1) Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar
Al-Quran.
2) Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai
amalannya kerana tiada amalan yang
lebih mulia dari membaca Al-Quran.
3) Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan
para malaikat yang termulia dan para
nabi ‘alaihimussalaam.
4) Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau
yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang
enak iaitu disukai ramai.
5) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran
ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu
di dunia.
6) Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah
bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.
7) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota
dan pakaian kemulian dan akan mendapat
keredoan dari Allah Ta’ala. Sebanyak
mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah
ia telah menerima wahyu cuma bezanya
ianya bukan nabi.
9) Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk
masuk syurga kepada 10 orang dari ahli
Keluarganya yang telah wajib masuk
neraka.
10)
Barangsiapa yang beramal dengan Al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di
dunia dan
kesusahan di akhirat.
11)
Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat
dari Allah.
12)
Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.
13) Pembaca
yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70×340 740= 23 851 800)
berbanding yang baca secara biasa.
berbanding yang baca secara biasa.
14) Pembaca
yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.
15) Allah
berbual dengan pembaca Al-Quran.
16) Manusia
yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al- Quran.
17) Pembaca
yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami
kandungannya.
Wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan