Suatu hari, Umar al Khattab sedang duduk di bawah pohon kurma berdekatan Masjid Nabawi. Di sekelilingnya, para sahabat sedang asyik membincangkan sesuatu.
Tiba-tiba datanglah 3 orang pemuda. Dua pemuda memegang kuat seorang pemuda berpakaian lusuh yang diapit oleh kedua mereka.
Ketika mereka sudah sampai, berhadapan dengan Umar, kedua pemuda yang ternyata adik beradik itu berkata:
"Tegakkanlah
keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!"
"Qishaslah
pembunuh ayah kami sebagai hak atas kejahatan pemuda ini !".
Umar
segera bangun dan berkata:
"Bertakwalah
kamu kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka, wahai anak muda?"
Pemuda
berpakaian lusuh itu menunduk dan dalam nada suaranya yang menyesal ia berkata:"Benar,
wahai Amirul Mukminin."
"Ceritakanlah
kepada kami kejadiannya.", ujar Umar.
Pemuda
Berpakaian Lusuh Itu Kemudian Memulakan Ceritanya:
"Aku
datang dari kawasan pendalaman, kaumku memercayaiku atas suatu urusan muamalah
untuk aku selesaikan di kota ini.
Apabila
sampainya aku di kota ini, aku ikat untaku pada sepohon kurma lalu aku
tinggalkan ia (unta). Setelah aku kembali, aku sangat terkejut melihat seorang
laki-laki tua sedang menyembelih untaku. Rupa-rupanya untaku terlepas dan
merosakkan kebun yang dimiliki oleh lelaki tua itu. Sungguh, aku jadi sangat
marah tidak terkawal pada waktu itu, segera aku cabut pedangku dan kubunuh dia
(lelaki tua tadi). Ternyata dia adalah ayah kepada kedua pemuda ini."
"Wahai,
Amirul Mukminin, engkau telah mendengar ceritanya, kami boleh mendatangkan
saksi untuk itu.", sambung pemuda yang ayahnya terbunuh.
"Tegakkanlah
hak Allah ke atasnya!" Setimpal dengan yang lain.
Umar
terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda berpakaian lusuh itu.
"Sesungguhnya yang kalian
tuntut ini adalah seorang pemuda yang soleh lagi baik budi pekertinya. Dia
membunuh ayah kalian hanya kerana khilaf kemarahan sesaat", ujarnya."Izinkan aku, meminta dari kalian berdua supaya memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat (tebusan) atas kematian ayah kamu", kata Umar.
"Maaf Amirul Mukminin," balas kedua pemuda yang kelihatan masih marah dengan keadaan mata mereka merah menyala,
"Kami sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan redha jika korban jiwa belum dibalas dengan korban jiwa juga".
Umar
semakin bimbang, di hatinya telah timbul rasa simpati kepada si pemuda
berpakaian lusuh yang dinilainya amanah, jujur, dan bertanggungjawab.
Tiba-tiba
si pemuda berpakaian lusuh berkata:
"Wahai Amirul Mukminin,
tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah hukum qishas ke atasku. Aku redha dengan
ketentuan Allah", ujarnya dengan tegas."Namun, izinkan aku menyelesaikan dahulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh selama 3 hari. Aku akan kembali untuk penghukuman qishas".
"Mana boleh begitu?", ujar kedua pemuda yang ayahnya telah terbunuh itu.
"Wahai pemuda, tidakkah engkau mempunyai kaum kerabat atau kenalan untuk menguruskan urusanmu?", tanya Umar al Khattab.
"Sayangnya tidak ada, wahai Amirul Mukminin".
"Bagaimana dengan pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku?", pemuda berpakaian lusuh itu sebaliknya bertanya kepada Umar.
"Baiklah, aku akan memberimu waktu tiga hari. Tapi harus ada orang yang mahu menjaminmu, agar kamu dapat kembali untuk menepati janjimu" kata Umar.
"Aku
tidak memiliki seorang kerabatpun di sini. Hanya Allah, hanya Allah-lah
penjaminku wahai orang-orang yang beriman", katanya dalam nada kesedihan..
Tiba-tiba
dari belakang kerumunan orang ramai terdengar suara lantang:
"Jadikan
aku penjaminnya, wahai Amirul Mukminin".
Ternyata
Salman al-Farisi yang berkata.
"Salman?"
Umar mengherdik, kelihatan agak marah.
"Kau
belum mengenal pemuda ini, Demi Allah, jangan engkau main-main dengan urusan
ini".
"Perkenalanku
dengannya samalah dengan perkenalanmu dengannya, yaa, Umar. Dan aku
mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya", jawab Salman dengan
tenang.
Akhirnya
dengan berat hati, Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin kepada si pemuda
berpakaian lusuh tersebut. Pemuda itu pun segera pergi menguruskan urusannya.
