Rabu, 22 Mei 2013

Rencana : TuNgGu SeRu TaUbAt


Rencana Tunggu seru taubat - Syahidatu L Akma L Dunya

DALAM satu kisah teladan, Nabi Muhammad SAW ternampak Abu Mas’ud (bukan Ibnu Mas’ud) memukul hambanya yang melakukan kesalahan. Nabi SAW pun menegur, “Ya, Abu Mas’ud, sesungguhnya ALLAH SWT lebih memberi hukuman berbanding kamu”.

Mendengar kata-kata itu, Abu Mas’ud pun berasa bersalah lalu membebaskan hamba tersebut. Abu Mas’ud tidak cuba mencari alasan atau justifikasi untuk membela perbuatannya itu.

Kemudian Nabi SAW pun berkata jika dia tidak membebaskan hamba itu tadi, ada kemungkinan satu pintu neraka akan dibuka untuknya juga.

Oleh itu sebagai pengajaran kepada kita, jika tersilap atau melakukan dosa dengan manusia, segera minta maaf pada mereka. Kemudian, boleh dirikan solat sunat taubat sebagai penyempurna taubat.

Jika kesalahan pada ALLAH SWT, barulah kita solat sunat taubat kepada ALLAH SWT.

Segera bertaubat

Hari ini, berapa antara kita yang pernah melihat bahan pornografi, namun tidak pernah rasa malu atau menangis di hadapan ALLAH SWT. Hari ini berapa ramai juga daripada kita malu apabila membuat kemaksiatan dan kejahatan.

Marilah kita bersama muhasabah diri di mana kita tidak boleh meminta orang lain bertaubat bagi pihak kita, contohnya meminta bantuan ustaz atau alim ulama untuk memohon keampunan akibat kesilapan kita kepada ALLAH Taala.

“Oleh itu, bersegeralah kita semua dalam bertaubat sebagai mengikut teladan yang ditunjukkan pada sahabat Nabi SAW. ALLAH SWT berfirman dan menyatakan kepentingan untuk segera bertaubat: surah An-Nisa’, ayat 17

“Jika ada orang kafir yang tertarik dengan Islam, ketahuilah bahawa segala dosa yang kamu pernah lakukan akan diampunkan sebaik kamu memeluk Islam. Bayangkan betapa hebatnya ALLAH SWT, Dia Maha Pemberi Keampunan,”

Dewasa ini, ramai umat Islam yang bertindak seakan mempermainkan taubat. Bagi mereka taubat itu bila-bila masa sahaja atau dalam erti kata lain bertaubat apabila sampai seru.

Adakah apabila nyawa sudah sampai ke hujung tanduk baru kita terjaga lalu merintih meminta keampunan ALLAH SWT? Ketika itu segalanya sudah tidak berguna lagi. Teladanilah kisah Qarun dan usah biarkan diri kita menjadi sebahagian daripada mereka.

Dosa kecil usah dipandang ringan

Bertaubat perlu dilihat keadaannya, jika hubungan rapat tidak melibatkan perbuatan dosa kepada ALLAH SWT, tidak mengapa kerana akhlak baik adalah lebih utama daripada kata-kata yang baik.

“Jika begitu, dosa ini masuk dalam dosa kecil. Walaupun kecil, jangan dipandang enteng kerana kita perlu melihat kepada siapa dosa itu dilakukan (iaitu ALLAH SWT Yang Maha Besar).

“Dosa-dosa kecil akan terhapus dengan kita mendirikan solat lima waktu. Walaupun begitu, dalam bergaul kita perlu menjaga pandangan mata agar tidak menaikkan nafsu syahwat sepertimana firman ALLAH SWT yang mengarahkan supaya orang Mukmin menundukkan pandangan mata yakni menjaga daripada memandang sesuatu yang boleh menaikkan syahwat,”

Teladani kisah ini untuk mengetahui sama ada ia dikira bertaubat, jika kita beristighfar selepas melakukan kesalahan. Cuba lihat bagaimana kefahaman para sahabat. Dalam satu kisah disebutkan bahawa Saidina Abu Bakar lalu di hadapan tiga sahabat iaitu Bilal bin Rabah, Sulaiman dan Suhaib Ar-Rumi.

Tiga sahabat ini melihat Abu Suffian (yang belum memeluk Islam ketika itu dan menjadi ketua orang kafir) dan berkata, “Alangkah baiknya jika kami dapat meletak pedang di lebernya”.

Abu Bakar terdengar perkataan itu dan menegur kerana hari itu merupakan hari gencatan senjata, dan perkataan tersebut boleh menimbulkan provokasi.

Cerita itu sampai kepada Rasulullah SAW, dan Baginda berkata kepada Abu Bakar, “Abu Bakar, kamu mungkin telah menyebabkan sahabat kamu marah dan kamu telah menyebabkan Tuhan kamu marah kepada kamu”.

Mendengarkan itu, Abu Bakar segera pergi berjumpa sahabat yang tiga orang tadi dan memohon maaf daripada mereka. Dia bertanya jika perkataannya menyebabkan mereka marah kepadanya.

Daripada kisah ini dapat dipelajari bahawa sahabat tidak menunggu untuk berwuduk atau solat sebelum meminta maaf kepada orang yang disakiti atau diambil haknya itu.

Berazam tidak lakukan dosa

Ramai antara kita yang salah faham tentang konsep Taubat Nasuha. Dalam satu hadis, ada diceritakan kisah seorang yang bertaubat dan mengulangi kesalahannya sehingga tiga kali dan ALLAH SWT katakan buatlah apa yang kamu perlukan, Aku telah mengampunkan kamu.

Oleh itu, takut mengulangi dosa tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bertaubat. Kita mesti bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi dosa itu. Jika terulang juga kesalahan itu, bertaubatlah lagi.

“Sebagai contoh, si anak boleh bertaubat jika dosa ibu bapa melibatkan mengambil hak orang lain dengan memulangkan hak tersebut. Seterusnya, kita boleh bersedekah bagi pihak ibu bapa dengan harapan pahala itu akan dapat mengatasi dosa yang ibu bapa lakukan.

“Begitu juga, jika ibu bapa ada melakukan kesalahan kepada orang lain, sebagai anak, kita boleh pergi berjumpa dan meminta maaf bagi pihak ibu bapa kepada mereka yang pernah dizalimi.

Puasa yang ditinggalkan boleh diganti oleh anak dan dibayar dengan fidyah, tetapi solat yang ditinggalkan tidak boleh diganti oleh orang lain,” katanya.

http://epondok.wordpress.com/2013/05/20/rencana-tunggu-seru-taubat/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan