*Pada zaman sekarang ini, banyak cara yang dilakukan manusia
untuk mengembangkan agama. Tapi sudah
menjadi ketetapan Allah bahawa agama hanya akan berkembang dengan
dakwah..!*
*Maka cara apapun yang digunakan, sama ada menggunakan
alat-alat teknologi, agama tidak akan tersebar..! Malah yang tersebar adalah
alat-alat tersebut..!*
*IMAM MALIK rah. berkata, umat ini tidak akan dibaiki selagi
mereka tidak ikut cara yang dilakukan orang terdahulu..!*
*PARA SAHABAT r.hum diberikan tarbiyah dan tazkiyah dengan
mengikuti sunnah Nabi saw.*
*MAULANA ILYAS rah. berkata, kalau kita ingin sebarkan agama
dengan alat-alat, maka bukan agama yang tersebar tapi alat-alat itu yang
tersebar..!*
*SUNNAH ADAT ialah kehidupan seharian dan Sunnah ibadat itu
seperti solat, puasa, haji. Manakala Sunnah dakwah mistilah cara dakwah Nabi
saw.*
*Ada sunnah ibadat..! Ada sunnah dakwah. Dakwah tidak akan
diterima Allah kecuali mengikut sunnah Nabi saw..! Maksud kerja dakwah ialah
untuk merubah yaqin..!*
*MAULANA ILYAS rah. berkata, kalau hari ini ada nama bagi gerakan ini, maka aku suka
memberi nama gerakan 'tarikatul iman'..!*
*Kalau ada orang berbuat salah kepada kita kemudian minta
maaf, belum tentu kita maafkan..! Tapi kalau dia datang bawa anak kita yang terjatuh dalam kolam,
maka tanpa minta maaf pun kita maafkan..!*
*Begitulah kita yang telah berbuat dosa kepada Allah swt..!
Kita minta ampun belum tentu kita terus diampuni..!*
*Tapi kalau kita bawa hamba Allah yang telah tercebur dalam
maksiat, maka tanpa minta ampun pun kita akan diampuni oleh Allah swt..!*
*Begitu gembiranya Allah swt kepada orang yang membawa orang
yang jauh daripada-Nya datang kepada-Nya..!*
*Tempat baiki iman kata Maulana Saad ialah di masjid. Di
luar masjid suasana yang merusakkan iman..! Melalui kerja dakwah kita jumpa
orang dan bawa mereka ke masjid..!*
*Dengan cara dakwah inilah yang dilakukan oleh ABDULLAH BIN
RAWAHAH r.hu, UBAY BIN KAAB r.hu, ABU HURAIRAH r.hu dan MUAZ BIN JABAL r.hu.*
*Apabila engkau melihat orang berulang-alik ke masjid, maka
bersaksilah mereka benar-benar beriman..! Para Sahabat r.hum berdakwah untuk
perkuat iman mereka sendiri..!*
*Bani Tsaqif yang
telah menghalau Nabi saw akhirnya datang ke masjid. Bahkan dibuatkan
khemah-khemah dalam masjid sehingga mereka melihat kehidupan Muslim..!*
*Orang bisik kepada Tufil r.hu, "Wahai Tufail..! Ada
orang gila di Mekah..! Jangan dengar..!"*
*Tapi ketika Tufail memasuki Mekah dan membuka kapas yang
menutupi telinganya dan mendengar bacaan Al-Quran Nabi saw, maka dia pun masuk
Islam..!*
*Semua kegiatan umat sekarang ini perlu dihubungkan dengan
masjid. Siapa berjalan ke masjid seperti dia berjalan menuju kepada Allah..!*
*FIRMAN ALLAH swt dalam hadith qudsi, "Siapa yang
datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari dan
seterusnya..!"*
*Hari ini umat jauh dari masjid. Para Sahabat r.hum keluar
membawa umat ke masjid,*
*"Ta'al najlis
bi Rabbina saatan"*
*Semua orang yang buat jaula gasht, hendaknya ada fikir
untuk bawa orang ke masjid.*
*Seorang hamba yang datang ke masjid, Allah swt begitu
gembira. Bagaimana lagi gembiranya Allah pada orang yang membawa orang lain ke
masjid.*
*Dengan dakwah bawa mereka kepada kefardhuan yang paling
tinggi yakni solat. Solat ibarat kepala pada badan. Tanpa solat tidak dapat
disebut sebagai Muslim..!*
*Jika solat betul maka dia akan lakukan haji dengan betul,
zakat dengan betul, puasa dengan betul. Jika solatnya diterima, maka seluruh
amalnya akan diterima..!*
*Ajak solat dan ajak duduk dalam taklim fadhail agar mereka
yaqin pada amal bukan yaqin pada kebendaan..!*
*Apabila seseorang yang duduk di rumahnya dipanggil oleh
Presiden, jika dia tak datang, maka dia akan merasa bersalah..!*
*Dia duduk di rumahnya dan dipanggil oleh Allah tidak
datang, apakah ada rasa bersalah..? Azan adalah panggilan Allah swt..!*
*Allahu Akbar maksudnya Allah Maha Besar yang lain kecil.
Harta, pangkat, jabatan semua kecil, yang besar hanyalah Allah..!*
*Dua panggilan bersamaan, Presiden dan Allah, yang mana dia
penuhi..? Kalau yang dia penuhi adalah panggilan Presiden, berarti dia
mengatakan Allah kecil Presiden besar..!*
*Solatlah seperti engkau melihat aku solat..! Allah tidak
akan menerima solat yang tidak betul, rukuk tidak lurus, sujud tidak betul dan
lain-lain..!*
ReNuNgan Sejenak:
💎 _Setiap kali engkau
memperbaiki niatmu_, *maka Allah akan memperbaiki keadaanmu.*
💎 _Dan setiap kali
engkau mengharapkan kebaikan bagi orang lain,_ *engkau akan mendapatkan
kebaikan dari arah yang tidak kamu sangka.*
💎
_Dan saat kita hidup untuk membahagiakan orang lain_,
*Allah akan
memberi kita rezki berupa orang lain yang akan membahagiakan kita.*
💎
_Maka berusahalah untuk memberi bukan menerima_,
*kerana
setiap kali engkau memberi, engkau akan menerima tanpa meminta sekalipun.*
✒️
Syaikh Shalih Awadh Al-Mughamisi [Imam Masjid Quba]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan