuh

Penganut Kristian : Saya inginkan jawapan yang ilmiah dari anda berkenaan mandi janabah

Syeikh : Anda ingin jawapan ilmiah (dari sudut sains)?

Penganut Kristian : Yee..dari segi sains atau kesihatan

Syeikh : Soalan yang bagus..Setelah manusia melakukan persetubuhan atau yang seumpamanya,akan keluar dari tubuh sesuatu seperti zat..Zat ini akan menutup liang kecil yang ada ditubuh manusia..Bila orang yang berjunub mandi zat-zat ini akan hilang dan  tubuh akan kembali aktif..Sebab tu di dalam sunah mandi junub hendaklah digosok tubuh dengan tangan sehinggalah air rata keseluruh tubuh..

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Itulah jawapannya..Anda boleh lihat orang yang dalam janabah yang masih belum mandi ada bau yang tidak sedap keluar dari badannya

Penganut Kristian : Yee..ini dalam keadaan tidak mandi?

Syeikh : Dalam keadaan tidak mandi…yee

Penganut Kristian : Dari sudut agama,apakah salah jika tidak mandi?

Syeikh : Yee..kerana dia dalam keadaan tidak suci dan solatnya tidak sah..Nabi bersabda ada tiga golongan yang Malaikat tidak akan mendekatinya, disebutkan salah satunya ialah orang berjunub sehinggalah dia mandi..Oleh itu wajib mandi khususnya bila masuk waktu solat..Tidak dapat tidak dia mesti mandi untuk solat

Penganut Kristian : Yee2..semoga ALLAH membalasmu dengan kebaikan wahai Syeikh.

Syeikh : George, nama anda agak pelik
Penganut Kristian : Saya adalah penganut kristian

Syeikh : Anda bukan muslim?

Penganut Kristian : Bukan..bukan.

Syeikh : Baik,George apa pendapat anda tentang Islam?

Penganut Kristian : Saya selalu mengikuti program anda (di tv)..Saya ada beberapa soalan nak tanya secara peribadi.

Syeikh : Baik, apakah anda boleh tanyakan soalan itu sekarang untuk dikongsikan bersama dengan para penonton agak boleh diambil faedahnya..tapi kalau soalan anda terlalu peribadi saya akan menghubungi anda setelah selesai program ini..

Penganut Kristian : Anda akan hubungi saya?

Syeikh : Yee.saya akan menghubungi anda tapi sekarang ini saya ada soalan untuk anda wahai George.

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Penganut kristian mengatakan bahawa Isa (Jesus) adalah anak ALLAH..tak begitu?
Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Maknanya ALLAH suka untuk ada anak dan dia ada anak namanya Isa (Jesus)..betul?

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Baik. Jika ALLAH suka untuk memiliki anak kenapa ALLAH  hanya ada satu anak? kenapa tidak 10 atau 20 orang anak? Soalan saya lagi, jika ALLAH ada anak yang namanya Isa, kenapa Isa tidak memiliki anak juga? betul?

Penganut Kristian : Saya tidak ada jawapannya.

Syeikh : Begitulah juga George, jika ALLAH ada anak, ini bermakna ALLAH mempunyai ibu ayah, datuk dan nenek,betul? Jika begitu mengapa ALLAH menyembunyikannya dari kita? kenapa tidak munculkan kepada kita agar kita dapat sama-sama menyembahnya?

Penganut Kristian :Ya Syeikh perbahasan ini agak berat bagi saya.

Syeikh pun ketawa : ))

Syeikh : Baiklah,saya akan tanya soalan yang lebih mudah (syeikh senyum)..Adakah anda pernah dengar dari dahulu sehingga sekarang adanya seorang Paderi memeluk agama Islam?

Penganut Kristian : Yee2 pernah

Syeikh : Mereka ada website?

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Mereka juga mempunyai program siaran tv,betul?

Penganut Kristian:yee

Syeikh: Tapi adakah anda pernah mendengar dari dulu sampai sekarang ada dikalangan ulama-ulama islam yang tukar agama islam kepada kristian(murtad)?

Penganut Kristian : Tidak

Syeikh : Kenapa?

Penganut Kristian : Terus terang saya katakan syeikh saya mahu berbicara dengan anda secara peribadi

Syeikh : Baik,Saya nak tanya anda soalan terakhir selepas itu anda boleh tinggalkan no.telefon anda kepada kru,saya akan menghubungi anda nanti..

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Soalan terakhir..orang–orang Kristian akan beribadat sekali sahaja dalam seminggu..hari Ahad..

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Berapa ramai yang datang ke gereja?

Penganut Kristian : Ramai sekali.

Syeikh : Baik,mungkin ramai di negara-negara Arab tetapi di Eropah terlalu sedikit yang datang ke gereja..Adapun masjid orang Islam anda boleh lihat lima kali sehari kehadirannya ramai.

Penganut Kristian : Yee

Syeikh : Kenapa? Apa yang menggerakkan kami pergi ke masjid sedangkan orang-orang Kristian bilangan gerejanya banyak tetapi tidak mahu beribadat di gereja? Soalan ini adalah realiti wahai George, saya mengharapkan orang-kristian memikirkannya..Demi ALLAH jika Isa ‘alaihissalam ada bersama kita hari i ni, dia tidak akan redho untuk disembah dan dia tidak akan redho anda mengatakan yang dia adalah anak ALLAH, dan dia akan kata yang dia adalah hamba ALLAH dan Rasul ALLAH sebagai manusia seperti kita…Anda boleh tinggalkan no.telefon anda kepada kru, percayalah saya sangat gembira untuk menghubungi anda.

Penganut Kristian :Terima kasih Syeikh.

Syeikh : Sama-sama.

Penganut Kristian : Ulama Islam mesti bertemu dengan orang-orang kristian untuk membahas semua perbezaan pendapat.

Syeikh : Betul..betul tuu..
Saya ada kawan penganut kristian dan selalu berhubung..Sebahagian mereka telah kembali kepada akidah Isa,akidah yang tidak menyekutukan ALLAH dengan sesuatupun..
Saya akan segera hubungi anda selepas program ini..insya ALLAH.

Penganut Kristian :Terima kasih syeikh

Syeikh : Semoga ALLAH membimbingmu ke jalan yang lurus..

Semoga ALLAH membuka pintu hidayah buat penganut kristian tersebut..Semoga ALLAH tidak matikannya melainkan dia mati dalam keadaan tidak menyekutukan ALLAH dengan sesuatu pun..

Aamiiin..

http://mindakini.com/soalan-syeikh-arifi-kepada-seorang-kristian/

Isnin, 27 Mei 2013

9 Sifat Lelaki Dayus

9 Sifat Lelaki Dayus - Posted by epondok 

SOALAN: Ramai  lelaki kurang faham erti dayus dengan jelas. Apakah makna perkataan dan perbuatan yang menjuruskan perlakuan tersebut?

Jawapan: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang ALLAH tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie)

Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada Rasulullah SAW berkata: “Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.” Lalu sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?” Berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).” (Riwayat Al-Tabrani)

Daripada hadis di atas, maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dengan siapa isteri dan anaknya bersama dan bertemu. Malah, ada yang membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang lelaki lain.

Soalan yang sama daripada sahabat mengenai siapakah dayus? Lalu jawab Nabi SAW, maksudnya: “Apakah dayus itu wahai Rasulullah?” Jawab Nabi: “Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).” (Riwayat Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).

Tafsiran golongan ulama berkenaan istilah dayus adalah “Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).”

“Cemburu lawannya dayus.” Berkata pula Al-Nuhas, “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya daripada ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram.”

“Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) apabila dia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya dia tidak mengubahnya.”

“Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barang siapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga jauh daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.” (Faidhul Qadir, Al-Munawi, 3/430)

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar, maksudnya: “ALLAH telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu daripada isterinya dan diharamkan bergaul dengannya).”

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang dipakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki. Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrif golongan ulama mengenai erti dayus dan istilah yang hampir dengannya, maksudnya: “Al-Qawwad (istilah yang disamakan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah ’orang tengah’ kepada zina.”

“Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan dia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat.”

Cemburu dituntut Islam

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu. Sebenarnya, kita perlu fahami bahawa ia adalah tuntutan Islam dan menunjukkan suami yang bertanggungjawab.

Bergembiralah si suami yang memperoleh isteri solehah. Ini kerana, tanpa sebarang campur tangan dan nasihat daripada sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Daripada tanda kebahagiaan anak Adam adalah memperoleh wanita solehah (isteri dan anak).” (Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168)

Jika seorang bapa mengetahui perbuatan ‘ringan-ringan’ anak perempuan atau lelaki mereka dan membiarkannya, maka dia adalah dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau terlanjur sebelum kahwin dan tanpa taubat yang sebenar-benarnya, sudah pastilah rumah tangga mereka akan goyah.

Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan perbuatan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain. Hanya dengan bertaubat nasuha dapat menghalang aktiviti mungkar itu daripada melepasi alam rumah tangga mereka.

Jika hal ini dibiarkan, ia akan merebak pula kepada anak mereka, seterusnya kepada zuriat mereka. Awas! Dalam hal ini, semua suami dan bapa perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka daripada dianggap sebagai dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak telefon bimbit dan beg isteri untuk memastikan tiada yang diragui.

Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka, demi menjaga maruah dan kehormatan isteri serta anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa pada zaman Nabi Muhammad SAW, maksudnya: “Berkata Ubadah bin Somit RA: Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteri ku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedang ku, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Nabi memberi jawapan: “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad?

Demi ALLAH, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah ALLAH lebih cemburu daripada ku, kerana kecemburuan ALLAH itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Lihat betapa ALLAH SWT dan rasul-NYA menginginkan golongan suami dan ayah mempunyai sifat pelindung kepada ahli keluarga daripada melakukan sebarang perkara keji dan mungkar.
Lelaki menjadi dayus apabila:

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain selama mereka bekerja atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya pulang lewat, serta tidak diketahui bersama siapa, serta apa yang dibuatnya ketika dia bekerja.

3. Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terdedah (terselak kain) ketika menaiki apa jua kenderaan.

4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahramnya di rumah. Kononnya, ibu bapa mereka sporting dan memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang menjolok mata di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuan menyertai akademi hiburan yang boleh mempamerkan kecantikan mereka kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon, nafsu seorang lelaki itu akan hilang? Tidak sekali-sekali!

9.  Membiarkan isteri bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahan kan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid.” (Riwayat Ahmad).

Rabu, 22 Mei 2013

AMALAN di BuLaN RejAb

Amalan di bulan Rejab e-pondok - Umar Muhammad Noor

HARI ini kita telah memasuki bulan Rejab. Tidak lama lain Syaaban akan menjelang lalu Ramadan menyusul.

Rejab adalah kunci kebaikan dan ibadah. Berkata Abu Bakar Al-Warraq al-Balkhi: “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.”

Itu kerana bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat daripada ALLAH SWT. Setiap Muslim merasakan keindahan dan kedekatan dengan-Nya. Pada bulan itu, setiap ibadah diberi ganjaran berkali-kali ganda. Belum lagi malam Lailatulqadar yang menjadi harapan setiap orang yang mencintai negeri akhirat.

Kesempurnaan Ramadan mustahil diraih tanpa persiapan. Dan persiapan itu bukan bermula apabila Ramadan bermula. Persiapan Ramadan mesti bermula sejak beberapa bulan sebelumnya. Rejab bulan yang sangat baik untuk kita memulai persiapan itu.

Bulan haram

Apa lagi sebenarnya Rejab memiliki kelebihan tertentu berbanding bulan-bulan yang lain. Ia adalah salah satu daripada empat bulan haram, yakni bulan-bulan yang sangat terhormat di sisi ALLAH SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya masa telah beredar seperti mana keadaannya ketika ALLAH SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah 12 bulan. Di antara bulan-bulan itu terdapat empat bulan haram. Tiga di antaranya berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Dan (keempat) adalah Rejab Mudar yang terletak antara Jumada dan Syaaban.
(al-Bukhari dan Muslim)

Sejak masa jahiliah, keempat-empat bulan haram ini sangat dihormati. Ia adalah bulan-bulan bertenang untuk meraikan para jemaah haji dan umrah. Peperangan dan pergaduhan diharamkan pada bulan-bulan tersebut.

Dalam Islam hukum ini memang dimansuhkan. Apabila diperlukan, umat Islam dibenarkan berperang pada bulan-bulan tersebut itu. Namun begitu, keempat-keempat bulan itu tetap memiliki kelebihan tersendiri dengan dilebihkan ganjaran pahala dan dosa padanya.

Berkata Ibnu Abbas: “ALLAH SWT mengkhaskan beberapa bulan untuk dijadikan bulan haram dan mengagungkan kadarnya. Dosa maksiat yang dilakukan padanya sangat besar. Sebagaimana pahala ibadah yang dilakukan padanya juga sangat besar.” (diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman)

Amalan

Tiada amalan khas yang mesti dilakukan pada bulan Rejab. Kita hanya diperintahkan untuk memperbanyak ibadah apa yang kita mampu lakukan.

Siapa yang mampu memperbanyak solat sunat dipersilakan. Namun begitu hindari daripada melakukan solat Raghaib yang selalu dilakukan pada Jumaat pertama bulan Rejab. Berkata Ibnu Rajab al-Hanbali: “Hadis-hadis yang menceritakan fadilat solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab adalah palsu. Solat ini bidaah menurut kebanyakan ulama.”

Siapa yang hendak memperbanyak puasa sunat, juga digalakkan. Usman bin Hakim al-Ansari pernah bertanya kepada Said bin Jubeir tentang amalan puasa sunat pada bulan Rejab. Said menjawab: Aku mendengar Ibnu Abbas berkata: Rasulullah selalu berpuasa sehingga kami menyangka beliau tidak pernah berbuka. Dan baginda juga selalu berbuka sehingga kami menyangka beliau tidak pernah berpuasa. (riwayat Muslim)

Imam Al-Nawawi menjelaskan: “Maksud Said bin Jubeir adalah tidak ada larangan dan galakan khas untuk melakukan puasa di bulan Rejab. Akan tetapi hukum bulan ini seperti bulan-bulan lainnya. Asal hukum puasa adalah sunat.”

Adapun ibadah umrah, maka sunat melakukannya pada bulan Rejab. Rasulullah pernah melakukan ibadah umrah di bulan Rejab. Ibnu Sirin meriwayatkan bahawa para tokoh-tokoh ulama salaf sangat menyukai ibadah umrah di bulan Rejab.

Selain ibadah-ibadah ini, lakukanlah ibadah-ibadah lain semampu kita. Perbanyakkanlah zikir, bacaan al-Quran dan selawat.

Jika tidak mampu melakukan ibadah dan kebaikan, minimal yang kita mesti lakukan adalah menjauhkan diri daripada maksiat. Jangan nodai bulan yang mulia ini dengan kata-kata kesat, lucah, ghibah, makian dan lain-lain. Siapa yang meninggalkannya kerana ALLAH SWT,  ganjaran besar telah menunggu untuknya.

Semoga ALLAH SWT membuka hati-hati kita untuk menikmati keindahan Ramadan dengan memberinya hidayah untuk melakukan kebaikan sejak dari bulan Rejab dan Syaaban.

http://epondok.wordpress.com/2013/05/15/amalan-di-bulan-rejab/

Rencana : TuNgGu SeRu TaUbAt


Rencana Tunggu seru taubat - Syahidatu L Akma L Dunya

DALAM satu kisah teladan, Nabi Muhammad SAW ternampak Abu Mas’ud (bukan Ibnu Mas’ud) memukul hambanya yang melakukan kesalahan. Nabi SAW pun menegur, “Ya, Abu Mas’ud, sesungguhnya ALLAH SWT lebih memberi hukuman berbanding kamu”.

Mendengar kata-kata itu, Abu Mas’ud pun berasa bersalah lalu membebaskan hamba tersebut. Abu Mas’ud tidak cuba mencari alasan atau justifikasi untuk membela perbuatannya itu.

Kemudian Nabi SAW pun berkata jika dia tidak membebaskan hamba itu tadi, ada kemungkinan satu pintu neraka akan dibuka untuknya juga.

Oleh itu sebagai pengajaran kepada kita, jika tersilap atau melakukan dosa dengan manusia, segera minta maaf pada mereka. Kemudian, boleh dirikan solat sunat taubat sebagai penyempurna taubat.

Jika kesalahan pada ALLAH SWT, barulah kita solat sunat taubat kepada ALLAH SWT.

Segera bertaubat

Hari ini, berapa antara kita yang pernah melihat bahan pornografi, namun tidak pernah rasa malu atau menangis di hadapan ALLAH SWT. Hari ini berapa ramai juga daripada kita malu apabila membuat kemaksiatan dan kejahatan.

Marilah kita bersama muhasabah diri di mana kita tidak boleh meminta orang lain bertaubat bagi pihak kita, contohnya meminta bantuan ustaz atau alim ulama untuk memohon keampunan akibat kesilapan kita kepada ALLAH Taala.

“Oleh itu, bersegeralah kita semua dalam bertaubat sebagai mengikut teladan yang ditunjukkan pada sahabat Nabi SAW. ALLAH SWT berfirman dan menyatakan kepentingan untuk segera bertaubat: surah An-Nisa’, ayat 17

“Jika ada orang kafir yang tertarik dengan Islam, ketahuilah bahawa segala dosa yang kamu pernah lakukan akan diampunkan sebaik kamu memeluk Islam. Bayangkan betapa hebatnya ALLAH SWT, Dia Maha Pemberi Keampunan,”

Dewasa ini, ramai umat Islam yang bertindak seakan mempermainkan taubat. Bagi mereka taubat itu bila-bila masa sahaja atau dalam erti kata lain bertaubat apabila sampai seru.

Adakah apabila nyawa sudah sampai ke hujung tanduk baru kita terjaga lalu merintih meminta keampunan ALLAH SWT? Ketika itu segalanya sudah tidak berguna lagi. Teladanilah kisah Qarun dan usah biarkan diri kita menjadi sebahagian daripada mereka.

Dosa kecil usah dipandang ringan

Bertaubat perlu dilihat keadaannya, jika hubungan rapat tidak melibatkan perbuatan dosa kepada ALLAH SWT, tidak mengapa kerana akhlak baik adalah lebih utama daripada kata-kata yang baik.

“Jika begitu, dosa ini masuk dalam dosa kecil. Walaupun kecil, jangan dipandang enteng kerana kita perlu melihat kepada siapa dosa itu dilakukan (iaitu ALLAH SWT Yang Maha Besar).

“Dosa-dosa kecil akan terhapus dengan kita mendirikan solat lima waktu. Walaupun begitu, dalam bergaul kita perlu menjaga pandangan mata agar tidak menaikkan nafsu syahwat sepertimana firman ALLAH SWT yang mengarahkan supaya orang Mukmin menundukkan pandangan mata yakni menjaga daripada memandang sesuatu yang boleh menaikkan syahwat,”

Teladani kisah ini untuk mengetahui sama ada ia dikira bertaubat, jika kita beristighfar selepas melakukan kesalahan. Cuba lihat bagaimana kefahaman para sahabat. Dalam satu kisah disebutkan bahawa Saidina Abu Bakar lalu di hadapan tiga sahabat iaitu Bilal bin Rabah, Sulaiman dan Suhaib Ar-Rumi.

Tiga sahabat ini melihat Abu Suffian (yang belum memeluk Islam ketika itu dan menjadi ketua orang kafir) dan berkata, “Alangkah baiknya jika kami dapat meletak pedang di lebernya”.

Abu Bakar terdengar perkataan itu dan menegur kerana hari itu merupakan hari gencatan senjata, dan perkataan tersebut boleh menimbulkan provokasi.

Cerita itu sampai kepada Rasulullah SAW, dan Baginda berkata kepada Abu Bakar, “Abu Bakar, kamu mungkin telah menyebabkan sahabat kamu marah dan kamu telah menyebabkan Tuhan kamu marah kepada kamu”.

Mendengarkan itu, Abu Bakar segera pergi berjumpa sahabat yang tiga orang tadi dan memohon maaf daripada mereka. Dia bertanya jika perkataannya menyebabkan mereka marah kepadanya.

Daripada kisah ini dapat dipelajari bahawa sahabat tidak menunggu untuk berwuduk atau solat sebelum meminta maaf kepada orang yang disakiti atau diambil haknya itu.

Berazam tidak lakukan dosa

Ramai antara kita yang salah faham tentang konsep Taubat Nasuha. Dalam satu hadis, ada diceritakan kisah seorang yang bertaubat dan mengulangi kesalahannya sehingga tiga kali dan ALLAH SWT katakan buatlah apa yang kamu perlukan, Aku telah mengampunkan kamu.

Oleh itu, takut mengulangi dosa tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bertaubat. Kita mesti bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi dosa itu. Jika terulang juga kesalahan itu, bertaubatlah lagi.

“Sebagai contoh, si anak boleh bertaubat jika dosa ibu bapa melibatkan mengambil hak orang lain dengan memulangkan hak tersebut. Seterusnya, kita boleh bersedekah bagi pihak ibu bapa dengan harapan pahala itu akan dapat mengatasi dosa yang ibu bapa lakukan.

“Begitu juga, jika ibu bapa ada melakukan kesalahan kepada orang lain, sebagai anak, kita boleh pergi berjumpa dan meminta maaf bagi pihak ibu bapa kepada mereka yang pernah dizalimi.

Puasa yang ditinggalkan boleh diganti oleh anak dan dibayar dengan fidyah, tetapi solat yang ditinggalkan tidak boleh diganti oleh orang lain,” katanya.

http://epondok.wordpress.com/2013/05/20/rencana-tunggu-seru-taubat/

Sabtu, 18 Mei 2013

HATi LeBiH TeNaNg JIKA BeRjAyA TaHaN MaRaH, PeMaAF


Hati lebih tenang jika berjaya tahan marah, pemaaf

SESIAPA berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki supaya berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.

Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan diberi. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan Rasulullah SAW memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya.

Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.

Renungkan dalam hati adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk tindakan wajar dilakukan seterusnya.
Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani.

Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri untuk melakukan kebaikan. Bagi yang bersifat pemaaf, padanya tiada dalam hatinya tersimpan perasaan marah.

Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam.

Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya- Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain.

Sebaiknya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan orang alim supaya kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa, orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita.

Sesungguhnya kesalahan dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan kerana sifat Allah Maha Pengampun, tetapi kesalahan sesama manusia susah. Jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini.

http://pondokhabib.wordpress.com/2012/06/13/hati-lebih-tenang-jika-berjaya-tahan-marah-pemaaf/

AnGGoTa BADAN JaDi SaKsi di AkHiRaT

Anggota badan jadi saksi di akhirat
Oleh DR. MOHAMAD ZULKIFLI ALBAKRi

SELEPAS Allah menceritakan berkenaan dengan mukadimah sumpahan dengan kebesaran hari kiamat serta mengesahkan manusia dan sifat kejadiannya begitu juga peristiwa yang akan berlaku apabila kiamat, maka pada ayat seterusnya Allah masih lagi membicarakan berkenaan dengan suasana dan keadaan kiamat.

Firman Allah SWT: Pada hari itu manusia berkata: Ke mana tempat berlari? (al-Qiyamah: 10)

Al-Maraghi berkata: “Pada ketika itu manusia berkata sesama mereka dalam keadaan hairan dan bingung: Di manakah tempat untuk melarikan diri dari neraka Jahanam? Apakah ada tempat berlindung daripadanya?”

Ibnu Kathir berkata: ” Jika anak cucu Adam telah menyaksikan peristiwa yang mengerikan itu pada hari kiamat kelak, maka mereka hendak melarikan diri dan berkata: Ke mana tempat berlari? Yakni, adakah tempat untuk berlindung?”

Sayid Qutub berkata: “Di tengah-tengah ketakutan dan revolusi alam yang mengerikan ini, manusia tertanya-tanya di mana tempat lari dan pertanyaan ini membayangkan seolah-olah manusia ketika itu melihat ke segenap sudut dan arah, tiba-tiba didapatinya segala jalan di hadapannya tertutup.”

Dia benar-benar terkepung, tiada lagi jalan untuk mencari perlindungan dan keselamatan dan juga tiada lagi tempat untuk melarikan diri daripada azab Allah, daripada kekuasaan-Nya serta daripada kembali dan berlindung di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT: Sekali-kali tidak! tidak ada tempat berlindung!. Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali. (al-Qiyamah: 11-12)

Al-Maraghi berkata: “Tidak ada tempat yang dapat dijadikan sebagai perlindungan daripada azab Allah SWT. Tidak ada benteng, tidak ada gunung dan tidak ada senjata yang dapat melindungi kamu daripada seksaan-Nya.”

Kepada Tuhan sahaja tempat kamu kembali di dalam syurga atau neraka. Ia terserah kepada kemahuan-Nya. Sesiapa yang dikehendaki-Nya masuk syurga, akan masuk ke syurga begitu juga jika Dia menginginkan ke dalam neraka, maka nerakalah tempatnya.

Al-Suddi berkata: “Mereka apabila berasa takut di dunia, mereka berlindung di gunung-ganang. Allah pun berfirman kepada mereka yang bermaksud: Tidak ada tempat berlindung yang dapat melindungi kamu daripada Aku”.

Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Said bin Jubair dan lain-lain daripada ulama Salaf mengatakan: “Iaitu tidak ada keselamatan.”

Ibnu Kathir berkata: “Iaitu kamu semua tidak akan mendapatkan tempat untuk berlindung pada-Nya dan hanya kepada Allah SWT tempat kembali.”

Sayid Qutub berkata: “Keinginan manusia untuk terus melakukan maksiat dan kejahatan tanpa hisab dan balasan itu tidak akan berlaku lagi pada hari itu. Bahkan pada hari itu segala perbuatan yang telah mereka lakukan akan dihisab dan akan diingatkan oleh Allah SWT sekiranya dia lupa.”

Seterusnya akan menerima balasan yang wajar selepas ia mengingati kejahatannya dan melihat laporan amalannya terbentang di hadapannya.

Firman Allah SWT: Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. (al-Qiyamah: 13)

Sebenarnya ayat ini ditafsirkan dengan banyak pendapat, antaranya:

l Akan diberitakan seluruh amalannya dari awal hingga akhirnya seperti pendapat Mujahid. Al-Maraghi berkata: “Ketika dihadapkan, dihisab dan ditimbang amal perbuatannya, manusia diberitahu semua perbuatannya yang dahulu dan yang kemudian, awal dan akhir, besar dan kecil.”

l Al-Qusyairi berkata: “Pemberitahuan ini adalah pada hari Kiamat, iaitu ketika amal perbuatan ditimbang.”

l Dengan apa yang terdahulu daripada kejahatan dan yang akhir daripada kebaikan seperti pendapat Ikrimah.

l Dengan apa yang dilakukan pada awalnya yang fardu dan yang akhirnya dengan fardu juga seperti pendapat ad-Dahak.

l Dengan apa yang dilakukan pada awalnya daripada maksiat dan pada akhirnya dengan ketaatan.

l Dengan apa yang mereka kemukakan daripada hartanya yang akhirnya ditinggalkan untuk warisnya, inilah pendapat Zaid bin Aslam.

l Ibnu Kathir berkata: “Maksudnya, Allah SWT memberitahu tentang seluruh amal perbuatannya, sama ada yang lama mahupun yang baru, yang pertama mahupun yang terakhir, yang kecil mahupun yang besar dan demikian yang seterusnya.”

Sayid Qutub berkata: “Manusia akan diberitahu tentang segala amalan yang telah dilakukannya sebelum ia mati termasuklah kesan-kesan daripada amalan dan perbuatannya sama ada baik ataupun buruk.”

Kesan-kesan daripada segala amalan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang akan ditokok tambah kepada kumpulan amalannya dalam kiraan terakhir.

http://pondokhabib.wordpress.com/2012/06/07/anggota-badan-jadi-saksi-di-akhirat/

Hukum doa sesudah al-Fatihah dan sebelum Amin


Hukum doa sesudah al-Fatihah dan sebelum Amin

Soalan:
Apakah warid bacaan (رب اغفر لي) selepas selesai membaca al-Fatihah di dalam solat? Ada orang yang mengatakan amalan tersebut tidak warid.

Jawapan:
Memang saya ada mendengar seorang ustaz menafikan perkara tersebut di kaca tv. Jika beliau mengatakan tidak tahu, itu lebih baik.

Sebagai dalilnya, diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir(107) dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra (2551) dari Wa’il bin Hujr RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW ketika membaca:
(غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ)
baginda  menyebut selepasnya: (ربِّ اغفرْ لي، آمين).

Menurut al-Haythami dalam Majma‘ al-Zawa’id (2/ 113): “Terdapat pada sanadnya Ahmad bin ‘Abd al-Jabbar al-‘Utaridi, dan beliau dithiqahkan oleh al-Daraqutni, serta dipuji oleh Abu Kuraib, manakala sekumpulan ulama lain mendaifkannya. Kata Ibn ‘Adi: Aku tidak melihat satu hadis munkar pun baginya”.

Imam Ibn al-Jazari (w. 833H) telah mencatatkannya dalam kitab al-Hisn al-Hasin sebagai amalan sunnah. Dalam mensyarahkan amalan tersebut di dalam Tuhfah al-Zakirin, al-Syawkani (w. 1250H) turut mengiyakannya sahaja.

Al-‘Allamah Ibn Hajar al-Haytami (w. 974H) dalam Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj mengisyaratkan hadis ini sebagai hasan. Diikuti oleh Al-‘Allamah al-Ramli (w. 1004H) dalam Nihayah al-Muhtaj, dan beliau menambah:
وَيَنْبَغِي أَنَّهُ لَوْ زَادَ عَلَى ذَلِكَ “وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ” لَمْ يَضُرَّ أَيْضًا

Terjemahan:
“Dan sewajarnya jika ia menambah ke atas lafaz tadi (وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ) tidak memberi mudarat juga”.
Tambahan tersebut barangkali di atas alasan bahawa terdapat banyak dalil kita dituntut memohon doa kepada orang lain juga, terutama ibu bapa.

Amalan ini telah diakui oleh ramai fuqaha’ Syafi‘iyyah sesudah itu, seperti Al-‘Allamah ‘Ali al-Syabramallisi (w. 1087H), Al-‘Allamah Sulaiman al-Jamal (w. 1204H) dalam Hasyiah ‘ala Syarh Manhaj al-Tullab, Al-‘Allamah Sulaiman al-Bujairimi (w. 1221H) dalam Hasyiah ‘ala al-Minhaj, Al-‘Allamah ‘Abd al-Hamid al-Syirwani dalam Hasyiah ‘ala Tuhfah al-Muhtaj, Al-‘Allamah Sa‘id Ba-‘isyn (w. 1270H) dalam Syarah al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah, Al-‘Allamah Abu Bakr Syata al-Dimyati dalam I‘anah al-Talibin, dan lain-lain.

Demikian penjelasan mengenainya. Sebagaimana yang dilihat, kesemua mereka yang tersebut di atas adalah alim ulama besar. Jika ada yang mengatakan hadis tersebut daif sekalipun, maka pendapatnya itu tidak sepatutnya menjadi ‘tunggangan’ untuk membidaahkan orang lain kerana dalam masalah doa ini pintunya agak luas. Hadis berkenaan adalah hujah bagi mereka yang menyabitkannya.

Wallahu a‘lam.

http://pondokhabib.wordpress.com/2012/06/07/hukum-doa-sesudah-al-fatihah-dan-sebelum-amin/

Adakah Mi’raj RasuluLLah Menunjukkan Allah Ta’ala di Langit ?


Adakah Mi’raj RasuluLLah Menunjukkan Allah Ta’ala di Langit ?
Oleh : Thoriq

Mi’raj Rasul Tidak Menunjukkan Allah Ta’ala di Langit

Sebagian pihak yang berkeyakinan bathil bahwa Allah berada di langit berpedoman kepada hadits yang menjelaskan mi’raj Rasulullah Shallallahu Alahai Wasallam. Bagaimana para ulama menjelaskan masalah itu?

Sebelum masuk ke pembahasan ini, perlu diketahui juga bahwa mereka yang berkeyakinan bahwa Allah Ta’ala berada di langit didasari oleh keyakinan bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam di saat mi’raj menyaksikan dzat Allah dengan mata. Jika demikian, dasar yang dijadikan pijakan sudah rapuh sejak awal, karena para ulama bahkan sahabat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam sudah berbeda pendapat dalam masalah ini. Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhu yang berpandangan bahwa Rasulullah Shallallallahu Alaihi Wasallam menyaksikan secara kasat mata, sedangkan sahabat lainnya seperti Ibnu Mas’ud Radhiyallahu Anhu dan Aisyah Radhiyallahu Anha menolak padangan itu, hingga beliau menyampaikan,”Barang siapa mengira bahwa Muhammad menyaksikan Rabb-Nya maka ia telah berbohong.” Sedangkan sejumlah muhaqiqin memilih tawaquf dalam masalah ini. (lihat, Nur Ad Dzalam, hal. 66-67)

Rapuh karena menyandarkan sebuah kayakinan dari perkara yang diperselisihkan, bahkan oleh para sahabat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.
Jika seaindanya pihak yang berpandangan bahwa Allah bertempat di langit masih memaksakan diri dengan pendapat bahwa Rasulullah Shallallahu Alalihi Wasalam menyaksikan Allah dengan mata, hak itu juga tidak mampu “menolong” kayakinannya karena para ulama menjelaskan bahwa penglihatan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam adalah penglihatan yang pantas bagi kebesaran Allah Ta’ala. (lihat, Nur Ad Dzalam, hal. 66)

Sedangkan penilaian bahwa Allah berada di sebuah tempat adalah pandangan yang tidak pantas bagi kebesaran Allah Ta’ala dimana hal itu termasuk penyerupaan terhadap benda yang terikat dengan tempat. Sebab itulah para ulama yang mengambil pendapat bahwa  Rasulullah Shallallahu Alalihi Wasallam menyaksikan Allah menjelaskan. Al Allamah Ahmad Al Marzuki Al Makki Al Maliki telah menyampaikan dalam nadzam akidah beliau yang cukup terkenal yakni Aqidah Al Awwam:

Artinya: Dan setelah (Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam) isra’ naik ke langit. Hingga melihat Rabb berfirman. Tanpa kaif dan tanpa terlingkupi dan diwajibkan. Bagi beliau (Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam) 5 setelah 50 kewajiban (shalat). (lihat, Aqidah Al Awwam dan Syarhnya Nur Adz Dzalam, hal. 63)

Pernyataan bahwa Allah berada di langit sama dengan menyatakan bahwa Allah terlingkupi oleh langit. Allah Ta’ala tidak mungkin terlingkupi oleh makhluk-Nya termasuk langit atau yang lain karena melingkupi adalah pembatasan. Bagaimana Allah bisa terbatasi oleh makhluk? Dan hal itu juga merupakan penyerupaan dzat Allah dengan benda yang selalu terikat dengan tempat.
Mungkin saja pihak yang berkeyakinan bahwa Allah Ta’ala berada di langit berargumen bahwa mereka juga bisa memperoleh pijakan dari peristiwa dimana Allah memerintahkan wajibnya shalat langsung kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, bahwa Allah berada di langit maski Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam tidak menyaksikan dzat Allah.

Dalam hal ini, Al Allamah Nawawi Al Bantani Sayyid Ulama Hijaz telah menjelaskan masalah ini. Beliau menyampaikan,”Sayyiduna Rasulullah juga telah mendengar kalam Allah yang qadim pada malam isra’. Dan Allah tidak berada dalam satu tempat atau arah namun tempat bagi yang menyimak.” (Nur Ad Dzalam, hal. 17)

Demikian munajat Rasulullah Shallallahu Alalihi Wasallam di Sidratul Muntaha tidak melazimkan bahwa Allah berada di tempat itu.  Syeikh Umar Abdullah Kamil salah satu ulama Al Azhar menjelaskan bahwa munajat itu tidak terikat dengan tempat. Maka munajat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam di Sidratul Muntaha sama dengan munajat Musa Alaihissalam di bukit Thur yang juga sama dengan munajat Yunus Alaihissalam di perut ikan khut. (lihat, Syarh Arkan Al Iman li Al Ummah Al Islam min Aqidati Al Awwam, hal. 29)

Walhasil peristiwa mi’raj Rasulullah tidak menunjukkan bahwa Allah berada di langit, namun menunjukkan bahwa Rasulullah bermunajat di Sidratul Muntaha dan hal itu tidak berkonsekwensi Allah berada di tempat yang sama, sebagaimana munajat Musa Alaihissalam di bukit Thur juga tidak berkonsekwensi bahwa Allah berada di bukit tersebut, demikian juga munajat Yunus Alaihissalam di perut ikan khut tidak berkonsekwensi Allah berada di tempat itu.
Demikianlah penjelasan para ulama dalam masalah ini. Semoga kita terhindar dari keyakinan yang mengakibatkan penyerupaan dzat Allah dan sifat-Nya terhadap makhluk.

Rujukan:
1. Nur Ad Dzalam Syarh Mandzumah Aqidah Al Awwam oleh Al Allamah Sayyid Ulama Hijaz Nawawi Al Bantani, cet. 1 (1429 H), Dar Al Kutub Al Islamiyah, Jakarta.
2. Syarh Arkan Al Iman li Al Ummah Al Islam min Aqidati Al Awwam, dipublikasikan oleh okamel.com, situs resmi Syeikh Umar Abdullah Kamil.
Sumber : http://almanar.wordpress.com/2012/05/24/miraj-rasul-tidak-menunjukkan-allah-taala-di-langit-15/

Rabu, 15 Mei 2013

Mutiara kata Islam : 30 Pesanan Imam Syafie

Mutiara kata Islam : 30 Pesanan Imam Syafie Untuk Di jadikan Pegangan

Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd. Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.

Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."

Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."

30 PESANAN IMAM SYAFIE
  • Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  • Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  • Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  • Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.

Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

  • Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

  • Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

  • Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

  • Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

  • Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

  • Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

  • Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

  • Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

  • Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

  • Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Semoga bermanfaat.

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

http://akuhamba-allah.blogspot.com/2011/02/30-pesanan-imam-syafie.html

Orang Perempuan Kurang Riwayat Hadis?

Orang Perempuan Kurang Riwayat Hadis?
Editor: Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta’ala 


Wanita dan Periwayatan Hadis


Oleh kerana tidak berapa ramai penyertaan kaum wanita dalam majlis daurah periwayatan hadis ini, maka suka saya nak berkongsi di sini tentang penglibatan kaum wanita dalam bidang periwayatan hadis di kalangan alim ulama kita terdahulu. Moga-moga dapat memberi sedikit motivasi kepada kaum wanita untuk bersama-sama mengikuti majlis-majlis periwayatan hadis (kalau tak @ belum disibukkan oleh suami dan anak).
Yang konsisten mengikuti tu, saya ucapkan syabas!..

Meskipun penglibatan dalam bidang periwayatan hadis ini kebanyakannya dimonopoli oleh orang lelaki kerana tradisi dan naturenya begitu. Namun, tidak bermakna seolah-olah ada sekatan khusus bagi kaum wanita dari melibatkan diri.

Perlu diingat, antara tujuh perawi hadis yang paling banyak meriwayatkan hadis di kalangan sahabat Nabi SAW ialah Umm al-Mu’mininSayyidatuna ‘A’isyah RA. Beliau telah mempelajari banyak ilmu dari baginda SAW. Dan sesudah baginda wafat, beliau tidak lokek untuk meriwayatkan hadis-hadis Nabi SAW kepada orang yang datang kepadanya menuntut ilmu. Maka, banyak ilmu yang ditimba oleh para sahabat dan para tabiin daripada beliau.

Jika kita menelusuri sejarah imam-imam terkenal dahulu, kita akan dapati bahawa bukan semua guru-guru mereka adalah lelaki. Selain kaum lelaki, ramai di antara mereka turut meriwayatkan hadis atau menimba ilmu dari kaum wanita juga. Misalnya, Imam al-Syafi‘i, antara guru beliau ialahSayyidah Nafisah, tokoh wanita Ahlul Bait yang masyhur makamnya di Mesir. Beliau menghafaz al-Quran dan banyak meriwayatkan hadis-hadis.

Al-Khatib al-Baghdadi, pengarang Tarikh Baghdad dan alim hadis tersohor, telah meriwayatkan kitab Sahih al-Bukhari dari gurunya,Syeikhah Karimah binti Ahmad al-Marwaziyyah, di mana beliau telah membaca Sahih al-Bukhari di hadapannya selama lima hari sahaja di Makkah. Iaitu suatu tempoh yang jarang dapat dilakukan melainkan dengan aturan waktu yang benar-benar ketat dan padat!

Bukan saja al-Khatib al-Baghdadi, bahkan ramai ahli hadis di zamannya yang datang berpusu-pusu kepada Syeikhah Karimah kerana ingin meriwayatkan Sahih al-Bukhari dari beliau. Syeikhah Karimah meninggal dunia dalam usia kira-kira 100 tahun dan tidak pernah berkahwin!

Al-Hafiz Abu ‘Amr Muslim al-Azdi telah meriwayatkan hadis dari 70 orang wanita. Begitu juga al-Hafiz Abu al-Walid Hisyam al-Bahili. Manakala al-Hafiz Abu ‘Abdillah Muhammad Ibn al-Najjar pula telah merekodkan seramai 400 orang wanita dalam senarai guru-gurunya!

Antara tokoh wanita dalam bidang periwayatan hadis ialah Syuhdah binti Abi Nasr Ahmad al-Ibriyyah (w. 549H). Oleh kerana beliau banyak meriwayatkan hadis, maka ramailah orang di zamannya yang datang untuk mendengar hadis daripada beliau pula.

Syeikhah Maryam binti ‘Abd al-Rahman(w. 758H) antara tokoh-tokoh wanita yang alim dengan hadis sehinggakan al-Hafiz Ibn Hajar, pengarang Fath al-Bari, telah menghimpunkan di dalam sebuah kitab seramai 283 orang guru beliau, sama ada lelaki dan wanita yang ada meriwayatkan hadis yang diberi judul: Mu‘jam al-Syaykhah Maryam.

Perlu diperhatikan, bahawa mereka ini bukan saja mendengar sebutir dua hadis lalu meriwayatkannya. Tetapi sebutir dua kitab hadis yang mengandungi ribuan, malah puluhan ribu buah hadis di dalamnya. Cuba lihat misalnya;

 ‘Atikah binti Abi al-‘Ala’ al-Hasan al-‘Attar (w. 609H) meriwayatkan kitab Sunan Abi Dawud yang mengandungi kira-kira 5,274 buah hadis dan kitab Makarim al-Akhlaq oleh Ibn Lal.

‘Afifah binti Ahmad al-Asbahaniyyah (w. 606H) meriwayatkan al-Mu‘jam al-Kabir dan al-Mu‘jam al-Saghir kedua-duanya oleh al-Tabarani serta kitab al-Fitan oleh Nu‘aym bin Hammad. Kitab-kitab ini semua didengari dari Syeikhah Fatimah binti ‘Abdullah al-Juzadaniyyah. Perlu diketahui, kitab al-Mu‘jam al-Kabir dikatakan mengandungi lebih kurang 60,000 buah hadis!

Zaynab bin Abd al-Rahman (w. 615H) meriwayatkan Sahih al-Bukhariyang mengandungi kira-kira 7,397 buah hadis dan menerima ijazah sanad dari ramai orang syeikh.

Dan sebagainya. Sangat ramai untuk disenaraikan kesemua mereka.

Bagi merakamkan peranan dan sumbangan wanita dalam bidang periwayatan hadis ini, beberapa buah buku telah disusun oleh para sarjana kini. Antaranya;

1-       جهود المرأة في رواية الحديث القرن الثامن الهجريoleh Dr. Ṣāliḥ Yūsuf Maʻtūq, khusus tentang sumbangan wanita dalam periwayatan hadis di kurun ke-8 hijrah.

2-      صفحات مشرقة من عناية المرأة بصحيح الإمام البخاري oleh Dr. Muhammad bin ‘Azzuz, khusus tentang perhatian wanita terhadap kitab Sahih al-Bukhari.

3-      جهود المرأة الدمشقية في رواية الحديث الشريف juga oleh Dr. Muhammad bin ‘Azzuz, khusus tentang sumbangan wanita kota Dimasyq dalam periwayatan hadis.

4-      دور المرأة في خدمة الحديث في القرون الثلاثة الأولى oleh Amal Qirdasy binti al-Husayn, tentang peranan wanita dalam periwayatan hadis di tiga kurun pertama hijrah.

5-     Dan lain-lain.
Prof. Dr. Muhammad Akram al-Nadwi pula telah berjaya merekodkan seramai lebih 8,000 biografi perawi wanita di dalam kitabnya al-Wafa’ bi Asma’ al-Nisa’ yang setebal 40 jilid!
Justeru, anda di mana?..

http://pondokhabib.wordpress.com/2012/05/24/orang-perempuan-kurang-riwayat-hadis/

Berkata Kotor, Memaki dan Lidah Yang Cabul

Berkata kotor, memaki dan lidah yang cabul
Posted by akarimomar 

Sifat-sifat berkata kotor, memaki dan lidah yang cabul  juga amat dilarang oleh agama, dan ia dikira antara sifat-sifat yang tercela yang bersumber dari kejahatan dan kedurjanaan.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Waspadalah kamu dari kata-kata yang kotor, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala tiada suka kepada kata-kata yang kotor dan perilaku yang cabul.”

Rasulullah s.a.w. pernah melarang para sahabatnya supaya jangan memaki kaum Musyrikin yang terbunuh di dalam peperangan Badar, sabdanya: Janganlah kamu memaki-maki mereka itu, yakni orang-orang Musyrikin yang terbunuh di dalam peperangan Badar itu, sebab caci-makimu itu tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada mereka, malah sebaliknya kamu akan menyakiti hati orang-orang yang masih hidup (dari keluarga si mati itu). Ketahuilah bahawasanya kata-kata yang kotor itu adalah suatu kejahatan.

Sabdanya lagi dalam sebuah Hadis:
“Bukanlah seorang Mu’min itu yang jadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina.”

Lagi sabdanya:
“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bercakap kotor, berlaku cabul, suka berteriak-teriak dalam pasar.”

Batasan bercakap kotor itu, memadailah dengan membicarakan sesuatu perkara dengan menggunakan ibarat-ibarat yang buruk yang tak senang didengar oleh telinga. Hal-hal serupa ini sering berlaku sekitar membicarakan tentang persoalan-persoalan seks dan liku-likunya. Ibarat-ibarat yang keji itu sering menjadi permainan di mulut orang-orang yang memang buruk kelakuannya, yang biasa diperbualkan antara sesama mereka. Manakala orang-orang yang baik perilakunya sentiasa menjaga diri dari menyebut kata-kata yang kotor serupa itu.

Andaikata perlu disebutkan juga, maka mereka tidak pernah menyebutnya secara terang-terangan, malah mereka menggunakan kata-kata sindiran atau kata-kata semakna dengannya saja.

Berkata Ibnu Abbas r.a.: Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Hidup, Maha Mulia dan Maha Pemaaf. Digunakan maksud persetubuhan itu dengan perkataan bersentuh kulit.

Maka perkataan-perkataan seperti masis atau mas (menyentuh), dukhul (masuk) adalah kata-kata yang dipakai untuk maksud bersetubuh atau berjimak. Ini semua untuk menjaga bahawa kata-kata yang dipakai dalam al-Quran itu jangan ada yang berbau kotor.

Di sana ada banyak lagi ibarat-ibarat yang kotor, yang tidak layak disebutkan disini, kebanyakan daripadanya digunakan dalam caci-maki, ataupun untuk menunjukkan tanda tidak senang kepada orang yang dilemparkan kata-kata itu. Apabila orang itu merasa malu jika kata-kata seperti itu dilemparkan kepadanya, maka janganlah hendaknya ia berani menyebutnya secara terang-terangan kepada orang lain. Sebab semuanya itu merupakan perkara-perkara yang keji yang harus dijauhi.

Dan punca dari segala kelakuan ini, sama ada bertujuan untuk menyakiti orang lain, ataupun tersebab oleh kebiasaan yang dihasilkan oleh percampurgaulan yang tak sihat dengan orang-orang yang buruk akhlak dan kelakuannya, yang sudah sememang menjadi tabiat mereka suka mencaci-maki dan berbuat pekerjaan-pekerjaan yang keji.

Sekali Peristiwa datang seorang Arab dusun kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: Wahai Rasulullah! Berikanlah aku suatu wasiat! Maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda:

“Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah. Kemudian sekiranya ada orang yang memalukan engkau lantaran sesuatu keaiban yang diketahuinya ada padamu, maka janganlah hendaknya engkau membalasnya dengan memalukannya lantaran sesuatui keaibannya yang engkau mengetahui pula, kelak bencananya akan tertimpa atas orang itu, manakala pahalanya pula akan dicatitkan bagimu. Juga jangan sekali-kali memaki sesuatu.”

Setelah mendengar wasiat Rasulullah s.a.w., maka orang dusun itu pun berkata pula: Sesudah itu saya tak pernah memaki-maki lagi.

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Pencacian seseorang Mu’min adalah fasik (perkara jahat) dan pembunuhnya adalah kekufuran.”

Lagi sabdanya:
“Orang yang memaki kedua ibu bapanya adalah terlaknat.”

Dan pada riwayat yang lain:
“Seberat-berat dosa besar, ialah bila seseorang itu memaki-maki kedua ibu bapanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah seseorang itu akan memaki-maki kedua ibu bapanya? Jawab Rasulullah s.a.w.: Bila seseorang memaki-maki bapa orang lain, maka orang itu akan membalas memaki-maki bapanya pula.”

http://pondokhabib.wordpress.com/2012/05/24/berkata-kotor-memaki-dan-lidah-yang-cabul/

Hidup Berkat, Terselamat Daripada Api Neraka Dengan Bersedekah

Hidup berkat, terselamat daripada api neraka dengan bersedekah

UMAT Muhammad SAW diberi kemuliaan dan pahala besar atas perbuatan sedekah oleh Allah SWT. Malah, amalan sedekah mempunyai rahsianya tersendiri antaranya sedekah dapat menambah umur seseorang, dapat menghilangkan akhlak buruk serta menjaga seseorang daripada kefakiran.

Diriwayatkan dari ‘Amr bin ‘Auf bahawa dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya sedekah seorang muslim dapat menambah umur(nya), dapat mencegahnya dari kematian yang tidak baik, dan dengannya Allah akan menghilangkan sifat sombong , kefakiran dan sifat berbangga hati.”
Ungkapan ‘dapat menambah umur’ membawa maksud sedekah dapat menyebabkan seseorang mendapat keberkatan dalam umurnya iaitu dengan menghabiskan umurnya melakukan perbuatan salih (baik) walaupun dalam waktu sedikit.
Diriwayatkan dari ‘Amr bin ‘Auf bahawa dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya sedekah seorang muslim dapat menambah umur(nya), dapat mencegahnya dari kematian yang tidak baik, dan dengannya Allah akan menghilangkan sifat sombong , kefakiran dan sifat berbangga hati.”
Sedekah juga dapat menjadikan harta seseorang semakin bertambah dan diberkati Allah SWT serta dapat menjauhkannya daripada hal yang dapat merosakkan. Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangi (sedikit pun) dari harta (seseorang).”

Maksudnya, meskipun nampak terjadi pengurangan dalam jumlah harta dikeluarkan, akan tetapi pada hakikatnya pengurangan itu akan tertutup dengan keberkatan yang bersifat tersembunyi dan pahala yang dijanjikan Allah SWT.

Sedekah juga dapat menjadi penyelamat seseorang daripada api neraka, kerana itu jagalah kalian daripada api neraka meskipun dengan menafkahkan sepotong (separuh) kurma.

Diriwayatkan daripada ‘Adiy bin Hatim, bahawa di berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jagalah diri kalian dari api neraka meskipun dengan (menafkahkan) sepotong kurma.”


http://pondokhabib.wordpress.com/2012/05/23/hidup-berkat-terselamat-daripada-api-neraka-dengan-bersedekah/

Peranan ibu dalam melahirkan anak soleh

Peranan ibu dalam melahirkan anak soleh
Oleh Mohd Fadly Samsudin

PALING AKRAB…ibu perlu melayan segala kerenah anak yang sedang melalui zaman peralihan hidup.

MARTABAT ibu lebih tinggi daripada bapa kerana hubungannya dengan anak lebih hampir kerana merekalah yang mengandung, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak.

Dengan kehadiran cahaya mata menjadikan tanggungjawab ibu semakin berat kerana perlu menggalas beberapa tugas dalam satu masa.

Ibu pastinya sentiasa meletakkan kepentingan anak dan keluarga melebihi dirinya. Sebab itu martabat ibu terletak pada kedudukan kedua tertinggi selepas mentaati Allah.

Perkara itu berdasarkan ‘tartibul kalimat’ iaitu susunan keutamaan seperti ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam Surah al-Israa’ ayat 23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”

Imam Bukhari meriwayatkan kisah daripada Said bin Abi Burdah mengenai seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya.

Selesai tawaf, beliau bertanya Ibnu Umar: “Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini dapat membalas jasa bakti ibuku?” Jawab Ibnu Umar: “Tidak, apa yang kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.”

Martabat tinggi itu adalah berdasarkan peranan terbesar ibu mengandungkan anaknya yang tidak mampu dipikul seorang lelaki pun.

Apabila lahirnya anak ke dunia ini, ibu sebenarnya sudah diangkat menjadi pendakwah di dalam keluarga. Tugas yang perlu mereka laksanakan antaranya bertanggungjawab mendidik serta menerapkan akhlak terpuji kepada anak.

Maka, setiap ibu tidak terlepas daripada memikul tanggungjawab sebagai pendakwah. Sejak dari dalam kandungan lagi, ibu adalah guru dan sekolah pertama bagi anak.

Agenda utama dakwah ialah membina peribadi Muslim yang sempurna dan mantap.

Peranan ibu sebagai pendakwah di sini ialah dalam konteks melayan kerenah anak yang sedang melalui zaman peralihan hidup.

Ibu perlu memahami cabaran persekitaran dalam proses pembentukan anaknya.

Mereka perlu mempelajari teknik pembangunan anak seperti mengawal emosi, kaunseling, teknik membimbing anak bermasalah dan juga teknik memuji sebagai penghargaan.

Setiap kesilapan dan kesalahan yang dilakukan perlu diperbetulkan secara bijaksana. Cara menegur dengan leteran, menengking, marah atau ugutan amat tidak bersesuaian kerana ia akan menerbitkan perasaan dendam, sedih, malu dan memberi tekanan kepada anak.

Perunding motivasi syariah, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi berkata, Imam Malik pernah ditanya bagaimanakah beliau memperoleh anak alim dan soleh mosleh.

“Jawapan beliau, aku pilih ibunya. Kisah ini bermaksud pendakwah yang disegani dalam skop perbincangan wanita bermula dari peringkat awal lagi iaitu pemilihan bakal isteri.

“Dari aspek pemilihan bakal isteri, nabi junjungan menyarankan kita memilih yang beragama. Seorang penyair Arab berkata, sang ibu itu samalah dengan sekolah, jika anda pandai menyesuaikannya… samalah seperti anda membangunkan suatu umat yang baik keturunannya… Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi pentingnya peranan kedua ibu bapa dalam mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna.

“Ibu adalah murabbi (pendidik). Betapa bahagianya ibu bapa dapat diumpamakan seperti, mereka dapat melihat buah (hasil) bahkan dapat juga berlindung di bawah pohon yang mereka tanam dahulu.

“Itulah ‘seni’ mendidik anak; perlu secara halus, dalam lembut ada tegasnya, dalam semangat ada berkat,”katanya.

Beliau berkata, ulama tersohor Abdullah Naseh Ulwan dalam kitabnya Tarbiyatul Aulad menggariskan lima panduan dalam kaedah mendidik anak serta mengekalkan disiplinnya.

“Pertama, menunjukkan contoh teladan iaitu mengambil Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan.

“Kita pernah mendengar orang tua kata, anak adalah cermin ibu bapanya. Kalaulah ibu atau ayahnya seorang yang baik sudah pasti anaknya juga begitu.

“Kedua, memastikan disiplin anak dengan cara kebiasaannya. Pujangga Arab berkata, sesiapa yang terdidik dari kecilnya maka akan terbiasa sehingga dewasa.

“Bahkan imam Ghazali menyatakan, akhlak adalah perbuatan yang tidak perlu kepada berfikir dahulu, iaitu tindakan terus akibat menjadikan perbuatan itu adat kebiasaannya.

“Ketiga, menggunakan nasihat dan bimbingan. Anak mana yang sentiasa berdisiplin dan dengar kata. Sudah pasti ada kenakalan atau ragam mereka yang perlu kita tegur.

“Ini selaras dengan dasar pendidikan agama iaitu, nasihat. Bukan sekadar ibu bapa perlu menasihatkan anak, malah ibu bapa wajar meminta pandangan dan nasihat dari anak mereka.

“Keempat, pendidikan berterusan dengan pemerhatian serta pengawasan ibu bapa.

Apabila anak meningkat remaja ibu bapa perlu mengawasi anak daripada berbuat perkara yang menyalahi agama.

“Kelima, disiplinkan anak dengan denda dan hukuman. Ia bukan bersifat menghukum tetapi lebih kepada mendidik agar mereka mematuhi konsep tarbiah.

“Ajar anak dengan contoh persekitaran mereka seperti pencuri akan ditangkap polis dan dihukum. Ini satu bentuk gambaran kepada keterbatasan tindak tanduk anak, iaitu mereka boleh bergembira tetapi ada batasannya,” katanya.

Menurutnya, seorang ibu wajar berniat, aku adalah ibu yang terbaik kepada anakku dan isteri solehah kepada suamiku.

“Niat ini bukan saja doa malah menjadi ingatan kepada diri supaya tahu matlamat diri sendiri. Dalam Islam, tidak menjadi kesalahan bagi seorang ibu untuk bekerja.

“Malah, isteri yang reda dan ikhlas dalam bekerja bagi membantu suaminya mencari nafkah akan memperoleh ganjaran seumpama berjihad.

“Pepatah barat ada menyatakan, “you win some, you loose some”. Tiada kemenangan kepada kedua-duanya tetapi keseimbangan dalam pembahagian masa dan perhatian diperlukan dalam menangani konflik seperti ini.

“Tiada gunanya hebat dalam kerjaya tetapi membiarkan anak gersang kasih sayang.

Apabila rumah kosong dengan kasih sayang, mereka akan mencari kasih sayang di luar,” katanya.

Katanya, ibu sebagai pendidik dalam keluarga perlu membiasakan diri dengan sikap sentiasa mahu belajar.

“Jangan malu bertanya. Tambah ilmu serta bertukar pandangan dengan alim ulama atau menghadiri kursus keibubapaan bagi menajamkan kemahiran mendidik anak generasi kini.

“Kita perlu menambah maklumat yang boleh digunakan dalam mendidik anak bagi menjauhkan mereka daripada anasir negatif.

“Jangan sampai tersedar selepas anak disahkan menagih dadah, mengandungkan anak luar nikah atau ditangkap polis kerana melakukan jenayah.

“Peranan ibu bukan sekadar melahirkan malah mendidik dengan penuh keikhlasan supaya anak menjadi sebutir mutiara di celahan deraian kaca,” katanya.

http://pondokhabib.wordpress.com/2012/05/07/tafsir-surah-al-baqarah-ayat-248-dalil-tawasul-bani-israel-bertawasul-dgn-tabut/

Isnin, 6 Mei 2013

RENUNGAN WAHAI DIRI



belum pun bergelar
kata bicaranya seakan halilintar
culas pedih mengiris hati telinga mendengar
patah patah bicara asyik menyalah menyalahkan
sehingga tiada siapa pun yang benar
sehingga tiada siapa pun yang jujur
selain diri yang bicara

Mengapakah demikian wahai diri?
Apakah …………..
kerana sangsi tinggi berpanjangan
kerana syak benci menyelimuti hati
kerana titik hitam tak dicuci
kerana aku sahaja jagoan
“aku saja yang bersih dan lurus !
“aku saja yang bijak dan terurus !

Wahai diri

jika pun terkhilap saudara sebelah kita..jiran atau tetangga
sahabat rakan kawan sama bumbung kerja
atau warga di sama bumbung Negara

sedarlah akan hakikat…
bahawa
itulah antara sifat manusia...manusia yang sering terkhilaf tersalah
manusia yang bukan maksum setara nabi dan rasul
tetapi manusia yang sering terlajak terlanjur

usahlah……
terlalu bangga melihat diri yang dirasa suci dan mulia
memandang diri tiada salah dan cela
membanding diri dengan siapa-siapa yang dirasa mereka kelabu dan hitam
merasa diri terlalu jauh berbanding mereka

jikapun benar kau rasa diri dalam jalan yang lurus
jikapun benar kau rasa diri dalam lingkungan redha-Nya
BERSYUKURlah kepada-Nya
Bukan berbangga mendabik dada
Mengaku itu semua adalah kuasa dan ikhtiarmu

Sentiasa ingatlah wahai diri!
Sedangkan siabid alim bisa bertukar menjadi sebalik
sijahat maksiat bisa bertukar menjadi siabid alim

kerana itu semua adalah mudah bagi Tuhan
membolakbalik hati kita ...manusia
menukar ganti sesuka ingin-Nya

Maka dengan itu
sentiasalah berbaik sangka kepada Tuhan
sentiasa berbaik sangka sesama insan
berbaik sangka terhadap semua makhluk-Nya

bukan tugas kita untuk menghukum
bukan tugas kita untuk mengadili

kita diseru untuk memberi ingat
diseru kita untuk memanjat doa

“Bukan melihat di mana kamu bermula…
Tetapi lihatlah di mana dan bagaimana kamu berakhir !”

wahai kita
hidup ini terlalu amat singkat untuk bermusuh
apa lagi mencipta seteru

tinggalkanlah sangkaan-sangkaan itu
yang hanya menjadikan diri keliru
yang hanya membuat hidup ini bercelaru

ingatlah
kita semua akan kembali kepada-Nya
membawa apa sahaja amal kelaku di atas bumi
balik ke perkampungan asal abadi .

daridalamaku
25jamadilAkhir 1434H/ 6Mei2013.