Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang
mahsyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang
bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar
suara.
Maka salah seorg Nabi yg menerima wahyu melalui mimpi itu,
pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “ esok engkau dikehendaki keluar dari rumah
pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:
PERTAMA: Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.
KEDUA:
Engkau sembunyikan
KETIGA:
Engkau terimalah
KEEMPAT: Jangan
Engkau putuskan harapan
KELIMA: Larilah
Engkau daripadanya.
Pada keesokan harinya nabi itupun keluarlah dari rumahnya
menuju ke barat dan kebetulan yang pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit
besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata,“Aku diperintahkan
memakan pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang
tidak dapat dilaksanakan.” Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu
dengan hasrat untuk memakannya. Ketika
dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi
sebesar buku roti. Maka nabi itu pun mengambilnya lalu di suapkan ke mulutnya.
Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur
‘Alhamdulillah'.
Kemudian nabi itupun meneruskan perjalanannya dan bertemu
pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya
disembunyikan. Lantas nabi pun menggali
sebuah lubang dan ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya.
Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga
tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah nabi itu, “Aku telah melaksanakan
perintahmu”. Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu
yang mangkuk itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor
burung helang sdang mengejar burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil
itu berkata,
“Wahai nabi Allah tolonglah aku.” Mendengar rayuan itu,
hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke
dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang datang menghampiri
nabi sambil berkata.
“Wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung
itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari
rezekiku.”
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat,
iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan
perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu
memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepda helang itu. Setelah
mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari
dalam bajunya.
“Ya Allah aku telah pun melaksanakan perintahmu sebagaimana
yang diberitahu dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa:
Yang PERTAMA
ENGKAU MAKAN ITU IALAH MARAH. PADA MULANYA NAMPAK BESAR SEPERTI BUKIT TETAPI
AKHIRNYA JIKA BERSABAR DAN DAPAT MENGAWAL IAITU MENAHANNYA, MAKA MARAH ITU AKAN
MENJADI LEBIH MANIS DARIPADA MADU.
KEDUA, SEMUA AMAL
KEBAIKAN (BUDI) WALAU DISEMBUNYIKAN, MAKA IA TETAP AKAN NAMPAK JUA.
KETIGA, JIKA
SUDAH MENERIMA AMANAH SESEORANG, MAKA JANGANLAH KAMU KHIANAT KEPADANYA.
KEEMPAT, JIKA
ORANG MEMINTA KEPADAMU, MAKA USAHAKANLAH
UNTUKNYA DEMI MEMBANTU KEPADANYA MESKIPUN KAU SENDIRI BERHAJAT.
KELIMA, BAU YANG
BUSUK ITU IALAH GHIBAH (MENCERITAKAN HAL SESEORANG) MAKA LARILAH DARI
ORANG-ORANG YANG SEDANG DUDUK BERKUMPUL MEMBUAT GHIBAH.”
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita
semaikan dalam diri kita, kerana kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja
berlaku dalam kehidupan seharian kita. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap
hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata
mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita sebab ada sebuah hadis
mengatakan diakhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala
yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya
pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”
Maka berkata Allah S.W.T, “Ini adalah pahala orang yang
mengata-ngata tentang dirimu.”Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walau apa
pun yang kita kata itu memang benar, tetapi kata mengata itu akan merugikan
diri kita sendiri.
Oleh itu, janganlah kita mengata hal keburukan orang
walaupun ia benar.
Wallahu a’lam
SUMBER:
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=426:kisah-lima-perkara-aneh&catid=28:renungan-dan-tazkirah&Itemid=78
Tiada ulasan:
Catat Ulasan