Hari
pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda berpakaian lusuh
itu. Begitupun juga hari kedua. Orang ramai mulai tertanya-tanya apakah si
pemuda tersebut akan kembali. Kerana dengan mudah sahaja si pemuda itu boleh
menghilang ke negeri yang jauh jika ia mahu memungkiri janjinya dan waktu dan
masa yang ditetapkan.
Hari
ketiga pun tiba. Orang ramai mulai meragukan kedatangan si pemuda tersebut, dan
mereka mulai khuatir akan nasib Salman, salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W.
yang paling utama.
Matahari hampir tenggelam, hari
mulai berakhir, orang ramai sedang berkumpul untuk menunggu kedatangan si
pemuda berpakaian lusuh. Umar berjalan mundar-mandir menampakkan
kegelisahannya. Kedua pemuda adik beradik yang menjadi pendakwa kes qishas itu
sangat kecewa dengan keengkaran janji si pemuda berpakaian lusuh itu.Akhirnya tiba waktu jatuhnya hukuman qishas. Salman dengan tenang dan penuh tawakkal berjalan menuju tempat penghukuman. Hadirin mulai teresak-esak menangis, kerana menyaksikan seorang yang hebat seperti Salman akan dikorbankan.
Tiba-tiba
di kejauhan ada bayangan seseorang sedang berlari tersengguk-sengguk, sekejap
jatuh, sekejap bangun, kemudian jatuh lagi, lalu ia bangun kembali.
”Itu
dia!” teriak Umar.
“Dia
datang menepati janjinya!”.Masa dan waktunya
Dengan
tubuhnya bermandi peluh dan nafas tercungap-cungap, si pemuda itu jatuh di
pangkuan Umar.
”Hhuhuh..hh..
maafkan aku.. maafkan.. aku, wahai Amirul Mukminin..” ujarnya dengan susah
payah,
“Tidak
ku sangka... urusan kaumku... mensiakan... banyak... waktu...”.
”Kupacu...
tungganganku... tanpa henti, hingga... ia sampai pada sakaratulmaut di gurun...
Terpaksa... aku tinggalkan ia... lalu aku berlari dari sana..”
”Demi
Allah”, ujar Umar menenanginya dan memberinya minum,
“Mengapa
kau bersusah payah untuk kembali? Padahal kau boleh lari dan menghilang diri?”
tanya Umar.
”AKU
KEMBALI AGAR JANGAN SAMPAI ADA YANG MENGATAKAN... DI KALANGAN MUSLIMIN...SUDAH
TIDAK ADA LAGI PEMUDA...YANG MENEPATI JANJI...” jawab si pemuda berpakaian
lusuh itu sambil tersenyum.
Mata
Umar berkaca-kaca, sambil menahan sedihnya, lalu ia bertanya:
“Lalu
engkau pula, Salman, mengapa semahu- mahunya engkau bersungguh untuk menjamin
orang yang baru sahaja engkau kenal?"
Kemudian
Salman menjawab:
"AGAR
NANTI JANGAN SAMPAI DIKATAKAN, DI KALANGAN MUSLIMIN, SUDAH TIDAK ADA LAGI RASA
SALING PERCAYA DAN MAHU MENANGGUNG BEBAN SAUDARANYA”.
Hadirin
mulai merasa sedih sambil menahan tangisan mereka kerana terharu dengan
kejadian itu.
”Allahu
Akbar!”, Tiba-tiba sahaja kedua pemuda adik beradik itupun berteriak.
“Saksikanlah
wahai kaum Muslimin, bahawa kami telah memaafkan saudara kami itu”.
Semua
orang tersentak dan terkejut mendengar kata-kata kedua pemuda tersebut.
“Kamu
berdua...” ujar Umar.
“Apakah
maksudnya ini? Mengapakah kamu..?” Umar semakin terharu.
Kemudian
dua pemuda itu menjawab dengan mengatakan :
”AGAR
JANGAN SAMPAI DIKATAKAN NANTI, DI KALANGAN MUSLIMIN TIDAK ADA LAGI ORANG YANG
MAHU MEMBERI MAAF DAN SAYANG KEPADA SAUDARANYA”.
”Allahu
Akbar!”...terdengar ucapan takbir daripada hadirin.
Pecahlah
tangisan bahagia, terharu dan sukacita oleh semua orang.
MasyaAllah..., saya bangga menjadi
muslim andainya ada bersama kita pemuda berjiwa satria, muslim yang memuliakan
al Islam dengan berbahagi pesan nasihat untuk tetap istiqomah berada di
jalan-Nya..
Allahu
Akbar…!
Kisah
yang hebat..... Allah huakbar!
Itulah jiwa insan hasil produk didikan Rasullullah yang semakin
hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan