Isnin, 6 Mei 2013

RENUNGAN WAHAI DIRI



belum pun bergelar
kata bicaranya seakan halilintar
culas pedih mengiris hati telinga mendengar
patah patah bicara asyik menyalah menyalahkan
sehingga tiada siapa pun yang benar
sehingga tiada siapa pun yang jujur
selain diri yang bicara

Mengapakah demikian wahai diri?
Apakah …………..
kerana sangsi tinggi berpanjangan
kerana syak benci menyelimuti hati
kerana titik hitam tak dicuci
kerana aku sahaja jagoan
“aku saja yang bersih dan lurus !
“aku saja yang bijak dan terurus !

Wahai diri

jika pun terkhilap saudara sebelah kita..jiran atau tetangga
sahabat rakan kawan sama bumbung kerja
atau warga di sama bumbung Negara

sedarlah akan hakikat…
bahawa
itulah antara sifat manusia...manusia yang sering terkhilaf tersalah
manusia yang bukan maksum setara nabi dan rasul
tetapi manusia yang sering terlajak terlanjur

usahlah……
terlalu bangga melihat diri yang dirasa suci dan mulia
memandang diri tiada salah dan cela
membanding diri dengan siapa-siapa yang dirasa mereka kelabu dan hitam
merasa diri terlalu jauh berbanding mereka

jikapun benar kau rasa diri dalam jalan yang lurus
jikapun benar kau rasa diri dalam lingkungan redha-Nya
BERSYUKURlah kepada-Nya
Bukan berbangga mendabik dada
Mengaku itu semua adalah kuasa dan ikhtiarmu

Sentiasa ingatlah wahai diri!
Sedangkan siabid alim bisa bertukar menjadi sebalik
sijahat maksiat bisa bertukar menjadi siabid alim

kerana itu semua adalah mudah bagi Tuhan
membolakbalik hati kita ...manusia
menukar ganti sesuka ingin-Nya

Maka dengan itu
sentiasalah berbaik sangka kepada Tuhan
sentiasa berbaik sangka sesama insan
berbaik sangka terhadap semua makhluk-Nya

bukan tugas kita untuk menghukum
bukan tugas kita untuk mengadili

kita diseru untuk memberi ingat
diseru kita untuk memanjat doa

“Bukan melihat di mana kamu bermula…
Tetapi lihatlah di mana dan bagaimana kamu berakhir !”

wahai kita
hidup ini terlalu amat singkat untuk bermusuh
apa lagi mencipta seteru

tinggalkanlah sangkaan-sangkaan itu
yang hanya menjadikan diri keliru
yang hanya membuat hidup ini bercelaru

ingatlah
kita semua akan kembali kepada-Nya
membawa apa sahaja amal kelaku di atas bumi
balik ke perkampungan asal abadi .

daridalamaku
25jamadilAkhir 1434H/ 6Mei2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan