Ahad, 29 November 2015

MUTIARA HIKMAH SYEIKH HAYAT BIN QAIS

  1. Sesiapa yang menghendaki tawadduk, hendaklah menghadapkan dirinya kepada kebesaran Allah. Sebab, kebesaran itulah yang akan melelehkan dan membersihkan (kecongkakan hati).
  2.   Sesiapa yang memandang kekuasaan Allah, nescaya akan hilang kekuasaan dirinya. Sebab, semua jiwa itu sangat memerlukan pertolongan Allah, sangat memerlukan kemunculan keagunganNya.
  3.  Cahaya Hati dapat ditarik dengan kewaspadaan yang konsisten; pintu waspada akan terbuka dengan konsisten berfikir; menghiasi diri, kerana Allah Taala, dengan kesungguhan dalam setiap keadaan; menyegerakan langkah menuju Allah.
  4.  Waspada engkau dari menunda-nunda, kerana hal itu akan membuatmu binasa; Waspadalah engkau terhadap kelalaian, kerana ia akan membutakan hatimu. Waspadalah terhadap kemalasan, kerana dapat berakhir dengan penyesalan.
  5.  Tebuslah dosa-dosa yang telah lalu dengan selalu menyesal dan memperbanyakkan istighfar, mengharap keampunan Allah dengan sebaik-baiknya taubat dan rasa gentar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan